Demam berulang semasa hamil seharusnya tidak dipandang mudah kerana ia mungkin boleh menjejaskan janin. Awas ibu-ibu hamil terutama yang kerap mengalami demam semasa hamil perlu bertindak segera agar janin dalam kandungan tidak terjejas.
Demam Berulang, Awas Ibu Hamil, Boleh Jejaskan Janin
Apakah puncanya dan apa yang boleh dilakukan ibu untuk mengelakkan diri daripada selalu mengalami demam?
Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban jika suhu badan meningkat 38°C ketika hamil di trimester pertama, pemeriksaan segera amat diperlukan. Suhu badan yang tinggi dikatakan mengganggu protein dalam pembentukan organ dan tumbesaran janin. Suhu badan yang tinggi daripada demam dan sauna pernah dikaitkan dengan masalah spina bifida dalam janin.
Di trimester kedua dan ketiga, masalah demam selalunya tidak akan memberi kesan bahaya kepada janin tetapi tidak bermakna ibu tidak perlu berjumpa doktor. Segera dapatkan rawatan jika demam berlarutan atau berulang-ulang.
PUNCA KEBANYAKAN KES DEMAM SEMASA HAMIL
Ads
Secara amnya kebanyakan kes demam ketika hamil adalah disebabkan oleh:
-Batuk selesema.
-Jangkitan tekak, tonsil dan telinga.
-Cirit-birit atau keracunan makanan.
-Semua kes-kes di atas kadang-kala pulih dengan sendiri ataupun sembuh menerusi ubat yang dibekalkan oleh doktor puan.
Ads
PUNCA DEMAM BERULANG SEMASA HAMIL
Kes-kes demam yang berulang-ulang pula mungkin disebabkan oleh:
1. Jangkitan tekak, telinga atau di dalam pundi air kencing.
2. Masalah radang misalnya radang sendi atau tulang.
3. Masalah hormon tiroid (hyperthyroidism)
4. Masalah autoimmune disease seperti rheumatoid athritis dan lupus.
5. Masalah darah beku ketika hamil (deep vein thrombosis).
Ads
PERLU TAHU PUNCA DEMAM
Kes-kes seperti yang dinyatakan ini memerlukan rawatan doktor dengan segera. Kes-kes sebeginilah yang sering menyebabkan pesakit mengalami demam yang berulang-ulang. Oleh itu ibu hendaklah mendapatkan rawatan doktor dan meminta beliau melakukan penyiasatan terperinci untuk mencari punca sebenar demam. Pemeriksaan mungkin mengambil masa tetapi langkah ini perlu dilakukan untuk kesihatan ibu dan keselamatan si bayi dalam kandungan.
Pernahkah anda mendengar atau mengalami penyakit kulit yang dikenali sebagai ekzema? Ekzema atau dermatitis ialah sejenis penyakit radang kulit yang sangat lazim ditemui dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Penyakit ekzema berkait rapat dengan faktor genetik dan kerap berlaku dalam kalangan ahli keluarga yang sama.
Faktor pemakanan juga merupakan punca kenapa ekzema sukar sembuh dan semakin teruk. Ikuti perkongsian daripada Eczema Health Coach tentang jenis sayur dan buah yang boleh menyebabkan ekzema semakin teruk.
13 SAYUR DAN BUAH YANG BAHAYA UNTUK EKZEMA
Maknanya jika makan oleh penderita ekzema, ekzema boleh flare up. Siapa sangka kan ada sayur dan buah yang walaupun sihat dan bagus dimakan orang lain, namun tidak untuk penderita ekzema.
Sayur dan buah yang tidak pas untuk ekzema di bawah ini bukanlah selama lamanya harus dijauhi.
Tapi cuba off sementara ekzema belum baik dan anda sudah penat berhabis duit beli krim dan tak tidur malam lihat anak bergaru setiap malam.
Sayur dan buah di bawah ni antara lists yang saya sebagai Eczema Health Coach larang klien saya makan sementara waktu hingga ekzema mereka pulih dengan mudah tanpa ubat dengan izin Allah #tipsekzemaMizhana
Mari lihat apakah sayur dan buah itu yang suka buat onar pada ekzema anak anda di gambar di bawah dan saya terangkan sekali kenapa:
Tomato sangat bagus dimakan penghidap kanser, tapi bukan penderita ekzema kerana ia sangat tinggi histamine dan sebabkan gatal.
Jagung antara makanan yang sangat digemari semua orang. Malang sekali jagung boleh trigger ekzema kalau tak pulih lagi.
Brokoli yang menyihatkan ini harus avoid at all cost kerana ia mengandungi MSG dan sulfites yang sangat sensitif untuk usus penderita ekzema. Kalau makan, samada ekzema teruk atau lambat baik.
Cendawan ni basic sayur yang kena hindari kalau sakit kulit. Ibu ibu yang ada anak ekzema kalau tak tahu cendawan tak boleh makan, kesian anak tu. Cendawan tinggi histamine dan sebabkan gatal.
Bell peppers sayur yang enak namun ia tinggi GMO dan tinggi alkaloid dan solanine yang sebabkan keradangan kulit bertambah parah (kalau radang ekzema dan baik insyaAllah tak ada masalah nak makan sayur ni).
Pineapple atau nenas ni antara citrus fruits yang kena elak bila ekzema susah nak baik kerana citrus can trigger eczema.
Kubis antara sayur yang tinggi histamine dan sebabkan gatal.
Anggur ni tolong tolong jangan dekati selagi ada ekzema. Anggur ni sangat bahaya untuk ekzema.
Boleh ‘off’ sementara senarai makanan ini sehinggalah eczema sembuh dan tiada gatal-gatal.
Karies gigi adalah masalah utama pada gigi kanak-kanak. Masalah gigi ini jika dibiarkan dan tidak dirawat boleh mengakibatkan sakit gigi yang boleh menganggu makan dan tidur, bengkak gusi dan selulitis muka (bengkak muka).
Disebabkan itu, perlunya kesedaran ibu bapa mencegah gigi anak rosak dari awal. Jangan anggap, “tak apa gigi susu rosak, nanti akan tumbuh gigi baru.” Memang akan tumbuh gigi baru, tetapi dalam tempoh itu pasti anak rasa tak selesa kan?
Menerusi perkongsian Dr Nurilyani Bujang, kes budak yang dimasukkan ke Dewan Bedah disebabkan karies gigi boleh dikatakan setiap minggu.
Kasihan sungguh kanak kanak sebegini. Seawal usia 3 tahun perlu dibius dan menjalani pembedahan besar serta pembersihan nanah dan mulut serta cabut gigi sehingga berbelas batang.
Karies gigi ini lah menjadi punca berumahnya bakteria sehingga menjadi nanah yang menjadikan muka mereka bengkak. Tolong ye parents semua.
Jaga kebersihan mulut dan gigi. Kurangkan manis- manis dan tidur dengan botol susu.
Paling penting sila berus gigi anak anda. Mereka kecil lagi. Tak boleh biar ikut suka hati mereka nak berus atau tidak. Tangkap dan berus gigi mereka. Mula mula mereka marah, lama lama mereka okay sahaja.
Kalau dah jadi macam ni, anak nak makan pun tak boleh. Sakit , menderita, demam, kebuluran dan kurus kering. Seluruh yang rosak perlu dicabut.
Bayangkan anak sekecil 3 tahun habis tak bergigi. Bagaimana nak makan sementara nak tunggu umur 6 tahun untuk gigi kekal mula tumbuh? Nak kunyah macam mana? Kasihanlah anak itu.
Untuk ibu bapa yang dah tersedar dari lamunan, sila bawa anak anda berjumpa doktor gigi. InshaAllah doktor gigi boleh bantu anak anda. Tahan sahajalah telinga dengar leteran doktor bagi nasihat.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Sedang anda berborak bersama si kecil, anda perasan bahawa mulut anak berbau. Apakah punca nafas berbau busuk pada si manja anda? Ini satu keadaan yang disebut sebagai halitosis. Nak tahu apakah ia? Baca ini!
Halitosis adalah keadaan di mana mulut atau nafas seseorang itu berbau busuk. Halitosis sangat biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Sebilangan besar aktiviti bakteria boleh berlaku di bahagian mulut, hidung atau gigi. Alahan, selesema dan sinusitis kronik adalah faktor yang biasa menyebabkan mulut anak berbau.
Jangkitan pernafasan, diabetes, penyakit buah pinggang, gangguan hati dan pencernaan juga boleh menyebabkan bau mulut yang busuk.Punca bagi mulut berbau ini boleh berlaku di dalam atau di luar mulut.
Anda juga perlu tahu bahawa penyebab utama yang sering menyebabkan nafas berbau dalam kalangan kanak-kanak termasuklah karies gigi serta kebersihan mulut dan gigi yang buruk.
Punca-punca mulut anak berbau
Terdapat beberapa sebab atau punca yang menyebabkan mulut anak berbau busuk.Ada yang mungkin kita sedar sebelum ini, tetapi ada juga yang mungkin kita terlepas pandang sehingga tertanya-tanya punca nafas berbau pada si kecil.
Ini adalah antara punca-punca mulut anak berbau:
#1. Masalah berkaitan dengan pergigian
Kaviti dan lubang yang dalam disebabkan oleh penyakit gusi memberikan lebih banyak ruang kepada bakteria untuk membiak dalam mulut. Apabila memberus gigi, kawasan yang berlubang ini masih tidak begitu bersih lalu menyebabkan bakteria terus membiak.
Ini merupakan salah satu punca paling kerap berlaku yang menyebabkan halitosis atau mulut berbau.
#2. Penyakit periodontal
Gingivitis adalah keadaan keradangan yang boleh menyebabkan mulut berbau dalam kalangan kanak-kanak.Ketidaktepatan dalam pembuangan plak gigi dan kurang menjaga kebersihan mulut boleh menyebabkan keradangan pada gusi.
#3. Jangkitan pada mulut, hidung dan tekak
Masalah hidung, sinus dan tekak yang boleh menyebabkan titisan postnasal juga boleh menyebabkan mulut berbau. Bakteria memakan lendir yang dihasilkan oleh tubuh kita ketika badan melawan sesuatu seperti jangkitan sinus.
Ini kemudiannya menjadikan nafas berbau busuk.
#4. Mulut yang kering juga sebabkan mulut anak berbau
Air liur banyak membantu kesihatan gigi dan nafas kita. Ia membilas dan menghilangkan sisa-sisa makanan yang tidak diingini daripada mulut. Ia membantu memecahkan makanan semasa kita makan dan menyediakan bahan-bahan yang melawan penyakit untuk membantu mencegah kaviti dan jangkitan.
Sekiranya air liur yang dihasilkan tubuh tidak mencukupi, maka halitosis mungkin akan berlaku.Mulut yang kering boleh disebabkan oleh kesan ubat-ubatan, keadaan perubatan tertentu, pengambilan alkohol, penggunaan tembakau atau kafein yang berlebihan.
#5. Merokok atau mengambil sebarang produk tembakau
Produk tembakau boleh merosakkan badan dan juga nafas kita.Tembakau bukan hanya meninggalkan bau busuknya pada nafas dan mulut, tetapi ia juga boleh mengeringkan mulut kita.
Perokok juga cenderung untuk menghidap penyakit gusi, yang juga boleh menyebabkan halitosis.Perhatikan jika anak anda terutamanya yang berusia remaja sama ada mereka ada merokok atau tidak.
#6. Pengambilan ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan mulut kering. Antihistamin, ubat penenang dan Phenothiazine boleh mengurangkan pengeluaran air liur.
Oleh itu, ia akan mengurangkan pencucian semula jadi pada rongga mulut yang kemudiannya menyebabkan halitosis.Penggunaan antibiotik yang tidak betul dan berlebihan boleh menyebabkan kehilangan bakteria bermanfaat di dalam mulut, dan memberi peluang kepada kulat mulut untuk tumbuh dan membiak.
Penggunaan antibiotik selama lebih dari sebulan boleh menyebabkan mulut yang berbau pada kanak-kanak.
#7. Mempunyai keadaan kronik yang lain
Walaupun halitosis paling sering dikaitkan dengan sesuatu yang berlaku pada mulut anda, mungkin ia juga boleh menjadi tanda refluks gastrik, diabetes, penyakit hati atau penyakit buah pinggang.
Apa yang perlu dilakukan untuk atasi masalah mulut anak berbau?
Anda perlu mengetahui bahawa halitosis adalah satu gejala, bukannya satu penyakit. Untuk rawatan halitosis, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mengenal pasti punca yang menyebabkan ia berlaku.
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membawa anak anda berjumpa doktor gigi. Biasanya kanak-kanak akan dirujuk kepada doktor pakar telinga, hidung dan tekak setelah penilaian dilakukan oleh doktor gigi.
Sejarah dan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh biasanya akan dilihat dan dilakukan oleh doktor. Sebagai ibu bapa, anda perlu menyuruh anak membilas mulut atau berkumur setiap kali selepas makan.
Ini bertujuan mengelakkan sebarang sisa makanan daripada melekat di celah-celah gigi, terutamanya dalam lubang-lubang gigi.Ajar si kecil untuk memberus gigi dan melakukan flos gigi serta pembersihan lidah secara berkala.
Ia boleh dilakukan dengan penggunaan cecair pencuci mulut atau memberus pada permukaan lidah anak anda.Ini kerana banyak bakteria yang menyebabkan halitosis ini hidup di permukaan lidah. Anda juga perlu mengarahkan anak anda untuk kerap membilas mulut atau berkumur.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!