Nak cepat baik luka bersalin, ini tip pemakanan ibu dalam pantang. Tempoh berpantang bukan sekadar waktu berehat, tetapi merupakan fasa penting bagi pemulihan tubuh selepas melahirkan anak. Dalam tempoh ini, ibu perlu benar-benar menjaga pemakanan, bukan sekadar menahan diri daripada makan sembarangan.
Selain menjalani rawatan tradisional untuk memulihkan tenaga, apa yang dimakan turut memberi kesan besar terhadap kesihatan keseluruhan ibu.
Pada minggu pertama, disarankan mengambil makanan yang kering bagi membantu mengecutkan rahim. Pastikan makan pada waktu tetap untuk mengelakkan perut dimasuki angin. Nasi yang dimakan sebaiknya masih panas dan dalam jumlah sederhana. Lebih baik makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap, berbanding makan banyak dalam satu hidangan.
Masuk minggu kedua, makanan berkuah seperti sup ikan dan sup sayur boleh mula diperkenalkan, termasuk buah-buahan untuk menyokong keperluan nutrisi badan.
Makanan bergoreng dan berlemak harus dielakkan kerana boleh mengganggu proses penyembuhan. Untuk menjaga berat badan dan kesihatan, lebihkan makanan yang dimasak secara stim atau rebus seperti sayur dan ulam-ulaman.
Walaupun pantang lama melarang minum air dalam kuantiti banyak sekaligus kerana dikatakan boleh menyebabkan rahim lambat kecut, ibu tetap perlu mengambil air secara berkala dalam jumlah mencukupi untuk penghasilan susu dan pemulihan dalaman.
Halia adalah bahan utama dalam hidangan berpantang kerana sifatnya yang ‘panas’ dan ‘kering’. Ia membantu menghilangkan angin, memanaskan badan dan memperbaiki sistem pencernaan. Namun, jika bayi mengalami jaundis, pengambilan halia perlu dihentikan buat sementara kerana ia boleh mempengaruhi kandungan bilirubin dalam susu ibu.
Sayuran seperti cekur manis, lobak putih, peria dan pegaga bukan sahaja membantu menambah susu, tetapi juga melancarkan sistem pencernaan dan pengaliran darah.
Minuman herba hasil rebusan serai, halia, kulit kayu manis dan lada hitam boleh diamalkan dua kali sehari – pagi dan malam – bagi membantu mengembalikan kecergasan tubuh.
Untuk detoksifikasi badan, ulam seperti pegaga, cekur, daun kunyit, ulam raja, pucuk mengkudu dan daun kesum sesuai diambil kerana kaya dengan serat, mineral dan vitamin seperti A, C dan E.
Ikan segar penting dalam diet berpantang. Pilihan seperti ikan haruan, selar dan sardin sangat sesuai, terutama bagi ibu yang bersalin secara pembedahan kerana membantu penyembuhan luka. Sebaliknya, elakkan ikan seperti kembung, bawal hitam, tongkol dan terubuk yang boleh menyebabkan alahan atau bentan.
Buah oren kaya vitamin C yang membantu proses penyembuhan luka dalaman. Dalam masa yang sama, elakkan makanan yang dianggap ‘sejuk’ atau ‘tajam’ seperti kangkung, timun, bayam, tebu, cincau, dan nanas kerana boleh menyebabkan badan sejuk, sakit sendi dan otot lemah.
Pengambilan kunyit bersama nasi panas setiap hari selama 40 hari dipercayai mempercepatkan pengecutan rahim dan membantu penyembuhan luka dalaman. Namun begitu, jika bayi masih mengalami jaundis, sebaiknya elakkan kunyit buat sementara waktu.
Pemulihan selepas bersalin memerlukan disiplin dan ketekunan. Jika ibu tidak serius menjaga pemakanan dan tidak mampu mengikut pantang, kemungkinan besar badan akan mengambil masa lebih lama untuk kembali sihat dan cergas. Menjaga pemakanan semasa berpantang bukan sekadar tradisi, tetapi langkah bijak untuk kesihatan jangka panjang.
Kecoh juga bila wanita bergelar mama menuntut masa untuk diri sendiri atau me time. Sebenarnya me time ni teramatlah perlu untuk wanita bagi merehatkan seketika minda mereka. Nak juga relakskan diri sekejap sambil santai dan minum kopi kegemaran.
Tapi bukan semua wanita sukakan cara yang semacam tu. Ada juga yang lebih gemar berada di rumah dan berehat sendiri. Smart juga cara me time yang dikongsikan oleh Suhana Salleh ni.
Hari itu dah ber’me time’ dengan anak-anak di luar. Hari ini saya ber’me time’ dengan anak-anak di rumah pula.
Caranya. 1. Pastikan suami ada kerja di luar seorang.
2. Saya terpaksa tinggal dengan anak-anak saja di rumah.
3. Tanya suami dia balik rumah pukul berapa. (Kalau dia kata balik petang atau malam dapatlah kita ber’me time’ lama sikit di rumah.)
4. Setelah suami pergi barulah saya ber’me time’.
5. Antara cara me time saya di rumah adalah; – Tak payah masak tengah hari. – Masak menu ringkas atau menu yang kita suka tapi suami tak berapa nak suka. -Beli saja makanan kat luar makan di rumah kalau malas sangat nak masak. – Biarkan anak buat sepah sesuka hati. Tak perlu marah-marah. – Tak endahkan kain baju yang menggunung tak berlipat -Basuh baju tapi tak perlu rushing nak sidai. -Buat kerja saya yang tertangguh tanpa rasa bersalah. Contohnya check almari baju anak-anak, tengok bil dan surat-surat yang sampai, buat bayaran secara on-line, siapkan kerja menulis yang tertangguh, update FB dan seumpamanya. -Kemas dapur ala kadar. -Pinggan mangkuk kotor transit kat singki dulu. -Bermalas-malasan atas katil. -Tidur tanpa gangguan (tapi kena pesan dengan yang besar tengok adik-adik. Jangan bagi main kat toilet dan dapur-kawasan larangan.) -Kalau nak suruh anak buat latihan masa nilah paling sesuai.(kalau ada ayah diaorang lagi ngada-ngada. Tak boleh kena tegur sikit.)
6. Keluarkan ayam/ikan yang nak dimasak awal supaya cepat lembut. Mudah nak masak nanti.
7. Tapi kena pastikan, anggarkan masa 30 minit sebelum suami balik; – Dah get ready kemas rumah -Sapu sampah, susun barang yang berterabur, kain baju yang menggunung at least dah susut sedikit, atas meja tak de barang yang tak perlu. -Masak nasi dan lauk pauk untuk makan malam dan siapkan terus atas meja makan. – Anak-anak yang kecil dah dimandikan. Pakaikan baju elok-elok. Letak bedak wangi-wangi. -Saya pun dah mandi siap-siap dan terurus.
8. Mesti apabila suami balik hati dia tenang bila tengok semuanya under controlled.
Smart,kan?
Jadi siapa kata orang perempuan anak ramai tak boleh ber’me time’ di rumah.
Suhana Salleh Masa kita, kita sendirilah yang uruskan.
Kredit: Suhana Salleh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu yang menyusukan mesti tahu info ini. Ada sesetengah ubat-ubatan tidak boleh diambil semasa dalam proses penyusuan susu ibu kepada bayi.
Ibu tidak terkecuali akan mengalami masalah kesihatan. Kadang-kadang ada ibu yang ambil keputusan untuk menahan diri daripada mengambil ubat kerana bimbang akan menjejaskan bayi.
Perkongsian ini diharapkan dapat memberikan panduan kepada para ibu supaya berhati-hati dalam pengambilan ubat-ubatan dan dalam masa yang sama tidak ‘mendera diri’ tidak mengambil ubat ketika sakit.
5 tips ini perlu dilakukan ibu menyusu. Antaranya perah & simpan sebelum makan ubat, susukan bayi dahulu. Serta perah & buang untuk elak penghasilan terhenti.
Nasihat daripada doktor & ahli farmasi sangat penting sebelum ambil ubat.
Bagi ibu yang ragu-ragu ubat yang diberikan selamat atau tidak diambil semasa menyusu, penting untuk mereka maklumkan status menyusu kepada profesional kesihatan. Tidak semua ubat selamat, ada yang boleh memudaratkan bayi!
Ubat yang tidak dirembes ke dalam susu, tidak diserap perut & usus serta yang dikenalpasti selamat sahaja yang boleh diambil ye ibu-ibu menyusu.
Rujuk doktor & ahli farmasi sekiranya perlu ambil ubat masa menyusu.
Antara ubat-ubatan yang selamat diambil ibu menyusu;
Ini pula ubat-ubatan yang tidak selamat diambil semasa penyusuan susu ibu kepada bayi. Antaranya ubat kardiovaskular, aspirin, ubat kawal kolesterol, ubat rawatan kanser, pil perancang estrogen & ubat sakit mental/ epilepsi.