Uncategorized

Dapat Surat & Gelang Getah Comel, Dr Noor Hisham Balas Semula Untuk Ucap Terima Kasih

Share

Tidak dinafikan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih dalam usaha keras untuk memerangi wabak virus COVID-19. Para frontliners juga tanpa gagal memainkan peranan masing-masing sepanjang tempoh ini.

Paling sweet bila ada seorang kanak-kanak perempuan menulis sepucuk surat untuk Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai tanda menghargai setiap usaha yang dilakukan.

Comelnya Surat Lara Ni!

“Saya buat gelang getah ini untuk kawan-kawan sebagai tanda persahabatan. Tapi saya buat untuk Dr Hisham sebagai tanda terima kasih untuk segala yang Doktor buat untuk rakyat Malaysia kekal selamat dan sihat sepanjang tempoh ini.”

Surat tersebut ditulis oleh Lara yang berusia sembilan tahun. Kanak-kanak perempuan ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Budiman, Kuala Terengganu. Selain surat penghargaan itu, Lara turut menyertakan seutas gelang getah yang dibuatnya sendiri.

Melalui Facebook Mafas Hasan, surat kanak-kanak itu telah dibalas oleh Dr Noor Hisham sendiri. Melihat kepada penulisannya itu, boleh dilihat Dr Noor Hisham seorang yang berbudi pekerti serta sentiasa menghargai setiap orang yang ada di sekelilingnya.

Surat Balasan Dari Dr Noor Hisham

“Terima kasih untuk surat dan gelang yang cantik tu. Cucu saya pakai gelang itu dan dia sukakannya. Ayat-ayat awak sangat baik tapi saya tak lakukan semua ini sendiri. Saya beruntung mempunyai pasukan yang hebat bersama-sama saya untuk membantu negara kita.

Rakyat Malaysia seperti awak, semuanya bagus sekali kerana membantu dengan duduk di rumah. Teruskan buat begitu dan kita bersama-sama melawan virus ini.”

Di dalam surat tersebut, Dr Noor Hisham mengucapkan terima kasih kepada Lara dan rakyat Malaysia yang mendengar saranan kerajaan untuk duduk rumah bagi mengelakkan jangkitan virus ini. Beliau juga memberitahu kepada Lara bahawa gelang yang diberikan kanak-kanak itu dipakai oleh cucunya.

Untuk anda yang tertanya-tanya bagaimana rupa adik Lara, ini gambarnya bersama ibu ayahnya. 

Ini pula gambar Lara bersama keluarganya waktu dia kecil dahulu. Comelnya awak ni, dik!

Cantiknya gelang yang Lara buatkan untuk Dr Noor Hisham. Sweet betul!

 

 

 

IKLAN