Dua beranak rentung selepas Toyota Alphard dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan di Kilometer 119.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Kepala Batas, hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira 10 pagi.
“Difahamkan, kenderaan pelbagai guna (MPV) itu dinaiki tiga beranak berbangsa Cina sebelum terbabas dan terbakar.
“Dua mangsa iaitu seorang lelaki dan anak perempuannya berusia tiga tahun didapati rentung di dalam kenderaan itu, manakala isteri lelaki terbabit berjaya menyelamatkan diri.
“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat,” katanya.
Ads
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Saadon Moktar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada 9.58 pagi.
“Sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas dikejarkan ke lokasi dan sebaik tiba, sebuah MPV didapati terbakar.
“Kenderaan mungkin melanggar penghadang jalan, terbabas dan terbakar di situ. Ia terbakar 100 peratus,” katanya.
Menurutnya, selepas api dipadamkan dan pemeriksaan dibuat menemui dua mangsa yang rentung di dalam kenderaan.
Ads
Sayu dengar suara anak merayu dan menjerit
Menurut laporan Penang Kini, saksi mendakwa mendengar suara si anak merayu dan menjerit meminta pertolongan kerana tersepit sebelum meninggal dunia.
Ads
Moga keluarga mangsa tabah menghadapi takdir ini walaupun baru saja seminggu menyambut Tahun Baru Cina.
Lihat anak gembira dah satu kepuasan buat ibu bapa. Lagi-lagi dapat merealisasikan impian anak untuk memiliki mainan idaman. Mungkin bagi orang yang berkemampuan, nak beli mainan mahal tiada masalah. Tapi yang dari keluarga sederhana bajet itu kena betul-betul kira.
Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang kreatif dan pandai memanfaatkan barangan terbuang atau gunakan apa yang ada, anda tetap boleh membahagiakan anak kecil.
Seperti perkongsian ibu ini, Ain Zaki yang membuat dan mendeko sendiri dapur mainan anaknya, memang sangat comel. Paling penting ia mudah nak buat mengikut bajet sendiri. Berikut antara perkongsiannya.
Jadi kepada ibu bapa yang mungkin tiada modal besar tetapi tetap nak memberi anak-anak rasa gembira, inilah idea yang boleh anda lakukan untuk anak-anak.
Boleh beli barang dan sama-sama buat pada waktu cuti hujung minggu ni. Tak semestinya yang kreatif je boleh buat tau. Asalkan ada rajin sikit je pasti boleh!
Ayden anak yang baik dan mudah dijaga. Demikian kata mommy dan daddynya. Ikuti perkongsian eksklusifnya dengan Pa&Ma.
Ayden Mikael, si cilik sedang popular dalam drama Pujaan Hati Kanda melakukan sesi fotografi sebagai penghias kulit majalah Pa&Ma hari ini.
Si cilik popular ini mula berlakon dari usia 5 bulan lebih. Kata ibunya, dari Ayden tiada gigi hingga tumbuh 2 batang gigi!
ANTARA 10 BAYI YANG UJI BAKAT, AYDEN TERPILIH BAWA WATAK IQY
Anak sulung pasangan Kim Anna Abdullah & Mohd Zainuddin Azhar ini rupanya antara 10 bayi yang menghadiri sesi uji bakat yang diadakan beberapa hari sebelum penggambaran drama 28 episod itu.
“Sebenarnya pihak produksi mahukan pelakon kanak-kanak perempuan kerana wataknya ialah watak bayi perempuan. Malah 9 lagi bayi yang hadir uji bakat ialah bayi perempuan. Kami hanya mencuba nasib tak sangka Ayden terpilih,” kata Anna.
SANGAT BEHAVE SEMASA PENGGAMBARAN
Semasa sesi penggambaran drama selama lebih 3 bulan iaitu dari 10 Oktober 2018 hingga 24 Disember 2018, anak kecil ini sangat behave dan tidak mudah mengamuk. Malah kata ibunya, Ayden tidak banyak meragam ketika di set penggambaran drama. Apabila shooting di luar bangunan, Ayden banyak menerokai suasana sekeliling. Malah kru juga banyak bermain dan agah-agah Ayden, jadi dia tidak bosan.
“Ayden banyak meneroka dan terleka. Misalnya bila masuk set, dia akan perhatikan peralatan di set penggambaran. Even cadar yang bercorak pun dia akan cuba pegang,” kata Anna.
Ketika penggambaran di Teluk Intan yang memakan masa 14 hari, Ayden tiada masalah. Selalunya ketika penggambaran seharian, akan ada break selama 4 hingga 5 jam jadi Ayden mendapat cukup rehat.
“Malah dalam scene Pali menampar Tiara (Mira Filzah), Ayden sedang tidur sebenarnya! Kalau nak tahu yang tidurkan Ayden ialah Pali lah (Syazwan Zulkifli),” kata mommy Ayden.
RAMAI PANGGIL AYDEN DENGAN NAMA IQY
Bayi berkulit putih gebu ini rupanya mempunyai darah kacukan lima bangsa iaitu Cambodia, Vietnam & Cina dari sebelah ibunya manakala bapanya pula Indonesia dan Portugal.
Penangan populariti melalui drama Pujaan Hati Kanda, Ayden meniti di bibir para peminat. Kata ibunya yang mengendalikan Instagram Ayden, dia menerima lebih 1,000 DM sehari. Kini kalau keluar ramai yang mula memanggil Ayden dengan panggilan Iqy!
Sebagai ibu, Anna berharap Ayden akan menjadi anak yang taat kepada agama & ibu bapa. “Saya tidak menghalang sekiranya Ayden hendak menjadi pelakon, mommy daddy akan pantau selalu. Pemilihan watak yang sesuai dan paling penting, dia tidak ketinggalan momen pembesarannya dan boleh bermain seperti kanak-kanak yang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Agak-agak apa perasaan anda sebagai ibu bapa bila dapat tahu anak tiba-tiba membuat pesanan makanan dalam kuantiti yang banyak secara online? Nak marah, menangis atau gelak?
Jika ketiga-tiga perasaan ini ada pada anda, bermakna itulah perasaan yang dialami oleh seorang ibu, Sharifah Nur Adleen apabila anak keduanya, Muhammad Azil Azeez, 4 tahun telah membuat pesanan makanan tanpa pengetahuannya.
Diam-diam anak buat pesanan makanan
Berkongsi bersama Pa&Ma, Sharifah memberitahu kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu (13 November) ketika dia sedang menidurkan anak ketiga yang berusia setahun. Waktu itu, memang Azeez sedang tengok cerita kartun di telefon.
“Biasanya jika saya nak tidurkan adiknya, Azeez akan tengok sekejap cerita kartun di telefon saya untuk elak dia membuat bising. Cuma pada hari kejadian tu, dia ada beritahu “Mama, Azeez lapar..”
“Tapi saya kata tunggu adik tidur dulu baru saya akan baginya makan. Tak sangka pula dalam tempoh 15 minit tu, dia diam je sambil tengok telefon dan akhirnya tertidur dengan sendiri.
“Selepas dia tidur, tak lama kemudian tiba-tiba bunyi hon motosikal dari luar pagar rumah. Saya keluar untuk tengok siapa yang datang dan pelik tengok dua orang rider Food Panda datang untuk hantar makanan.
“Terkejut jugalah sebab nampak banyak plastik di tangan masing-masing. Saya cakap tak ada buat pesanan apa-apa pun. Jadi bila tengok saya macam keliru, mereka berdua tanya ini rumah Puan Sharifah ke? Saya kata betul..Tapi lagi sekali saya cakap tak ada buat pesanan.
“Waktu itu saya kata tunggu sekejap sebab nak tengok telefon. Bila saya ambil telefon di tangan Azeez yang sedang tidur memang sah dia yang buka aplikasi tu dan membuat tempahan,” katanya.
Perlu bayar lebih RM200
Tambahnya lagi, waktu tu terus terduduk depan pintu dan menjerit “MasyaAllah..Anak.. apabila tengok jumlah pesanan sekali dengan bayaran. Saya saling berpandangan dengan rider Food Panda.
“Dia orang siap tanya macam mana ni puan, banyak ni… Saya ingatkan orang yang beli ada buat kenduri ke sedekah ke. Masa tu saya terus tergelak sambil menitis air mata. Nak salah mereka pun sebab itu yang mereka dapat tempahan.
“Jadi saya tetap membayarnya dengan jumlah RM226.76 dengan 12 bungkus tomyam seafood, satu bungkus sup tulang, dua bungkus kerabu daging dan empat bungkus sup daging. Pandai pula dia buat cash on delivery tu.
“Mujurlah ada cash dalam beg dan kebetulan saya berniaga online. Kalau tak, memang tak tahulah. Nak marah Azeez pun sebab benda dah jadi.
Sharifah memberitahu dengan kuantiti yang banyak, memang tak mampu untuk dihabiskan satu keluarga. Jadi waktu itu, nasiblah ada jiran yang sudi membeli dan selebihnya saya sedekahkan.
“Sekarang memang saya dah uninstall aplikasi tu dulu untuk elak kejadian tak diingini lagi. Saya pun tak sangka dia boleh buat tempahan. Mungkin dia perhatikan setiap kali saya tekan untuk buat tempahan makanan mereka.
“Sebelum ini seminggu sekali saya akan reward anak-anak dengan makanan yang mereka minta kalau mereka buat sesuatu yang baik. Jadi selalulah guna aplikasi tersebut,” akhirinya yang menetap di Kuching, Sarawak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!