Penderitaan si kecil ini cukup menyentuh hati. Pada usia 3 tahun, menanggung kesakitan akibat ekzema dan alergi makanan. Lebih menyedihkan, hanya susu khas boleh diminum. Akibat ketiadaan pelbagai makanan (malnutrisi) membuatkan si kecil ini mengalami tumbesaran bantut.

Muhammad Al Asyiq dilahirkan dengan berat 3.5kg, kini beratnya hanya 11kg. Menurut ibunya, Mas Idayu Masturi anaknya itu tidak dapat menerima makanan lain selain daripada susu khas Novalac Novarice. Sekiranya tersalah ambil makanan, reaksi alahan akan terus muncul di mana anaknya itu akan mengalami kegatalan ekstrem.

Disahkan Multiple Food Protein Allergy & Ekzema, Tumbesaran Terbantut Kerana Hanya Boleh Minum Susu Khas

MULTIPLE FOOD PROTEIN ALLERGY

Alergi yang dialami anak kecil ini bermula sejak usia Al Asiq bayi lagi.  “Ketika mula diberi makan ketika usia 6 bulan, kami mendapati banyak makan dibeikan kepadanya menyebabkan alergik serta merta. Setelah diperiksa, baru kami tahu yang Al Asyiq mengalami Multiple Food Protein Allergy.

BERGANTUNG KEPADA SUSU KHAS

“Buat masa ini doktor syorkan susu tersebut kerana ia alergik pada produk tenusu yang lain. Jika diberi makanan yang tidak bersesuaian dengannya akan menyebabkan gatal dan alergik, ” kata Mastura.

Disahkan Multiple Food Protein Allergy & Ekzema, Tumbesaran Terbantut Kerana Hanya Boleh Minum Susu Khas

IKLAN

KATEGORI BANTUT

Memandangkan hanya bergantung kepada susu berkenaan semata-mata, tumbesaran Al Asyiq mengalami gangguan dan berlaku sangat perlahan. Kini dengan berat hanya 11kg.. Berat dan tinggi belum ideal sebab tumbesaran terganggu. Al Asyiq masuk dalam kategori bantut.

Disahkan Multiple Food Protein Allergy & Ekzema, Tumbesaran Terbantut Kerana Hanya Boleh Minum Susu Khas

Terkini, anak kecil ini mendapat rawatan dan pemantauan daripada doktor di sebuah hospital di Negeri Sembilan. Pemeriksaan pakar pemakanan untuk nutrisi dan pakar kulit untuk ekzema masih diteruskan untuk kanak-kanak kecil ini.

IKLAN

Disahkan Multiple Food Protein Allergy & Ekzema, Tumbesaran Terbantut Kerana Hanya Boleh Minum Susu Khas

KOS SUSU SAHAJA RM1,070 SEBULAN

Susu yang diperlukan oleh kanak-kanak ini agak mahal dan setin 800gram hanya bertahan untuk 4 hari sahaja. Dengan dua adik beradik lain yang turut mengalami ekzema, Mastura akui dia memerlukan bantuan kewangan kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi setiap bulan bagi menampung kos susu anaknya iaitu berjumlah RM1,070.

Disahkan Multiple Food Protein Allergy & Ekzema, Tumbesaran Terbantut Kerana Hanya Boleh Minum Susu Khas

IKLAN

DUA ADIK BERADIK LAIN ALAMI EKZEMA 

Selain Al Asyiq yang mengalami Multiple Food Protein Allergy dan ekzema, dua adik beradiknya yang lain turut mengalami ekzema. Abangnya Al Arabi 4 tahun dan adiknya Adnin Al Hannan 2 tahun turut mengalami sakit kulit itu.

“Anak-anak perlu pantang makan. Saya juga memastikan mereka tidak berpeluh. Kulit juga perlu sentiasa lembap. Kalau langgar pantang, anak-anak akan gatal teruk, ” kata Mas Idayu yang perlu menyapu minyak zaitun dan losyen khas kepada anak-anaknya.

Disahkan Multiple Food Protein Allergy & Ekzema, Tumbesaran Terbantut Kerana Hanya Boleh Minum Susu Khas

Kepada anda yang ingin menyumbang kepada adik Al Asyiq dan membantu meringankan beban kos, boleh menghulurkan bantuan menerusi ibunya Mas Idayu Masturi (Maybank 155032306795).

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI