Belum genap 60 hari melahirkan bayi kedua, nampaknya badan Datuk Siti Nurhaliza dah semakin slim dan seolah-olah seperti anak dara. Walaupun melahirkan Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa melalui kaedah pembedahan, ia bukan halangan untuk kembali mendapat berat yang ideal.

Menerusi instagram ctdk, Siti berkongsi aktiviti terbarunya dengan mula melakukan senaman selepas 44 hari berpantang. Walaupun kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ia tidak menghalangnya melakukan senaman sekitar kawasan perumahannya.

Gambar yang ditulis dengan kapsyen “Alhamdulillah..sudah mula bersenam..” mendapat reaksi positif dari rakan artis dan peminatnya.

Datuk Siti Mula Bersenam. Ibu Makin Langsing, Muhammad Afwa Makin Bam Bam!

Ramai yang teruja dan memuji usaha Siti itu. Membuat senaman ringan bukan untuk dapat bentuk badan yang langsing je tetapi kesihatan diri juga berada dalam keadaan baik.Datuk Siti Mula Bersenam. Ibu Makin Langsing, Muhammad Afwa Makin Bam Bam!

Sebelum ini pun, masa gambar bersama keluarga di pagi Syawal, Siti ada berkongsi bebeberapa keping gambarnya dan rata-ratanya memuji penampilan terbaru. Ada yang tak sabar melihat Siti buat comeback.

IKLAN

Ibu langsing, Afwa makin tembam

Sementara itu, perkongsian video terbaru Muhammad Afwa juga menarik perhatian peminat ibunya. Ini kerana ramai yang geram melihat kecomelan Afwa ditambah pula dengan pipinya yang tembam.

Biarpun nak tengok Afwa buka mata susah kerana asyik tidur saja, dari raut wajah tu ramai yang kata ikut muka ibu. Di bahagian pipi ada sikit iras ayah, Datuk Khalid. Bukan itu je, sekali tengok Afwa ni pun ada iras dengan Arif Jiwa.

Sebagai ibu, Siti turut menitipkan doa buat anak lelakinya semoga dapat membesar menjadi anak kebanggaan dan melindungi keluarga.

Muhammad Afwa, pelengkap hidup ibu. Mudahnya nak menguruskan dikau. Anak yang tenang, tak buat ibu resah. Semoga terus menjadi penyejuk mata & hati ayah ibu, pelindung keluarga seperti ayahmu

IKLAN

Datuk Siti Mula Bersenam. Ibu Makin Langsing, Muhammad Afwa Makin Bam Bam!

Kredit: IG ctdk ; babyctdk

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Datuk Siti Mula Bersenam. Ibu Makin Langsing, Muhammad Afwa Makin Bam Bam!

IKLAN

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/

FREE je tau Webinar ni!!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI