Baru sahaja bergelar bapa kepada puteri kesayangannya, Datuk Ramli MS memberitahu dia sudah merancang 20 tahun ke hadapan mengenai kehidupan dan keperluan anak angkatnya, Nur Izzara.
Datuk Ramli, 65, atau mesra disapa Tok Ram berkata, sejak hari pertama anak angkatnya menjejakan kaki ke dalam rumah, dia sudah memikul satu tanggungjawab baharu.
“Apabila anak itu sudah masuk ke dalam rumah, saya sudah memikul satu tanggungjawab. Saya sudah fikir 20 tahun ke depan mengenai segala keperluannya.
“Sama ada saya panjang umur atau tidak, saya perlu memikirkan tentang kehidupan anak itu 20 tahun ke depan. Kena fikir tentang pembejalaran dan lain-lain.
Ads
Dalam pada itu, Tok Ram mengakui kehidupannya dengan isteri, penyanyi Datin Alyah sedikit berbeza selepas kehadiran Nur Izzara.
“Ini bukan soal kekok apabila ada anak, saya dah hidup 65 tahun dan sudah faham perangai manusia.
“Ketika umur saya 30, saya sudah dapat anak pertama. Pengalaman dahulu dengan kehadiran anak angkat yang sekarang, keadaan sedikit berbeza.
Ads
“Kalau boleh saya mahu ambil lagi anak-anak yang kurang bernasib baik. Ambil lima, sepuluh orang pun saya okay,” katanya.
Terdahulu Alyah mendirikan rumah tangga dengan Tok Ram pada 2013. Pasangan ini bagaimanapun belum dikurniakan cahaya mata. Mereka sepakat mengambil seorang anak angkat, Nur Izzara.
Sebaik mempunyai anak kecil, bermacam-macam aktiviti yang kita lakukan waktu bersama pasangan dahulu terpaksa dikurangkan malah dihentikan bagi memberi perhatian pada anak kecil yang memerlukan lebih perhatian. Antara salah satunya adalah solat berjemaah di masjid, bertilawah dan solat sunat sekerap mungkin dan sebagainya.
Jangan kecewa kerana tidak dapat berbuat ibadat sebanyak dulu. Apa yang kita lakukan hari ini adalah juga satu ibadah, iaitu membesarkan anak-anak kecil kita. Inilah yang dikongsikan oleh Wan Nur Syakira, penulis keibubapaan di facebooknya.
Alam keibubapaan adalah alam ibadah. Di alam itu, kita teruji dengan pelbagai cara dalam mendidik seorang manusia. Dari pagi sehinggalah muncul pagi esoknya. Semuanya adalah ibadah, jika diniat kerana Allah.
Jangan kecewa. Jangan sedih. Jika tak mampu bertilawah sebanyak dulu, tak mampu solat sunat sekerap dulu, tak mampu melakukan ibadah seorang diri selama dulu.
Sedarlah, alam ibadah kita sudah menjadi berbeza sejak kita menerima kehadiran anak. Dan alam keibubapaan terselit jutaan ganjaran kita hadapinya dengan iman dan sabar. Apatah lagi sekiranya kita dianugerah anak yang istimewa. Maha hebat ujiannya.
Anak akan jadi ibadah kita dan ladang pahala kita. Cara yang paling banyak kita nak dapat ganjaran ketika jadi ibu bapa adalah BERSABAR DENGAN TELATAH ANAK.
Ya, ibu bapa pasti tahu kehidupan bersama anak. Terlalu banyak saat di mana memerlukan kesabaran dan kelapangan hati.
Sabar bila tak cukup tidur. Sabar bila menyantuni anak istimewa. Sabar bila sakit badan menyusu. Sabar bila kita meredah letih penat setelah pulang bekerja untuk melayan anak. Sabar bila kita kena utamakan keperluan anak dulu lebih dari kita sendiri.
Sabar bila berulang membersihkan kotoran dan sepahan yang dilakukan oleh anak kecil. Sabar bila nak hadapi anak merengek, meragam dan menangis. Sabar bila kurang masa untuk bersendiri. Sabar bila melayan permintaan anak kecil.
Sabar bila anak berkepit di kala kita nak melakukan sesuatu. Sabar bila kita tak boleh nak rehat walaupun kita tak sihat. Sabar bila marah mahu menyelubungi perasaan. Sabar bila rasa nak tinggikan suara atau gunakan kekerasan. Dan banyak lagi.
Yakinlah. Semuanya tiada sia-sia. Semuanya ibadah. Niat kerana Allah, dan ikhlaskan hati.
Kita tak tahu, mungkin dengan asbab kita sabar berkorban berjaga malam lah ,kita dimasukkan ke syurga. Mungkin asbab kita sabar menahan letih bekerja demi melayan dan bermain dengan anaklah, kita dialukan ke syurga. Sebab mungkin pahala solat kita tak sempurna, pahala puasa kita, pahala sedeqah kita tak lengkap.
Rupanya Pahala SABAR lah yang bawa kita ke syurga. MasyaAllah.
Firman Allah dalam Quran. Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.
Surah Az Zumar, ayat 10
Tengok, Allah kita pahala kalau kita sabar , Allah ganjarkan sampai tak terkira. Betapa besarnya.
Jadi, jom ibu bapa, Mohonlah keluasan kesabaran serta kasih sayang untuk kita menuai pahala dari alam keibubapaan kita yang hanya akan berakhir bila kita dah ditarik nyawa. Berdoalah kepada Allah untuk menjadi ibu bapa yang soleh sebelum kita meminta anak yang soleh.
Lagi untung, bila kita dah mati, ladang pahala masih berbunga dan berbuah lebat untuk kita. Disebabkan doa anak-anak kita yang soleh yang tidak melupakan ibu bapanya yang telah tiada. Anak soleh saham kubur dan akhirat kita. MasyaAllah.
Ya Allah, jadikanlah kami ibu bapa yang bertaqwa agar kami dikurniakan anak-anak yang bertaqwa. Amin.
Wan Nur Syakira
Artikel berkaitan:
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Malang tidak berbau, disaat kita mengejar masa untuk membuka kunci rumah, ketika itulah kunci terpatah. Jangan panik dan cemas kerana ada caranya untuk mengeluarkan kunci ini dari terperangkap di dalam lubang itu.
Perkongsian tip dari pengguna Tik Tok, @jason_jezi ini anda perlu cuba. Memang senang!
Kalau kunci terpatah di dalam lubang kunci jangan panik. Nak keluarkan macam mana?
Cara keluarkan kunci patah
Hanya gunakan satu gam jenis batang (seperti di dalam gambar).
Kemudian panaskan dengan pemetik api.
Biarkan gam cair dan kemudian cepat-cepat masukkan ke gam ke dalam lubang kunci yang terpatah.
Tunggu selama 10 saat sambil menekan gam ke lubang pintu.
Kemudian perlahan-lahan tariklah ia keluar.
Tadaaa, hasilnya!
Memang berjaya. Jadi tak perlu risau bila kunci terpatah macam ni.
Seorang bapa kepada 10 anak dari Kampung Parit Lapis Hassan, Simpang Renggam, Kluang tidak mampu menahan sebak apabila lapan daripada anaknya akhirnya menerima sijil kelahiran dan kad pengenalan selepas dibantu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Zainal Abidin Miskan, 51, yang turut ditemani isterinya, Jannaton Naimah Rohani, 36, dilihat sujud syukur sambil menangis di atas pentas tatkala penantian panjang keluarganya berakhir.
Menurut pasangan ini, anak-anak mereka berusia antara dua hingga 14 tahun sebelum ini tidak memiliki sijil kelahiran kerana berdepan pelbagai halangan termasuk kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain.
“Syukur alhamdulillah, hari ini lapan anak saya dapat sijil kelahiran. Rasa hilang sudah satu beban besar kami sekeluarga,” kata Zainal Abidin yang masih terharu dengan perkembangan itu.
Beliau menjelaskan, dua anak sulungnya yang berumur 17 dan 15 tahun sudah pun mempunyai sijil kelahiran, manakala lapan yang lain kini akhirnya mendapat dokumen pengenalan diri yang sangat penting untuk masa depan mereka.
“Terima kasih banyak pihak yang bantu saya sekeluarga termasuk ketua kampung, pelbagai agensi kerajaan dan JPN.”
“Kita ini sudah hidup susah, saya bekerja kampung manakala isteri tidak bekerja. Biarlah anak-anak pergi sekolah untuk membantu ubah keluarga dengan ilmu,” katanya ketika ditemui selepas Program Menyemai Kasih Rakyat MEKAR Madani, Rakyat Disantuni di sini, hari ini.
Penyerahan sijil disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (Pengurusan), Raja Azlal Raja Azman.
Sementara itu, Raja Azlal berkata, program Mekar itu dimulakan sejak 2020 ketika negara dilanda pandemik Covid-19.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.