
Ramai mama mungkin pernah buat imbasan biasa sepanjang kehamilan. Tapi tahukah anda, ada satu pemeriksaan yang jauh lebih teliti dan sangat disarankan oleh doktor, terutamanya untuk ibu hamil berusia 35 tahun ke atas. Inilah yang dikenali sebagai detailed scan.
Menurut perkongsian Dr Maiza Tusimin, Pakar Obstetrik & Ginekologi dari Prince Court Medical Centre, pemeriksaan ini bukan sekadar melihat bayi, tetapi menilai perkembangan keseluruhan janin dengan lebih mendalam.
Detailed scan, atau juga dikenali sebagai anomaly scan atau anatomy scan, merupakan imbasan 2D khas yang dilakukan untuk memastikan bayi berkembang dengan sempurna.
Tujuan utamanya adalah untuk mengesan sebarang kecacatan struktur yang mungkin berlaku pada bayi sejak dalam kandungan.
Apa yang membezakan detailed scan dengan scan biasa adalah tahap pemeriksaannya yang lebih terperinci.
Menurut Dr Maiza Tusimin, doktor akan menilai hampir semua bahagian penting bayi termasuk:
Bukan itu sahaja, keadaan air ketuban, uri serta rahim ibu juga akan diperiksa bagi memastikan semuanya dalam keadaan baik.
Biasanya detailed scan mengambil masa sekitar 30 hingga 45 minit. Namun, tempoh ini boleh menjadi lebih lama jika melibatkan kehamilan kembar atau jika bayi berada dalam posisi yang sukar untuk dilihat dengan jelas.
Selepas selesai, mama akan menerima laporan lengkap mengenai keadaan bayi.
Pemeriksaan ini bukan boleh dilakukan sebarangan. Ia hanya boleh dijalankan oleh:
Ini penting bagi memastikan setiap aspek diperiksa dengan tepat dan teliti.
Masa paling sesuai untuk menjalani detailed scan
adalah ketika kandungan berusia antara 18 hingga 28 minggu.Pada tempoh ini, organ bayi sudah cukup berkembang untuk dinilai dengan jelas.
Walaupun semua ibu hamil digalakkan melakukannya, terdapat beberapa golongan yang sangat disarankan untuk menjalani detailed scan:
Kos memainkan peranan yang cukup penting, namun kos untuk melakukan detailed scan biasanya tidaklah terlalu mahal dalam lingkungan RM250 hingga RM500, bergantung kepada hospital, klinik, kepakaran doktor serta peralatan yang digunakan.
Apapun demi untuk melihat kesihatan anak secara terperinci, ketepikan soal kos jika anda benar-benar mampu.
Walaupun detailed scan sangat membantu, ia bukan jaminan 100% untuk mengesan semua masalah.
Ada kecacatan kecil yang mungkin tidak dapat dilihat. Ketepatan keputusan juga boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:
Jika mama hanya memilih satu scan penting sepanjang kehamilan, detailed scan adalah pilihan terbaik.
Walaupun kosnya sedikit tinggi berbanding imbasan biasa, ia memberikan gambaran paling jelas tentang kesihatan dan perkembangan bayi.
Lebih awal tahu, lebih banyak langkah boleh diambil untuk memastikan mama dan bayi sentiasa dalam keadaan terbaik.
Baca: Hamil Kali Pertama Tak Perlu Panik, Ini 9 Persediaan Bakal Ibu Perlu Tahu
Nak Rasa Bayi Menendang Dalam Perut, Ibu Rangsang Cara Ni
Sumber: Dr Maiza Tusimin & Youtube Pa&ma