“Bila duduk rumah dengan mama papa banyak je cakap, tapi bila depan orang ramai dengan guru-guru anak saya mesti diam membisu”
Pernah tak situasi ini terjadi pada anak-anak anda? Kenapa anak-anak tidak mahu bercakap dengan orang luar? Ikuti perkongsian daripada Developmental psychologist, Puan Pija Ramli ini.
KENAPA ANAK SAYA TAK MAHU BERCAKAP DENGAN ORANG LAIN TAPI DIA BANYAK BERCAKAP DI RUMAH?
✔️Tahukah ibu bapa bahawa ianya normal utk anak menunjukkan rasa malu / takut / bimbang apabila berada di situasi baru atau perlu berinteraksi dengan orang baru terutamanya bagi ANAK BERUSIA 1-3 TAHUN & TIDAK PERNAH ATAU JARANG DITINGGALKAN BERSAMA ORANG LAIN YG TIDAK DIKENALI SEPERTI PENGASUH ATAU GURU TADIKA.
✔️Tahukah ibu bapa bahawa anak memerlukan masa utk menyesuaikan diri & ianya mungkin mengambil masa antara 1-2 bulan (secara puratanya) dalam situasi baru atau individu baru.
✔️Anak mempunyai temperamen tertentu yg menyebabkan mereka mungkin menunjukkan kadar reaktiviti emosi seperti bimbang yang lebih berbanding rakan sebaya lain apabila berada dalam situasi baru.
Ads
Ada sesetengah ibu bapa yang menganggap anak perlu dipaksa untuk bercakap dengan orang lain kerana petah bercakap adalah kemahiran yang bagus. Betul ke?
❌Anak kecil terutamanya yang baru belajar bertutur atau baru mengembangkan kemahiran sosioemosi tidak wajar dipaksa untuk bercakap atau bergaul dengan orang lain, sebaliknya ibu bapa perlu berikan pendedahan & galakan secara berperingkat. Bagi masa pada anak utk mengurangkan kebimbangan mereka terhadap individu atau situasi baru.
Dengan memaksa, ibu bapa secara tidak langsung sebenarnya tidak validate emosi anak & menekan mereka utk bertingkah laku seperti yg orang lain ingini. Sedangkan, mereka perlukan masa utk mahir dalam tingkah laku tersebut.
Ads
INTERVENSI AWAL UTAMA UNTUK MENGEMBANGKAN SOSIOEMOSI YANG BAIK
📍Lakukan pendedahan kepada situasi sosial atau individu lain secara berperingkat. Contohnya, anak yang tidak biasa berjauhan dengan ibu bapa sejak lahir & mula ke sekolah memerlukan satu fasa transisi utk membantu mereka menyesuaikan diri dengan lebih baik & mengurangkan kebimbangan. Jadi, sebelum mula sekolah, boleh mula biasakan anak dengan menghantar mereka ke pusat jagaan kanak-kanak utk belajar bergaul dengan orang lain (rakan sebaya & dewasa lain).
📍Tunjukkan tingkah laku mesra apabila bergaul dengan individu lain, tak kira dewasa atau kanak-kanak. Ibu bapa perlu mulakan dahulu kerana anak pada peringkat ini tinggi tingkah laku peniruannya. Sudah semestinya kita perlu peka terhadap individu lain yg berniat jahat, namun jangan sehingga menjadi overprotective atau paranoid. Dengan teknik ini, anak akan mula berasa kurang bimbang di luar, & merasakan individu lain selamat utk didekati utk mula berinteraksi.
Ads
Selebihnya, dapatkan konsultasi & penilaian dengan psikologis kerana setiap anak mungkin memerlukan intervensi yg berbeza.
Selective Mutism adalah keadaan di mana anak hilang keupayaan bertutur disebabkan panik atau bimbang yg keterlaluan apabila berada dlm situasi sosial baru atau berinteraksi bersama individu tidak dikenali.
Apabila anak umur 3 tahun ke atas, tidur siang seolah-olah dah tak jadi rutin buat anak-anak. Ibu bapa mula bagi kelonggaran dan tak paksa pun mereka tidur. Maksudnya usia anak waktu ini mereka di beri ‘kebebasan’ sama ada nak tidur atau tak.
Namun jika diikutkan tidur siang buat kanak-kanak masih lagi penting walaupun sekejap. Masa ni lah anak-anak dapat recharge semula tenaga mereka untuk kembali aktif dan tak mudah meragam jika ada yang tak kena pada mereka.
Persoalannya bagaimana nak menjadikan tidur siang sebagai rutin? Perkongsian dari Puan Uswatun Hasanah (Baby Language) boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu yang susah nak jadualkan tidur anak pada siang hari.
Gambar dua anak saya: si abang 8 tahun dan adik 6 tahun, sedang tidur siang ketika cuti sempena UPSR baru-baru ini. Faktanya, tidur siang sudah boleh di gugurkan ketika anak masuk usia pra-sekolah (3-4 tahun). Saya guna perkataan ‘gugur’ (drop out) kerana ia bermaksud masuk usia ini, tidur siang bukan lagi satu ‘kemestian’. Ia lebih kepada pilihan, di mana ia tidak akan membawa kesan ‘buruk’ kepada anak jika ibu pilih untuk tak lakukan.
Namun, untuk saya, tidur siang ini masih hampir wajib untuk anak-anak saya. 1 jam pun jadilah. Kenapa? Kerana saya ibu yang berkerja dari rumah. Maka, saya perlukan fokus serta dalam masa yang sama, tak gemar anak-anak menghabiskan masa bermain ipad atau menonton tv terlalu lama sementara saya perlu berkerja.
Ha, jangan ingat nak suruh mereka tidur itu satu pekerjaan mudah pula. Umur-umur begini memang banyak lah alasan mereka, “Tapikan saya dah besar, kenapa kena tidur siang lagi? “, ” Saya tak ngantuk la mama”, ” Kawan saya tak tidur siang, boleh je? “
Ini semua simptom FOMO lah ni! Fear Of Missing Out. Atau bahasa mudahnya rasa rugi nak tidur sebab banyak lagi projek ‘best’ nak dibuat. Atau ayat popular di kalangan ibu-ibu dengan anak masih kecil ialah ‘suka tahan mata’. Jika anda baca semua artikel mengenai FOMO, KESEMUAnya akan menyebut, konsisten adalah kunci utama melunakkan simptom FOMO anak.
Konsisten apa?
Konsisten dengan jadual tidur. Bila sampai masa tidur, kena tidur. Maksudnya, tidur ini memang acara yang di masukkan dalam rutin harian hingga anak pun dapat jangka dan dapat faham ia akan terjadi pada sekian-sekian waktu. Bila ia jadi rutin, anak kurang merasa ia sebagai satu bentuk peraturan atau disiplin (walaupun sebenarnya Ya!). Sebaliknya ia lebih dirasakan sebagai cara hidup/ benda yang memang dibuat hari-hari (how things are usually done) seperti juga makan, mandi dan bermain.
Konsisten dengan rutin tidur. Kalau dah nama anak-anak tu, haruslah semua benda kena ‘fun’. Buktinya? Tengok sajalah idea memberi anak makan. Deco pinggan comel-comel lah, buat teknik aksi sudu menjadi kapal terbang yang mendarat ke mulut lah, serta lihat sahaja anak berselera bila makan beramai-ramai dan ada geng. Tidur pun kena lah ‘fun’. Maka, ciptalah rutin tidur anda sendiri. Tak perlu lama terutama jika ianya tidur siang. Sekitar 15-20 minit. Ketika anak-anak masih kecil, rutin tidur kami ialah : minum susu sambil saya ‘bedtime story’ (saya baring bersama anak-anak)tepuk-tepuk punggung mereka sambil dodoi lagu tidur/zikir. Kini yang tinggal cuma: ‘bedtime story’ di mana saya masih baring bersama anak-anak.
Ha itulah ‘rahsianya’. Ramai rakan dan kenalan bertanya bagaimana saya boleh buat anak-anak di usia ini tidur siang? Kata mereka, puas menyuruh anak tidur, tapi ‘tak jalan’. Mommies, kalau ‘suruh’ saja memang tak jalan!. Mak pun kena terlibat sekali. Nama pun ‘kanak-kanak’. Akal tu banyak fikir nak mengelat saja!
Mungkin ada yang kata ,’ Aduh so, saya pun kena baring sekali lah ni sampai anak terlelap?. Begini mommies,
Anggaplah ini momen ‘bonding’ bersama anak. Usah lihat ia sebagai satu tugas atau bebanan.
Banyak fakta tinjauan mendapati, ibubapa yang kekal dengan jadual dan rutin tidur mendapati anak-anak mereka sangat kurang berdrama untuk tidur dan tidur dalam sekitar 15- 20 minit sahaja.
Tidur yang cukup adalah asas kepada tumbesaran dan perkembangan anak-anak. Namun begitu, dalam dunia moden yang serba pantas ini, rutin tidur anak-anak sering terganggu akibat penggunaan gajet, jadual harian yang padat, atau kurang kesedaran tentang kepentingan tidur. Artikel ini disediakan khas untuk membantu ibu bapa memahami peranan penting mereka dalam memastikan anak mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi.
Kenapa Tidur Penting untuk Anak-Anak?
Tidur memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek kesihatan dan perkembangan anak-anak:
Pertumbuhan fizikal: Semasa tidur nyenyak, tubuh melepaskan hormon pertumbuhan yang penting untuk perkembangan fizikal.
Kesihatan mental dan emosi: Anak yang tidur cukup cenderung lebih stabil dari segi emosi dan kurang mengalami gangguan tingkah laku.
Keupayaan pembelajaran: Tidur membantu mengukuhkan memori dan meningkatkan tumpuan semasa proses pembelajaran.
Sistem imun: Tidur yang mencukupi memperkuatkan sistem imun anak, menjadikannya kurang terdedah kepada penyakit.
Apa Sebab Anak Tidak Cukup Tidur?
Terdapat banyak punca kenapa anak-anak tidak mendapat tidur yang mencukupi, dan ibu bapa harus mengenal pasti faktor yang mungkin wujud di rumah:
a) Penggunaan gajet sebelum tidur
Cahaya biru daripada skrin telefon, tablet atau TV mengganggu hormon melatonin dan menyebabkan otak lebih aktif, menyukarkan anak untuk tidur.
b) Jadual tidur yang tidak konsisten
Tidur lewat pada hujung minggu atau tiada waktu tidur tetap setiap malam akan mengganggu jam biologi anak.
c) Kebimbangan atau ketakutan waktu malam
Ramai kanak-kanak takut gelap, mimpi buruk, atau tidak mahu tidur bersendirian — ini boleh menyebabkan mereka enggan tidur atau sering terjaga.
d) Persekitaran tidur tidak sesuai
Bilik terlalu panas, bising, lampu terlalu terang atau tidak selesa boleh menjejaskan kualiti tidur.
e) Masalah kesihatan
Contohnya seperti asma, alahan, sleep apnea (gangguan pernafasan semasa tidur), atau refluks gastrik boleh membuatkan anak sering terbangun malam.
f) Pengambilan makanan/minuman berstimulasi
Makanan bergula, coklat atau minuman berkafein yang diambil terlalu hampir dengan waktu tidur boleh memberi kesan negatif terhadap kitaran tidur anak.
Tips Membantu Anak Tidur Lebih Baik
Sebagai ibu bapa, anda boleh mengamalkan beberapa strategi mudah untuk membantu anak tidur lebih berkualiti:
Tetapkan waktu tidur yang konsisten: Pastikan anak tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari, termasuk hujung minggu.
Elakkan gajet sebelum tidur: Kurangkan pendedahan kepada skrin sekurang-kurangnya satu jam sebelum waktu tidur.
Cipta suasana bilik yang selesa: Gunakan lampu malap, suhu yang sesuai, dan elakkan bunyi bising.
Rutin sebelum tidur: Bacaan cerita, mandi air suam atau zikir tenang boleh dijadikan rutin menenangkan anak.
Pastikan anak cukup aktif di siang hari: Aktiviti fizikal membantu anak tidur lebih nyenyak pada waktu malam.
Kepentingan Tidur Cukup kepada Anak-Anak
Tidur cukup memberi kesan besar kepada keseluruhan kesejahteraan anak:
Prestasi akademik yang lebih baik
Keseimbangan emosi dan tingkah laku lebih positif
Mengurangkan risiko obesiti kanak-kanak
Meningkatkan daya fokus dan keupayaan menyelesaikan masalah
Membentuk tabiat gaya hidup sihat sejak awal usia
Peranan Ibu Bapa dalam Membentuk Tabiat Tidur Anak
Ibu bapa adalah contoh utama kepada anak-anak. Antara peranan penting ibu bapa termasuk:
Menjadi model tidur yang baik: Tunjukkan contoh dengan turut menjaga waktu tidur sendiri.
Tetapkan peraturan jelas: Didik anak tentang pentingnya tidur yang mencukupi dan kenapa ia perlu dipatuhi.
Pantau aktiviti anak pada waktu malam: Pastikan tiada rangsangan yang mengganggu seperti makanan manis atau permainan lasak sebelum tidur.
Berbincang dengan anak: Fahami kebimbangan atau ketakutan anak yang mungkin menghalang mereka daripada tidur lena.
Info Menarik tentang Tidur Anak
Jumlah tidur disarankan:
Bayi (0-12 bulan): 12-16 jam sehari
Kanak-kanak (1-2 tahun): 11-14 jam
Prasekolah (3-5 tahun): 10-13 jam
Sekolah rendah (6-12 tahun): 9-12 jam
Kajian menunjukkan: Anak yang tidur lewat dari pukul 10 malam berisiko dua kali ganda mengalami masalah emosi dan pembelajaran.
Tidur siang juga penting: Terutamanya untuk anak bawah 5 tahun sebagai tambahan kepada tidur malam.
Tidur yang mencukupi bukan sahaja keperluan fizikal, malah elemen penting dalam perkembangan menyeluruh anak-anak. Ibu bapa memainkan peranan utama dalam membentuk rutin dan tabiat tidur yang sihat. Dengan sedikit usaha dan kesedaran, anda bukan sahaja membantu anak tidur lena, tetapi juga menyediakan asas kukuh untuk masa depan mereka yang lebih cerah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Otak anak-anak kecil berfikir bukan seperti kita. Mereka mampu berfikir hebat dan perkembangan otak mereka tersangatlah pantas. Begitu kata doktor dalam beberapa kajian yang dijalankan. Jadi kita kenalah bijak merangsang minda mereka di rumah.
Tak perlukan modal yang mahal melampau, cuma usahakan untuk jadi lebih kreatif seperti yang dikongsikan oleh Dr Aein Zul ini pada anaknya. Jom rangsang anak kita.
‘Jom cabut tape’ bersama Aileen. Aktiviti malam ni simple aje sebelum tidur.
Kita cabut tape hehe. Cabut tape ni modal tak sampai RM3 pun.
Ni pun fine motor skill jugak tapi specifically apa yang anak dapat belajar dengan cabut tape ni adalah kekuatan tangan atau kita panggil pincer grasp.
Pincer grasp ni adalah kekuatan menggunakan jari telunjuk, ibu jari dan kadang-kadang dibantu tangan tengah. Pincer grasp penting tau di awal umur setahun camni sebab nanti anak nak belajar pegang pencil ?
Aileen suka bebenar sampai tak dan habis mummy tampal tape dia dah cabut dulu…hehe
Nanti boleh try dengan anak mommies-mommies semua ye.
Deco tape set. Beli dekat diy RM 2.99. Ada 9 tape kecil kat dalam boleh habiskan sekali guna. The reason why i chose this one? Kalau tengok tape dia sangat colourful, ada corak menarik & paling penting tekstur tape berlainan: Ada tekstur kasar dan smooth bila pegang
Ni penting untuk sensory skill anak.
Sesi menampal tape atas lantai, nak tampal atas meja pon boleh ye. Buat pelbagai size ye.
Kat hujung tape tu lipat bagi anak senang tarik. Nanti sebelum mula tunjuk anak kena tarik bahagian tu.
Aktiviti bermula. Ready! Go! Motor skill pun di stimulate jugak sebab anak bangun, duduk, merangkak berjalan semua la nak cabut tape. Sebab tu mummy pilih tampal atas mozek je.
Kredit: Aein Zul
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.