Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bakal memulakan sesi rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan Mei ini.
Jelas Siti, pembedahan minor yang dijalani selepas persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 beberapa minggu lalu adalah persiapan awal untuk rawatan terbabit.
“Saya dalam tempoh yang hampir pulih dah, pembedahan sebelum ini hanyalah pembedahan kecil sahaja.
“Doktor pun menasihati saya untuk bersenam dan menjalani rutin seperti biasa sebelum memulakan rawatan IVF.
Ads
“Insya-Allah jika tiada halangan saya akan memulakan rawatan itu selepas raya (Aidilfitri),” katanya kepada Gempak.
Siti ditemui pada majlis pelancaran produk makanan tambahan Haney D’Jiwa di EQ Plaza Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ads
Sebelum ini Siti memberitahu niatnya untuk menimang cahaya mata lelaki pada tahun ini menerusi rawatan IVF.
Malah, pelantun lagu Terang itu bakal berehat panjang bagi memenuhi tuntutan proses berkenaan.
Pada 2015 Siti pernah mengalami keguguran dan kemudiannya berkongsi khabar gembira tentang kehamilannya dua tahun kemudian.
Hasil perkongsian hidup bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah yang berusia 2 tahun.
Pengalaman yang diceritakan doktor ini agak menakutkan. Hanya sebulan selepas mengambil pil yang dikatakan boleh meningkatkan penghasilan susu ibu, pemeriksaan kesihatan mendapati organ hatinya terjejas sehingga mengalami keradangan.
Dr Maimuna Amin yang sedang menyusukan bayinya tidak dapat menjaga waktu mengepam dan terpaksa menngambil milkbooster untuk mengekalkan jumlah susu harian. Setelah sebulan mengambilnya, tergerak hati untuk membuat pemeriksaan.
Ekoran dari itu, Dr Maimuna telah mengingatkan agar berhati-hati jika mengambil sebarang suplemen. Beliau menyarankan agar membuat pemeriksaan kesihatan setiap 6 bulan sekali.
Beliau telah berkongsi posting beliau mengenai perkara ini seperti berikut;
I posted this before in TBAN but when I searched for it, it has disappeared. Thought long and hard whether to post this on my own page. Berbulan jugak laaa fikirnyaa..
So here to create awareness, I’m posting this again. As you all know I’m a breastfeeding mom. As a BF mommy I’m actually struggling to maintain my supply. Due to my working hours, I don’t get to spend much time to pump especially during oncalls. So in desperate times, I took a milkbooster pill called *****. I took it for a month, then decide to check my renal and liver profile. Since I do have my doubts regarding all these supplements. ?
And yes, my liver functions went sky high. I developed drug induced hepatitis. Fortunately, it went back to normal in 2 weeks after I stopped taking it & I decide to throw away that thing.
This happened in April. Now my baby is on mix feeding and I accepted that she’s not meant to be a fully breastfed baby. ?
Please be careful with any supplements that u consume and please do health screening at least every 6 months.
===============================
Sedemikian ramai yang tahu, saya seorang ibu yang menyusu badan. Dan sebagai seorang ibu yg menyusu badan, saya mempunyai masalah untuk mengekalkan jumlah susu harian saya. Disebabkan oleh jadual kerja saya, saya tidak dapat menjaga waktu pam saya terutama ketika saya bertugas atas panggilan.
Jadi ketika waktu kritikal, saya membuat keputusan untuk mencuba pil milkbooster jenama *****. Selepas sebulan mengambil pil tersebut, saya ambil darah saya untuk cek fungsi buah pinggang dan hati saya kerana saya tidak yakin dengan kebanyakkan supplement yang ada dipasaran.
Seperti yang dijangka, fungsi hati saya naik mendadak. Saya mendapat radang hati. Selepas dua minggu berhenti makan MB tersebut, fungsi hati saya kembali normal & saya terus buang MB tersebut.
Sila berhati-hati jika anda makan apa-apa supplement dan disarankan membuat pemeriksaan kesihatan setiap 6 bulan.
Pengalaman bersalin setiap wanita berbeza-beza. Ada yang terpaksa melalui kontraksi dan juga kesukaran sebelum bersalin selama berjam-jam lamanya. Sesetengah ibu pula diberikan rezeki untuk bersalin dengan mudah.
Begitulah yang terjadi kepada wanita dari Filipina ini apabila dia melahirkan anak kedua di dalam kereta. Momen cemas itu sempat dirakam oleh suaminya yang terpaksa memberhentikan kereta di bahu jalan sementara menunggu ketibaan pasukan paramedik.
“Little girl was so excited to see the world hahaha..”
Akhirnya pasangan ini menimang bayi perempuan dengan bantuan dari pasukan paramedik. Mereka hanya sempat memandu sejauh dua kilometer apabila tiba-tiba wanita ini terasa seperti betul-betul mahu bersalin. Dimaklumkan jarak hospital terdekat dengan rumah mereka adalah sejauh 57km!
Pemilik akaun Tiktok iamshaiigirl ini turut menitip pesanan kepada bakal ibu untuk terus ke hospital jika sudah mengalami kontraksi yang kerap bagi mengelakkan keadaaan yang tidak diingini.
Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat yang diperlukan oleh si manja untuk membesar dengan sihat.
Bagaimanapun, selagi rezeki susu untuk anak masih ada, teruskan penyusuan sehingga tempoh maksimum kerana ia dapat memberi kebaikan pada anak selain mampu menguatkan sistem imun badan si kecil.
Berikut 14 khasiat susu ibu buat si manja anda!
Kandungan susu ibu pertama yang berkhasiat ialah kolostrum. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih. Merupakan vaksin semula jadi yang baik untuk bayi dan bertindak sebagai “imunisasi” pertama bayi. Susu ibu yang mengandungi banyak faktor bio yang kompleks ini memberi kesan positif dan merangsang sistem biologi badan, mengekalkan mikro organisma berguna dalam usus bagi mengekalkan kestabilan kesihatan.
2. Kulit
Kulit bayi lebih sihat dan tidak kering. Malah mampu membantu mengelakkan dia mendapat alahan pada kulit seperti ekzema.
3. Tekak
Dapat mengelakkan jangkitan gejala sakit tekak yang merupakan penyebab berlakunya demam kepada kanak-kanak.
4. Telinga
Antibodi dalam susu ibu melindungi bayi daripada jangkitan telinga yang menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak.
5. Mata
Susu ibu yang kaya dengan vitamin A dan E membantu penglihatan bayi lebih tajam serta mengelakkan daripada penyakit mata.
6. Kecerdasan otak
Bahan penting susu ibu antaranya mengandungi kandungan protein dan asid lemak omega 3 yang mudah hadam untuk membantu perkembangan mental. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders, Australia membuktikan bayi yang disusukan dengan susu ibu kecerdasan mampu memperoleh IQ sehingga tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
7. Mulut
Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia dapat membantu perkembangan otot bahagian muka yang baik.
8. Lidah
Khasiat susu ibu bergantung kepada apa yang anda makan setiap hari. Oleh itu adalah lebih mudah untuk anda menentukan corak pemakanan yang baik untuk bayi. Justeru, susu ibu yang mempunyai pelbagai rasa membuatkan bayi lebih menerima pelbagai jenis makanan apabila bayi mula makan makanan pejal.
9. Sistem pernafasan
Kandungan kolostrum membuatkan bayi kurang mendapat jangkitan pernafasan, nafas kurang berbunyi, mengelakkan penyakit pneumonia dan selesema.
10. Jantung
Rendah paras kolesterol apabila dewasa kelak. Ini kerana ia mengandungi enzim I yang menghadam lemak. Kadar degupan jantung lebih rendah dan mengurangkan kadar serangan jantung.
11. Buah pinggang
Kadar kandungan garam yang minimum membolehkan susu ibu lebih mudah dicerna oleh buah pinggang bayi.
12. Saluran kencing
Ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Malah dapat mengelak jangkitan pada saluran kencing.
13. Sistem penghadaman
Kandungan susu ibu yang mempunyai kolostrum mampu melawan jangkitan penyakit seperti cirit-birit dan sembelit. Bagi bayi baru lahir, ia dapat memudahkan pengeluaran najis (mekonium) selepas kelahiran.
14. Jalinan emosi
Proses penyusuan mampu mengeratkan hubungan ibu dan bayi kerana ia adalah satu jalinan darah yang secara semula jadi yang dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. Dakapan dan sentuhan semasa penyusuan membuatkan bayi secara psikologi berasa selamat bersama anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Squishy Dumpling didakwa mengandungi benzena melebihi had selamat sehingga ditarik balik di UK. Ketahui risiko kepada kanak-kanak dan langkah yang perlu diambil oleh ibu ayah.