Sukan bukan sekadar satu aktiviti fizikal. Ia adalah medium yang mendidik anak-anak tentang disiplin, kerja keras, daya tahan dan semangat kesukanan. Video “Sekali Smash Boleh Terpelanting Lawan! | BK Arena | BINTANG KECIL” bukan sahaja memaparkan aksi hebat kanak-kanak bermain badminton, malah menyampaikan mesej yang lebih mendalam tentang peranan ibu bapa dalam menyokong impian dan bakat anak-anak sejak usia muda. Artikel ini membawakan lima segmen penting yang menjadi asas inspirasi daripada video tersebut – dari rumah ke gelanggang, dari minat kecil ke cita-cita besar.
Permulaan dengan Kasih Sayang: Ibu Bapa Sebagai Inspirasi Awal
Ramai dalam kalangan kanak-kanak dalam video ini memulakan perjalanan mereka dalam badminton dengan figura penting dalam hidup mereka – ibu, bapa, datuk, atau abang. Salah seorang peserta berkata:
“Saya mula main dengan mak saya dan saya rasa sukan ini sangat menarik, jadi saya teruskan.”
Pengalaman awal ini menjadi titik mula yang sangat penting. Anak-anak tidak semestinya tertarik kepada sesuatu sukan secara semula jadi, tetapi interaksi positif bersama keluarga menjadikannya menyeronokkan. Ini menunjukkan bahawa masa berkualiti bersama anak, walau hanya bermain badminton di halaman rumah, boleh menjadi benih kepada minat dan kejayaan masa depan.
Minat Tumbuh dari Rasa Ingin Tahu dan Galakan
Antara faktor penting dalam membina minat anak adalah memberi mereka ruang untuk mencuba. Dalam video ini, seorang lagi peserta berkongsi:
Ads
“Saya tengok ayah selalu tengok badminton di TV, dan dari situ saya pun minat.”
Rasa ingin tahu adalah pemangkin awal. Bila anak-anak melihat contoh yang positif dari orang dewasa, mereka terdorong untuk mencuba. Apabila mereka diberi sokongan seperti kelas latihan atau peralatan sukan yang sesuai, mereka merasa dihargai dan lebih bersemangat.
Dalam banyak kes, ibu bapa bukan sekadar penonton, tetapi juga pemudah cara kepada minat anak – menyediakan masa, logistik, malah menghadiri sesi latihan bersama-sama.
Sukan Sebagai Ruang Pembentukan Sahsiah dan Disiplin
Apa yang lebih menarik dalam video ini adalah melihat bagaimana kanak-kanak yang terlibat bukan sahaja bermain, tetapi menunjukkan sikap matang – mereka bercakap tentang menguasai teknik, meningkatkan stamina, dan bercita-cita tinggi.
Ads
“Saya nak belajar smash depan dan belakang dengan lebih mudah dan betul,” kata salah seorang anak.
Ini membuktikan bahawa sukan bukan sahaja untuk kesihatan, tetapi juga mendidik mereka menjadi lebih bertanggungjawab, berdisiplin, dan mempunyai matlamat. Latihan yang konsisten membantu anak-anak belajar mengurus masa, fokus dan berhadapan dengan cabaran, sesuatu yang sukar dipelajari hanya di dalam kelas.
Dari Impian Kecil ke Langkah Besar: Cita-cita yang Membara
Impian besar seringkali bermula dari langkah kecil. Dalam video ini, terdapat anak-anak yang sudah menyebut nama legenda seperti Lee Chong Wei sebagai inspirasi:
“Saya harap boleh jadi Lee Chong Wei yang seterusnya.”
Walaupun kata-kata itu datang dari seorang kanak-kanak, ia menunjukkan bahawa mereka mempunyai visi. Apa yang diperlukan hanyalah sokongan berterusan dari ibu bapa, jurulatih dan komuniti. Bila anak-anak tahu bahawa usaha mereka dihargai dan tidak sendirian, mereka lebih berani untuk bermimpi besar.
Akademi dan Komuniti: Menyediakan Ruang dan Sokongan
Program seperti yang dianjurkan oleh Bintang Kecil dan akademi badminton tempatan dalam video ini sangat penting. Mereka menyediakan persekitaran yang profesional tetapi santai, dengan fokus kepada pembelajaran teknik yang betul dan memberi ruang kepada anak-anak untuk berlatih dan bertanding.
Ads
Bagi ibu bapa pula, program sebegini memberi ketenangan hati kerana anak mereka berada di tempat yang selamat dan membina. Lebih penting lagi, ia membina komuniti ibu bapa yang saling menyokong dan berkongsi pengalaman – satu elemen penting dalam membesarkan anak-anak yang aktif dan bermotivasi.
Satu Smash, Seribu Langkah Ke Hadapan
Video berdurasi singkat ini memberi impak yang besar. Ia memperlihatkan bagaimana gabungan kasih sayang keluarga, sokongan ibu bapa dan semangat anak-anak boleh membawa perubahan luar biasa. Dalam satu aksi smash, tersimpan beribu jam latihan, pengorbanan, dan keyakinan – dan semuanya bermula dari rumah.
Ibu bapa adalah pendorong pertama, dan dengan sedikit sokongan dan galakan, anak-anak boleh menempa nama, bukan sahaja di peringkat sekolah, malah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ingat, impian anak-anak bukan untuk dipadam, tetapi untuk dibantu menyala.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak suka menyepah dan tak duduk diam ketika makan, boleh guna teknik menerangkan peraturan untuk disiplinkannya.
Ini cara yang terbaik sebenarnya nak ajar anak sebab lagi dimarah, makin menjadi-jadi anak buat perangai sehingga rasa-rasa betul tercabar. Apa kata ibu bapa guna teknik yang dikongsikan oleh Puan Maznah Ibrahim
Teknik pejam mata pada kesalahan, ganti dengan teknik menerangkan peraturan dengan betul.
Teknik ini saya sering lakukan ketika di meja makan bersama. Anakanda akan berada di ‘high chair’ nya manakala kami di kerusi dewasa biasa masing-masing.
Sejak anakanda berusia 1 tahun 2 bulan (kini 1 tahun 8 bulan), beliau sudah memiliki ‘high chair’ dan mangkuk serta sudunya sendiri. Apabila datang ‘mood’ meneroka dan seronok bermainnya (normal untuk kanak-kanak kecil yang belum ada ‘table manners’), beliau akan membaling makanan sama ada ke bawah lantai atau di mana-mana kesukaannya. Ini lebih ketara sejak beliau pandai membaling makanan untuk ikan belaan di kolah rumah kami.
Saya akan berkata: “Fateh, makanan untuk dimakan bukan dicampak atau baling (Teknik Menerangkan Peraturan Umum). Fateh makan ni, masuk muuulut!” (Sambil tunjukkan makanan kami dimasukkan ke mulut kami: Teknik Menunjukkan Cara).
Selalunya beliau akan ikut, dan kami akan terus memuji : “Bagus, Fateh makan, masuk mulut (puji tingkahlaku). Mummy suka (Impak 1) (sambil senyum lebar: Teknik Ganjaran Sosial). Makanan tak sepah (Impak 2)”.
Apabila adegan campak membaling berlaku lagi, kami akan memberitahu sebelum tindakan menarik mangkuknya dilakukan.
Saya tidak berkata “Fateh buat lagi, Mummy ambil mangkuk!” (mengugut).
Sebaliknya saya hanya menggunakan Teknik Menerangkan Peraturan Makan: “Fateh nampaknya dah kenyang. Mummy ambil mangkuk letak tepi ya” (sambil letakkan ke tepi saya perlahan-lahan).
Sekiranya beliau masih belum selesai, beliau akan berbunyi sambil menunjukkan mangkuknya menunjukkan beliau masih mahu makan lagi, dan peluang akan diberi (sambung makan).
Biasanya memang benar, apabila peraturan makan tidak dipatuhi lagi, bermaksud anakanda sememangnya sudah kenyang.
Seterusnya sesi mengemas akan dilakukan, dan beliau menurut sahaja bermakna beliau okay.
Sambungan: teknik memberi solusi, dan teknik menunjukkan cara: mengemas lantai bersama.
Nota:
========
*Peraturan Selamat / Meja Makan keluarga anda perlu konsisten dan tindakan disiplin wajar yang ingin dilaksanakan seperti menarik mangkuk ke tepi perlu dillakukan dengan berhemah dan hormat, kerana bayi juga ada perasaan dan harga diri.
**Kanak-kanak usia 1 tahun ke atas sudah mula peringkat Autonomi, iaitu melakukan segala yang difikirkannya boleh secara cuba jaya sendiri. Tindakan menghukum kesilapan seperti marah atau fizikal (menarik kasar dan sebagainya) boleh menyebabkan sebaliknya dari Autonomi (Rasa Autonomi: Ini cara saya, Boleh tak saya buat sendiri) kepada rasa Ragu-ragu dan Malu, iaitu rendah estim/harga diri. Kesan berpanjangan boleh dilihat pada kanak-kanak usia mula bersekolah iaitu seawal 4-6 tahun di prasekolah dan sekolah rendah yang kerap rasa kurang yakin diri cuba melakukan sesuatu yang diingininya atau dijangkakan perlu dilakukan di sekolah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekali pandang kelihatan seperti rombongan kanak-kanak sedang teruja melihat pameran kereta kebal tentera.
Namun, sebenarnya kanak-kanak berkenaan berada di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Pintar Pendidikan Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STREAM) di Taman Tuanku Jaafar di sini dan sedang mengikuti salah satu modul pembelajaran berteraskan ketenteraan.
Pengarah Kemas Negeri Sembilan, Mohamad Abu Bakar berkata, menerusi program Tabika Kemas Pintar STREAM di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, setiap negeri diminta memperkenalkan modul pembelajaran menerusi 13 tema yang ditetapkan termasuk bidang ketenteraan.
Menurutnya, langkah pembaharuan itu dapat menggalak minat kanak-kanak Tabika Kemas melalui pembelajaran secara kolaboratif, kreatif dan pemikiran kritis.
“Disebabkan terdapat banyak kem tentera di Negeri Sembilan, jadi kita pilih modul ketenteraan. Nampaknya ia berjaya menarik minat kanak-kanak, malah ibu bapa juga turut teruja.
“Projek menaik taraf dan membaik pulih kawasan tabika ini mengikut modul ketenteraan bermula pada tahun lalu dan kini dalam proses akhir untuk disiapkan,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohamad berkata, menerusi modul ketenteraan itu, murid-murid tabika berpeluang melakukan latihan asas ketenteraan di kawasan tabika berkenaan.
Menurutnya, bagi merealisasikannya usaha tersebut, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong, Rembau; Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan ibu bapa.
“Misalnya, replika kereta kebal ini, kita buat menggunakan barang terpakai dan salah satunya ialah rim tayar kereta. Hasilnya sangat memuaskan dan menarik perhatian.
“Di kawasan luar bangunan pula kita sediakan ruang latihan ketenteraan seperti berjalan atas titian,menyusur di bawah tali dan kita bina kubu menggunakan guni,” katanya.
Mohamad berkata, pembaharuan tersebut secara tidak langsung dapat menjadikan imej Tabika Kemas lebih segar sekali gus menjadi pilihan pertama ibu bapa untuk menghantar anak belajar di prasekolah.
Siapa tak pernah tengok gelagat Fatimah dan Ali, kanak-kanak yang popular di Instagram? Dua beradik yang petah bercakap dan bijak ini kini menetap bersama keluarganya di Birmingham, United Kingdom (UK). Gelagat dua beradik ini bersama seorang abangnya Omar menerusi akaun Instagram yang dikendalikan ibu bapa mereka, @thefamily.uk menjadi hiburan yang menceriakan para pengikutnya.
Siapa yang menjadi pengikut setia instagram keluarga ini pasti tertunggu-tunggu video terbaru gelagat Fatimah dan Ali yang lucu dan menceriakan. Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya ibu bapa kanak-kanak ini mendidik anak sehingga petah bercakap, bijak dan confident.
Ia turut diakui oleh ibunya Nor Ashila Mahamed Ismail yang lebih dikenali sebagai Mrs Mom dalam akaun instagram ini. Katanya memang ramai ibu bapa di luar sana yang meminta mereka berkongsi tip bagaimana melatih anak-anak untuk petah bercakap di awal usia.
Ali mula bercakap pada usia 9 bulan, sama seperti Fatimah. Tetapi, dia mula meniru beberapa perkataan kami tuturkan semasa usianya baru 6 bulan. Teka apa perkataan pertama Ali? ‘MAH’ (Fatimah)!
Dia adalah anak yang terawal daripada 3 orang anak kami yang pandai bercakap. Tak seperti Fatimah, caranya lebih kepada apa yang kami gelarkan ‘The Master Immitator’. Dia tiru hampir semuanya daripada Idola No. 1 nya, Fatimah! Bagaimanapun dia hanya tahu secara random. Dia akan mengingat banyak perkara yang diperhatikan yang dia rasa catchy dalam bank memorinya, kemudian tunggu pada saat yang betul & mula melontarkan pelurunya, yang mana selalunya akan buat orang ketawa! Ini antara perbezaan besar di antara Ali & Fatimah, kerana Fatimah hanya akan bercakap apa yang difikirkan! Sangat mustahil untuk menyuruhnya ikut cakap kita. Itulah sebabnya kami gelarkan dia ‘BORN TO TALK’!
Kami menerima banyak permintaan daripada ibu bapa di luar sana untuk berkongsi tip kami tentang bagaimana kami melatih anak-anak untuk bercakap di awal usia. Berikut adalah pengalaman kami…
Peraturan No. 1 – ELAKKAN BABY TALK. Kami selalu bercakap dengan anak-anak mengikut cara orang dewasa, walaupun bayi bercakap nada cute dan memikat. Kami mula bercakap dengan mereka sepanjang peringkat kehamilan lagi. Bila anak lahir, mereka kenal suara kami serta merta kerana kami sudah berkomunikasi dengan mereka setiap hari. Kami juga menggunakan intonasi berbeza untuk menarik perhatian mereka.
Peraturan No. 2 – BERTENANG & TERUSKAN BERCAKAP. Sesetengah kanak-kanak mungkin mengambil masa berbanding kanak-kanak lain untuk mula bercakap. Jangan putus asa! Bertenang dan teruskan bercakap dengan anak anda setiap hari – cakap, cakap, cakap & jangan berhenti bercakap! Jangan paksa anak untuk bercakap. Ini akan hanya membuatkan mereka terus menolak untuk bercakap. Sesetengah ‘superstars’ lebih gemar mengambil masa sendiri untuk mengeluarkan suara!
Peraturan No. 3 – DENGAR. Bila anak anda mula bercakap, berikan perhatian. Libatkan diri dengan mereka – elakan komunikasi 1 hala. Biarkan mereka tahu yang anda sangat berminat dengan apa sahaja yang mereka cakapkan.
“Setiap anak mempunyai cara pembelajaran dan kadar yang berbeza. Setiap anak adalah istimewa…mereka hanya akan menyerlahkan keistimewaan mereka pada masa yang berbeza!”
Fatimah Cipta Trending Lagi Dengan Perkataan ‘gapoever’
Terbaru, satu video yang dimuat naik ke akaun Instagram itu memaparkan keletah Ali yang melakukan role play sebagai doktor, cuba merawat masalah alergi yang dihadapi kakaknya, Fatimah.
Apa yang mengelikan hati ramai pengikutnya bukan sahaja aksi comel kedua-duanya tetapi juga penggunakaan perkataan ‘gapoever’ yang digunakan Fatimah.
‘Gapoever’ merupakan gabungan dua perkataan, ‘gapo’ yang bermaksud apa dalam dialek Kelantan, serta perkataan bahasa Inggeris ever, dan gabungan ini merujuk kepada ekspresi whatever dalam bahasa Inggeris yang bermaksud ‘apa sajalah’.
Perkataan itu tiba-tiba sahaja menjadi trending di laman sosial, dan ramai yang tidak dapat menahan rasa lucu tetapi dalam masa yang sama kagum dengan kebijaksanaan dan kreativiti Fatimah.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.