Comel sungguh anak angkat pertama Datin Sri Shahida ini, Ameena namanya. Minggu depan genap setahun usia si kecil ini.
Anak angkat pertamanya bakal mencecah usia 1 tahun minggu depan, Datin Sri Shahida memuat naik gambarnya bersama si anak, Ameena. Ibu muda yang cukup penyayang ini juga mendedahkan Ameena mempunyai nama gabungan dia dan suami, Datuk Sri Aliff Syukri.
Ads
Saya suka nama Ameena dulu berangan nak dapat baby girl tapi keluar boy,Jadi nak tunggu baby girl lambat lagi….namakan si kenit sorang ni nama Ameena Aliffsha, Gabungan nama saya dan suami….dah besar dan minggu depan dah 1 tahun…..cepat nya masa berlalu….
Bila bayi dah mencecah umur setahun, tapi masih belum tumbuh gigi, ramai ibu bapa yang mulai risau. Macam-macam difikirkan dan di tambah pula dengan cakap-cakap orang sekeliling.
Jika diikutkan ada beberapa faktor yang menyebabkan anak lambat tumbuh gigi. Menurut Dr Izaza Mohd Zan setiap bayi tak sama. Ada yang dah tumbuh gigi awal dan ada yang lambat. Ikuti perkongsian ini.
Ada parents yang risau bila anak dah 12 bulan dan masih tak ada gigi. Ada beberapa faktor yang menyebabkan bayi lambat tumbuh gigi.
1. Faktor genetik, mak ayah kena confirm dengan kedua keluarga sama ada belah mak atau ayah yang ada masalah yang sama, iaitu anak tumbuh gigi lambat.
2. Anak kekurangan nutrisi makanan. Bayi yang sedang membesar perlukan pelbagai sumber nutrisi, mineral, vitamins A,C dan D dan juga kalsium serta fosforus untuk sihat.
3. Ada anak yang kurang aktif atau pertumbuhan lambat atau delay development juga akan mengalami lambat pertumbuhan gigi. Boleh rujuk pada pakar pergigian kanak-kanak sekiranya pada usia 18 bulan anak masih tidak ada gigi.
4. Hypotirodism adalah sejenis masalah di mana bayi mengalami perkembangan pembentukan tiroid yang kurang aktif dan boleh juga melambatkan pertumbuhan gigi.
5. Pada usia 13 bulan, bayi yang masih belum tumbuh gigi perlu dibawa ke pakar pergigian kanak-kanak atau Dr Gigi general untuk kepastian faktor gigi lambat tumbuh.
Rajin-rajin cek gigi anak, pada usia 3 tahun anak sepatutnya sudah ada 20 batang gigi dalam mulut.
Pasti ada ibu dalam dilema bila anak tak mahu menyusu bila ditinggalkan di rumah pengasuh atau tadika.
Disebabkan masalah ini, ibu jadi risau sebab takut anak lapar dan menangis.
Bagaimanapun dalam sebuah artikel ada menyatakan bayi akan berlapar semasa ketiadaan ibu pada siang hari dan menyusu sampailah kenyang pada sebelah waktu malam. Kenapa Jadi macam ni ya? Adakah normal?
Adakah Masalah Ini Serius?
Berdasarkan perkongsian dari Cik Anim, jika ia melibatkan soal anak, everything is serious mater, ni kata orang kampung saya. Mestilah kita perlu ambil tahu dan selidik punca dan sebab terjadinya situasi seperti ini bukan.
Tahukah anda, jika bayi anda Tak Menyusu pada siang hari dan lebih kerap pada waktu malam, tabiat macam ini kita panggil Reverse Cycling. Selalunya keadaan seperti ini akan berlaku apabila corak penyusuan normal bayi terganggu atas beberapa sebab.
Antara sebabnya ialah:-
– Bayi itu susah untuk beri tumpuan penuh waktu sedang menyusu. Biasanya akan berlaku apabila bayi itu sudah menjangkau usia empat bulan ke atas.
– Bayi yang terlalu aktif
– Si ibu terlalu sibuk pada waktu siang hingga kurang menyusukan bayi
– Ibu yang berkerja di siang hari
Bagi jenis ibu yang berkerja dan tidak ada banyak masa untuk mengepam apabila berada di pejabat , Reverse cycling mungkin menjadi pilihan kerana mereka tidak perlu kerap mengepam. Perhatian! Reverse Cycling sebenarnyatidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan terhadap bayi dari segi Zat pemakanan dan tumbesarannya.
Tapi, dengan syarat bayi itu haruslah menyusu dengan kerap dan tanpa had apabila bersama ibunya pada waktu malam.
Jadi, berbalik semula pada soalan diatas, seorang ibu itu wajib memastikan pembuangan air kecil dan besar bayi adalah normal! Selain itu, pantau peningkatan berat badannya dalam keadaan yang baik. Ia penting kerana boleh dijadikan sebagai petanda bahawa bayi itu adalah berkeadaan normal.
Antara tips yang boleh diamalkan ialah seperti berikut:-
Tangisan bayi di tengah malam bukanlah suatu perkara asing buat ibu bapa baharu. Jika bayi terjaga di tengah malam, bukan ibu bapa sahaja yang akan merasa kesannya (tidak cukup tidur).
Bahkan juga, si manja turut merasai kesan akibat tidak mendapat tidur yang lena. Hal ini kerana, bayi yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengganggu proses tumbesaran mereka. Bagi membantu si manja mendapatkan tidur yang lena pada malam hari, cuba ikuti panduan di bawah:
Sebelum tidur, pastikan bayi sudah diberikan susu yang mencukupi.
Sebelum tidur, lap badan bayi menggunakan tuala yang direndam dengan air suam.
Selepas membersihkan badan bayi, lakukan urutan lembut pada tubuh badan bayi termasuk tangan dan kaki. Penggunaan minyak bayi ataupun losen boleh membantu proses urutan dan harumannya boleh merangsang si manja mendapatkan tidur yang lena.
Jika ingin menidurkan bayi, pastikan pencahayaan dalam bilik tidur suram.
Anda boleh memasang alunan muzik lullaby ataupun zikir yang sesuai bagi merangsang mood tidur si manja.
Tahukah anda bahawa faktor pakaian semasa tidur juga boleh membuatkan si manja terjaga daripada tidur. Jadi, pastikan anda memakaikan bayi dengan pakaian yang sesuai dan selesa biarpun semasa dia sedang tidur. Anda boleh juga membalutkan tubuh bayi dengan selimut nipis untuk menghangatkan tubuhnya semasa tidur.
Ajar si manja tidur pada satu-satu waktu. Contohnya, terus bawa si manja tidur pada setiap jam 9 malam pada setiap hari. Dengan cara ini, bayi anda akan mengulangi waktu tidur yang sama setiap hari.
Bayi memang akan tidur tidak kira siang ataupun malam. Namun, anda perlu ajar bayi membezakan tidur siang dan malam mereka dengan cara membiarkan bayi tidur di bakul bayi pada waktu siang dan tidur di katil bayi ataupun bersama anda pada waktu malam.
Jika bayi anda terjaga pada waktu malam, tepuklah punggung atau pahanya dengan lembut bagi merangsangnya untuk terus tidur. Sekiranya si manja menangis, periksa sama ada berlaku kebocoran lampin. Anda juga boleh mendukung bayi anda seketika sambil mendodoinya dengan suara yang perlahan.