Seorang wanita warga emas berusia 60 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes dera kanak-kanak melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut sekitar jam 8.01 malam selepas ibu bapa mangsa menonton rakaman video yang tular di media sosial.
Video berdurasi satu minit 15 saat itu memaparkan tindakan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak lelaki di bahagian belakang sebuah rumah sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.
Dera Kanak-Kanak Dipercayai Berlaku Di Rumah Pengasuh
Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati mangsa dihantar ke rumah suspek untuk dijaga sejak tujuh bulan lalu.
Rumah suspek juga terletak berhampiran kediaman keluarga kanak-kanak berkenaan, sekali gus memudahkan urusan penjagaan harian sebelum insiden tersebut terbongkar menerusi rakaman video yang tular.
Ads
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dihantar ke rumah suspek untuk dijaga sejak tujuh bulan lalu. Rumah suspek terletak berhampiran kediaman keluarga kanak-kanak itu,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Mangsa Dibawa Ke Hospital Untuk Pemeriksaan
Beliau turut memaklumkan bahawa mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban bagi menjalani pemeriksaan serta mendapatkan rawatan lanjut.
Pemeriksaan kesihatan dilakukan bagi memastikan keadaan fizikal mangsa serta mengenal pasti sama ada terdapat kecederaan lain yang mungkin dialami akibat kejadian tersebut.
Ads
Kes dera kanak-kanak seperti ini sering mendapat perhatian masyarakat kerana melibatkan keselamatan dan kebajikan golongan kanak-kanak yang masih kecil serta memerlukan perlindungan sewajarnya.
Polis Tahan Suspek Untuk Siasatan Lanjut
Susulan maklumat yang diterima, polis berjaya menahan wanita terbabit pada jam 9.45 malam di kediamannya untuk membantu siasatan.
Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan keterangan daripada individu berkaitan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.
Ads
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Orang ramai turut diingatkan supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesyaki berlaku sebarang bentuk penderaan terhadap kanak-kanak bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.
Siapa sangka, satu kuali pecah boleh jadi topik hangat di TikTok? Video dari akaun @our_awesome_kitchen baru-baru ini tular gara-gara menunjukkan kuali lama yang pecah tiga… dan masih digunakan untuk memasak! Tapi bukan kuali biasa ya , bentuknya tiga segi, macam dah “dibahagi faraid” siap-siap bak kata netizen.
Menariknya, walaupun video itu bukan konten tempatan, tetapi ruangan komen dipenuhi dengan komen dari rakyat Malaysia yang rata-rata terhibur dengan situasi ini. Reaksi mereka? Memang tak boleh bawa bincang! Komennya lawak dan deep,
“Kuali faraid dibagi 3!”
“Anak: Mak kuali pecah. Mak: takpe, boleh pakai lagi ni.”
“Ni kuali pusaka keluarga, jangan buang.”
“Weh ni betul-betul dibahagi sama rata sama warisnya.”
“Hat faraid 3 beradik tu yang aku terhibur!”
Apa yang lebih mengusik hati para ibu, adalah betapa relatable-nya situasi ni. Kuali lama walau calar-balar, senget, atau retak… masih jadi pilihan nombor satu di dapur. Panas dia sekata, minyak cepat naik, masakan pun rasa lebih “jiwa”.
Kuali baru? Cantik memang cantik. Tapi nak dapatkan “aura masakan mak” tu… bukan mudah.
Bukan Sekadar Kuali Di sebalik lawak netizen, ramai yang teringat zaman kecil. Kuali tu mungkin dah “berjasa” sejak kita tadika. Dari goreng ikan bilis untuk nasi lemak pagi, sampai tumis sambal malam raya. Tak hairanlah kalau ada yang anggap, itu kuali pusaka keluarga.
Buat para ibu dan ayah, inilah antara simbol kecil yang menyatukan keluarga. Bila anak-anak dah besar, tinggal jauh atau sibuk dengan kerja masing-masing, bau masakan dari kuali lama nilah yang mampu tarik mereka pulang ke meja makan. Kuali tu bukan sekadar alat memasak, tapi jambatan memori dan kasih sayang antara generasi.
Kadang benda yang nampak tak sempurna, itulah yang paling banyak beri rasa. Macam kasih ibu penuh luka dan calar, tapi tak pernah tak cukup.
Satu kuali, sejuta memori. Satu keluarga, sejuta cerita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, Ustaz Hanafi berpeluang bertemu dengan pelakon terkenal, Amyza Aznan. Siapa yang tak kenal Amyza – seorang pelakon yang sentiasa ceria, suka tersenyum dan buat orang lain ketawa. Tapi siapa sangka, di sebalik senyumannya, tersimpan satu kisah duka yang sangat menyentuh hati.
Dalam pertemuan tersebut, Puan Amyza berkongsi kisah anak lelakinya, Adre Mikhail, yang baru berusia 19 tahun dan telah disahkan menghidap kanser paru-paru. Katanya, semuanya berlaku sangat pantas. Bermula dengan sakit bahu yang disangka kecederaan biasa akibat sukan, namun rupa-rupanya itu adalah tanda awal kepada penyakit yang jauh lebih serius.
Puan Amyza menceritakan bagaimana selepas beberapa minggu tanpa perubahan, mereka kembali ke klinik dan hasil X-ray menunjukkan paru-paru anaknya sudah dalam keadaan kritikal, penuh dengan air, dan hanya tinggal sedikit sahaja bahagian yang masih berfungsi. Setelah dirujuk ke hospital dan menjalani pelbagai ujian, doktor mengesahkan terdapat sel kanser bersaiz 18 cm dalam paru-paru Mikhail.
Apa yang lebih menyentuh hati, walaupun terpaksa tidur dalam keadaan duduk selama dua minggu kerana sukar bernafas, Mikhail tetap tenang dan tidak pernah mengeluh.
Ujar ibunya, “Saya tahu Ustaz, anak saya dah tak ada harapan. Tapi saya pegang bahawa doa ibu itu senjata paling kuat.” Sungguh luar biasa kekuatan seorang ibu. Perkembangan terkini, setelah dua bulan ‘berperang’ lawan kanser, anak Amyza Aznan sudah melepasi fasa kritikal.
Dalam masa yang sama, Ustaz Hanafi turut berkongsi beberapa faktor yang boleh mencetuskan kanser, terutamanya kanser paru-paru, berdasarkan apa yang beliau tahu:
Ustaz kongsi beberapa perkara yang boleh triggered kanser terutamanya kanser paru-paru sekadar apa yang Ustaz tahu.
1. Vape atau rokok elektornik. Ustaz nak ingatkan terutamanya di kalangan anak muda. Hentikan vape. Cecair vape mengandungi bahan kimia, logam berat, dan nikotin yang boleh merosakkan paru-paru. Ia boleh menjadi pencetus kepada pertumbuhan sel kanser. Ustaz ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Terengganu dan Perlis yang dah keluarkan arahan pengharaman vape.
2. Rokok. Ustaz, kalau vape tu berbahaya, boleh saya hisap vape. Jangan tuan puan. Jangan hisap rokok. Kedua-dua vape dan rokok sangat merbahaya dan dapat aktifkan sel kanser. Hentikan kedua-duanya. Kena ingat tuan puan, asap rokok ni bukan hanya bahayakan penghisap rokok tapi juga bahayakan orang di sekeling. Hentikan rokok. Kalaupun kita tak sayang diri sendiri, sayangi ahli keluarga yang ada di sekeliling kita.
3. Makanan segera, makanan diawet. Ini pun tak kurang hebat kesannya. Ustaz dah selalu sebut, pengambilan makanan segera dan makanan yang diawet juga boleh memberi kesan kepada risiko kanser, khususnya dalam jangka panjang. Ubah apa yang kita makan, ubah gaya pemakanan ke arah yang lebih baik dan sihat.
4. Pencemaran udara dan bahan kimia. Pencemaran udara ni, tuan puan, bukan benda asing dalam hidup kita hari ni. Kita hirup udara setiap saat. Tapi kalau udara tu penuh dengan racun, kita tak sedar, kita sebenarnya sedang masukkan benda bahaya ke dalam badan. Asap kenderaan, kilang, habuk-habuk halus yang kita tak nampak tu semuanya boleh masuk terus ke paru-paru. Lama-lama, tisu dalam paru-paru rosak. Sel yang sihat boleh bertukar jadi sel yang sakit. Inilah antara jalan awal kepada penyakit kronik, termasuk kanser paru-paru. Usaha elakkan semampu yang boleh.
5. Sistem imun yang lemah. Sistem imun yang lemah, tuan puan, ibarat tentera dalam badan yang dah letih. Bila tentera letih, musuh senang masuk. Kadang-kadang kita tak sedar. Kita stres tak berhenti. Tidur pun tak cukup. Makan pun tak terjaga. Semua tu, perlahan-lahan melemahkan pertahanan dalam tubuh kita. Bila sistem imun lemah, sel-sel yang rosak dalam badan boleh membiak tanpa kawalan. Dan dari situlah, penyakit-penyakit besar boleh muncul, termasuklah kanser.
Ustaz bukan nak takutkan. Tapi nak kita sama-sama sedar dan ambil peringatan. Apa yang kita tak nampak, bukan bermakna tak bahaya. Apatah lagi yang sudah jelas bahayanya di depan mata.
Tuan puan, Hidup ini penuh ujian. Tapi dalam setiap ujian, Allah selitkan peringatan dan kasih sayang. Kisah Adre Mikhail bukan sekadar kisah ujian yang menyakitkan tapi satu panggilan untuk kita jaga amanah yang Allah beri. Jaga tubuh badan, kesihatan, dan orang tersayang. Kalau belum mampu ubah semua, ubah satu pun dah satu permulaan. Hentikan vape, kurangkan makanan segera, cukupkan tidur, jaga hati. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi istiqamah.
Siapa yang tidak sayu dan sedih akan kehilangan seorang anak yang begitu disayangi keluarga. Namun ibu ini, Rosniza Abdullah reda melepaskan anaknya pergi selepas berjuang lama dengan penyakit yang dihadapinya.
Anak kecil kesayangan ramai itu, allahyarhamah Afia Azlan yang baru sahaja berusia hampir lima tahun pergi selepas berjuang dengan penyakit kanser neuroblastoma stage 4 yang dihidapinya. Sayu dan sebak.
Melalui facebooknya, ibu cekal dan tabah ini berkongsi kisah perjalanan akhir anaknya yang meruntun jiwa ramai. Ikuti perjalanan akhir seperti yang dikongsikan oleh ibunya.
Perjalanan akhir Afia, anak syurga mami. Banyak sangat dm, mami tak mampu nak balas satu-satu lagi buat masa ni. Mami cerita dekat sini.
30/4/2023 Afia demam
1/5/2023 Afia masih demam dan dia mengadu sakit bawah ketiak. Waktu mandi mami perasan ada benjol baru dekat bawah ketiak. Mami tau Afia sakit. Sebab Afia jika dia sakit betul, takleh tahan baru dia bagitau mami.
5/5/2023 last daycare Hari ni hb Afia 3.7, platelet 25. Walaupun raya ke2 hari tu dah masuk 2beg darah. Tapi darah afia terlalu cepat jatuh. Mami mintak pandangan doktor. Apa patut mami buat lepas ni. Mami dah sedih lihat keadaan afia. Walaupun dia ok tak pernah merengek sakit teruk. Tapi mami tahu dalaman dia dah teruk. Doktor kata jika mami dan daddy dah sedia, lebih baik lepaskan saja afia pergi. Biar dia habiskan masa dekat rumah dan dekat dengan keluarga. Doktor bekalkan morphine dan ajar cara guna.
Balik dari daycare dia memang sihat, makan minum dengan baik. Sebab dah tranfus darah kan. Masa ni mami masih cakap nanti nak pegi bawa afia masuk darah lagi next week. Sebab nurse daycare masih cakap kalau mami nak datang, datang je. Mami tau doktor kesian kat kami ulang alik jauh untuk afia dari kelantan ke sjmc. Tapi kami tak rasa penat pun untuk afia. Asal afia ok, kami ok.
10/5/2023 ikut daddy pergi ambik alya balik school. Afia cakap nak beli toy. Mami bawa dia pilih toy dekat mr. Toy dalam tesco. Pastu pegi giant, seronok dia tengok ada troly macam dekat lion mall. Bawak pusing dalam tu. Pastu afia mintak nasi yellow. Singgah beli , banyak afia makan, lebih separuh. Tu last afia makan banyak sebelum pergi🥹. Malam pun dia masih mintak roti cicah milo. Afia sangat sihat lepas masuk darah tu. Mami pun rasa macam ajaib.
11/5/2023 hari ni balik ambik alya daddy beli nasi yellow. Afia seronok tapi dia makan 2sudu je. Dia dah mula taklalu makan. tapi masih minum. Roti pun sikit je makan, tak macam selalu.
12/5/2023 afia dah taknak makan. Mami risau dia sakit. Mami bagi morphine 1ml je. Tapi mami tau tak sedap. Lepas masuk je dia muntah. Dah hari ni dia byk muntah. Afia asyik ulang ayat
“Ubat white tak sedap” “Tengok afia dah wekk” “Mami salah” “Ubat white tak boleh” “Siannn afia wekk”
Lepas muntah afia marah mami dengan ayat ni. Lepas tu mami cakap yela mami tak suap dah ubat white. Mami takut afia sakit. Afia cakap dia tak sakit. Dan mami janji mami tak suap dah ubat white. Mami cakap kat daddy kalau nampak afia macam sakit sangat baru mami akan bagi. Daddy memang menyokong je apa mami nak buat.
13/5/2023 afia masih tak nak makan. Bila mami suruh makan. “Afia dah kenyang” “Afia tak hungry”
Itulah ayat dia tiap kali mami suruh makan. Petang tu nurse daycare tanya khabar afia. Mami cakap afia dah 2 hari tak makan. Mami dengan besar hati harap la nurse kata datang daycare masuk darah mami. Tapi harapan mami tak kesampaian. Nurse suruh mami biarkan dia, bagi afia rehat, dekat dengan keluarga. Mami menangis lepas tu. Mami takut afia akan penat terlalu lama. Mami sedih tengok afia letih tak makan macam tu. Walaupun dia letih tapi mulut dia masih bising. Tapi mami selalu cakap.
“Afia rehat ok, nanti Allah datang help afia. Nanti Allah bawak afia pegi syurga, nanti afia tak sakit dah”. Bila mami cakap macam tu dia hanya jawab “Ok”
Dia banyak tdo dah waktu waktu ni. Mami tahu afia penat. Waktu ni walaupun dia tak makan tapi dia tetap buang air besar dekat toilet. Mami tahu afia tengah nak kosongkan perut.
14/5/2023 afia bila tak makan dia selalu mintak air, epal jus, susu, susu pink. Daddy pun layang je semua. Afia mintak terus daddy pegi beli. Mami cuba tunai semua apa yang dia nak. Alhamdulillah mami lega semua dia nak mami ambik. Mengantuk macam mana pun mami bangun. Mami takut itulah permintaan terakhir dia. Cuma dia mintak nak pegi hotel leaf (dekat penang) yang ni mami tak boleh tunai. Sebab jauh, mami tau afia dah penat. Mami cakap nanti dekat syurga lagi best dari hotel leaf🥹
Tokma dan tokwan datang melawat. Dia cakap dekat tokma “hai” walaupun terbaring masih angkat tangan bagi hai dekat tokma. Hujung2 dia selalu minta mami nak “lailahaillallah”. Bila bila dia penat, nak tido,memang cakap nak “lailahaillallah”. Selalu cakap afia baby “baby afia” betul lah tu forever “baby afia”.
Malam tu dia memang nampak penat. Mami tak jemu berdoa mintak dekat Allah ambil la afia ya Allah. Mami dah tak mampu lihat afia penat macam tu. Maafkan mami sayang. Mami terlalu sayangkan afia. afia pun selalu tanya mami “bila Allah nak datang mami” “Afia dah penat”
Mami hanya mampu cakap sabar sayang mami. Nanti Allah datang, Allah suruh mami jaga afia dulu.
15/5/2023 hari terakhir afia di alam dunia. Pagi afia masih ok. Bangun mintak air macam biasa. Tapi afia lagi banyak tido. Mami biarkan sebab dia penat tak makan. Mami selalu cakap “mami sayang afia, afia tahukan”
“Afia tahu” “ i love u mami” Dia selalu cakap i love u mami sebab mami ajar selalu🥹.
Mami buat kerja rumah macam biasa.afia langsung tak susahkan mami. Mami boleh masak nasi amina, boleh basuh kain, sidai kain. Tapi afia banyak panggil mami “I want mami”
Mami tanya afia nak peluk. Dia cakap “Yes, i want mami” Anak mami ni banyak cakap english sebab banyak tengok utube. Mami pun tak paham kekadang😂 tapi mami cakap melayu je dengan dia.
2.00pm daddy nak keluar pegi ambik alya.daddy keluar awal sebab nak singgal beli hadiah untuk teacher alya. Esok hari guru.
2.15 pm mami cakap dekat afia. Mami solat zohor kejap k. Afia letih dan masih tdo. Mami bangun tinggal ambik wuduk. Keluar bilik air, mami tengok dia tdo tapi seluar basah. Dalam hati mami cakap afia kencing tak panggil mami mungkin dia letih sangat. Biasa dia memang akan panggil walaupun letih. Dia tetap taknak pakai pampes. “Pampes amina je, afia tak pampes”.
Pastu mami cakap mami solat jap k. Nanti afia mandi, tukar baju. Dia diam sebab tido. Mami solat kejap. Pastu mami angkat afia pergi bilik air. Dia nampak letih. Nak tukar baju dia taknak berdiri. Biasa letih pun dia masih gagah boleh berdiri. Pastu mami buka baju sambil dia duduk. Mami cakap kita basuh kejap je k.
2.30 pm dalam bilik air. Afia memang penat sangat. Tubuh dia macam lembik. Duduk pun dia tak mampu. Mami riba sambil mandikan dia. Mami tahu afia biasa bukan macam ni. Mami dapat rasa tapi mami tak fikir sangat. Mami gagah diri handle amina tak duduk diam lagi pegi join masuk bilik air. Mami lap tubuh afia. Pakai pampes kat bilik. Mami cakap afia pakai pampes k. Afia dah penat sangat ni.
2.45pm mami rasa afia lain. Afia senyap tak bercakap. Mami panggil afia senyap. Mami call daddy. Daddy pusing balik rumah.Waktu ni tiba2 hujan turun lebat. Mami cek oksigen dah tak stabil. Kejap naik kejap turun. Mami bagitau family terdekat doakan afia. Afia dah senyap.
Mami riba afia, mami cakap “mami sayang afia tapi mami taknak afia sakit lagi, pergi lah sayang dekat sana afia tak sakit lagi”. Mami baca zikir kegemaran dia “lailahaillallah” Afia tengok je mami takde respon. Daddy pun cakap pergilah afia, daddy sayang afia, tunggu mami daddy dekat sana”
Pukul 330 jantung afia semakin perlahan. Afia seperti nak kata sesuatu, mami tahu afia sakit. Mami dapat rasa sakitnya sakaratulmaut. Afia genggam tangan mami sangat kuat.
Tepat jam 340pm nadi afia berhenti. Afia pergi tinggalkan mami. Walaupun mami sedih kehilangan afia tapi mami rasa lega afia dah tak sakit lagi. Mami sedih lihat afia makin hari makin letih. Ya Allah, baiknya Allah. Allah sayang afia.
Lepas je Afia tinggalkan mami, hujan yang turun tadi berhenti. Cuaca menjadi cerah kembali. Langit sambut kepulangan afia.
Begitulah cerita detik detik akhir afia. Nak sambung lagi tapi macam dah panjang sangat nanti orang jemu. Semua urusan lepas itu pun sangat mudah walaupun kami seperti terkejut. Doktor dekat hospital pun mudahkan urusan kami. Sebeb afia memang sakit kanser neuroblastoma stage 4 high risk. Doktor mudahkan semuanya. Penyakit afia memang dah berbahaya.
Terima kasih Allah pinjamkan anak yang baik ini. Bagi peluang mami menjaganya untuk hampir 5tahun ini. Mami rasa puas dapat jaga dia dengan baik. Walaupun ada kala afia kata “mami angry afia” kekadang mami marah jugak sebab afia jadi manja. Tapi mami langsung tak rasa susah jaga awak selama ini.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Anemia akibat anak cerewet makan boleh berlaku apabila pengambilan zat besi tidak mencukupi. Ketahui tanda kurang darah, punca, kesan serta cara mencegahnya pada kanak-kanak.