Ramai yang mengetahui bahawa bulan April merupakan bulan sambutan untuk penghidap autisme. Ini adalah bulan istimewa untuk meraikan mereka semua kerana mereka juga berharga! Autisme spectrum disorder merupakan satu keadaan di mana seseorang itu mengalami gangguan pada sistem sarafnya dan mempengaruhi perilakunya sehari-hari atau yang disebut juga dengan neurobehaviour. 

Bagaimana Nak Tahu Simptom Autisme?

Tanda untuk mengenal pasti jika anak menghidap autisme biasanya dapat dilihat ketika tahun ketiga kelahiran mereka. Biasanya penghidap autisme akan mempunyai masalah dengan interaksi sosial mereka dan boleh menyebabkan gangguan perilaku. Anak autisme cenderung untuk melakukan sesuatu perkara berulang-ulang seperti melompat, menggenggam dan membuka tangan dan sebagainya. Mereka juga merasa tidak selesa berada di tempat yang ramai orang atau terlalu bising. 

Hebatnya Potensi Anak Autisme! Ini Beberapa Perkara Anda Perlu Tahu
Sumber foto: www.shutterstock.com

Berdasarkan data yang dikumpul oleh WHO, autisme terjadi pada 1 daripada 160 anak di seluruh dunia. Anak autisme memerlukan perhatian bukan sahaja untuk perkembangan minda serta tumbesarannya tetapi juga tahap kesihatan mereka. Oleh itu, pengambilan vitamin untuk menjaga sistem imunitinya sangat digalakkan. 

Karya Seni Terapi Terbaik Untuk Anak Autisme

Salah satu cara anak-anak autisme berkomunikasi dengan orang lain adalah melalui kerja seni mereka. Melalui seni, mereka dapat menzahirkan setiap emosi dan perasaan mereka dengan berkesan. Jangan tak tahu, potensi anak autisme sangat tinggi dalam kerja seni. Mereka sangat kreatif dan berbakat besar!

Hebatnya Potensi Anak Autisme! Ini Beberapa Perkara Anda Perlu Tahu

Terapi seni adalah komunikasi yang baik untuk anak-anak autisme di bawah Program Terapi Seni NASOM. Yang menariknya, karya seni anak-anak ini ditunjukkan kepada orang ramai melalui pameran di laman web rasmi dbhealth2go

Jom, kenali Champs!

IKLAN

Champs, jenama vitamin pilihan No.1 rakyat Malaysia telah berada di pasaran lebih dari 40 tahun ini menawarkan. Champs menawarkan rangkaian produk suplemen dengan gred pharma yang mensasarkan pelbagai jenis kumpulan umur dan merupakan vitamin kanak-kanak pertama di Malaysia yang mendapat sijil halalnya. 

Champs Vitamin C juga merupakan jenama pertama yang menawarkan Vitamin C dalam format tablet berbuih bagi menggalakkan penyerapan yang terbaik untuk menguatkan fungsi imuniti. Dengan formula aksi berganda, ia mengandungi 250mg Vitamin C dan turut diformulasikan bersama zink yang disarankan  untuk kanak-kanak berusia empat tahun. Ia juga disarankan untuk diambil setiap hari untuk perlindungan terbaik!

Tahun ini, Champs meneruskan sokongan terhadap NASOM dengan beberapa rangkaian kempen termasuklah pengumpulan dana melalui pek promo rangkaian Champs Vitamin C. Dengan setiap pembelian pek promo yang dijual bermula April-Jun 2022, RM1.00 akan disumbangkan kepada NASOM. 

Hebatnya Potensi Anak Autisme! Ini Beberapa Perkara Anda Perlu Tahu

Hebatnya Potensi Anak Autisme! Ini Beberapa Perkara Anda Perlu Tahu

Dapatkan pek promosi sekarang di farmasi Healthlane atau laman sesawang Healthlane yang merupakan rakan jualan untuk Kempen Kasihi Autisme Bersama Champs 2022.

IKLAN

Hebatnya Potensi Anak Autisme! Ini Beberapa Perkara Anda Perlu Tahu

Hebatnya Potensi Anak Autisme! Ini Beberapa Perkara Anda Perlu Tahu

Antara pelukis yang terlibat dengan kempen ini adalah Ashley Chuah yang dilahirkan di Pulau Pinang. Beliau terinspirasi untuk terlibat dalam bidang ini apabila melihat dua orang abangnya yang dikurniakan dengan bakat seni. Ashley bermula dengan kerja seni cat tumpah dan corak abstrak yang dihasilkannya. Melalui hasil seninya, Ashley mahu menceritakan tentang kebebasan, keamanan dan rasa cinta. 

Pelukis berbakat besar ini menyokong kempen Champs-NASOM dengan mendermakan 50 peratus dari hasil jualan kerja seninya kepada mereka. Bagi anda yang mahu melihat hasil seni Ashley, boleh lihat di laman Instagram wildwildash

Hebatnya Potensi Anak Autisme! Ini Beberapa Perkara Anda Perlu Tahu

Hebatnya Potensi Anak Autisme! Ini Beberapa Perkara Anda Perlu Tahu

IKLAN

Hebatnya Potensi Anak Autisme! Ini Beberapa Perkara Anda Perlu Tahu

Hebatnya Potensi Anak Autisme! Ini Beberapa Perkara Anda Perlu Tahu

Untuk anda yang mahu mengetahui lebih lanjut tentang Champs dan kempen ini boleh layari;

Facebook: https://www.facebook.com/ChampsVitaminsOfficial/, Instagram: https://www.instagram.com/champsvitamins/ atau laman web: www.dbhealth2go.com

Ayuh, berikan sokongan kepada anak-anak autisme berbakat ini dan beri sumbangan kepada mereka kerana lebih dari 200 hasil kerja seni boleh dibeli mulai 1 April 2022 yang lalu sehingga 1 Jun 2022. Kesemua hasil kutipan ini akan diberikan terus kepada NASOM untuk memperbaiki kualiti kehidupan penghidap autisme dan keluarga melalui program, perkhidmatan, ilmu pengetahuan dan inovasi sosial serta banyak lagi! 

Sokong dan beli karya seni anak-anak autisme di https://dbhealth2go.com/champs/art-sale

**Sumber foto hiasan: www.shutterstock.com



Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI