Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak berusia empat tahun meninggal dunia selepas tertinggal dalam kereta selama hampir 10 jam.
Kanak-kanak perempuan itu tertinggal di dalam kereta bapanya yang diletakkan di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Petani, Khamis lepas yang hanya disedari bapanya, seorang pemandu lori selepas dia habis bekerja.
Kes seperti itu bukanlah pertama kali terjadi kerana pada Februari lepas, seorang bayi berusia sembilan bulan ditemui mati dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Kuantan.
Namun kali ini kejadian serupa berlaku di Thailand. Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditinggalkan dalam van selama enam jam meninggal dunia pada petang Sabtu, empat hari selepas berada dalam keadaan koma.
Hospital Maharaj Nakhon Si Thammarat di Thailand mengesahkan kematian Thanakit Yodmanee akibat kegagalan beberapa organ.
Kanak-kanak itu dibawa ke hospital pada 11 Ogos selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian belakang van di pusat perkembangan kanak-kanak di wilayah Phibun.
Dia dilaporkan terkunci dalam van itu dari jam 7.30 pagi hingga sekitar 1.30 tengah hari.
Para doktor memaklumkan usaha menyelamatkan nyawa kanak-kanak lelaki itu gagal selepas hati dan ginjalnya berhenti berfungsi.
Ads
Ibu bapanya membenarkan pihak hospital menghentikan mesin sokongan hayat dan kematian Thanakit disahkan pada jam 5.20 petang.
Susulan itu, polis telah menahan dan akan mendakwa seorang guru dan seorang pemandu van dengan tuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian.
Seorang pegawai perubatan yang juga penulis buku “Cakar Ayam Seorang Doktor”, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi sembilan tip bagi mengelak kes terlupa anak dalam kereta yang dikongsi di laman Facebooknya tidak lama dahulu.
1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blind spot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.
Ads
2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin (termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.
3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda di belakang.
4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ketiga. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.
Ads
5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda, contohnya beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang.
6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah.
7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.
8. Guna peranti atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Boleh layari internet dan lihat aplikasi mana yang sesuai dengan anda.
9. Bagi yang selalu menggunakan aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder (Settings>Reminders>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.
Ustaz Ebit lew, pendakwah terkenal memuji sikap pelakon Saharul Ridzwan dan pasangan Deena Emir yang sentiasa berpegang tangan dan hadir ke majlis agama. Itulah antara rahsia suami isteri untuk terus bahagia.
Sebak tengok pasangan romantik ini..pelakon @saharulridzwan@deenaemir ini dari keluar kereta berpegangan tangan datang awal pagi dapat duduk depan sekali. Siapa cepat dia dapat..
Sepanjang bertemu mesti pasangan ini berpegangan tangan subhanallah Allahu..mereka Tekun sangat dengar ceramah dari 8pagi sampai 6ptg..Sepanjang ceramah air mata tak berhenti mengalir..subhanallah.. Bila berbual beliau sangat rendah diri orangnya..katanya ingin ikut dakwah 3hari dijalan Allah..
Ustaz,saya benar-benar rasa bahagia duduk disini. Dengar kata beliau pada saya buat saya sedih sangat..Allahuakbar…. Teringin dan benar-benar berazam nak pegang tangan isteri sama-sama melangkah masuk syurga.. Itulah rahsia bahagia bila kita ada cita-cita nak bawa pasangan sama-sama melangkah masuk syurga.
Kita sibuk mengorat pasangan untuk bawa dekat pada Allah. Nikmat pegang tangan pasangan, solat sama-sama..lepas tu buat Talim sama-sama. Solat tahajud sama-sama. Indahnya. Suami isteri bangun tahajud sama-sama Allah rahmati keluarga itu.
Rahmat begitu banyak diturunkan kepada suami isteri malam tidur sama-sama. Kemudian kejut pasangan jika perlu ambil air sapu dekat wajahnya sedikit untuk solat Tahajud. (Ikut jenis pasangan) tapi rupanya begitu sekali kehidupan orang dulu.
Begitu berusaha keras untuk dekat diri pada Allah. Suami isteri itu saling nasihat menasihati dalam dekat pada Allah. Itulah lubuk kebaikan keberkatan dan ladang amal. Keluargasunnah- Ustaz Ebit Lew
Menerusi perkongsian di instagram Saharul Ridzwan pula;
Terima kasih kekasih hatiku. Sy percaya awak CINTAKAN saya kerana ALLAH dan kerana itulah awak tidak jemu berusaha bersama saya utk menjadikan keluarga kita diberkati ALLAH, bukan di dunia semata mata, tetapi juga ukhrawi. Semoga Allah terus teguhkan kasih sayang saya, awak dan zuriat kita. Amin
Ruang komen di instagram ustaz Ebit Lew mendapat komen yang positif dari netizen. Rata-rata netizen memuji pasangan ini dan juga berhasrat untuk bersama-sama pasangan ke majlis agama.
Amin..semoga boleh bawak isteri sekali ke jalan Allah
Saya pun suka tengok pasangan suami isteri ni
Doakan saya ustaz nak hadir majlis ilmu ustaz ni bersama pasangan saya
Suka tengok pasangan ni. walaupun berlakon Saharul ni jaga batas2 bersama pelakon wanita
Rozita Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Bonda Rozita ibu kepada Usahawan Kosmetik, Dato Seri Aliff Syukri berkongsi pengalaman beliau di instagramnya bersama cucu-cucu ketika bercuti di Australia.
Bonda Rozita pernah menjadi pengasas Sendayu Tinggi sebelum diserahkan kepada anak perempuanya dan kemudian beliau menumpukan perhatian kepada perniagaan Jamu Ratu Malaya dan Rumah Hutan.
Masa sy kat Australia sy perhati Kri (Aliff Syukri) didik anak-anaknya walaupun dia pelawak sewel ..dia bagus sangat dgn anak, penyayang! Dia tak mewah makan baik pakaian, anak2nya pandai kemas bilik pakai baju urus sendiri.
Tegas penting supaya mereka terdidik. Sy sembang-sembang dgn menantu ..nanti anak besar bila dia just tau serba sedia, susah dia nk survive klu biasa senang
kita nk didik..Urus diri dn sopan wajib didikan sejak kecil lg dh besar kalau dia buat cara dia kita xleh wat apa dah..setidak2nya kita dh cuba didik yg elok ikut budaya kita
Cucu berdua ni lah comel, baik sangat budak ni..macam anak patung
Sayang baem dgn yusuff ..kuat tenaga dia nak protect adiknya
Ramai yang memuji sikap Bonda Rozita melayan anak, menantu dan cucu dengan sangat baik. Ada juga yang memuji cara didikan Aliff Syukri dalam mendidik anak-anak supaya tak terlalu mewah.
Bonda doakan saya dapat anak baik mcm anak dan cucu bonda k
Alhamdulillah bagus didikan Aliff walaupun pada mata kasar kita, Aliff sangat kasar
Bila dah biasa didik dgn kesenangan dari kecil, bila dah besar tetiba nak ajar susah memang diaorang tak boleh terima
Kanak-kanak perempuan Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, 7, yang mengalami kegagalan buah pinggang dan hati, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, malam tadi.
Kanak-kanak berkenaan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA, disahkan meninggal dunia pada 10.48 malam.
Bapanya Memaklumkan Tentang Pemergian Anaknya
Kematian kanak-kanak itu dimaklumkan secara ringkas kepada media oleh bapanya Muhammad Noor Ain, menerusi aplikasi WhatsApp, malam tadi.
Sebelum Ini Disyaki Mengalami Jangkitan Influenza
Sebelum ini, Nur Dinie Damia dirawat di HSA sejak empat hari lepas, selepas disyaki mengalami jangkitan influenza, namun dia disahkan negatif penyakit itu, petang Isnin.
Disahkan Negatif Influenza Semalam
Mengesahkan perkara itu petang Isnin, Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata ujian pengesahan PCR (Polymerase Chain Reaction) terkini pada pukul 4.45 petang Isnin, terhadap murid itu menunjukkannya negatif Influenza.
“Waktu Damia (Nur Dinie Damia) masuk ke sini (HSA), ujian Influenza dilakukan dan didapati negatif… jadi sekarang ini Damia didapati alami kegagalan buah pinggang dan hati.
“Bagaimanapun, pihak hospital sentiasa berusaha untuk menstabilkan semula keadaan adik Damia,” kata Dr Sahruddin kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak itu petang Isnin.
Sumber: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.