“Tak pernah Awal bayangkan perasaan dapat melihat sekali lagi proses kelahiran. Yang boleh saya katakan, itu adalah MAGICAL“.

Ini antara detik-detik yang cukup mendebarkan setelah penantian selama 6 tahun menunggu kelahiran anak kedua sebagai penyeri dalam rumah tangga Awal Ashaari dan Scha Al Yahya.

Detik Kelahiran Baby L Secara Eksklusif, Schawal Baby Boom Malam Ini, Di Astro Ria!

Mengimbas kembali proses kelahiran cahaya mata keduanya itu, Awal akui teruja, berdebar dan segala macam perasaannya waktu itu. Tiada kata-kata dapat diungkapkan saat melihat bayi yang ditunggu selama ini berjaya lahir dengan selamat.

“Hanya ucapan ‘Alhamdulillah’ dan ‘Assalamualaikum’ keluar dari mulut daddy saat mendengar tangisanmu anak, ” kongsinya.

Kongsi Awal lagi yang menemani Scha sepanjang proses kelahiran itu, ketenangan alunan ayat al-Quran dan diselang seli bunyi mesin degupan jantung seolah memberi isyarat hanya beberapa ketika lagi akan keluarlah seorang anugerah dari Allah SWT.

 Bunyi heart beat monitor, doctor’s pink boots dan tiba-tiba keadaan jadi sedikit kelam kabut, blood everywhere, heart beat jadi laju dan keluarlah seorang bayi yang diselaputi wax putih, tertonggeng sambil tapak kaki nya di pukul.. mulutnya dimasukkan tube kecil..

IKLAN

“Nangis lah.. nak dengar nangis sikit..” Kata nurse tu..

Detik Kelahiran Baby L Secara Eksklusif, Schawal Baby Boom Malam Ini, Di Astro Ria!

“Uweek..” sekali bunyi… tapak kakinya dipukul lagi.. mulutnya dicucuk lagi..

“Uweeeekkk… uweeeekkkk.. uwaaaaaaaaaaaak..” dan terus tali pusatnya di potong dan dibawa ke atas meja..

Ya Allah, aku bersyukur dapat sekali lagi menjadi saksi kepada keajaiban ini..

IKLAN

Sebelum ini, Awal telah berkongsi di instagramnya, bayi perempuan seberat 3.2 kilogram itu telah selamat dilahirkan jam 9.15 pagi secara pembedahan pada 12 Februari lalu.

ARTTIKEL BERKAITAN [Berkat Hari Jumaat, Scha Selamat Bersalin, Tambah Lagi Geng Mommy & Kakak Lara]

Terima kasih kepada semua doktor pakar dan jururawat Hospital Prince Court yang cukup tenang menyambut kelahiran anak kedua kami dengan pengalaman yang tak akan dilupakan.

Detik Kelahiran Baby L Secara Eksklusif, Schawal Baby Boom Malam Ini, Di Astro Ria!

IKLAN

Nak tahu perjalanan kelahiran yang sangat istimewa ini, Awal dan Scha akan berkongsi detik-detik tersebut secara eksklusif hanya kepada penonton Schawal Baby Boom malam ini jam 9.30 malam di Astro Ria 104.

Nantikan rakaman peribadi Awal yang penuh dengan momen menarik dan semestinya anda yang menonton pada malam ini pasti akan rasa sebak.

Kredit: Ig Awal Ashaari & Scha Al Yahya

ARTIKEL BERKAITAN [“Tengok Adik Terus Jatuh Hati,” Walau Hanya Panggilan Video, Lara Alana Teruja, Tak Sabar Jumpa Adik!]

Detik Kelahiran Baby L Secara Eksklusif, Schawal Baby Boom Malam Ini, Di Astro Ria!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI