Umum mengetahui, selebriti terkenal Dato’ Seri Eizlan Yusof pernah mendirikan rumahtangga bersama Datin Vie Shantie Khan pada 2007 dan perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2015.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga anak iaitu Vie Zaara, 13, Zareef Yusof, 11, dan Vie Zaalia, 8. Selepas itu, Vie Shantie telah mendirikan rumahtangga bersama seorang ahli politik manakala Eizlan Yusof mendirikan rumahtangga bersama pasanganya tahun lalu.
Beberapa jam yang lepas Vie Shantie berkongi gambar bersama-sama keluarga Eizlan ketika berkunjung ke rumah Eizlan dan isteri.
Menurut Vie, walaupun mereka sudah mempunyai kehidupan bersama pasangan masing-masing namun ukuwah kekeluargaan tetap terjalin.
Tambahnya lagi, semuanya demi hati anak-anak, ibu bapa harus bersifat matang dalam setiap tindakan. Anak-anak mereka tetap adik beradik yang perlu disatukan.
Ads
“Walaupun sudah berlainan jalan kehidupan, tapi ukuwah kekeluargaan tetap terjalin. Demi penyatuan anak-anak, ibubapa haruslah bersikap matang dalam setiap tindakan, bukan hati kita yang harus diutamakan. Tapi HATI mereka dan JIWA mereka yang perlu disatukan. Semoga ikatan persaudaraan mereka terus terjalin didunia dan akhirat, inshaa Allah.”
Vie Shantie turut mengucapkan tahniah kepada Eizlan dan pasangan atas kehadiran cahaya mata baru ini.
“Congratulations to both parents Daddy @eizlanyusof and Mama @sashaboudville Welcome to the family Baby Zaelynn Rosa 🧡 May you be blessed with good health, love and laughter, inshaa Allah 🧡”
Ads
Rata-rata warga maya memuji keakraban keluarga ini dan mendoakan agar keluarga ini sentiasa bahagia.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demi anak, banyak ibu bertahan dalam derita. Tanyalah mana-mana isteri sekalipun, siapa saja yang sanggup nak kahwin tapi menderita dalam perkahwinan. Semua orang tak nak.
Seperti yang dikongsikan oleh Peguam Syarie, Fahmi Ramli, ramai wanita yang boleh dikategorikan sebagai dialah ibu dan dia jugalah bapa kepada anak-anaknya. Bukan kerana dia ibu tunggal, tapi keadaan dia yang membuatkan seolah-olah dia ibu tunggal.
Ibu itulah yang uruskan hal ehwal anak-anak sendirian, ibu itu jugalah yang bekerja siang malam untuk cari nafkah kepada anak-anak.
Ada sebilangan kecil yang mungkin dia terpaksa lakukan begitu sebab suami lumpuh, sakit, kematian suami dan hal-hal yang tak dapat dielakkan.
Tapi, lebih teruk bila dia jadi ‘Ibu Tunggal’ menanggung segala perbelanjaan diri dan anak-anak, WALAUPUN wanita itu sebenarnya ada suami. Ada beberapa contoh mengapa ibu yang tanggung segala perbelanjaan anak walaupun ada suami yang sihat:
1. Suami banyak hutang peribadi
Kadang-kadang banyak suami yang terpaksa abaikan tanggungjawab menyediakan nafkah wajib kepada anak isteri disebabkan banyak buat Personal Loan, Overlap loan, kereta mahal lebih daripada kemampuan, hutang kad kredit dan macam-macam hutang lain lagi.
Perkara ini berlaku disebabkan lelaki itu sebelum kahwin tidak ada perancangan kewangan yang betul bagaimana nak survive dalam kehidupan selepas kahwin. Dan ada juga disebabkan, hutang yang tinggi ini disebabkan nafsu sendiri seperti nak pakai kereta mahal, hingga bayaran bulanan lebih daripada RM1000, sedangkan gaji baru dalam RM2500.
2. Suami banyak membazir
Pembaziran ini sangat kerap berlaku. Kadang-kadang, benda yang tak patut beli pun dibeli juga. Contohnya, bayaran bulanan Astro/Netflix. Itu satu kehendak sahaja. Kalau tak ada pun, masih boleh hidup. Satu lagi, yang paling ketara adalah, pembelian rokok atau vape. Walaupun ada banyak pandangan ulama’ sudah sebut Haram, tapi, masih lagi ada pembaziran untuk perbelanjaan rokok setiap bulan.
Pembaziran itu berlaku bila, benda yang tak diperlukan, kita tetap nak beli. Ia masih berkaitan tentang nafsu.
3. Suami tak bekerja/malas
Ini satu perkara yang paling membuatkan wanita takut nak berkahwin. Bila dapat suami yang malas nak kerja, atau bila dah tak cukup pendapatan tapi tak mahu usaha lebih untuk cukupkan keperluan anak isteri.
Kadang-kadang masih ada lagi suami yang tahu kahwin saja, tapi segala perbelanjaan isteri dan anak-anak, mak dan ayahnya yang tanggung. Ishhh, malu sangatlah kalau nak kahwin, tapi tak mampu berdikari. Lebih baik tak payah kahwin kalau macam tu. Biasa sangat jadi anak manja kalau macam ni.
4. Suami ada banyak isteri
Sepatutnya, orang yang poligami kena ada banyak duit. Sebab setiap bulan mesti banyak perbelanjaan untuk dirinya, isteri-isterinya dan anak-anaknya. Ye lah, lebih besar periuk, lebih banyak keraknya.
Cuma, ada sebilangan suami, yang tak ada kemampuan kewangan pun, tapi nak kahwin lebih juga. Tak boleh cara baik, dia nikah pula dekat Siam. Tak boleh pergi Siam, nikah pula cara sindiket. Lepas tu, anak isteri sedia ada terabailah dari sudut nafkah. Ye la kan, ada isteri baru.
5. Bekas suami jahil
Bila sudah berpisah, biasanya anak-anak diletakkan dibawah jagaan ibu. Jadi, ada sesetengah lelaki yang tak faham, walaupun diterangkan berkali-kali. Hak jagaan tetap dibawah ibu, bapa pula wajib bagi Nafkah.
Ada yang faham, mudah. Tapi bila ada yang tak faham, dia akan mengelak dan buat tak tahu saja bab perbelanjaan wajib anak. Lelaki ini selalu akan cakap, “dah mak dia yang jaga, mak dia la yang tanggung.” Kemudian bila bawak tuntutan ke Mahkamah, mulalah nak marah-marah dan cari seribu satu jalan elak bayar nafkah.
Kenapa ramai wanita tak mahu cerai sebab anak?
Biasanya jawapan yang akan saya dapat adalah bimbang anak itu dibesarkan tanpa bapa.
?????? Saya pun bingung sebenarnya… Adakah bapa kepada anak tersebut akan mati kalau mereka berpisah?
Mungkin pada saya, ramai orang tak nak pisah kerana anak ada sebabnya tersendiri. Cumanya, semua ini bergantung kepada wanita tersebut. Sekiranya, dia sanggup beri peluang untuk suaminya berubah, maka berikhtiarlah sesuatu.
Namun, jika sekiranya anda sudah tidak sanggup lagi menanggung derita, Islam tidak pernah mengHARAMkan atau meMAKHRUHkan berpisah. Bahkan, perceraian itu sendiri adalah Harus jika perkahwinan tersebut mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Kalau tidak, Islam itu akan dilihat sebagai agama yang tidak adil kerana memaksa wanita itu hidup dalam penderitaan dek kerana perbuatan suaminya yang abaikan tanggungjawab.
Semoga dengan pengorbanan anda sebagai isteri dan ibu, dapat suatu ganjaran yang besar dan dipermudahkan Allah atas apa jua urusan anda.
Pilihan ditangan anda. Anda yang tentukan kehidupan anda dan anak-anak anda wahai wanita yang kuat dan hebat.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam hubungan suami isteri, apabila kita sudah duduk sebumbung berkongsi suka duka kehidupan dalam alam perkahwinan, barulah kita akan berhadapan dengan kehidupan yang sebenar.
Alangkah sukarnya bagi pasangan suami isteri untuk menerima kenyataan, jika sewaktu dalam alam percintaan (sebelum berkahwin) kita tidak menjadi diri kita yang sebenar, sebaliknya kita hidup penuh kepura-puraan dan banyak yang kita selindung daripada pasangan kita.
Perangai sebenar pasangan akan diketahui bila berkahwin
Sebab apabila kita berkahwin, kita sebenarnya akan menemui tiga orang yang berbeza daripada pasangan kita itu (orang yang kita kenali sepanjang percintaan kita). Pertama, orang yang kita sangka siapa dia? Maksudnya banyak antara kita yang terpedaya, menyangka bahawa pasangan kekasih mereka adalah seorang yang baik dan positif.
Biasanya nilaian kita ini banyak diukur daripada luaran fizikal pasangan kita itu sahaja, iaitu dari segi cantik/tampan atau tidak pasangan itu, dan diukur dari segi status dirinya, kecerdikan, kekayaan, pangkat dan wang ringgitnya.
Banyak antara kita yang tertipu dengan kehebatan luaran fizikal pasangan kita, namun ada juga yang bernasib baik yang mendapat pasangan yang sebagaimana hebatnya luaran fizikalnya, demikian jugalah hebatnya dalaman hati budinya.
Perkahwinan adalah pembuka realiti kehidupan. Selepas kita berkahwin kita akan berjumpa dengan orang baru daripada pasangan kita, yang kita anggap betul-betul telah kita kenali hati budinya sepanjang percintaan kita dengannya. Iaitu, barulah kita tahu siapa dia yang sebenarnya?
Kebanyakan kita baru tahu siapa diri pasangan kita yang sebenar, selepas kita dengan pasangan kita telah bergelar suami isteri. Jika selama ini pasangan kita hanya berpura-pura berbuat baik dan bersikap positif untuk memenangi hati kita, tetapi setelah duduk sebumbung sebagai suami isteri, baru kita kenal atau terbuka tembelang hati budinya yang sebenar. Maka, akan bermula konflik hidup dalam alam perkahwinan.
Walau bagaimanapun, kalau ‘dunia dalamannya’ baik, maka ‘dunia luarannya’ akan baik untuk selamanya, sama ada ketika sedang bercinta atau sesudah berkahwin.
Seseorang boleh berubah menjadi lebih baik atau lebih buruk selepas sah menjadi suami isteri. Inilah orang ketiga yang kita akan temui, iaitu siapa dia jadi selepas berkahwin dengan kita. Maknanya kita, (suami atau isteri) saling pengaruh mempengaruhi pasangan kita untuk berubah, sama ada daripada bersikap negatif kepada positif atau sebaliknya, bergantung pada sikap ‘dalaman diri’ kita.
Suami isteri positif jaminan kebahagiaan
Kalau suami atau isteri selepas berkahwin dengan kita berubah laku, maka kitalah yang mengubahnya. Janganlah selepas berkahwin dengan kita, suami/isteri berubah, daripada berperangai baik kepada berperangai buruk.
Jika hal ini terjadi bermakna berlaku tiga sebab. Pertama, ketakwaan pasangan kita belum benar-benar kuat. Kedua, ‘dunia dalaman’ pasangan kita yang rapuh, hingga tiada keyakinan untuk mempertahankan prinsip hidupnya dan mudah dipengaruhi oleh pasangan. Ketiga, kesedaran keegoan kita yang sangat tinggi hingga mendesak pasangan kita mengikut cara hidup kita yang salah.
Kebanyakan pasangan suami isteri apabila berkahwin, kita hendakkan pasangan kita menjadi seperti kita. Suami akan menunjukkan ketegasannya dan keegoannya supaya isteri mendengar cakapnya dan mengikut cara hidupnya. Isteri pula bertegas dengan prinsipnya, apabila berkahwin mengharapkan ‘mendapat’ kebahagiaan, bukan ‘membawa’ kebahagiaan daripada hasil perkahwinan itu. Hingga menimbulkan konflik antara dirinya dengan keluarga suaminya. Sedangkan hakikatnya, perkahwinan adalah untuk saling lengkap melengkapkan dan sama-sama berkorban serta bersatu untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam rumah tangga.
Bahagia datang daripada Allah, dan ianya ‘melalui’ pasangan kita. Bahagia bukan datang directly daripada pasangan kita.
Banyak yang tidak capai maksud bahagia kerana mengharapkan bahagia datang daripada pasangan kita, sedangkan suami atau isteri hanyalah sekadar makhluk yang dikurniakan hati, namun ianya tetaplah milik Pencipta Rabb Al Jalil.
Ada suami yang terigau-igau mahukan pasangan persis seperti ratu cantik dunia, suami sanggup buat apa sahaja untuk mencantikkan isterinya, namun akhirnya memang sungguh isterinya ramping bagaikan semut, putih melepak, sehingga menarik perhatian lelaki lain melihat isterinya. Akhirnya masih tidak beroleh kebahagiaan, kerana isterinya curang terhadap suaminya.
Ada isteri yang terlalu menjaga keterampilan diri, sanggup berkorban apa sahaja demi mendapatkan tubuh badan dan rupa yang cantik. Ia suatu kepuasan bagi dirinya. Namun dibiarkan suami terabai, masa untuk suaminya pun tiada kerana asyik berzumba, akhirnya suami mula curang terhadap isterinya sehingga membawa kepada keretakan rumah tangga.
Apalah yang dicari? Kecantikan atau kebahagiaan? Kalau boleh kita nak kedua-duanya, biarlah cantik dan bahagia. Kedua-duanya boleh diperoleh bila mana niatnya betul. Niat berhias untuk suami, bukan untuk dipertontonkan pada lelaki lain.
Nak sihat supaya dapat bahagia sama-sama hidup dengan suami dan keluarga, bukan untuk kepentingan diri semata-mata.
Biarlah isteri tak solid macam ratu cantik, asalkan isteri sihat dan dapat membahagiakan hati suami, itu lebih bermakna.
In shaa Allah suami atau isteri akan beroleh kebahagiaan bila mana:
1. Tahu dan sedar bahawa Allah SWT adalah sumber kebahagiaan.
2. Niat yang betul dalam amalan seharian.
3. Tidak meninggalkan perkara-perkara yang wajib.
4. Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang.
5. Menjalankan amanah sebagai suami atau isteri dengan baik.
Teringin nak dapatkan barangan pada harga istimewa, klik je di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!