Kita rasa diri kita dah susah, tetapi masih ada lagi yang lebih susah. Tambah lagi dengan keadaan sekarang yang semuanya memerlukan duit untuk meneruskan kehidupan. Demi sesuap nasi, apa saja kerja yang boleh dilakukan, mesti akan fikirkan anak dulu.
Sama jugalah dengan situasi seorang ibu ini yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok apabila berkongsi video rider Foodpanda wanita yang bekerja sambil membawa anaknya.
Dalam video tersebut, memaparkan seorang ibu yang sedang mengendong anaknya dibahagian depan sambil menunggang motosikal. Melihat situasi tersebut pengguna TikTok dikenali sebagai @mamayayahumarsoleh berasa begitu sebak dan berharap dapat membantu wanita itu bagi meringankan beban yang sedang digalas.
Selepas video tersebut tular, terdapat salah seorang rider Foodpanda memberitahu dia mengenali wanita itu dan mengesahkan yang anak kecil itu selalu dibawa ketika ibunya bekerja.
Ads
Lebih menyedihkan, pengguna TikTok berkenaan memaklumkan yang anak wanita itu tidak berapa sihat kerana mengalami kecacatan pada kedua-dua belah matanya.
Disebabkan itu, ramai yang bertanya tentang lokasi wanita itu bekerja kerana ingin memberikan bantuan agar dapat membantu meringankan bebannya.
Ads
Difahamkan kakak rider FoodPanda ini sering kelihatan berada di sekitar Petronas Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata berasa simpati dan sebak melihat video tersebut. Mereka juga berharap agar si ibu itu diberi kekuatan, kesabaran dan terus dimurahkan rezeki walaupun berada dalam keadaan yang agak sulit.
Ads
Semoga terus sentiasa diberi kesihatan yang baik agar boleh terus mencari rezeki buat diri dan anak tersayang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Percayalah setiap anak yang dilahirkan telah ditentukan rezekinya. Dengan itu, ibu bapa secara langsung turut sama menumpang rezeki anak. Sejak hari pertama bakal menjadi ibu bapa, pasangan suami isteri mesti dah ada perancangan untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak.
Bukan itu saja, pengorbanan ayah keluar mencari rezeki untuk keluarganya pun demi kelangsungan hidup bersama. Seperti kata pepatah, kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah selamanya.
Selain itu, bila dah bergelar ibu bapa, anak-anak ini ibarat motivasi bagi kita untuk bekerja. Anak juga ibarat kekuatan. Walaupun seharian penat bekerja, bila balik rumah tengok anak-anak tunggu di rumah dengan wajah tersenyum automatik rasa bahagia.
Jadi setiap daripada kita, ada cara masing-masing untuk memastikan diri sentiasa bersemangat bekerja. Tak hairanlah ada ibu bapa meletakkan gambar anak-anak di meja bekerja ataupun di dalam dompet.
Cuma kali ini yang menarik perhatian ramai, cara seorang bapa ini yang meletakkan gambar anak-anaknya di hadapan motosikal ketika keluar mendapatkan rezeki untuk ahli keluarga.
Dalam perkongsian di FB Bart Salleh, seorang rider Foodpanda melekatkan gambar kanak-kanak dipercayai anaknya pada motosikal, membuatkan ramai yang kagum.
Bukan itu saja, kelihatan topi keleder yang dipakai oleh lelaki itu juga dipenuhi pelekat kartun dipercayai milik anak-anaknya.
“Bila saya tengok helmetnya, saya tertanya-tanya kenapa dia buat macam tu kepada pakaian hariannya.. Kemudian saya tersedar.”
Nampak bapa ini begitu bangga walaupun mungkin bagi lelaki lain tak tergamak untuk memakai topi yang penuh dengan pelekat kartun.
Setakat ini perkongsian tersebut telah mendapat lebih 19 ribu tanda suka dan 17 ribu perkongsian di Facebook.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya ungkapan “saya terlalu sayangkan ibu..” mampu diluahkan anak ketiga mangsa kemalangan maut membabitkan 10 kematian di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, semalam (17 Disember).
Faiz, 14, yang tiada ketika kejadian tidak dapat menahan sebak selepas pemergian serentak ibu dan lapan adik-beradiknya dalam kemalangan itu.
“Saya ada berjumpa dengan emak kelmarin dan tak sangka itu kali terakhir menatapnya,” katanya yang terlalu sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Shah Alam.
Dalam kejadian 11.45 malam tadi, ibu Faiz, Norul Naziah Buyong, 37, maut bersama lapan anaknya iaitu Muhamad Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3 dan Muhamad Raid Fathi, 10 bulan, selepas Proton Wira dinaiki keluarga itu terperosok di bawah sebuah treler.
Turut maut ialah seorang pemuda, Muhamad Rahimi Rolex, 27. Suami Norul Naziah, Abd Razak Majit, 50, terselamat dan tiga lagi mangsa lain hanya mengalami kecederaan.
“Kakak tunjuk sikap pelik..”
Sementara itu, adik kepada Norul Naziah yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul berkata, seminggu sebelum meninggal dunia, kakak ada bertanyakan soalan pelik kepadanya.
“Dia tanya sama ada saya sedih atau tidak jika dia tiada. Tak sangka pertanyaan itu bayangan dia akan pergi buat selamanya,” katanya.
Kereta rosak selepas pulang kenduri dari Melaka
Menurutnya, Norul Naziah ada menghantar kiriman mesej dan audio di WhatsApp kepadanya jam 10.18 malam tadi memaklumkan kereta dinaikinya rosak selepas dimasuki air akibat banjir.
Katanya, kakaknya sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah daripada menghadiri kenduri kahwin di Melaka.
Dia berkata, dia bagaimanapun tidak dapat datang ke lokasi dan kakaknya memaklumkan mahu mendapatkan bantuan dua rakan kepada anaknya.
“Saya katakan padanya (Norul Naziah) supaya hubungi saya jika ada apa-apa berlaku namun tidak lama selepas itu, saya terima panggilan daripada bomba mengatakan kakak terbabit dalam kemalangan serta meninggal dunia di tempat kejadian.
“Tersentak saya ketika itu apabila diberitahu lapan anak saudara saya turut meninggal dunia dan hanya abang ipar saja terselamat,” katanya.
Tahun ini kehilangan 10 ahli keluarga
Nurul berkata, dia tiba di tempat kejadian jam 12.46 malam tadi dan tidak sanggup melihat keadaan kakaknya sebaliknya terus bergegas ke Unit Forensik Hospital Shah Alam.
Menurut Nurul, hubungannya dengan Norul Naziah agak akrab jadi berasa sedih yang teramat dengan pemergian kakaknya.
“Saya baru kehilangan adik yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada Julai lalu dan kini, kakak dan anak saudara pula meninggal dunia.
“Sedih sangat kerana tahun ini saja, 10 ahli keluarga saya meninggal dunia.
“Banyak petanda yang saya nampak sebelum pemergian kakak antaranya arwah pernah menyatakan mahu ‘ikut’ adik yang meninggal dunia akibat Covid-19 tetapi saya tidak fikirkan ia akan jadi kenyataan,” katanya.
Guna kren angkat treler
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 12.03 tengah malam dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, kemalangan membabitkan dua Proton Wira, Perodua Axia dan treler.
“Anggota bertugas bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan alatan khas dan dibantu kren untuk mengangkat lori treler. Mangsa berjaya dikeluarkan serta diserahkan kepada polis.
“Kira-kira 17 individu mangsa terbabit dengan seorang wanita, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan yang menaiki sebuah kereta meninggal dunia dalam kejadian itu. Turut maut seorang lelaki dewasa dalam sebuah kereta lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betul kata orang, bila anak diam tu yang bahaya. Ada saja ‘projek’ yang dia buat dan biasanya out of the box! Biasanya bila anak buat perangai pelik ni, dia tak main dengan toys sendiri tapi lebih suka memilih barang-barang ibu atau ayah.
Sama seperti kes adik ni bila dia bermain dengan barang mekap ibunya. Habis dijadikan muka ayah sebagai ‘kanvas’ untuk hasil seninya. Bukan main berbakat, penuh satu muka disoleknya. Video yang tular ini telah dikongsikan oleh ibunya, sitinurfaseeha7 di akaun Tiktok.
Ketika itu si ayah sedang tidur dan tiba-tiba dihampiri ibu yang juga terkejut melihat perbuatan anaknya itu.
“Make up mama, adik buat apa?”
“Tak. Bukan adik. Make up papa, make up papa!”.
Tonton video ini;
Lebih lucu bila ayahnya bangun dari tidur dan melihat mukanya sendiri.
Nak elak kena marah, dia keluarkan ‘senjata’ tangisan!
Tonton video ini;
Sebenarnya anak yang sukakan seni ni bagus, banyak manfaatnya. Antara kebaikan apabila anak bermain dengan kerja seni adalah seperti:
1. Pupuk minat dalam aspek seni dan kreativiti
Setiap anak ada kreativiti tersendiri, apabila mendapat dorongan dari ibu ayah akan membuatkan mereka lebih berpotensi dan yakin untuk mengekspresikan bakat seni tersebut kepada orang lain.
2. Kemahiran motor halus makin mantap
Ketika anak melukis, mewarna dan menulis ia dapat melatih kemahiran motor halus mereka. Ibu ayah juga dapat mengenal pasti tangan dominan anak dan membantu mereka untuk lebih pandai menulis.
3. Sel otak berhubung
Seni adalah salah satu cara untuk menghubungkan setiap deria iaitu deria lihat, sentuh, dengar, bau dan rasa. Dengan membuat kerja seni, ia dapat membantu neuron dan sel otak anak berhubung.
4. Cara terbaik luah perasaan
Melakukan kerja seni dapat membantu anak meluahkan perasaan mereka. Hasil seni seorang anak dapat menjadi hint sama ada mereka sedang gembira, bersedih, teruja dan sebagainya.
5. ‘Bonding time’ terbaik dengan anak
Jangan biarkan anak membuat kerja seni bersendirian. Mainkan peranan anda dan buatlah bersama mereka supaya anak merasa dihargai dan difahami. Bukan saja bagus untuk emosi anak, tetapi ia dapat membantu ibu ayah juga mengurangkan rasa stres.
Rata-rata warganet juga terhibur melihat telatah adik comel ini. Semoga dia terus membesar menjadi anak yang bijak. Kecil-kecil dah nampak bakat ni, mana tahu boleh jadi MUA suatu hari nanti kan!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...