Masih berada dalam mood raya, tapi kuih raya dah hampir habis. Si kecil pun nampak kebosanan tiada kudap-kudapan untuknya. Jadi apa kata mama buatkan kuih siput berasaskan Macaroni dan yang paling penting resipi ini sesuai untuk anak anda. Tapi pastikan anak anda sudah boleh mengunyah benda yang keras.

[Baca: Bila Dah Kahwin Sibuk Nak Keluar Lepak, Jangan Kahwin Kalau Nak Jadi “King”]

Buat Kuih Siput Guna Macaroni, Simple & Sedap! Boleh Jadikan Kudapan Si Kecil

Hi Mommy Selamat Hari Raya, Ummi mood raya lagi sebab baru habis final exam. Hari ni terfikir nak jadikan macaroni ni ala-ala kuih siput.. Boleh buat kudap-kudap dan deejah makan banyak.. Syukur deejah reti gigit kunyah ranggup-ranggup ni.

Buat Kuih Siput Guna Macaroni, Simple & Sedap! Boleh Jadikan Kudapan Si Kecil

Bahan-bahan:

IKLAN

– Macaroni * terpulang mommy nak buat brapa banyak*
– sedikit serbuk kari
– tepung beras – 1 cawan
– sedikit lada sulah
– sedikit mix herbs
– daun kari
– sebiji telur..

– bawang merah sebiji blend

Buat Kuih Siput Guna Macaroni, Simple & Sedap! Boleh Jadikan Kudapan Si Kecil

Cara-cara

IKLAN

1. Rebus macaroni dgn sedikit bawang yg dikisar, letakkan olive oil atau minyak masak biasa.. Rebus sehingga masak.

2. Toskan macaroni…

3. Satukan kesemua bahan kering…masukkan macaroni.. Masukkan telur.. Gaul sebati.. Pastikan keadaan tepung pada macaroni agak kering seperti gambar dibawah yaa… Apabila digoreng macaroni tidak melekat2 antara satu sama lain..

IKLAN

4. Goreng guna minyak betul2 panas.. Pastikan betul2 garing.. Kalau x garing bila sejuk macaroni masih boleh dipicit lembut, makesure ranggup krap krup krap bila digigit haha..

Resepi campak-campak je

Buat Kuih Siput Guna Macaroni, Simple & Sedap! Boleh Jadikan Kudapan Si Kecil

Selamat mencuba!

Sumber: Khalida Mahsari Ummi Khadeejah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI