Berinteraksi dengan alam dan haiwan sememangnya cukup memberi kesan kepada perkembangan minda anak-anak kita. Selain menguatkan fizikal tubuh mereka, mendedahkan mereka dengan persekitaran, haiwan dan tumbuh-tumbuhan dapat membuatkan imun anak semakin kuat.

Pendedahan dengan alam dan haiwan sebegini membuatkan daya berfikir anak menjadi lebih baik dan positif. Tanpa kita ketahui, pendedahan dan mendekati alam sebenarnya amat besar manfaatnya terutama kepada anak-anak yang lambat perkembangannya juga anak-anak istimewa seperti Autisme, Sindrom Down dan sebagainya.

Mendekati haiwan seperti kuda antara terapi paling dekat untuk membuatkan anak-anak autisme menjadi lebih tenang dan semakin baik perkembangannya.

Dekati Haiwan Berkuda Buat Mood & Emosi Makin Positif, Terapi Istimewa Untuk Anak-Anak Autisme!

Dan inilah terapi yang digunakan oleh Green Apple Hippotherapy untuk merawat anak-anak istimewa ini.

Terapi Untuk Anak Istimewa

Green Apple Hippotherapy adalah pusat hipoterapi yang pertama di Malaysia dengan pendekatan yang berbeza; iaitu gabungan kaedah perubatan dan rehabilitasi dengan mengunakan kuda dalam kaedah experiential learning.

Pusat hippoterapi yang beroperasi di Selangor Turf Club, Seri Kembangan ini merupakan satu program rehabilitasi untuk kanak-kanak istimewa terutama sekali dengan Neuro Deficiency Disorders seperti autisme, lewat pertuturan (speech delay), sindrom down, cerebral palsy, attention deficit disorder atau lewat perkembangan fizikal dan kognitif.

Dekati Haiwan Berkuda Buat Mood & Emosi Makin Positif, Terapi Istimewa Untuk Anak-Anak Autisme!

Green Apple Hippotherapy yang ditubuhkan pada tahun 2014 ini diasaskan oleh Dr Ali Azman Minaj; seorang pakar pediatrik dengan lebih daripada 40 tahun pengalaman dan isteri, Pn. Iliza Ikhbal, seorang certified horse management dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman.

“Kami dikurniakan dengan seorang anak istimewa dengan autisme dan meneroka cara alternatif untuk membantunya. Kami mendapati peluang yang unik untuk menggabungkan kedua-dua pengalaman kami sebagai suami isteri dari segi bidang perubatan dan pengamalan menunggang kuda.

“Hippoterapi bukanlah perkara baru dan telah diamalkan di Eropah dan Amerika selama beberapa dekad. Pada masa itu, Pn. Iliza mendapat pensijilan hippoterapi di Greece (tempat asal-usul) dan Afrika Selatan sebelum pembukaan pusat hippoterapi ini,” katanya.

IKLAN

Bersahabat Dengan Kuda

Berbanding haiwan lain, kuda menjadi satu terapi yang begitu dekat dengan kanak-kanak. Malah terapi melalui kuda ini juga membuatkan anak-anak istimewa mampu berdikari dari segi kemahiran hidup seharian dengan cara yang sangat menyeronokkan (fun & outdoor).

Kaedah yang menyeronokkan seperti bermain kuda lebih memberangsangkan dan mempercepatkan perkembangan mereka yang selalunya lebih mencabar berbanding kanak-kanak lain. Kaedah ini memberi galakan secara tidak langsung apabila berinteraksi dan menunggang kuda.

Aktiviti hippoterapi untuk semua kanak-kanak dengan program Equine Assisted Learning (EAL) untuk kanak-kanak dari usia 3 tahun ke atas mula dibuka kerana adanya permintaan yang tinggi daripada ibu bapa. Ia juga menggunakan kaedah hippoterapi yang boleh membantu fokus, tumbesaran dan perkembangan emosi kanak-kanak.

Dekati Haiwan Berkuda Buat Mood & Emosi Makin Positif, Terapi Istimewa Untuk Anak-Anak Autisme!

Terapi Hippotherapy Bantu Anak Autisme & Anak Lambat Perkembangan

Hippoterapi ini bukan pengganti terapi konvensional tetapi ia sebagai pelengkap untuk rawatan kanak-kanak istimewa kerana ia mempercepatkan rawatan dan perkembangan neurology golongan ini.

Kanak-kanak istimewa terutama sekali dengan Neuro Deficiency Disorders mempunyai cabaran untuk memproses input deria. Aktiviti mudah seperti makan, bercakap dan menyentuh adalah sangat mencabar.

IKLAN

Dekati Haiwan Berkuda Buat Mood & Emosi Makin Positif, Terapi Istimewa Untuk Anak-Anak Autisme!

Melalui terapi hippoterapi, kanak-kanak ini diajar untuk re-teach bagaimana otak menerima dan memproses input. Dan sama seperti dalam pembelajaran matematik atau mengait, aktiviti repitasi (repetition) akan membantu untuk proses re-teach ini.

Melalui haiwan berkuda, kanak-kanak dapat memberi tumpuan lebih lama kerana mereka dapat berinteraksi dengan kuda secara dekat.  Secara tidak langsung, objektif repitasi (repetition) dipenuhi kerana kanak-kanak berada dalam fokus lebih lama. Inilah sebabnya mengapa hippoterapi telah terbukti menghasilkan keputusan yang lebih cepat dalam masa yang lebih singkat.

Dekati Haiwan Berkuda Buat Mood & Emosi Makin Positif, Terapi Istimewa Untuk Anak-Anak Autisme!

Kelebihan Terapi Hippotherapy

Mood dan emosi yang positif

  • Kelebihan yang pertama adalah dari segi emosi kanak-kanak ketika menjalankan terapi ini sambil menunggang kuda.
  • Ia memberikan rasa seronok dan ini membuatkan proses pembelajaran lebih mudah.
  • Terapi dengan kuda ini juga akan menimbulkan rasa kasih sayang dan sikap prihatin terhadap haiwan ketika berinteraksi dengan kuda.

Kemahiran berkuda

IKLAN
  • Kuda adalah satu-satunya haiwan yang boleh meniru pergerakan manusia dan dapat memberangsangkan sensori input kanak kanak semasa menunggang kuda.
  • Kuda mengambil purata 120 langkah/seminit, jadi 30 minit menunggang kuda adalah seumpama penunggang berjalan 3,600 langkah.
  • Pergerakan ini juga menjadikan pergerakan multdimensi yang sangat efektif bagi menggalakkan perkembangan kanak-kanak.Dekati Haiwan Berkuda Buat Mood & Emosi Makin Positif, Terapi Istimewa Untuk Anak-Anak Autisme!

Green Apple Hippotherapy Perlu Jadi Pilihan

Green Apple Hippotherapy, pusat hippoterapi yang beroperasi di Selangor Turf Club, Seri Kembangan ini perlu jadi pilihan ibu bapa yang mempunyai anak autisme atau lambat perkembangan untuk melatih anak mereka dan mendedahkan mereka dengan pelbagai kemahiran.

Menurut Mr Ray Hong, Business Development Director, pusat hippoterapi pertama di Malaysia ini memberi pendekatan secara menyeluruh dengan clinical pathway yang jelas untuk setiap kanak kanak.

Dekati Haiwan Berkuda Buat Mood & Emosi Makin Positif, Terapi Istimewa Untuk Anak-Anak Autisme!

“Kami merupakan ahli Persatuan Menunggang Terapeutik Kanada (CANTRA) dan Persatuan Hippoterapi Amerika (AHA). Di Malaysia, kami berhasrat untuk menjalankan kerjasama dalam penyelidikan hippoterapi kami sendiri dengan sebuah institusi tempatan untuk mula mengumpul dan memproses data.

Kami juga sangat menitik beratkan tentang kualiti tenaga pengajar kami di mana terapi dan staff kami berkelayakan dalam memastikan semua matlamat untuk membantu si kecil tercapai.

Akhir sekali, faktor keselamatan menjadi keutamaan kami. Setiap kanak-kanak akan diiringi dengan tiga orang staff bagi membantu kanak-kanak menunggang kuda dengan selamat,” kongsinya.

Dekati Haiwan Berkuda Buat Mood & Emosi Makin Positif, Terapi Istimewa Untuk Anak-Anak Autisme!

Bagi yang berminat untuk mencuba terapi melalui penguasaan berkuda dengan terapi hippoterapi ini, bolehlah layari https://www.greenapple.com.my/

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI