“Bila ibu tahu, ibu lebih bersedia.” Begitulah antara intipati utama yang diketengahkan oleh pakar dalam sesi perkongsian Pa&Ma mengenai detailed scan untuk ibu hamil.
Walaupun sering disalah anggap sebagai ‘optional’, sebenarnya detailed scan adalah satu langkah penting demi memastikan perkembangan bayi dalam kandungan berjalan dengan baik, lengkap dan selamat.
Perkongsian Puan Suraya SK, pakar Sonografi dari Klinik Myfamily yang berkongsi akan kelebihan dan kenapa perlu buat detailed scan ini. Ikuti perkongsian beliau.
Apa Itu Detailed Scan?
Detailed scan, atau turut dikenali sebagai anomaly scan, biasanya dilakukan sekitar usia kandungan 20 minggu. Ia merupakan imbasan ultrasound yang lebih terperinci, bertujuan untuk menilai keseluruhan anatomi bayi dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.
Berbeza dengan scan biasa, detailed scan memberi gambaran menyeluruh terhadap organ penting bayi seperti jantung, otak, buah pinggang, tulang belakang, anggota badan dan plasenta.
Ads
Menurut perkongsian Pn Suraya lagi, antara kelebihan besar detailed scan termasuklah:
* Mengesan kelainan struktur fizikal bayi sejak awal
Jika ada kecacatan atau kelainan, ia boleh dikenalpasti lebih awal, sekaligus membolehkan rawatan awal dirancang selepas kelahiran.
* Memastikan pertumbuhan bayi seiring usia kandungan
Kadangkala saiz janin tidak sepadan dengan usia kandungan, dan ini boleh menjadi petanda awal masalah tumbesaran.
Ads
* Mengesan masalah plasenta atau air ketuban
Ini sangat penting kerana ia berkait rapat dengan bekalan oksigen dan nutrien bayi.
* Merancang kelahiran dengan lebih bersedia
Jika ada keperluan kelahiran awal atau pembedahan khas, doktor dan ibu lebih bersedia secara mental dan fizikal.
Ads
Kenapa Ramai Ibu Tak Ambil Serius?
Salah satu isu yang dibangkitkan ialah kurangnya kesedaran dalam kalangan ibu bapa. Ramai menganggap detailed scan sebagai pilihan dan bukan keperluan, lebih-lebih lagi jika tiada simptom luar biasa. Hakikatnya, banyak masalah bayi hanya dapat dikesan melalui imbasan ini. Bahkan, pakar berkongsi ada kes bayi lahir dengan kecacatan organ dalaman yang tidak disedari kerana ibu tidak melakukan detailed scan.
Langkah Kecil, Impak Besar
Sebagai ibu bapa, tiada yang lebih penting selain memastikan anak yang dikandung membesar sihat dan sempurna. Detailed scan bukanlah soal ‘nak tahu jantina je’, ia soal nyawa dan masa depan si manja. Dengan teknologi yang ada, kita diberikan peluang melihat lebih dalam, memahami lebih awal, dan membuat keputusan lebih bijak.
Jangan tunggu ada tanda bahaya baru bertindak. Rancang dan buat temujanji untuk detailed scan sekitar minggu ke-20 kehamilan. Langkah kecil ini mampu menjadi penyelamat besar buat anak yang kita kandung dan sayang.
Tonton perkongsian penuh di sini:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin ramai dikalangan wanita hari ini yang ada mengalami masalah rasa sakit dan tidak selesa pada bahagian ari-ari terutamanya ketika berdiri atau berjalan. Biasanya permasalahan ini berlaku disebabkan oleh ada sesuatu yang tidak kena pada peranakan wanita.
Bagi menjawap persoalan tentang hal tersebut, Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi laman Facebooknya berkongsi beberapa punca rasa sakit pada peranakan wanita. Semoga apa yang dikongsikan itu dapat memberi jawapan dan manfaat untuk semua.
PUNCA RASA SAKIT PADA PERANAKAN
“Assalamualaikum doktor, saya seorang surirumah, usia 40an, mempunyai 8 org anak. Saya mengalami rasa sakit dan tidak selesa bahagian ari-ari bila saya berdiri atau berjalan, seperti ada ada tekanan pada faraj. Saya sudah sebulan tidak datang haid, tapi saya belum ke klinik utk pemeriksaan. Mohon pencerahan”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Ramai wanita yang mengalami sakit dan tidak selesa di bahagian bawah perut (atau lebih tepat di bahagian abdomen) dari semasa ke semasa. Kebiasaannya ia berkaitan dengan masalah kitaran haid mereka dan organ yang terlibat ialah rahem. Walau bagaimanapun banyak lagi punca rasa tidak selesa atau sakit di bahagian bawah abdomen.
Cara terbaik ialah puan menjalani pemeriksaan doktor. Namun jika puan menceritakan lebih lanjut mengenai masalah puan, ia akan membantu doctor mendiagnosa masalah puan dengan lebih tepat, sebelum doctor menjalankan beberapa pemeriksaan dan ujian.
Saya membahagikan 3 punca utama yang menyebabkan masalah rasa tidak selesa atau sakit di bahawa abdomen.
1. Rasa sakit atau tidak selesa disebabkan oleh masalah berkaitan dengan sistem kencing.
Biasanya jangkitan air kencing akan menyebabkan rasa seperti panas atau terbakar apabila anda membuang air kecil dan sering mengalami rasa tidak puas kencing dan terpaksa pergi ke tandas beberapa kali.
Jangkitan kuman yang bermula dari pundi air kencing boleh merebak ke buah pinggang. (Jangkitan kuman di buah pinggang dinamakan pyelonephritis). Biasanya pesakit akan merasa tidak sihat, demam dengan suhu badan yang tinggi dan mengalami rasa sakit belakang. Selain itu jika sakit di bahagian bawah abdomen ini merebak dari pinggang dan turun ke bahagian pangkal paha dan kemaluan, ia mungkin disebabkan oleh batu karang di buah pinggang atau mana-mana bahagian dalam sistem kencing.
Untuk ini, doktor akan melakukan ujian air kencing. Jika terdapat darah dalam air kencing, ini bermakna ujian yang lebih teliti harus dijalankan kerana ia adalah tandaa yang bahaya. Ketumbuhan dalam sistem kencing jarang berlaku, dan jika ia berlaku selalunya pesakit mengalami masalah dalam jangka waktu yang lebih lama, mungkin beberapa bulan.
2. Rasa sakit atau tidak selesa disebabkan oleh masalah berkaitan dengan sistem usus.
Sakit yang timbul daripada masalah yang melibatkan sistem usus biasanya melibatkan soal penghadaman dan pemprosesan najis. Biasanya ia disebabkan sama ada sembelit atau cirit-birit. Kesakitan yang biasanya digambarkan ialah sakit yang bersifat “datang dan pergi”atau seperti bergelombang.
Rasa sakit dan tidak selesa akibat kembung di bahagian ini, selalunya disebabkan oleh gas yang berkumpul kerana tidak boleh dikeluarkan sebabgai kentut. Ia disebabkan sama ada usus tidak berfungsi menggerakkan angina dan najis. Ia juga boleh disebabkan oleh sembelit yang menutup ruang dalam usus untuk angin dikeluarkan.
Namun apa yang paling bahaya ialah terdapat ketumbuhan dalam usus yang menghalang pergerakan najis dan angin dalam usus. Pendarahan ketika membuang air besar sama ada darah merah segar atau darah merah kehitaman, adalah tanda-tanda masalah yang serius dalam sistem usus.
Ia boleh disebabkan oleh luka pada usus, buasir atau ketumbuhan bahaya pada usus. Oleh itu jangan abaikan atau buat tidak tahu jika perasan ada darah dalam najis. Buat pemeriksaan segera.
3. Rasa sakit atau tidak selesa disebabkan oleh masalah berkaitan dengan sistem seksual (pembiakan) wanita.
Rasa sakit dan tidak selesa boleh disebabkan masalah yang berkitan dengan sistem pembiakan seperti rahem, saluran fallopian atau kelenjar ovari. Pesakit biasanya akan mengadu rasa sakit atau tidak selesa pada bahagian tengah bahagian bawah abdomen jika ia disebabkan oleh masalah pada rahem.
Rasa sakit pada bahagian kanan dan kiri bawah abdomen bisanya disebabkan oleh kelenjar ovari. Rasa sakit yang datang dari rahem dan berlaku ketika mula datang haid dikenali sebagai dysmenorrhoea. Selalunya ia tidak menandakan penyakit berbahaya di kalangan wanita muda. Rasa sakit juga boleh berlaku semasa hubungan intim (seksual) bersama suami. Ia dinamakan sebagai dyspareunia dan ia adalah rasa sakit yang mungkin menunjukkan penyakit-penyakit bahaya di sekitar abdomen bawah. Pemeriksaan harus dilakukan segera.
Bagi wanita yang telah berkahwin, merasa sakit pada bahawah abdomen dan tidak datang haid, besar kemungkinan mereka hamil secara normal (dalam rahem) atau mengalami kehamilan pada luar rahem. Buatlah ujian air kencing, UPT bagi mengesahkan kehamilan. Jika masih mengalami rasa sakit, berjumpalah dengan doctor, kerana bimbang sedang mengalami proses keguguran atau berkemungkinan kehamilan luar rahem.
Saya juga sangat menggalakkan wanita yang telah berkahwin, mengalami kesukaran untuk hamil dan mengalami rasa sakit yang luar biasa di bahagian bawah abdomen agar segera pemeriksaan doctor. Ini kerana rasa sakit yang berkaitan dengan masalah kesuburan ini, mungkin disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti endometriosis, fibroid, penyakit keradangan pelvis dan ovarian cyst.
Pemeriksaan yang dijalan oleh doctor jika seorang wanita mengaami rasa sakit atau ketidakselesaan di bawah abdomen, bergantung kepada masalah yang dihadapi. Selalunya doctor akan bertanyakan soalan mengenai kitaran haid, dan soalan yang berkaitan dengan pembuangan air kencing dan air besar. Selain itu doctor mungkin bertanya sama adapesakit mengalami demam, loya dan muntah-muntah. Seterusnya doktor akan memeriksa abdomen dan bahagian yang perlu seperti faraj dan dubur. Oleh itu carilah doctor wanita yang berpengalaman suapaya berasa selesa apabila diperiksa.
Pemeriksaan air kencing juga akan dilakukan untuk mengetahui sama ada pesakit mengalami jangkitan kuman pada pundi kencing. Jika pesakit mempunyai gejala-gejala keputihan atau pendarahan pada faraj, doktor mungkin mengambil contoh lendiran pada faraj. Pemeriksaan lain ialah pemeriksaan darah, dan pemeriksaan ultrasound abdomen dan pelvis.
Dilahirkan pramatang ketika usia kandungan ibu baru menjangkau 33 minggu, si kecil Abdul Raihan Abdul Rahim yang kini baru berusia sebulan lebih dilahirkan dengan beberapa masalah kesihatan seperti kecacatan dinding abdomen (Major Omphalocele), ginjal dan usus berada di luar badan (Cloacal Exstrophy), kekurangan hormon tiroid (Hypothyroidism) dan pembentukan organ pembiakan lelaki yang tidak sempurna.
Disebabkan itu, Raihan yang merupakan anak kedua kepada pasangan Abdul Rahim Razak, 26 dan Nurul Suhada Che Mahmud, 25 memerlukan pemantau rapi kerana penyakit-penyakit yang dihidapi.
Doktor maklumkan bayi dalam kandungan ada masalah
Menurut Abdul Rahim, ketika usia kandungan isterinya 7 bulan doktor ada memaklumkan tentang keadaan bayi yang bermasalah.
“Ketika kandungan isteri berusia tujuh bulan, doktor ada memaklumkan bayi di dalam perut mengalami masalah pada bahagian pusat.
“Namun, kami tidak dimaklumkan secara terperinci dan apabila Abdul Raihan dilahirkan, keadaannya tidak seperti bayi normal kerana ususnya di luar perut manakala salah satu pinggangnya gagal berfungsi.
“Tipulah kalau katakan tidak sedih lebih-lebih lagi isteri kerana dia yang melahirkan tetapi kami kuatkan hati untuk reda dengan ketentuan ini,” katanya Abdul Rahim yang menetap di Kampung Pak Madah, Bukit Payong, Terengganu berkata, setakat ini, Abdul Raihan berada di rumah dan tiada masalah untuk minum susu seperti biasa.
Menurut Abdul Rahim, anaknya itu juga tidak banyak meragam dan kebiasaannya hanya menangis apabila lukanya dicuci setiap dua jam sekali serta lampin pakai buang ditukar mungkin kerana sakit di bahagian berkenaan.
“Doktor meminta saya dan isteri membawa Abdul Raihan menjalani pemeriksaan susulan pada April dan Jun nanti bagi melihat keadaannya.
“Difahamkan, akan ada pembedahan tetapi belum ada tarikh yang muktamad namun saya bersyukur kerana ramai prihatin rakan berkongsi gambar Abdul Raihan di laman sosial.”
Bekerja sebagai Kelindan Lori Dengan Pendapatan RM700 sebulan
Abdul Rahim yang hanya bekerja sebagai kelindan lori dengan pendapatan RM700 sebulan mengakui jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan perubatan bayinya itu apatah lagi mereka turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Nurul Auni Safiya yang berusia setahun empat bulan.
Ketika ini, pasangan tersebut perlu membawa Abdul Raihan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dua kali seminggu untuk pemeriksaan susulan.
Sementara itu, Nur Suhada berkata mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan bayi itu dapat membesar dengan sempurna seperti individu normal yang lain termasuk melakukan beberapa pembedahan seperti yang disarankan pakar perubatan.
“Pada hari kedua selepas lahir, Abdul Raihan telah menjalani pembedahan untuk memasukkan ususnya yang terkeluar dan menebuk lubang di bahagian abdomen kerana bayi ini tidak mempunyai dubur.
“Pembedahan seterusnya adalah untuk memasukkan buah pinggang yang terkeluar namun doktor belum menetapkan tarikh yang sesuai dan kemungkinan pembedahan itu akan dibuat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di Kelantan,” katanya.
Ramai Yang Hulurkan Bantuan
Kisah Raihan yang tular mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu yang turun padang menyampaikan bantuan kepada keluarga tersebut. Selain JKM, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Ariffin Deraman serta kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) turut menziarahi keluarga bayi malang itu semalam.
“Terima kasih kepada JKM yang memberi sumbangan susu dan lampin pakai buang serta barangan makanan. Saya dan isteri juga lega apabila dimaklumkan akan menerima bantuan JKM sebanyak RM350 setiap bulan.
“Kami juga ditawarkan bantuan daripada kerajaan negeri melalui Tabung Darul Iman serta Maidam untuk meringankan beban kewangan kami dalam rawatan perubatan bayi istimewa kami ini,” katanya ketika ditemui pemberita
“Terima kasih kepada semua yang membantu meringankan beban kami terutama saya kerana buat masa ini tidak dapat bekerja serta terpaksa meminjam duit daripada rakan serta saudara mara untuk menampung perbelanjaan keluarga,” katanya lagi.
Sekalipun tidak pasti kemungkinan yang akan berlaku, Abdul Rahim tetap menaruh harapan untuk melihat Abdul Raihan kembali sihat dan membesar seperti bayi lain.
“Kalau boleh, saya mahu dia (Abdul Raihan) hidup seperti bayi normal, bebas daripada penyakit dan dipanjangkan usia.
“Saya dan isteri juga akan menjaganya serta berikhtiar mencari jalan untuk merawatnya selagi diberi kudrat oleh Allah,” katanya.
Untuk sebarang bantuan boleh terus salurkan ke akaun: 1110041000174344 (BSN) NURUL SUHADA. Orang ramai yang berhasrat membantu Abdul Rahim juga boleh menghubungi beliau di talian 014-8242823.
Salah faham terbesar mengenai penyusuan susu ibu adalah ia menyebabkan perubahan fizikal kepada payudara wanita seperti tidak sama rata dan kendur. Walhal, kehamilan itu sendiri adalah faktor utama yang boleh mengubah bentuk payudara anda. Cuba fahami penyebab di sebalik perubahan yang berlaku kepada payudara anda dalam konteks peranannya sebagai salah satu sumber terpenting dalam pemakanan dan tumbesaran bayi anda.
Adakah penyusuan susu ibu punca payudara anda berubah?
Secara amnya, tidak terdapat otot pada payudara. Payudara dihubungkan kepada dada anda oleh jalur nipis yang dipanggil sebagai ligamen Cooper. Semasa hamil, lapisan nipis ini meregang dan darah dipam ke dalam payudara, menjadikan payudara anda lebih berat dan penuh.
Kehadiran susu juga menjadikan tisu payudara lebih penuh dan memperlihatkan payudara anda kelihatan kendur. Lemak dan penghubung tisu boleh berubah beransur-ansur selepas habis fasa penyusuan.
Tidak kira jika anda menyusukan bayi atau tidak, perubahan-perubahan ini masih berlaku. Kesan kehamilan kepada penampilan payudara menjejaskan setiap wanita dengan cara yang berbeza dan bergantung kepada pelbagai faktor.
Antara faktor yang mempengaruhinya termasuklah:
Indeks jisim tubuh
Bilangan kehamilan sebelumnya
Saiz payudara sebelum kehamilan
Umur
Sejarah merokok
Adakah penyusuan susu ibu menyebabkan payudara saya tidak sekata atau berubah bentuk?
Perubahan bentuk biasanya disebabkan oleh payudara terlalu penuh dengan susu. Walau bagaimanapun, setiap payudara adalah berbeza. Jadi, tidak semestinya jika sebelah payudara anda berubah, sebelah yang lain akan ikut berubah.
Semasa hamil, ligamen yang menghubungkan payudara anda dengan dada akan meregang, akhirnya mengecut selepas penyusuan. Ini boleh mengubah kontur garisan payudara dan menyebabkan payudara tidak sama rata. Bagi kebanyakan wanita, payudara tidak sama rata adalah biasa berlaku tanpa mengira kehamilan. Selepas penyusuan, terdapat kebarangkalian sebelah payudara akan kembali kepada saiz asal sementara sebelah lagi kelihatan lebih leper.
Apakah terdapat rawatan untuk payudara berubah bentuk atau tidak sama rata?
Banyak prosedur kecantikan yang ada kini boleh membantu wanita mengembalikan semula penampilan fizikal mereka seperti sebelum hamil, termasuklah memejalkan payudara atau mesoterapi. Jika anda ingin mempertimbangkan prosedur pembedahan, anda perlu merujuk kepada doktor bagi mendapatkan konsultasi tentang pencegahan sebarang kesan yang tidak diingini. Jika anda melihat perubahan pada payudara anda selepas penyusuan, ingatlah bahawa perubahan-perubahan ini adalah semula jadi dan jarang sekali membahayakan kesihatan.
Kehamilan dan penyusuan adalah proses sukar dan meninggalkan kesan kepada tubuh anda, tetapi susu ibu adalah sumber pemakanan paling penting untuk bayi anda dan ia merupakan sumber yang ideal untuk kesihatan dan tumbesaran optima bayi. Ramai wanita yang belajar untuk menyayangi dan menerima tubuh seadanya selepas kehamilan/ penyusuan.
Sumber: Hello Doktor
Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!
Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara #AstroRia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.