Dikala usianya 45 tahun kini, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza tidak lagi fokus untuk menambah bilangan anak.
Malah kata Siti menerusi satu perkongsian video di Tik Tok, untuk hamil lagi bukan menjadi pilihannya kini memandangkan dia sudah punya dua cahaya mata.
“Sekarang ni saya lebih fokus jaga kesihatan, kalau diikutlah boleh lagi nak hamil kalau kuat.
“Cuma bila dah 45 tahun ni risiko lagi tinggilah,” kongsinya.
Bercerita mengenai masalah kesihatan yang dihadapinya kata ibu kepada dua cahaya mata ini, dia pernah berdepan dengan dua masalah kesihatan ketika mengandungkan Aafiyah dan Afwa.
Ads
“Sebab masa Aafiyah dulu saya bleeding teruk, saya ada masalah uri melekat.
“So masa mengandungkan Afwa pula alhamdulillah tapi selepas bersalin saya ada problem sebab saya ada tail bone problem yang sakit sangat.
“Maknanya bila ada dua anak ni, dia punya sakit lain-lain. Ibu ni kan bila anak dah besar dia lupa sakit sebab tu, nak bertambah-tambah tu cumanya faktor usialah.
“Sekarang ni saya fokus untuk jaga kesihatan diri saja,” kongsinya lagi.
Ads
Terdahulu, perkongsian hidup Siti dan Datuk K dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Bayi pramatang mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi berbanding bayi yang dilahirkan pada masanya. Malah hasil kajian yang dilakukan ini memerlukan anak pramatang perlu sentiasa dipantau tahap kesihatan.
Bagi para ibu yang melahirkan bayi pramatang, mereka bukan sahaja bergelut dengan kepenatan proses kelahiran, malah dengan tekanan emosi dan psikologi menghadapi bayi yang memerlukan bantuan khusus di hospital.
Dan timbul juga pertanyaan, bagaimana dengan jangka hayat mereka? Adakah bayi yang dilahirkan pramatang dijangkakan akan hidup dengan jangka hayat yang lebih pendek atau sama sahaja seperti kelahiran biasa?
Apa itu kelahiran pramatang?
Kehamilan ideal biasanya berlangsung sehingga 40 minggu. Kelahiran antara 37 dan 42 minggu masih dikategorikan kelahiran cukup bulan sementara kelahiran pramatang ialah kelahiran sebelum usia 37 minggu.
Seramai 15 million bayi dilahirkan pramatang setiap tahun, iaitu lebih kurang 1 daripada 10 bayi di seluruh dunia dengan 60% daripadanya di Afrika Selatan dan Asia Tenggara.
Bayi dianggap mampu hidup di luar rahim antara usia 22-24 minggu. Pun begitu, bayi yang dilahirkan seawal 24 minggu pada umumnya memerlukan banyak bantuan perubatan termasuklah pengudaraan mekanikal dan rawatan invasif yang lain disamping perlu menetap dalam unit rawatan intensif neonatal (NICU).
Di tangan pakar yang berpengalaman, bayi yang dilahirkan lebih awal mungkin mempunyai peluang untuk hidup. Bayi yang dilahirkan pada usia 23 minggu dapat bertahan dalam NICU yang canggih, tetapi kemungkinan hidup lebih rendah.
Kemungkinan hidup bertambah dengan usia kehamilan. Oleh itu, bayi pramatang yang dilahirkan lebih kurang 37 minggu akan lebih baik daripada yang dilahirkan sebelum 28 minggu.
Jangka hayat bayi pramatang
Dalam sebuah penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association, kajian mendapati mereka yang dilahirkan pramatang mempunyai risiko kematian 38% lebih tinggi berbanding mereka yang dilahirkan normal sewaktu usia awal dewasa.
Penyelidik di Universiti Stanford mengkaji 674,000 bayi Sweden yang lahir daripada tahun 1973 hingga 1979, dan mendapati bahawa 5% dilahirkan pramatang. Para penyelidik kemudian mengawasi kanak-kanak ini sehingga mereka berusia 29 hingga 36 tahun.
Peningkatan risiko kematian pada usia awal kanak-kanak telah pun diketahui daripada penyelidikan terdahulu. Iaitu dengan risiko kematian sebanyak 59% pada usia awal kanak-kanak (antara umur 1 dan 5), berbanding dengan bayi yang dilahirkan normal.
Mereka juga mungkin mempunyai masalah kecacatan jantung, masalah pernafasan dan endokrin.
Tetapi kajian Stanford ini merupakan yang pertama untuk mengesan risiko kematian pada peringkat awal dewasa. Kerana tiada peningkatan risiko yang ketara antara umur 18 hingga 36 tahun, jangka hayat mereka dijangkakan tidak terkesan setelah dewasa.
Risiko kematian dipercayai berkurang dari masa ke masa. Namun begitu, hasil kajian terbaru ini menunjukkan bahawa peningkatan risiko kematian muncul semula pada usia awal dewasa.
Risiko kematian awal dewasa 1: 1000
Walaupun penemuan ini mungkin merisaukan, kebanyakan bayi pramatang menjalani hidup sihat. Walaupun terdapat peningkatan relatif terhadap risiko kematian awal, penemuan menunjukkan bahawa risiko mutlak kematian pada masa awal dewasa masih rendah: kurang daripada satu dalam 1000 orang.
Apa yang lebih penting adalah untuk mereka yang dilahirkan pramatang atau ibu bapa mereka menyedari faktor risiko ini dan melakukan langkah praktikal.
Penemuan ini menunjukkan bahawa mereka yang dilahirkan pramatang perlu terus diawasi pakar kesihatan sehingga usia dewasa.
Mereka juga harus mengekalkan gaya hidup sihat, makan dengan baik, bersenam secara teratur dan mengelakkan obesiti dan merokok.
Kelahiran bayi pramatang adakalanya tidak boleh dielakkan. Ia terjadi kerana pelbagai faktor daripada ibu dan bayi. .
Bayi pramatang lahir jauh lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin sedangkan banyak lagi organ-organ masih belum matang sepenuhnya. Dengan kemajuan teknologi perubatan mereka bertahan dan boleh membesar seperti anak-anak normal yang lain. .
Nak tahu lebih lanjut mengenai kelahiran & survival anak pramatang, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma, 6 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adakah dikira pahala sunat sekiranya mencukur rambut anak lelaki yang baru lahir terlebih dahulu sebelum melakukan aqiqah kerana tidak cukup wang untuk melakukan majlis aqiqah pada hari ke-7 kelahiran?
Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang perkara ini. Ikuti perkongsian daripada lama sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang hal ini.
Sunat cukur rambut pada hari ke-7 walaupun masih belum berkemampuan untuk melakukan sembelihan aqiqah. Pahala sunat tetap dikira walaupun apa yang lebih baik adalah melakukan aqiqah terlebih dahulu sebelum mencukur rambut berdasarkan hadis Nabi SAW dan pandangan para ulama dalam bab ini. Namun begitu, sekiranya tidak mempunyai kelapangan waktu atau terdapat kekangan tertentu, maka boleh menangguhkan majlis aqiqah di kemudian hari sama ada pada hari ke-14, hari ke-21, atau mana-mana hari yang berkelapangan.
Namun begitu, sunnah-sunnah lain seperti mencukur rambut dan pemberian nama tetap dilakukan pada hari ke-7 kerana kesemuanya merupakan sunnah yang berbeza-beza dan tidak terikat untuk melakukannya secara serentak.
Huraian Jawapan
Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT, selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga baginda SAW, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda Rasulullah SAW sehingga hari kiamat.
Mencukur rambut bayi merupakah salah satu perkara sunat yang digalakkan oleh Syarak. Ini berdasarkan hadith daripada Saidina Ali RA, katanya:
Maksudnya: “Rasulullah SAW mengaqiqahkan seekor kambing bagi al-Hasan lantas bersabda: “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah berat rambut tersebut selepas dinilaikan dengan (timbangan) perak.” Ali berkata: “TImbangannya menyamai satu dirham atau setengah dirham.”
Riwayat al-Tirmizi (1519)
Namun begitu, timbul persoalan berkenaan di antara mencukur rambut dengan aqiqah, yang manakah perlu didahulukan?
Bagi menjawab persoalan di atas, Imam Nawawi Rhm. dalam hal ini menyebut khilaf ulama Syafieyyah dalam hal ini,
Maksudnya:“Berkenaan isu adakah didahulukan cukur rambut berbanding sembelih (aqiqah)? (Jawapannya) Terdapat dua pandangan. [Pandangan paling tepat] adalah seperti yang dipegang oleh penulis, al-Baghawi, al-Jurjani, dan selain mereka bahawa disunatkan mencukur rambut setelah melakukan aqiqah (kerana) terdapat hadis yang menunjukkan isyarat (tertib) sebegitu. [Pandangan kedua menyebut] disunatkan mencukur rambut sebelum melakukan aqiqah. Pandangan ini dipegang oleh al-Mahamili dalam kitabnya al-Muqni’ dan dirajihkan oleh al-Ruyani sepertimana yang dinukilkan daripada ibarat Imam al-Syafie. Wallahua’lam.”
(Rujuk: al-Majmu’ Syarh Muhazzab, 8/433)
Hadis yang dimaksudkan imam Nawawi di atas merujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh Samurah bin Jundub RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda,
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Disembelih (aqiqah) untuknya pada hari yang ketujuh, dicukur rambutnya, dan diberikan nama.”
Riwayat Abu Daud (1522)
Mengikut susunan hadis di atas, saranan untuk sembelihan akikah disebut terlebih dahulu sebelum disebutkan cukur rambut dan pemberian nama. Perkara ini dikuatkan lagi dengan pandangan yang diriwayatkan ‘Abd al-Razzaq dalam mushannafnya, daripada Ibn Juraij, katanya:
يُبْدَأُ بِالذَّبْحِ قَبْلَ الْحَلْقِ
Maksudnya: “Dimulakan dengan sembelihan (aqiqah), kemudian cukur rambut.”
(Rujuk: Mushannaf ‘Abd al-Razzaq, 4/332)
Berdasarkan perbahasan di atas, tertib yang paling terbaik adalah seperti yang ditunjukkan dalam hadis di atas iaitu mendahulukan majlis aqiqah terlebih dahulu sebelum melakukan cukur rambut dan selainnya pada hari ke-7 kelahiran.
Sekiranya tidak berkelapangan atau mempunyai kekangan-kekangan tertentu, maka boleh menangguhkan majlis aqiqah pada hari ke-14 atau hari ke-21. Sekiranya masih tidak berkelapangan juga, boleh melakukannya pada bila-bila waktu yang berkelapangan sebelum umur bayi menjengah akil baligh.
Namun begitu, sunnah-sunnah lain seperti mencukur rambut dan pemberian nama tetap dilakukan pada hari ke-7 kerana kesemuanya merupakan sunnah yang berbeza dan tidak terikat untuk melakukannya secara serentak.
Kita selalu dengar banyak pantang larang makanan untuk ibu yang menyusukan anak. Dan juga mungkin ada mommies yang risau nak makan kerana khuatir akan memberi kesan kepada bayi.
Hingga ke satu peringkat, mommies mungkin akan berpantang makan sehingga meninggalkan pemakanan seimbang untuk dirinya.
Secara amnya, tiada makanan khusus yang perlu mommies jauhi kerana setiap orang adalah berbeza. Makan apa yang dirasakan sesuai dan tidak memberi kesan alahan kepada bayi.
Ada kalanya bayi alah dengan makanan yang dimakan oleh mommies kerana sedikit sebanyak makanan itu akan diberikan kepada bayi melalui susu ibu.
Tetapi makanan yang tidak sesuai untuk seorang ibu dan bayi, tidak semestinya tidak sesuai untuk pasangan ibu dan bayi yang lain.
Tanda-tanda alahan adalah seperti muntah, cirit-birit dan sakit perut. Bayi juga mungkin menunjukkan tanda-tanda seperti sering selesema, lelah dan kulit gatal-gatal.
Sekiranya ia berlaku, lazimnya bayi alah kepada makanan yang dimakan oleh mommies. Ia juga selalunya berkait rapat dengan yang mempunyai sejarah alahan kuat dalam kalangan keluarga.
Jadi, mommies kenalah alert dengan jenis makanan yang diambil, sama ada beri kesan kepada bayi atau pun tidak.
Sekiranya mommies perhatikan bayi mengalami alahan, mommies boleh cuba stopkan dahulu pengambilan makanan tertentu selama 2-3 minggu (kurang dari tempoh ini biasanya tidak berkesan).
Sekiranya kesan alahan hilang, makanan tertentu itulah yang menjadi punca alahan bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!