Kebiasaannya kita menganggap ruam sekadar tanda ringan yang berlalu begitu saja. Namun, demam campak atau measles bukanlah penyakit ringan, ia adalah jangkitan serius yang menjangkiti jauh lebih kronik dan berbahaya daripada sekadar ruam pada kulit.
Measles sebenarnya bukanlah chicken pox, malah gejalanya jauh berbeza. Antara tanda-tanda utama ialah:
* Demam tinggi secara tiba-tiba
* Batuk, selsema dan mata merah
* Tompok putih kecil di dalam mulut (Koplik spots)
* Ruam merah bermula di muka sebelum merebak ke seluruh badan
Ads
Yang menakutkan, satu kes measles boleh menjangkiti sehingga 90% orang di sekelilingnya yang belum divaksin. Bila wabak tercetus, kanak-kanak paling terdedah kepada komplikasi serius seperti:
* Radang paru-paru (pneumonia)
* Radang otak (encephalitis)
* Kematian
Ads
Inilah sebab measles digeruni dalam dunia kesihatan awam.
Ads
Bukan semua demam ruam itu measles. Ia perlu disahkan dengan ujian makmal (IgM & RT-qPCR) sebelum boleh diklasifikasikan. Selepas pengesahan, barulah pasukan kesihatan awam akan bertindak:
* Menyiasat punca jangkitan
* Mengenal pasti serta memantau semua kontak rapat
* Menjalankan Active Case Detection – turun ke kawasan perumahan untuk mencari individu bergejala yang mungkin tidak dibawa ke klinik
Measles adalah penyakit yang boleh dicegah sepenuhnya dengan imunisasi. Vaksin MMR (Measles‑Mumps‑Rubella) adalah sangat penting, bukan sahaja untuk melindungi individu, tetapi juga untuk membina imuniti kelompok (herd immunity) dalam komuniti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari jauh boleh nampak si anak yang berusia kira-kira 3 tahun itu tergaru-garu. Kulit di lengan dan kaki kering dan kasar serta kemerahan.
“Sila duduk puan, encik” saya mempersilakan ibu bapa pesakit duduk.
“Mungkin boleh pangku anak” saya mempelawa apabila melihat si anak malu-malu mahu duduk di kerusi pesakit.
“Jadi, klinik buat rujukan atas masalah kulit adik. Boleh mak ayah cerita sejak bila anak ada masalah kulit ni?” Saya memulakan pengambilan sejarah penyakit.
“Sejak dia baby lagi doktor. Dalam umur 3 bulan mula ada ruam, tergaru-garu. Pakai ubat sekejap hilang, kemudian dia mai balik”
“Ada apa-apa yang sebabkan gatal kulit itu makin teruk?”
“Kalau cuaca panas sangat, atau dia main berpeluh-peluh, dia akan jadi lagi teruk”
“Ada sesiapa dalam keluarga ada masalah kulit yang sama?”
“Tak ada doktor”
“Ada sesiapa dalam keluarga ada asthma, resdung, pagi-pagi bersin?”
“Saya doktor. Saya ada resdung, sekarang ada temujanji ENT” jawab si ayah.
“Apa punca penyakit ni doktor?”
“Ada makanan yang perlu kita elakkan?”
“Ada ubat yang boleh sembuhkan penyakit ini?”
Baik mak, ayah, mari saya terangkan.
Anak mak dan ayah menghidap eczema.
Ada pelbagai punca yang menyumbang ke arah pembentukan penyakit eczema.
Sejarah keluarga yang menghidap penyakit atopic (hypersensitive kepada faktor persekitaran seperti habuk, debu, panas, peluh). Penyakit-penyakit atopic termasuklah asthma dan resdung (allergic rhinitis)
Kulit pesakit eczema lebih kering berbanding kulit normal. Kulit mereka tidak ‘memegang’ lembapan dengan baik seperti kulit normal. Lembapan mudah tersejat dan menjadikan kulit tersebut kering dan gatal.
Kulit pesakit eczema juga mengalami radang/inflamasi. Radang tersebut dimanifestasi sebagai kemerahan dan kegatalan di permukaan kulit.
Kebanyakan pesakit bukan alah kepada makanan. Mereka sensitif kepada persekitaran seperti habuk, debu, perubahan cuaca dan sebagainya.
Tidak ada SATU saja punca khas yang boleh dielakkan untuk menyembuhkan penyakit eczema. Tidak ada SATU ubat yang boleh sembuhkan terus penyakit ini.
Kata kuncinya KAWAL. Dengan rawatan yang betul, kita boleh kawal penyakit ini daripada menjadi teruk.
Kita kena rawat tiga punca di atas. KERING. RADANG. ALAHAN.
KULIT KERING
Mak ayah, jangan pakaikan sabun antibakteria untuk anak. Sabun antibakteria boleh mengeringkan kulit, membuatkan kulit bertambah gatal.
Cukup guna sabun untuk bayi. Atau kalau mahu, gunakan sabun khas untuk kulit sensitif yang dijual di farmasi-farmasi.
Pelembap sangat penting. Sapukan pelembap pada kulit sekurang-kurangnya 3 kali sehari, lebih kalau kulit sangat kering.
Walaupun kulit tak merah dan gatal, pelembap wajib digunakan setiap hari untuk mengelakkan kulit kering kembali
RADANG
Ubat yang biasa kita guna untuk radang adalah ubat sapuan yang mengandungi steroid.
Mak ayah jangan risau bila dengar perkataan ‘steroid’, kita sesuaikan jenis steroid dengan jenis kulit dan keadaan penyakit.
Yang penting steroid digunakan dengan pemantauan daripada doktor.
Ubat steroid hanya digunakan ketika kulit gatal atau timbul ruam, kecuali jika diarahkan oleh doktor. Jangan gunakan lebih daripada frekuensi yang diarahkan dan jangan gunakan di kawasan yang tidak dikhususkan.
Jika doktor kata krim ini hanya untuk bahagian muka, gunakan di muka sahaja. Jika hanya di badan, jangan sapu di muka. Kerana ketebalan kulit berlainan di bahagian tubuh yang berlainan. Penggunaan steroid secara melulu akan membawa kesan buruk kepada kulit
ALAHAN/ALERGI
Kulit pesakit eczema ini sensitif. Kulit pesakit eczema akan bertindakbalas kepada elemen-elemen yang tidak memberi kesan kepada kulit normal seperti habuk, debu, peluh, cuaca panas dan sebagainya.
Kurangkan pendedahan kepada elemen-elemen yang menyebabkan eczema mengganas.
Sekiranya terdedah kepada habuk dan peluh, cepat-cepat lap peluh dan cuci habuk tersebut.
Elakkan mainan/karpet yang berbulu-bulu serta minimakan sentuhan dengan binatang berbulu seperti kucing.
Boleh gunakan penghawa dingin untuk menyamankan suhu bilik tetapi jangan dipasang suhu yang terlalu sejuk kerana boleh menyebabkan kekeringan dan radang. Disyorkan suhu 23 darjah celcius ke atas.
Ini asas penjagaan kulit bagi pesakit eczema. Eczema mempunyai banyak ‘wajah’, setiap ‘wajah’ ada rawatan tertentu.
Yang penting mak ayah mesti ikut arahan rawatan untuk mengawal penyakit ini.
Ingat, tiada satu ubat ajaib untuk penyakit eczema!
Selepas mengetahui kepentingan vaksin, mama papa yang mungkin selama ini mempunyai pendirian tidak mahu mengambil vaksin atau benar-benar terlepas jadual imunisasi anak boleh mendapatkan vaksin di klinik.
Menurut Dr Amirul Amzar, menerusi perkongsiannya, ibu bapa yang ingin mendapatkan vaksin bagi anak mereka boleh ke klinik kesihatan dan klinik swasta yang berhampiran. Berikut ialah perkongsian beliau;
ANAK ANDA TERTINGGAL VAKSIN?
Jom lengkapkan imunisasi anak anda. Bawa sahaja mereka ke Klinik Kesihatan atau Klinik Swasta berdekatan. Jika anda masih mempunyai rekod vaksinasi sebelumnya, sila bawa bersama.
Jangan risau, kami sedia membantu. Usah dikenang kisah yang lalu, yang penting, anda sekarang sedar kepentingan vaksinasi buat anak anda. Anda telah buat keputusan yang baik.
TIADA SATU JADUAL VAKSIN KHAS, PERLU KONSULTASI DOKTOR
Dr Amirul juga menegaskan yang tiada prosedur spesifik untuk tujuan ini. Ibu bapa hanya perlu membawa sahaja anak berkenaan dan buku rekod kesihatan ke klink kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia atau mana-mana klinik swasta.
“Tiada jadual vaksin secara umum untuk catch up immunization. Kena jumpa doktor dan buat consultation.
“Banyak faktor perlu diambil kira sebelum suntikan diberikan. Umur serta suntikan sebelum ini juga perlu diperiksa. Alahan, penyakit sebelum ini dan sebagainya. Oleh sebab itu kementerian tidak mengeluarkan jadual bagi tujuan ini,” kata beliau.
Jadual Imuninasi Kebangsaan yang dipaparkan di bawah adalah yang sepatutnya diambil kanak-kanak mengikut usia tertentu yang telah ditetapkan. Bagaimana pun, sekiranya anak anda tertinggal, dinasihatkan untuk membawa mereka ke klinik berhampiran dengan segera.
Pengambilan epal antara pilihan snek sihat yang membekalkan pelbagai khasiat sekiranya diamalkan setiap hari. Epal kaya nutrisi dan baik untuk kulit dan tubuh. Kandungan tinggi serat, kaya antioksida dan vitamin C.
Menurut laporan kajian kesihatan dari Amerika Syarikat, mendedahkan sebiji epal hijau mengandungi 14 gram (g) karbohidrat manakala epal merah pula 15 g karbohidrat. Buah epal menjadi kegemaran golongan kanak-kanak dan juga dewasa. Teksturnya yang ranggup dan manis membuatkan epal tidak jemu untuk dinikmati.
Untuk pengetahuan ibu bapa, dari aspek kesihatan, buah epal ini dapat membantu anak yang ada asma dan beberapa masalah lain lagi.
Melalui perkongsian Dr Mazliana Mazlan, beliau menasihatkan ibu bapa yang ada anak menghidap asma, boleh berikan epal. Buah epal adalah real food terbaik untuk anak.
Cuba banyakkan buah epal untuk anak yang ada asma. Paling kurang sehari sebiji, untuk kurangkan risiko serangan asma jadi lebih teruk.
Lagi banyak epal yang anak makan, lagi kurang risiko kekerapan nak dapat serangan asma, insyaAllah.
Dalam epal ada flavonoids. Kandungan inilah yang buat tahap asma anak kita makin baik.
Flavonoids akan mantapkan fungsi paru-paru anak.
Bila ada sesuatu yang trigger asma anak, paru-paru dapat bekerja dengan baik. Maka serangan asma pun akan jarang berlaku, atau tak teruk sangat seperti sebelumnya.
Dengan izinNya, Insya Allah akan berkurang risiko alahan untuk ‘transfer’ kepada anak. Sama-sama kita cuba banyakkan real food untuk anak-anak ya, lebih kena jaga bila anak ada masalah alahan.
Izara Aishah hamil anak ketiga dan bakal menimang cahaya mata perempuan sekali lagi. Pelakon ini berkongsi pengalaman kehamilan mencabar termasuk mudah pening dan hampir pitam.