Empat beranak maut selepas motosikal ditunggangi mereka terbabit kemalangan dengan lori membawa muatan pasir di Kampung Semanggar Kota Tinggi, Johor.
Mereka yang maut dikenali sebagai Mohamad Suti Yahaya, 39, isterinya, Siti Jamaliah Mohd Yatim, 27, serta dua anak mereka, Nur Firman Hadi Abdul Rahman, 4, dan Nurfatihah Jannah berusia tujuh bulan.
Lihat gambar kemalangan di Facebook
Menurut ibu kepada Siti Jamaliah, Rosni Sintingan, 53, dia hanya mendapat tahu mengenai kemalangan menimpa anak, menantu dan dua cucunya itu kira-kira jam 3 petang, selepas dimaklumkan anak saudaranya yang melihat gambar kemalangan itu di Facebook.
Wanita itu kemudian bergegas ke lokasi kejadian, namun dimaklumkan anaknya dan cucu, Nurfatihah Jannah, sudah dibawa ke hospital.
“Apabila tiba di lokasi, saya hanya nampak jenazah menantu dan cucu lelaki sahaja yang masih terbaring di situ,” katanya.
Rosni berkata, dia tidak mengetahui ke mana keluarga itu ingin pergi sebelum kemalangan, namun percaya mereka mungkin keluar bersiar-siar ke pekan.
Ads
“Kalau cuti memang mereka akan berjalan anak-beranak. Mungkin mereka ke pekan Anggerik, Bandar Tenggara atau ke FELDA Pasir Raja berjumpa rakan.
“Kalau ikut arah lokasi kemalangan itu, mereka mungkin dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Mawai di sini,” katanya.
Tiada kereta, motosikal jadi kenderaan utama
Rosni berkata, keluarga anaknya memang menggunakan motosikal untuk ke mana-mana kerana tidak mempunyai kereta, malah beberapa hari lalu pasangan itu ke Negeri Sembilan menunggang motosikal kerana mempunyai urusan.
“Sebelum ini, mereka pernah juga terbabit kemalangan, namun hanya cedera.
Ads
“Kami pernah menasihati untuk beli kereta, namun mereka memaklumkan tidak apa. Kami kasihankan anak dan isterinya sahaja, tetapi tidak sangka perkara yang kami bimbangkan berlaku hari ini,” katanya.
Rosni berkata, kali terakhir dia bertemu anak sulungnya itu kelmarin, ketika suami isteri itu mengambil anak mereka yang ditumpangkan di rumahnya.
“Ketika mereka ke Negeri Sembilan, mereka menumpangkan dua anak mereka di rumah saya di FELDA Pasir Raja.
Ads
“Bila balik, mereka sempat tidur di rumah sebelum pulang ke rumah di Kampung Mawai. Masa itu anak seperti biasa sahaja tiada apa yang pelik.
“Kami bersalaman masa itu cuma bila saya nak cium dia, dia tak mahu,” kata ibu kepada tiga anak itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu, namun memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan.
Kehilangan seorang anak adalah ujian yang paling berat untuk mana-mana ibu bapa. Itulah yang sedang dilalui oleh keluarga kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, pelajar berusia 13 tahun yang meninggal dunia di asrama sekolahnya. Sejak tragedi ini berlaku, seluruh rakyat Malaysia turut berkongsi rasa simpati, apatah lagi bila prosiding inkues kini sedang berjalan untuk mencari kebenaran.
Menurut laporan Harian Metro, terbaru Mahkamah Koroner menolak bantahan pihak keluarga terhadap permohonan peguam lima remaja yang dituduh, untuk menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding. Peguam mewakili ibu arwah, Shahlan Jufri, berkata meskipun mereka mengemukakan bantahan, keputusan mahkamah itu tetap dihormati.
“Kami hormati keputusan mahkamah”
Menurut Shahlan, prosiding pagi itu menyaksikan semua pihak memohon untuk menjadi pihak berkepentingan di hadapan hakim koroner baharu. Mahkamah membenarkan ibu arwah, bapa arwah, serta peguam bela remaja terbabit untuk turut serta. Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) juga hadir sebagai pemerhati.
SHAHLAN tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu bagi menghadiri prosiding inkues kematian Zara Qairina. FOTO Mohd Adam Arinin
“Pihak kami ada membantah terhadap permohonan peguam bela pesalah kanak-kanak sebagai pihak berkepentingan, namun bantahan ditolak. Kami menghormati keputusan mahkamah,” jelasnya.
68 saksi akan beri keterangan
Setakat ini, seramai 68 orang saksi disenaraikan termasuk pasukan forensik, Jabatan Patologi, pihak polis, pelajar sekolah, guru, warden dan pegawai keselamatan. Malah, ibu arwah sendiri, Puan Noraidah Lamat, turut tersenarai sebagai saksi, namun tarikhnya belum ditetapkan.
Mahkamah juga memaklumkan, sekiranya saksi kanak-kanak dipanggil, prosiding akan dijalankan secara tertutup demi menjaga keselamatan dan emosi mereka.
Peringatan buat semua ibu bapa
Tragedi yang menimpa arwah Zara Qairina bukan sahaja meninggalkan luka mendalam kepada keluarganya, malah menjadi peringatan besar untuk seluruh ibu bapa. Keselamatan anak-anak, terutamanya ketika berada di sekolah atau asrama, perlu diberi perhatian serius.
Semoga prosiding inkues ini membawa keadilan buat arwah Zara Qairina, dan menjadi iktibar buat kita semua agar tragedi sebegini tidak berulang lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam diam, ada hati yang penuh kasih. Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Madammu, sekali lagi menyentuh hati ramai apabila menghadiahkan lembu korban kepada pembantu rumah dan pengasuhnya yang selama ini setia menjaga rumah dan anak-anaknya seperti keluarga sendiri. Bukan sekadar majikan, tapi insan yang tahu menghargai jasa dan pengorbanan.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Madammu atau nama lengkapnya Eriyca Baiduri meluahkan rasa gembira apabila dapat menghadiahkan lembu kepada dua pekerjanya yang berasal dari Indonesia itu.
‘Terima kasih Madam’
Madammu: Suka lah Bibik dapat lembu.
Bibik: Terima kasih Madam bagi bibik lembu.
Menurut Madammu, lembu tersebut dibeli khas untuk dikorbankan di kampung halaman pembantu rumahnya di Jakarta dan seekor lagi lembu turut dibeli untuk pengasuh anaknya, Kak Ria, di Bandung.
“Lembu saya beli untuk bibik di Jakarta tu lebih kurang RM5,000 lebih duit Malaysia.”
“Kalau untuk Kak Ria (pengasuh) murah sikit sebab di Bandung.”
Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan kata-kata pujian atas keprihatinan dan hati mulia Madammu dalam menjaga kebajikan pekerjanya.
yang tersentuh melihat cara beliau menghargai insan-insan di sekelilingnya, malah tidak putus mendoakan agar rezeki Madammu dan keluarganya terus mengalir seluas lautan.
Sayu luahan hati isteri kepada Elmi Nu Zamani Aizat Azim, 25, pemuda yang ditemukan lemas selepas terjatuh dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang di sini, kelmarin menyifatkan suaminya itu sebagai lelaki terbaik buat mereka sekeluarga.
‘Awak tak sakit dah dekat dunia, awak lelaki terbaik”
Khabar duka ini begitu meruntun jiwa. Jasad lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang pada Ahad malam akhirnya ditemukan pada Selasa pagi. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.
Menerusi akaun TikTok ‘mummylee’, wanita yang dikenali dengan nama Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, itu berkata, berita pemergian suami tercinta itu adalah suatu perkara yang paling mendukacitakan.
“Pemergianmu sangat menyayat hati sayang. Tunggu saya dekat sana, doa saya selalu mengiringi awak cinta.
“Awak tak sakit dah dekat dunia. Allah tahu apa yang awak buat. Awak lelaki yang terbaik. Pergi awak tinggalkan amanah awak sayang. Al-Fatihah,” demikian tulis ibu kepada dua anak itu, sebentar tadi.
Terdahulu, media melaporkan mayat pemuda yang dilaporkan terjatuh di Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai, Ahad lalu ditemukan dalam keadaan terapung berhamipran jeti di Pengkalan Weld di sini, pagi tadi.
Mayat lelaki itu dijumpai masih lengkap berpakaian seluar jeans dan kemeja-T berwarna putih, kira-kira pukul 9.35 pagi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat mangsa dari pasukan Polis Marin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.