Jodoh, ajal tiada siapa yang tahu. Itu semua takdir Allah. Tak sangka dari sekadar makan setahun sekali di restoran mahal, kini bergelar isteri kepada seorang bergelar Datuk dan usahawan jenama terkenal.
Pelakon dan usahawan, Atikah Suhaime mencuri perhatian netizen apabila secara terbuka berkongsi ‘tip cari suami kaya’ di TikTok . Lebih manis berkongsi pertemuan dengan suaminya, bertemu jodohnya, Datuk Lokman Teh.
Menurut Atikah, sebelum berkahwin, dia biasanya akan mengumpul duit dan makan di restoran mewah setahun sekali. Sikap jimatnya itu, akhirnya memberi kebahagiaan buat dirinya apabila bertemu jodoh di restauran mewah itu.
Pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkata sebelum bernikah dia sering kumpul duit untuk makan di restoran mahal setahun sekali.
“Dulu saya berjimat setahun sekali makan dekat restoran macam ini. Dekat tempat macam inilah saya jumpa suami.”
Ads
“Cubalah, mana tahu satu hari nanti dapat.”
Atikah berkongsi tip itu selepas memberi respon salah seorang komen netizen yang ingin mencari lelaki kaya dengan menikmati hidangan mewah.
Ads
Tidak hanya itu, pelakon filem Lupakan Cinta itu juga berkata selain di restoran mahal, orang ramai juga boleh cuba pergi ke tempat main golf.
Lagi satu tempat main golf. Mahal tapi sekali sekala pergilah saja-saja.
Sebelum ini, Atikah berkongsi video memaparkan dia dan suaminya menikmati makan malam di sebuah restoran Jepun dengan harga melebihi RM800.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata suka dengan perkongsian telus pelakon itu. Malah ada yang mendoakan pasangan ini kekal bahagia.
Bagi ibubapa yang mahu merancang cuti balik kampung, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 memaklumkan bahawa tarikh cuti tambahan diberikan sebanyak tiga hari bersempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini.
Ia diberikan kepada guru, pelajar dan ibu bapa bagi memudahkan mereka menikmati Aidilfitri bersama keluarga tercinta, saudara mara dan sahabat handai.
Cuti tambahan yang diperuntukkan KPM ini pula berbeza untuk Kumpulan A dan Kumpulan B. Berikut merupakan cuti yang diberikan mengikut hari:
1) Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Terengganu)
30 Mac 2025 (Ahad)
2 April 2025 (Rabu)
3 April 2025 (Khamis)
2) Kumpulan B
(Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya)
2 April 2025 (Rabu)
3 April 2025 (Khamis)
4 April 2025 (Jumaat)
Untuk info, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dijangka pada 31 Mac (Isnin) (tertakluk pada perubahan) dan 1 April (Selasa) dikira sebagai cuti perayaan dalam takwin tahunan itu.
Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah. Dia yang mengatur bila harus bertemu, bila harus bersatu, dan bila harus berpisah. Sebagaimana berita gempar semalam, hubungan cinta antara pelakon, Fattah Amin, 35 dan Amira Othman, 32 akhirnya terjawab apabila kedua-duanya bakal mendirikan rumah tangga pada 14 September ini.
Dengan pengumuman itu, ramai peminat pasangan ini tersenyum sendiri dan mendoakan kebahagiaan buat mereka.
Pengumuman itu dibuat di majlis pada pelancaran video muzik rasmi single baharu Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa dan Takdir di Imperial Lexis, semalam (8/8/2025)
Malah menerusi temubual bersama media semalam Fattah, 35, menyifatkan Amira, 32, sebagai wanita yang penuh dengan kelembutan serta tinggi adab, membuatkan dirinya nekad memperisterikan pelantun lagu Hati-Hati itu dan juga lagu Bila Nak Kahwin?
Berkesempatan berita gembira ini, Pa&Ma turut berkongsi temubual bersama Amira pada awal bulan April lalu di sebuat pelancaran produk selepas bersalin. Di sini kami kongsikan kembali sudutan temubual bersama bakal suri hati Fattah Amin ini.
Penyanyi bersuara lunak, Amira Othman sememangnya dikenali ramai sebagai figura yang bukan je cantik kecil molek, tapi cukup lemah lembut, sopan santun dan sedap mata memandang. Bila bercakap pun penuh tertib, kalau bakal mentua tengok ni memang sejuk mata memandang dibuatnya.
Amira Othman ialah Nadia Amira binti Othman yang kini meniti umur 32 tahun dilihat semakin matang dalam berbicara soal kehidupan, karier dan juga keluarga.”
Anak kelahiran Skudai, Johor dulu melonjak naik dengan lagu “Hati-Hati”, dan sejak tu, suara dia terus jadi pujaan ramai. Lagu terbaru ‘Bila Nak Kahwin’ kini telah mencecah 2 juta tontonan di YouTube.
Dalam satu temu bual eksklusif bersama Majalah Pa&Ma, Amira yang ditemui di majlis NR GLAM Raya & pelancaran produk NERA Postnatal, berkongsi cerita menarik tentang kehidupannya sekarang termasuklah bila ditanya soalan popular setiap kali raya menjelma “Bila nak kahwin ni Mira?”
“Client request nyanyi lagu ‘Bila Nak Kahwin’ tu, katanya mewakili anak-anak dara yang single.”
“Saya pun jawab la dengan lagu tu! Tahun ni terkejut, takde orang tanya saya dah bila nak kahwin. Mungkin sebab lagu tu dah terjawab semuanya,” katanya sambil ketawa kecil.
Amira turut berkongsi bahawa setiap kali raya, dia tetap bersyukur dapat bersama keluarga tersayang.
“Alhamdulillah, raya tetap meriah dengan mak ayah dan adik-beradik. Saya bersyukur sangat,” ujarnya.
Bila ditanya kalau dah kahwin nanti, berapa orang anak yang Amira tergelak dulu, tapi tetap sporting jawab.
“Sejujurnya saya tak kisah. Jantina pun tak kisah. Soalan tu jauh sangat ke depan, saya pun tak pernah terfikir. tapi sebab Pa&Ma tanya, saya jawab je la yang terfikir.”
“Saya pernah terfikir nak letak nama anak Muhammad Zaril.”
“Tak tahu kenapa, tapi nama tu macam sedap didengar. Tapi tu la, tengok macam mana nanti, sebab belum kahwin lagi…” katanya sambil tergelak manja.
Amira juga mengaku dia memang suka budak-budak kecil. Katanya, anak buah dia panggil dia mummy sebab terlalu rapat.
“Saya ada empat orang anak buah. Kadang tengok kakak mandikan anak dia, pegang pampers pun saya dah rasa sayu dan sayang sangat. Saya makcik yang sayangkan anak-anak buah saya,” katanya penuh kasih sayang.
Bila sembang pasal keibubapaan moden, Amira akui betapa zaman sekarang sangat membantu ibu-ibu baru.
“Saya tengok kakak dan adik saya sendiri melalui fasa berpantang. Bila ada confinement bertauliah ni, sangat membantu. Saya rasa client NERA Postnatal sekarang pun sangat kreatif, memudahkan ibu-ibu, tahniah untuk yang terlibat.”
Meskipun belum berkeluarga sendiri, Amira tetap belajar memasak. Katanya, air tangan mak tetap nombor satu, tapi dia suka belajar dan eksperimen.
“Saya masak dua-dua, kampung dan western. Kalau abah, dia suka saya masak nasi goreng cili kering. Mama pula suka Spaghetti Aglio Olio dengan seafood. Kalau masakan kampung saya masak udang atau ayam masak lemak.”
Amira menutup perbualan dengan kata-kata yang cukup matang tentang keibubapaan.
“Saya percaya kita tak boleh harap anak-anak jadi baik, kalau ibu bapa tak jadi contoh yang baik. Kena ada teamwork dalam rumah tangga. Saya sendiri belajar dari mak ayah saya. Mereka tunjukkan kita pentingnya bekerjasama dan jadi satu pasukan.”
Fuh, makin matang dan berseri-seri Amira sekarang. Tak pelik lah ramai yang cakap, “Dah boleh kahwin dah Amira ni…”
Tapi apa pun, kita doakan yang terbaik untuk Amira, moga satu hari nanti Allah hadirkan jodoh yang baik dan satu keluarga yang penuh bahagia macam yang dia selalu doakan untuk semua orang.
Seorang bayi perempuan yang cukup sifatnya ditemui masih hidup ditinggalkan dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung, Gopeng pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, bayi itu ditemui masih hidup dan cukup sifat dengan kesan darah bersama tali pusat dan uri.
Polis menerima maklumat berhubung penemuan itu pada jam 3.15 petang daripada dua pekerja yang kebetulan melalui kawasan berkenaan untuk melihat lembu peliharaan.
“Ketika menghampiri kawasan itu, mereka ternampak kaki seperti kaki bayi terkeluar dari sebuah kotak yang diletakkan di tepi simpang masuk sebuah pusat pengajian al-quran dan pusat pemulihan akhlak.
“Curiga dengan keadaan itu, mereka mendekati kotak berkenaan sebelum melihat seorang bayi perempuan ditinggalkan hanya dengan berbalut kain,” katanya berkongsi.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, bayi terbabit berkemungkinan baru ditinggalkan di kawasan itu kurang 12 jam sebelum dijumpai. Buat masa ini polis masih membuat siasatan termasuk di sekitar tempat kejadian bagi mengesan suspek terlibat.
“Kawasan penemuan merupakan laluan awam dan tidak berpagar. Tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh membantu sisatan.
“Polis juga telah menjalankan pemeriksaan ke atas tiga penghuni wanita di pusat pengajian itu dan didapati, tiada tanda-tanda telah melahirkan bayi,” katanya.
Mohamad Nazri berkata, bayi berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan telah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kampar.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.