Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir yang kini sedang mengandung anak kedua berkongsi bahawa dia mengalami alahan yang teruk kali ini.
Menurut Deena atau nama sebenarnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 31, dia juga sudah lama tidak ke dapur bagi menyediakan juadah kerana dirinya tidak tahan dengan bau masakan.
“Deena alah bau masakan, tengok makanan pun nak muntah.
“Dua-dua kehamilan alah pada bau goreng dan bau masakan. Lari dari dapur duduk luar rumah. Dapur dah lama tak berasap,” kongsinya di Instagram.
Artikel Berkaitan [Moga Baby Girl Kali Ni! Saharul Syukur Doanya Nak Bagi Adik Pada Ali Dimakbulkan]
Jelas Deena lagi, dalam tempoh kehamilan kali ini, badannya juga berasa kurang bertenaga berbanding ketika mengandung anak sulung.
“SubhanaAllah, banyak sangat yang Deena belajar sepanjang kehamilan kedua ini. Betul-betul berbeza dengan kehamilan sebelumnya.
“Secara fizikal, badan memang agak lemah sedikit dan sebab itu mental kena kuat. Kena set di fikiran setiap apa yang jadi itu ada kebaikan,” luahnya.
Deena dan Saharul, 30, mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.
Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali yang kini berusia dua tahun.
Sumber: ig Deena Emir & Gempak
This post was last modified on November 17, 2019 7:56 am
“Baby haus tu, tak cukup susu, bagilah dia minum air masak.” STOP! Jika anda menerima saranan
Saat melahirkan anak adalah saat yang paling mendebarkan, itulah perjuangan antara
Tak lama lagi dah nak masuk tahun 2020, dah bersedia ke mak ayah dengan car seat yang diwajibkan untuk anak-anak…
Bagi anak-anak yang menggunakan botol susu, sangat penting bayi ibu ayah membersihkannya dengan baik
Bukan mudah menjadi seorang suami. Terlalu banyak bebanan yang harus dipikul demi membahagiakan keluarganya. Suami
Setiap yang bermula pasti ada pengakhiran, Allah yang lebih mengetahui dari segala-galanya dan perancangannya amat