Ramai tak sangka dengan pendedahan pelakon dan bekas model terkenal, Zahnita Wilson hari ini. Lebih mengejutkan ramai apabila dia memuat naik foto menunjukkan matanya lebam.
Bukan itu sahaja dua keping foto tersebut turut disertai kapsyen yang membuatan ramai ingin tahu keadaannya.
Menerusi kapsyennya Zahnita menjelaskan dia sebenarnya tidak mahu mendedahkan kejadian sebenar tetapi terpaksa kerana keadaan yang mendesak.
Mata Lebam
Sebagaimana memetik laporan mStar, Zahnita mendakwa telah menjadi mangsa keganasaan rumah tangga.
Menurut Zahnita, dia mendakwa dipukul oleh suaminya selepas menyoal tentang hubungan suaminya dengan wanita lain. Dia juga menyatakan bahawa suaminya tidak langsung mahu berbincang, memaksanya untuk mendedahkan hal tersebut kepada umum.
Ads
Punca saya dipukul adalah sebab saya bertanya suami tentang dia dan wanita lain tetapi langsung tak boleh bawa berbincang.
Bekas model ini turut mendakwa beberapa individu telah muncul di hadapan rumah ibunya di Kuantan, Pahang.
Individu-individu tersebut mendakwa mereka daripada sebuah agensi, namun tidak mengemukakan sebarang laporan polis atau waran tangkap. Mereka dilaporkan cuba membawanya ke balai polis untuk memberikan keterangan.
Zahnita kini sedang menunggu kehadiran peguamnya di Kuantan bagi membincangkan langkah seterusnya yang perlu diambil.
Ads
Peminat titip doa
Meninjau di ruangan komen rata-rata peminat mendoakan kesejahterannya. Ada juga rakan artis menasihati supaya mendapatkan bantuan untuk keselamatannya.
“Oh no Zanny, i hope u’re ok.. May Allah protect u babe!”
Ads
“I doakan u and the kids are protected.”
“This has to stop babe. U r a great mum. No one deserves to be treated this way n this is NOT OK..”
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tiada siapa yang benar-benar faham betapa peritnya satu-satu keputusan, selagi tidak berada di tempat orang yang terpaksa memilih antara tanggungjawab dan perasaan sendiri. Ada keputusan yang dibuat bukan kerana rela, tetapi kerana tiada pilihan.
Menerusi perkongsian RAI YAIE, seorang ibu tunggal meluahkan kisah hidup yang menyentuh hati ramai tentang terpaksa tinggalkan anak sendirian pergi kerja.
Anaknya yang masih kecil, berusia tiga tahun, terpaksa berada seorang diri di rumah dari pagi hingga petang demi membolehkan si ibu keluar mencari rezeki.
Jika diberi pilihan, tiada satu manusia pun yang sanggup melakukan perkara itu. Bukan kerana tidak sayang, tetapi kerana terlalu sayang.
Ibu ini berkongsi bahawa dia tidak pernah menganggap hidupnya susah hanya kerana kekurangan lauk atau tidak mampu bercuti seperti orang lain. Namun, ada satu perkara yang benar-benar merobek perasaannya meninggalkan anaknya, Mika, sendirian di rumah. Bukan semua tempat kerja membenarkan ibu membawa anak bersama. Dalam keadaan terdesak, dia memujuk Mika untuk tinggal di rumah, satu keputusan yang berat untuk dibuat, apatah lagi untuk diterima.
Mika kelihatan kuat. Tidak menangis, tidak meragam, dan mampu berada seorang diri. Namun di sebalik ketenangan itu, hanya seorang ibu yang tahu betapa rapuhnya hati anak kecil yang terpaksa membesar lebih cepat daripada usia sebenar. Anak itu terpaksa kuat bukan kerana dia sudah bersedia, tetapi kerana keadaan memaksa.
Ibu ini menyediakan makanan untuk Mika setiap hari sebelum keluar bekerja. Waktu rehat tengah hari menjadi satu-satunya ruang untuk mereka “berjumpa” melalui panggilan video. Mereka makan bersama di skrin, berkongsi cerita seadanya. Ada hari Mika kelihatan baik-baik saja, ada hari air mata mengalir meminta ibunya pulang lebih awal. Setiap tangisan itu menjadi luka kecil yang terpaksa disimpan dalam hati seorang ibu.
Ramai yang tidak percaya betapa berdikarinyanya Mika. Namun, di sebalik pujian itu, tersimpan satu realiti yang menyedihkan anak kecil ini terpaksa berdikari terlalu awal. Ibu ini sendiri tertanya-tanya, apakah nilai pengorbanannya di sisi Tuhan sehingga dia dikurniakan anak yang begitu kuat dan memahami.
Kini, dia tidak lagi memandang cuti hujung minggu sebagai sekadar hari rehat. Sama ada bekerja atau tidak, dia memilih untuk menebus masa yang hilang. Sabtu dan Ahad menjadi ruang untuk kembali menjadi ibu sepenuhnya tanpa tergesa, tanpa rasa bersalah, hanya ingin berada di rumah bersama anak yang selama ini terlalu banyak mengalah.
Perkongsian ini bukan untuk meraih simpati, tetapi membuka mata masyarakat bahawa tidak semua ibu bapa yang tinggalkan anak sendirian pergi kerja itu lalai atau tidak peduli. Ada yang terpaksa mengorbankan perasaan sendiri demi kelangsungan hidup. Namun dalam masa yang sama, kisah ini juga mengingatkan kita tentang risiko besar yang wujud apabila anak kecil ditinggalkan tanpa pengawasan.
Meninjau di ruangan komen, ramai ibu berkongsi realiti kehidupan sebenar yang terpaksa mereka lalui demi kelangsungan keluarga. Ada yang bergelar ibu tunggal dan terpaksa menggalas tanggungjawab besar sejak anak sulung masih kecil, malah ada juga yang meninggalkan anak-anak di rumah dengan pemantauan CCTV semata-mata untuk keluar mencari rezeki.
Lebih menyentuh hati, terdapat anak sulung yang terpaksa cepat matang, membantu menguruskan adik-adik termasuk menyediakan makanan, menukar lampin dan menjaga ketika ibu tiada di sisi. Kisah-kisah ini membuka mata bahawa setiap keputusan yang dibuat bukanlah pilihan mudah, sebaliknya lahir daripada keadaan yang memaksa dan keperluan untuk terus bertahan.
Realitinya dari sudut keibubapaan, anak kecil belum matang untuk mengurus emosi, keselamatan dan kecemasan seorang diri. Walaupun kelihatan “kuat”, kesan jangka panjang terhadap emosi dan perkembangan mental mereka tidak boleh dipandang ringan.
Namun kisah ini mengajar kita satu perkara kasih sayang ibu bapa kadangkala tidak dapat dinilai melalui kehadiran fizikal semata-mata, tetapi melalui pengorbanan yang tidak terlihat.
Dalam kesibukan isteri menguruskan hal rumah tangga, sering kali mereka terlupa akan kepentingan menjaga diri sendiri. Yalah, sibuk jaga anak-anak, sediakan keperluan untuk suami pula. Sehinggakan diri sendiri terabai.
Di dalam penulisannya di laman Facebook, Akhtar Syamir, melahirkan rasa bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami tahap kewangannya. Pun begitu, jika diletakkan isteri pada tempat paling utama pasti akan ada bahagian (rezeki) untuknya juga.
“Apa juga yang dibuat secara berlebihan akan jadi kurang baik. Samalah dengan kad debit I ni, jika digunakan berlebihan, pasti akan mendatangkan kemudharatan”. Kata saya sambil berseloroh. Tersengih-sengih manis isteri saya dalam kereta depan Watsons tadi.
Sambil memegang Daisy dalam kereta, saya perhatikan dia berlalu masuk ke dalam Watsons. Gembiranya saya kerana mampu menggembirakan dia. Saya tahu, tak banyak mana pun dia belanja dalam tu. Cukup pencuci muka dan bende alah lain yang saya tak faham atau tak tahu apa fungsi dia pun. Itu tak penting bagi saya asalkan ianya penting bagi dia. Biarlah dia bebas dalam tu pilih apa yang dia rasa perlu tanpa ada sebarang gangguan.
Saya sentiasa berterus-terang mengenai tahap kewangan saya. Jadi, dia sedia maklum kemampuan saya. Bekerja seorang dan menanggung isteri serta 3 orang anak di bandar bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi Alhamdulillah, apabila kita letak isteri kita di tempat yang paling utama, pasti ada bahagian untuk dia. Saya juga percaya, di dalam setiap inci rezeki yang saya terima, ada rezeki isteri juga.
Kerap kali para suami merasakan tidak mampu untuk buat sebegini. Ini kerana ianya tidak dianggap penting dan kedudukan kepentingan itu ditolak ke bawah. Sudah pastilah perkara lain akan diselesaikan dahulu sebelum sampai ke keperluan kegembiraan isteri ini.
Mula letakkan isteri dan keperluan kegembiraannya di tempat tertinggi. Ini kerana, isteri pasti sentiasa meletakkan kegembiraan suaminya di tempat yang teratas juga.
Hasilnya, yang suami gembirakan isteri, yang isteri pun gembirakan suami. Bukankah ini yang kita semua mahukan?
Sebenarnya isteri hanya perlukan suami yang memahami dan ada simpati pada isteri. Berikan masa untuknya berehat dan bantulah dia untuk melakukan kerja-kerja rumah (biarpun nampak mudah, tapi kalau setiap hari perlu dibuat, jadi berat juga ya!). Isteri yang gembira, pasti akan menjadikan sesebuah rumah itu indah bak di syurga. Aamiin…
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dengan peningkatan jumlah penumpang semasa musim perayaan, aspek keselamatan penerbangan menjadi keutamaan. Malaysia Airlines telah mengeluarkan peringatan kepada semua penumpang mengenai peraturan baharu penggunaan powerbank dalam penerbangan bagi mengelakkan sebarang risiko yang boleh mengancam keselamatan.
Bermula 1 April 2025 Hanya Dua Powerbank
Bermula 1 April 2025, setiap penumpang hanya dibenarkan membawa maksimum dua powerbank dengan kapasiti antara 100 hingga 160Wh. Lebih penting, powerbank mesti sentiasa berada bersama penumpang dan tidak boleh disimpan di dalam beg kabin atau bagasi.
Langkah ini diambil bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini, termasuk kebakaran akibat penggunaan powerbank yang tidak terkawal.
Sebelum ini, insiden kebakaran dalam penerbangan Air Busan yang berpunca daripada peranti elektronik telah mendorong syarikat penerbangan seperti Singapore Airlines melarang penggunaan powerbank dalam penerbangan mereka.
Demi keselamatan diri dan penumpang lain, pastikan anda mematuhi peraturan ini ketika pulang beraya atau bercuti bersama keluarga. Selamat perjalanan dan selamat sampai ke destinasi!
Sesi persekolahan seperti biasa KPM disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tiada pelaksanaan PdPR buat masa ini, sekali gus melegakan kebimbangan ibu bapa mengenai sistem pembelajaran anak-anak.