Baru-baru ini, Ina Naim, bekas isteri kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad, telah berkongsi bahawa beliau akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Dalam pada itu menerusi satu sesi live TikTok, Ina menjelaskan mengenai perkahwinan keduanya setelah setahun pemergian suaminya.
Kata Ina, Ina kehadiran bakal suaminya diharapkan dapat memberikan sokongan dalam usaha mendidik dan membimbing anak-anaknya yang kini sedang dalam fasa remaja.
Katanya lagi, anak-anaknya telah mula belajar dengan bakal suaminya dan berhubung melalui telefon untuk mendapatkan bimbingan.
Atas faktor itu, Ina memberitahu dia perlu berkahwin setelah pemergian suaminya, demi memastikan kesejahteraan anak-anaknya. Tambahan pula, dia mengakui tidak dapat menguruskan seorang diri anak-anaknya.
Ads
“Anak-anak memang tidak ke sekolah tapi mereka kena belajar. Disebabkan itu saya tidak boleh menjanda lama-lama dan duduk seorang kerana saya tidak boleh uruskan anak-anak yang meningkat usia remaja.
“Anak-anak saya perlu belajar disebabkan itu saya memerlukan seseorang untuk teruskan pembelajaran mereka setelah ayah mereka meninggal dunia,” katanya.
Dalam sesi live itu juga, wargamaya turut bertanya mengenai majlis perkahwinannya pada 8 November ini, tanpa berselindung Ina memberitahu dia dan bakal suami mengadakan majlis secara sederhana hanya menjemput keluarga dan kenalan rapat sahaja.
“Setiap Orang Berhak Bahagia”
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komem rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan berharap Ina bahagia dengan kehidupannya.
“Tahniah Ina Naim,,semoga kekal hingga akhir hayat..” “Semoga dipermudhkn segala urusan.. Aamiin” “Ina berhak untuk bahagia mcm org lain.”
Bukan mudah jika seorang isteri baharu melahirkan anak, kemudian merancang untuk berpantang sendiri. Apatah lagi jika sudah mempunyai anak-anak yang lain. Sokongan dan Inilah pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan ibu. Selepas melahirkan, harus berjuang untuk terus kuat menempuh tempoh berpantang.
Bertuahnya jika dibantu suami sepenuhnya, seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook, Siti Nor Q, yang menceritakan tentang suaminya yang membantu melakukan segala kerja rumah ketika dia berpantang. Memang harus dipuji, kerana untuk menguruskan enam orang anak dan seorang isteri yang sedang berpantang, bukanlah mudah.
Ni post bukan nak up laki. Tapi lebih kepada nak cerita balasan yang laki aku buat bila aku beranak ramai bagi dia. ???? Dan boleh juga jadi rujukan untuk pak-pak hat tak tau nak susun jadual nak buat cmna bila jaga sendiri isteri dalam pantang. Pastu masak masakan hat paling simple kat dunia tapi paling sedap bagi seorang isteri sebab dimasak dengan penuh kasih sayang. Ha gitewwww.
Semua anak seronok duduk dengan si ayah
Dalam pantang semenjak anak ke3-6. Memang suami momy yang jaga. Pagi-pagi sebelum dia gi kerja. Dia kejut anak-anak mandi nak pi sekolah. Pastu terus dia pi dapoq rebuih aiq mandian herba, panaskan tungku dan masak makanan pantang untuk momy. ??. Pukui berapa bangun tu. Hangpa bajet-bajet la sendiri sebab dengan nak solat nak mandi semua na.
Air rebusan herba yang disediakan oleh suami untuk Siti
Air mandian dah siap rebuih. Dia mai tuang dalam baldi sesiap dalam bilik aiq. Ya la, orang pantang mana leh angkat berat kan. Lagipun dapoq aku ngan bilik nalla berapa km jauh. Kikiki. Pastu aku pi mandi. Dia siapkan kakak ara nak gi school. Sambil-sambil Dia settlekan balut tungku.
Sambil Siti bertungku, suami susukan anak dulu
Momy keluaq ja bilik aiq dan dah siap semua. Dia param minyak angin satu badan momy, pakaikan bengkung. Then baru dia siap nak pi kerja dan hantaq kakak ara sekolah. Anak-anak hat lain depa uruskan diri sendiri nak pi sekolah pun naik basikal sendiri. Alhamdullillah masing-masing dah pandai berdikari. ?
Tidak kekok melayan si kecil
Dak aura aisyah dan baby Zidane. Satgi dia balik tghari dia akan mandikan. So sementara tu aku lap-lap je badan baby spray dengan aiq lap ngan kain sementara nak tunggu dia mandi tengahhari ni.
Meriahnya! Ramai anak, murah rezeki
Macam belah pagi, memang momy free dok atas katil sambil bertungku, sambil up status fb, sambil reply wasap dan mesej, paling dak pun aku lena bila baby lena. Dak aura aisyah ni bangun lambat. Kadang kul 9 atau 10 baru dia bangun. So dpt la aku lelap sat pagi2.
Pastu momy pam susu. Sambung balik tungku. Momy bertungku berenti sambung berenti sambung sampai kul 12 tghari ye sampai tungku tu sejuk. Sebab sayang tungku dok panas dok biaq lagu tu ja.
Pastu bila dedi balik tengahhari, dia terus mandikan baby zidane dan kakak aisyah. Yeayy. Wangi dah semua orang. Terus dia gi amik kakak ara nak balik sekolah, bagi makan. Basuh baju dan dia sambung buat kerja rumah.
Pastu mai dok temenung tepi momy. Bila momy tanya pikiaq apa. Dia kata. Pikiaq nak masak apa malam ni dan esok. ?????? Ha baru tau no. Cmna aku dok pikiaq selama ni. Kikikiki. Tak masak lagi pun awai dah dok pikiaq nak masak apa kan. ???
Antara lauk yang dimasak oleh suami Siti untuknya
Tghari tu dia balik waktu dia lunch. Pastu kul 2:30ptg dia pi kerja balik la. Tinggal la daku dengan anak-anak lagi kat rumah. Tapi takpa La. Semua kerja dah settle. Makan dah, anak2 pun dah makan dah mandi dah pi sekolah kafa. So apalagi. Momy sambung la buat biz online dan rest. ?Time ni la nak rest banyak pun. Time aku tak pantang. Memang tak lekat kat rumah la. Ke sana ke sini aku pi. Pos barang la, amik barang la jumpa orang la. ?
Kalau ada barang customer yang nak kena pos. Lepas dia balik kerja petang tu dia akan pi pos. Momy wrap sesiap semua. Syukur ada j&t yang buka sampai kul 7malam. ?
Siti menerima kunjungan dari sahabatnya ketika berpantang
Apapun. Terima kasih dedi sebab menjadi suami perfect 9/10. ????? Tapi kan, camna bagus pun u jaga i, 100 hari tetap 100hari u posa na. No diskaun. ???
Sampai ada tanya tips apa momy buat kat dedi. Hat paling best depa tanya apa mendrem momy kat dedi. Hahahhaa. Nak tau mandrem apa. Mai bayaq sejuta RM baru aku share mandrem tu. ???
Baju pun suami Siti tolong lipatkan
Mak momy pernah kata. “Adik, susah dapat laki macam laki hang. Hang jaga baik-baik na.” InshaAllah mak. Selagi ada jodoh. Akanku kepit celah ketiakku jaga tatang rapi baik punya. ??
Kepayahan hidup di zaman harga barang yang naik mendadak membuatkan seorang ibu terasa cukup terbeban untuk membesarkan tiga anaknya.
Seorang ibu di Kampung Seri Wangi, Simpang Lawin terpaksa memberikan empat anaknya makan nasi kosong untuk mengalas perut tatkala dia dan suami yang bekerja sebagai tukang kebun sekolah kehabisan wang.
Halimatul Saadiah, 30, berkata, kehidupan mereka sekeluarga bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami sebanyak RM1,500 sebulan.
Malah katanya, wang itu juga digunakan untuk kos perubatan anak bongsu berusia dua tahun yang mengalami masalah penglihatan.
“Kesempitan duit memberi kesan kepada anak-anak kerana kerap makan nasi putih kosong untuk mengisi perut.
“Lebih menyedihkan dua anak berumur tujuh dan sembilan tahun kadangkala berkongsi makanan yang diperoleh dari Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah kerana hanya salah seorang mendapat bantuan tersebut.
“Kalau adik terlalu lapar, abang biarkan dia makan. Abang akan makan bila pulang ke rumah,” katanya berkongsi.
Halimatul berkata, dia pernah meminta bantuan beras kerana anaknya kelaparan akibat kehabisan wang di sebuah agensi kerajaan.
“Waktu itu saya sangat terdesak. Sebelum itu, kami telah menjual kereta yang merupakan satu-satunya pengangkutan untuk menanggung kos rawatan anak.
“Kami hanya mahu memohon beras, bukan wang ringgit,” ujarnya.
Saadiah berkata, dia sentiasa berusaha menambahkan pendapatan keluarga dengan bekerja secara sambilan di kedai runcit setelah suaminya pulang dan mengambil giliran menjaga anak-anaknya.
Ramai ibu bapa fikir bila hantar anak ke sekolah berasrama, secara automatik anak akan berubah jadi lebih rajin, lebih pandai, dan lebih berdikari. Tapi hakikatnya, asrama bukan tempat magis yang boleh ubah anak dalam sekelip mata.
Seorang penguna facebook Sakinah Hamid berkongsi coretan pengalaman seorang lelaki yang dikenali sebagai cikgu Iz sebagai warden di asrama. Katanya ada beberapa perkara penting yang ibu bapa kena faham sebelum buat keputusan hantar anak ke asrama.
Asrama bukan tempat magis yang boleh ubah anak tiba2 jadi pandai”
Menarik pula dengar perkongsian dari Cikgu Iz yang mengajar dan jadi warden lebih 8 tahun di sebuah SBP.
Menjadi guru dan warden membolehkan beliau nampak dua2 sisi kehidupan pelajar di sekolah dan di asrama.
Saya kongsikan semula di sini kerana merasakan ia perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh ibubapa yang bercadang hantar anak ke sekolah berasrama.
1. Mindset apa tujuan sebenar nak hantar anak ke asrama?
Kalau ibu ayah yang anak masa darjah 5,6 masih kuat bermain, ketagih gajet dia tak akan tiba2 berubah bila masuk sekolah berasrama.
Dari pemerhatian peribadi cikgu ni, budak2 yang cemerlang masa SPM bukan budak2 yang tiba2 baru berubah masa tingkatan 4,5.
Tapi yang memang sejak tingkatan 1 dah mempunyai disiplin belajar yang bagus.
Bila tingkatan 1 dah nampak ada disiplin yang bagus, cikgu tahu yang budaya belajar tu sudah bermula dari rumah. Dia dah ada kaedah dan teknik belajar sendiri.
Kalau kita tak pernah latih anak disiplin belajar, ada jadual belajar sendiri jangan kita harapkan tiba2 anak akan berubah bila masuk asrama.
Budaya di asrama adalah berdikari.
Kalau nak hantar anak ke sekolah asrama, dari darjat 5 dah 6 tu mula bentuk disiplin belajar anak dan berdikari.
Barulah bila masuk sekolah asrama dia boleh bawa diri.
Walaupun budak bijak tapi dia tiada budaya belajar, nanti bila nak periksa tak tahu nak belajar apa dan tiada hala tuju. Tak tahu minta bantuan kawan dan guru kerana tak dibentuk dari awal.
Masa UPSR tu cemerlang sebab mak ayah dan guru paksa belajar, bukan sebab diri pelajar tu.
2. Isu ketagihan gajet
Anak yang terlalu diberi kebebasan dengan gajet semasa sekolah rendah, tiba2 dihantar ke asrama terus tidak hilang akses kepada internet.
Ini adalah cabaran yang besar untuk diorang.
Mereka susah nak fokus belajar kerana ada ‘life’ dalam dunia digital yang ditinggalkan. Seperti akaun game yang perlu dijaga dan sebagainya.
Anak macam ni akan sentiasa cari alasan untuk balik di hujung minggu untuk dapatkan capaian internet. Macam2 jalan diorang cari seperti dapatkan sijil sakit supaya boleh balik hujung minggu (keluarga dekat)
Atau mereka akan langgar peraturan dengan bawa telefon bimbit secara haram. Dah jadi masalah disiplin pula.
Pelajar begini tiada budaya belajar dah fokus mudah hilang.
3. Sampai satu tahap anak dah tak boleh terima kehidupan asrama. Dia set nak duduk rumah semula dan akan mula buat kes supaya dia dibuang asrama.
Jadi dapat kembali ke sekolah harian, tinggal di rumah dan dapat penuhi ketagihan akses internet.
4. Anak yang dipaksa untuk tinggal di asrama ada yang akan mula renggang dengan keluarga.
Ada yang sanggup tak balik kalau cuti pendek kerana kurang akrab dengan keluarga. Mereka juga mula membanding2 hubungan dengan keluarga tetapi kebanyakan masa akan pendam perasaan.
Bila dah dewasa barulah mampu luahkan rasa hati seperti kebanyakan yang kita lihat di media sosial hari ini.
Ini adalah pesanan Cikgu Iz kepada ibubapa. Mindset nak hantar anak ke sekolah berasrama kena betul. Kalau nak hantar anak ke sekolah berasrama bentuk dulu peribadi sesuai untuk tinggal di asrama.
Memang ada segelintir yang akan berubah, tapi kebanyakannya adalah mereka yang memang dah cemerlang sejak tingkatan 1.
xxxxxxx
Saya kira pesanan ini sangat bagus diambil oleh ibubapa yang anak darjah 4,5. Proses nak menyediakan diri kita dan anak memang panjang.
In syaa Allah dengan persediaan awal kedua-dua anak dan ibubapa dapat melalui fasa perubahan hidup ini dengan lebih baik.
Anak-anak adalah cerminan daripada apa yang mereka lihat, dengar, dan rasakan daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa bukan sahaja berperanan dalam mendidik dan memberi...