Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak berusia empat tahun meninggal dunia selepas tertinggal dalam kereta selama hampir 10 jam.

Kanak-kanak perempuan itu tertinggal di dalam kereta bapanya yang diletakkan di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Petani, Khamis lepas yang hanya disedari bapanya, seorang pemandu lori selepas dia habis bekerja.

Kes seperti itu bukanlah pertama kali terjadi kerana pada Februari lepas, seorang bayi berusia sembilan bulan ditemui mati dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Kuantan.

Namun kali ini kejadian serupa berlaku di Thailand. Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditinggalkan dalam van selama enam jam meninggal dunia pada petang Sabtu, empat hari selepas berada dalam keadaan koma.

“Dari 7.30am Sampai 1.30pm Terkunci Dalam Van” Kanak-Kanak 2 Tahun Akhirnya Meninggal Dunia

Hospital Maharaj Nakhon Si Thammarat di Thailand mengesahkan kematian Thanakit Yodmanee akibat kegagalan beberapa organ.

Kanak-kanak itu dibawa ke hospital pada 11 Ogos selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian belakang van di pusat perkembangan kanak-kanak di wilayah Phibun.

Dia dilaporkan terkunci dalam van itu dari jam 7.30 pagi hingga sekitar 1.30 tengah hari.

Para doktor memaklumkan usaha menyelamatkan nyawa kanak-kanak lelaki itu gagal selepas hati dan ginjalnya berhenti berfungsi.

IKLAN

Ibu bapanya membenarkan pihak hospital menghentikan mesin sokongan hayat dan kematian Thanakit disahkan pada jam 5.20 petang.

Susulan itu, polis telah menahan dan akan mendakwa seorang guru dan seorang pemandu van dengan tuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian.

Seorang pegawai perubatan yang juga penulis buku “Cakar Ayam Seorang Doktor”, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi sembilan tip bagi mengelak kes terlupa anak dalam kereta yang dikongsi di laman Facebooknya tidak lama dahulu.

1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blind spot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.

IKLAN

“Dari 7.30am Sampai 1.30pm Terkunci Dalam Van” Kanak-Kanak 2 Tahun Akhirnya Meninggal Dunia

2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin (termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.

3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda di belakang.

4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ketiga. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.

IKLAN

5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda, contohnya beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang.

6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah.

7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.

8. Guna peranti atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Boleh layari internet dan lihat aplikasi mana yang sesuai dengan anda.

9. Bagi yang selalu menggunakan aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder (Settings>Reminders>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.

Sumber: Astro Awani

“Dari 7.30am Sampai 1.30pm Terkunci Dalam Van” Kanak-Kanak 2 Tahun Akhirnya Meninggal Dunia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI