‘Dating Berdua, Layan Anak Minat Snow White’. Cara Aeril Zafrel Bonding Dengan Anak Perempuannya

Share

Anak perempuan pasangan pelakon sama cantik sama padan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang bernama Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa atau panggilan manjanya Hayla sering menarik perhatian netizen yang mengikut Instagram bapanya.

Baru-baru ini Aeril ada memuat naik gambar Hayla memakai baju salah satu watak animasi terkenal Disney Production iaitu Snow White.

Sebagai ayah yang penyayang dan rapat dengan anak-anaknya, Aeril seboleh mungkin ingin menggembirakan anak-anaknya.

Bila si comel Hayla yang sangat meminati karektor Snow White turut meminta apa yang dimiliki oleh puteri tersebut termasuk pakaian dan arnab maka Aeril menulis kapsyen lucu yang berharap anaknya hanya minta arnab sahaja.

Sama tak?? Oleh kerana cerita snow white.snow white hidup dengan rabbit.Dia pun nak jgak ada rabbit…

Mintak rabbit je ya nak…

Netizen rasa terhibur melihat gambar comel Hayla dan kapsyen ditulis Aeril. Disamping itu ramai juga menulis komen yang Aeril bernasib baik kerana Hayla tak minta watak rusa, tupai, orang kerdil, tempat tinggal Snow White dan putera raja.

Kalau tak habislah pelakon drama Cinta Fatamorgana ni nak cari untuk anak perempuan kesayangannya.

Video ‘Snow White’ Nak Naik Kuda Pun Lucu

Memang sayang betul Aeril pada anak perempuannya, sampai sanggup lah naik kuda sekali dengan Hayla kerana si kecil mungkin berangan juga nak naik kuda macam kartun Snow White tu.

Selain ramai netizen puji kecomelan Hayla ada juga yang perasan betapa sayangnya Aeril pada Hayla.

Nampaknya Aeril memang percaya bila bonding antara ayah dan anak perempuan rapat dan kuat ia akan memberi kesan positif pada perkembangan dan tumbesaran Hayla.

Sebab itulah walau sibuk macam mana pun pelakon kacak ini tetap meluangkan masa bersama si kecil termasuk sesekali keluar ber dating berdua sahaja tanpa membawa anak lelaki dan isterinya.

Itu cara Aeril cipta bonding dengan Hayla!

Sumber: Instagram aerilzafrel

IKLAN