Di sebalik gelaran seorang usahawan wanita yang sering dilihat kuat, berdikari dan berjaya menguruskan dunia bisnesnya, tersimpan satu kisah yang jauh lebih dalam kisah seorang wanita yang menanti hampir 9 tahun untuk mendengar tangisan pertama seorang cahaya mata dalam dakapan sendiri.
Selepas 2 tahun perjalanan IVF, 3 kali pembedahan, 10 hari suntikan di perut, dan kos rawatan yang mencecah ratusan ribu ringgit akhirnya lahirlah Ahmad Kayden ke dunia ini.
IVF Madammu dan Kelahiran Ahmad Kayden
Ads
Begitulah perjalanan Madammu menunggu kelahiran Kayden yang dikongsi menerusi media sosialnya.
Happy Birthday Anak Bongsu Mummy Ahmad Kayden! si jantung hati Papa, Mummy, kakak Zahara, Kakak Qally, Abang & semua orang.
Buah jantung mummy yanh lahirnya dengan Rezeki yang melimpah limpah. Anak yang manja tapi bijak serta panjang akal.
menjadi penyeri dalam rumahtangga Mummy & papa. hampir 9 tahun perkahwinan baru ada rezeki untuk lahirnya Ahmad Kayden didunia ini.
“Rawatan IVF menjadi usaha Mummy & papa dalam mendapatakan Ahmad Kayden & dengan izin-Nya dapatlah mummy merasa macam mana rasanya
” Pregnant”sehingga kehari ini Mummy masih lagi tak sangka yang mummy & papa akan ada zuriat dari perkahwinan ini. dulu Madammu lalu fikir & tanam yang i dah cukup dengan 3 anak, zahara, Qally & Ahmadhi. Trauma besarkan mereka pun tak habis2 lagi.
Tapi siapa sangka Tuhan nak juga tambah lagi sorang. alhamdulilah dapatkan ahmadhi kayden selepas 2 tahun journey IVF, 3 kali Operation, 10 hari injection diperut & beribu ribu kos untuk ubat serta RM200k untuk IVF Journey…. Alhamdulilah lahirnya Ahmad Kayden tuhan gantikan kami dengan rezeki yang melimpah ruah & setiap anak itu ada rezeki mereka. ahmadulilah.
Pengorbanan Madammu Demi Zuriat
Ads
Apa yang pasti, setiap detik bersama si kecil itu menjadi pengubat kepada semua luka yang pernah ada.
Ads
Kerana pada akhirnya, rezeki seorang anak bukan sekadar tentang memiliki, tetapi tentang bagaimana Allah mengajar erti sabar, reda dan syukur dalam perjalanan yang panjang
Ramai ibu bapa tidak menyedari bahawa bentuk kepala bayi boleh berubah sejak awal kelahiran. Ada yang hanya menganggap kepala bayi “penyet sebelah” sebagai perkara biasa, sedangkan ia mungkin tanda awal Sindrom Kepala Rata atau Flat Head Syndrome.
Menurut maklumat kesihatan awam, keadaan ini berlaku hampir 50% dalam kalangan bayi, terutama pada bulan-bulan awal kehidupan. Walaupun ia tidak menyebabkan masalah kesihatan serius, ia boleh memberi kesan kepada penampilan dan keyakinan diri anak apabila membesar nanti jika tidak dipantau dengan baik.
Sindrom Kepala Rata atau istilah perubatannya Positional Plagiocephaly berlaku apabila bahagian tertentu kepala bayi menjadi rata akibat tekanan berulang pada kawasan yang sama.
Keadaan ini berlaku kerana tengkorak bayi masih lembut dan tulang tengkorak belum bercantum sepenuhnya. Sebab itu, bentuk kepala bayi sangat mudah berubah mengikut posisi tidur atau posisi bayi dibaringkan terlalu lama.
Menurut World Health Organization (WHO) dan pakar pediatrik antarabangsa, perkembangan tulang kepala bayi pada tahun pertama kehidupan berlaku dengan sangat pantas. Oleh itu, penjagaan posisi bayi amat penting bagi memastikan bentuk tengkorak berkembang secara normal.
Antara punca paling biasa ialah bayi terlalu lama berada dalam satu posisi yang sama, terutama ketika tidur atau berbaring.
Keadaan ini semakin meningkat selepas kempen “Back to Sleep” diperkenalkan di seluruh dunia bagi mengurangkan risiko Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) atau kematian mengejut bayi. Kempen ini menggalakkan bayi tidur secara terlentang kerana ia terbukti lebih selamat.
Namun, apabila bayi terlalu lama tidur dalam posisi sama tanpa variasi, tekanan pada bahagian belakang kepala boleh menyebabkan kepala menjadi rata.
Antara faktor lain termasuk:
Kadang-kadang perubahan bentuk kepala berlaku perlahan dan sukar disedari. Sebab itu ibu ayah perlu lebih peka terhadap beberapa tanda berikut:
Jika ibu ayah mula nampak perubahan ini, sebaiknya dapatkan pemeriksaan awal di klinik kesihatan atau pakar pediatrik.
Berita baiknya, Sindrom Kepala Rata biasanya tidak menyebabkan kerosakan otak atau gangguan perkembangan serius.
Namun begitu, jika terlalu ketara dan tidak dirawat, ia boleh memberi kesan kosmetik jangka panjang seperti:
Sesetengah kajian juga menunjukkan bayi dengan plagiocephaly teruk mungkin mengalami sedikit kelewatan perkembangan motor, walaupun hubungan ini masih dikaji lebih lanjut.
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal pediatrik antarabangsa mendapati hampir 46.6% bayi berusia 7 hingga 12 minggu mengalami plagiocephaly posisi.
Kajian ini menunjukkan risiko lebih tinggi berlaku pada bayi yang:
Pakar menegaskan bahawa keadaan ini sebenarnya boleh dicegah jika ibu bapa melakukan pemantauan posisi bayi sejak awal.
Walaupun bayi perlu tidur terlentang untuk keselamatan, ibu ayah masih boleh mengurangkan risiko kepala rata dengan beberapa langkah mudah.
Semasa bayi tidur terlentang, ubah arah kepala secara bergilir:
Ini membantu mengurangkan tekanan pada satu bahagian kepala sahaja.
Tummy time ialah aktiviti meniarap ketika bayi berjaga dan dipantau.
Ia membantu:
Mulakan beberapa minit sehari dan tambah secara berperingkat.
Jangan biarkan bayi terlalu lama dalam car seat, stroller atau baby rocker jika tidak perlu kerana kepala bayi akan sentiasa menekan permukaan yang sama.
Letakkan mainan atau bercakap dari arah berbeza supaya bayi belajar menoleh kiri dan kanan secara seimbang.
Walaupun ibu ayah digalakkan mengubah posisi bayi ketika berjaga, pakar kesihatan tetap menegaskan bahawa bayi perlu tidur dalam posisi terlentang bagi mengurangkan risiko SIDS.
Tips mengubah posisi bayi hanya boleh dilakukan dengan pemantauan ibu bapa.
Pada waktu tidur tanpa pengawasan:
Segera dapatkan pemeriksaan jika:
Rawatan awal seperti fisioterapi biasanya sangat membantu, terutama jika masalah dikesan sebelum usia 6 bulan.
Sindrom Kepala Rata memang biasa berlaku dan kebanyakan kes boleh diperbaiki apabila ibu ayah bertindak awal.
Apa yang penting ialah:
Bentuk kepala bayi mungkin nampak kecil bagi orang dewasa, tetapi perhatian awal ibu ayah mampu memberi perubahan besar untuk perkembangan si manja di masa depan.
Terus menanti dan tak pernah putus doa. Itulah doa dan misi pelakon, Nabila Huda menjelang tahun 2024 ini.
Nabila berkata, walaupun bakal menginjak usia 40 tahun depan namun dia berharap doa menimang dua orang cahaya mata dimakbulkan Allah.
Enggan berputus asa, Nabila dan suami bagaimanapun tidak mahu berputus asa malah sentiasa memohon doa dikurniakan cahaya mata lagi.
“Semoga saya dipanjangkan usia untuk merasa setidak-tidaknya dua orang anak lagi. Kalau tak dapat dua, satu pun jadilah.
“Sejak tahun pertama kahwin, itulah doa saya setiap hari tapi apa nak buat, belum ada rezeki lagi,” kongsi Nabila menerusi media sosialnya.
Bahkan kata Nabila demi mencapai misinya itu untuk tahun depan, dia perlu makan lebih sihat bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sihat pada usia 40 tahun.
“Dah nak masuk umur 40 tahun, tahun depan. Bagaimana ya selepas usia 40 tahun? Mesti makin lupa skrip. Sekarang pun baca ulang sampai 10 kali baru nak ingat.
“Teruklah. Rasanya saya perlu makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Okay itu azam saya tahun 2024 dan saya mahu lebih banyak cahaya mata,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Nabila dan suami mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Hasil perkahwinan terdahulu, Nabila dikurniakan seorang cahaya mata, Keisha Laila yang kini berusia 13 tahun.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Setiap anak yang Allah SWT kurniakan ‘membawa’ rezeki mereka bersama. Jangan sesekali dikesalkan kehadiran mereka kerana berbuat baik dengan anak menjanjikan ganjaran yang baik buat mama papa. Tak ada salahnya kita juga buatkan sesuatu yang membahagiakan mereka.
Usahlah fikir-fikir kalau nak belikan sesuatu untuk anak. Baik makanan, pakaian mahupun mainan. Menurut penulisan dari Mohd Fhais Salim, katanya tak salah untuk manjakan anak kerana itulah rezeki mereka. Rezeki untuk setiap orang berbeza-beza dengan yang lain.
Jom lihat apa perkongsian selanjutnya dari bapa ini;
Sekat rezeki anak, rezeki kita pun tersekat! Ada orang kata beli mainan ni membazir. Sebenarnya ia bukan membazir tapi itu la rezeki anak-anak. Ada orang kata manjakan anak sangat tak elok. Apa dia nak kita beli.
Bagi saya tak ada rezeki yang tak elok. Semua rezeki elok. Anak di manjakan sejak kecil, itu pun rezeki dia. Ada anak, ibu ayah duit banyak pun belum tentu lagi dapat rasa manja-manja. Rezeki anak-anak ni datang dalam pelbagai bentuk.
Ada anak dapat rasa limpahan kasih sayang ibu ayahnya setiap masa tanpa di tagih. Ada anak susah nak dapat rasa kasih sayang walaupun selalu menagih di kasihi. Macam-macam..
“Apa Yang Kita Ada Sekarang, Mungkin Rezeki Anak-Anak..”
Memang la yang kerja banting tulang siang malam tu kita, tapi rezeki yang kita dapat mungkin datang dari rezeki anak-anak. Memang la yang mengurus dan menjaga ekonomi keluarga tu kita, tapi rezeki ekonomi kita ni mungkin datang dari rezeki anak-anak. Apa yang kita ada sekarang ni? Mungkin itu semua rezeki anak-anak.
Kita ni cuma pemegang amanah je, wajib salurkan rezeki tersebut pada penerima yang sah. Silap hari, kita yang menumpang rezeki anak-anak rupanya. Allahu.. Makanya usah la kita berkira-kira dengan anak. Usah la kita bakhil sangat fikirannya.
“Mampu Beli, Tak Mampu Usah Beli..”
Tak ada bazirnya beli mainan jika itu buat anak rasa gembira dan teruja. Elak sewenangnya kita sekat rezeki anak-anak dengan kata membazir, tak penting, ngada-ngada dan sebagainya. Mampu beli, tak mampu usah beli. Belum rezeki anak untuk dapat.
Jangan terkejut! Makin kita mewah-mewahkan anak, makin mewah la rezeki kita datang mengalir kelak. Rezeki tak pernah terputus kalau kita tak sekat-sekat rezeki anak!
Wallahu A’lam, ~ Mohd Fhais Salim
Berilah sesuatu kepada anak sebagai ganjaran kerana menghiasi kehidupan kita. Jangan berkira untuk belanja mereka. Kadang-kadang anak ni tak nak banyak. Dapat luangkan masa dengan mama papa pun dah cukup untuk buat mereka tersenyum sepanjang hari.
Humming anak sebelum tidur boleh membantu sesetengah bayi dan kanak-kanak berasa lebih tenang. Ketahui manfaat, bukti kajian serta cara mengamalkannya dengan selamat.