Selebriti, Rita Rudaini sememangnya ibu tunggal yang sangat tabah dan kuat. Beliau membesarkan anak-anak seorang diri selepas berpisah dengan bekas suami. Sejak anak-anak mereka kecil lagi, Rita berusaha untuk mendapatkan hak-hak untuk anaknya.
Di waktu dan sekecil ini mereka di pisahkan dr kasih syg seorang bapa.. Di tgh bahagia bergelak bermain dgn susuk seorg bapa… Di kala menunggu di jemput… tiada angin tiada ribut… Bayang itu tidak muncul… Tiba2 hari mereka sunyi tanpa kelibat dan suara….
Hanya tertanya di dalam… Nak bersuara belum sempurna… Aku… Sebagai org dewasa..lg tidak mengerti..Sinetron apakah yg di cipta lagi? Babak apakakah kali ini? Aku…hela nafas panjang..sedikit mengerti… Dan…aku diam… selagi bole tidak mahu meragut gembira mereka…
zaman kanak2 yg penuh warna warni…Aku…diam…lagi.. Dlm hati ‘kejam nya mereka’ ‘Bole berbahagia di atas penderitaan anak2 syurga ini?….apa salah kami? Saat bahagia ketika menimang putera kedua di ragut begini? Tiada perbalahan,tiada bermasam muka?
Ads
Tuhan hantar dia pd aku,bukan ku pinta..dan kenapa….. ‘Oh! Manusia apakah mereka? Planet mana yg mereka huni? Besarkah kuasa mereka dr Yg Maha Pencipta?..’ Saat itu…ku bisik ke telinga anak2 kecil ku… ‘Tidak mengapa anak..kita kena redha…. Biar Tuhan yg balas segalanya…Tuhan ada bersama2 kita…jgn takut anakku…satu hari nanti… kamu akan lihat pelangi selepas ribut pergi.
Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada beliau. Netizen memberikan komen yang positif agar Rita tetap terus positif dalam membesarkan anak-anak.
Semoga kak Rita diberi kekuatan untuk menghadapi hari0hari yang mendatang
Ads
Anaklah kekuatan kita..Allah sedih baca coretan hati kak Rita
Ads
I can feels it
Allah maha mengetahui dan mendengar
Sumber: Instagram Rita Rudaini
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Minat dari bertatih, tengok je danish dah boleh tiru gerak silat. Pa&Ma TV dekati pesilat cilik Ahmad Danish Danial, 6 tahun.
Bapa, Salihen Sarbini berkata anak sulungnya itu mula tunjuk minat sejak dari usia setahun. Danish yang mempunyai seorang adik mempunyai minat mendalam dalam seni mempertahankan diri ini. Malah rakaman si kecil ini bersilat juga telah viral dan ditonton sebanyak 1juta!
MINAT SILAT SEJAK KECIL
“Belum pun usianya mencecah setahun telah menunjukkan minat dgn pergerakan seolah-olah pergerakan silat khususnya ketika mendengar muzik gendang & caklempong di majlis silat & kenduri kahwin.
“Pergerakan itu dilakukan walau pun dia masih dalam kerusi sorong bayi (stroller)! Selain itu dia juga sangat gemar menonton rakaman video melalui telefon bimbit, TV dan alat eloktronik yang lain,” kata Salehin. Danish muncul dalam rancangan TV Pa&Ma bertajuk Gilap Bakat Si Kecil.
TENGOK JE DAH BOLEH TIRU
Ketika Danish mula bertatih dan berjalan, Salehin memberitahu yang Danish akan berada di barisan hadapan untuk melihat persembahan atau pertandingan silat.”Selepas menonton, Danish akan melakukan gerakan-gerakan baru. Ini juga membuatkan beberapa rakan yang juga pengamal dan penggerak silat teruja kerana Danish kerana mampu menggabungkan beberapa gerakan silat menjadi 1 gerakan yang tidak janggal (sumbang) walaupun ketika itu usianya masih kecil,” kata Salehin yang juga seorang tenaga pengajar silat.
Melihatkan minat Danish yang mendalam dalam seni persilatan Salehin cuba memupuk minatnya dengan membawanya ia ke sesi latihan Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia dicsekolah dan gelanggang-gelanggang awam berhampiran dengan harapan ia dapat membantu memupuk minat dan menyemai jatidiri Danish selain meningkatkan disiplin melalui wadah silat.
Danish seorang pemalu, dia hanya akan ke gelanggang untuk melihat dan akan melakukan pergerakan silat yang dilihatnya dirumah.
GALAKAN DARIPADA ORANG SEKELILING
Minat Danish juga turut dipupuk oleh ibunya dan juga keluarga. “Saudara mara yang datang ke rumah akan memintanya untuk bersilat walau pun ia hanya bersilat mengikut apa yang diperhatikan tanpa mempelajarinya namun pergerakkannya sangat baik bagi anak-anak seusianya.
“Pada awalnya kami hanya merakam untuk simpanan dan tatapan sendiri. Jadi kami sesekali melalui media sosial, postkn video-video Danish. Sekadar suka-suka. Dan ketika umurnya mencecah 3 tahun semasa majlis perkahwinan adik ipar saya tiba-tiba pula dia mintak untuk buat persembahan silat dan meminta untuk memakai persalinan silat (busana).
RUPANYA PERNAH VIRAL SEBELUM INI
“Itulah pertama kali dia membuat persembhan dihadapan umum. Video itu saya post di Facebook dan menarik perhatian beberapa rakan dan guru silat yang lain. Pada minggu berikutnya kebetulan ade pertandingan silat seni sekolah-sekolah peringkat daerah Gombak di SMK Sg Pusu Gombak. Semasa selingan menunggu keputusan pertandingan secara sepontan pihak ketua pertandingan telah memintanya untuk membuat persembahan dna mendapat sorakan dan tepukan yg gemuruh. Rakaman video dari Cikgu Yusnizam (salah seorg juri pertandingan) telah dimuat naik ke Facebook dan menjadi viral sehingga mendapat tontonan mencecah 1juta lebih dlm masa 4 hari.
Dari situ saya lihat keyakinan durinya semakin meningkat. Dan telah mula menjalani latihan bersama-sama pesilat lain di gelanggang. Dan sehingga kini dia menjalai latihan di kelab tunas pendekar di sebuah sekolah di Selayang.
DANISH LEBIH YAKIN
Kesan positif yang boleh dilihat pada Danish ialah dia mampu meningkatkan keyakinan diri dan kurang segan untuk melakukan persembahan walau pun di kalayak ramai.
“Danish lebih kreatif dan kini kurang gunakan elektronik, game dan gadjet , Dia juga kini sudah mampu menggunakan kedua-dua belah tangan dan kaki. Sebelum ni dia kidal hanya menggunakan tangan kiri untuk mewarna, menulis dan pelbagai aktiviti lain tapi dengan belajar silat dia mampu menguasai kedua-dua belah tangan dan kaki.
“Pencapaian di tadika juga turut meningkat apabila dia semakin aktif bergelanggang dia mendapat tempat yang baik di dalam peperiksaan,” kata Salehin.
Pencapaian Ahmad Danish
1. Juara pertandingan perarakkan hari kemerdekaan 2016 anjuran Majlis Perbandaran Selayang / Adun Taman Templer (PSSGCSM SELANGOR)
2. Naib Juara Pakaian Terbaik (Busana Silat) Jalur Gemilang 2017
3. Juara Solo Putra (Kanak-Kanak) dlm Temasya Silat Seni dan Warisan anjuran PADAT (PERBADANAN ADAT DAN WARISAN NEGERI SELANGOR)
4. JUARA KESELURUHAN BERPASUKAN Temasya Silat Seni dan Aarisan ANJURAN PADAT Negeri Selangor
KENAPA MEMILIH SILAT?
Salehin memberitahu yang dia memilih silat untuk anak sulungnya kerana silat merupakan warisan bangsa yg mampu menyemai jati diri bangsa selain meningkatkan disiplin dalam diri anak-anak.
“Silat satu-satunya seni beladiri lengkap dari segi kerohanian (agama), fizikal, dan jasmani. Dalam jiwa anak-anak ni perlu diisi dgn jatidiri yang tinggi demi agama bangsa dan negara Jika tidak kekosongan itu akan diisi dgn jatidiri bangsa lain dan tidak mustahil akan diisi oleh perkara negatif, ” kata Salehin yang turut mengatakan Danish cenderung ke arah seni lukis dan mewarna.
SUDAH HAFAL SURAH PENDEK
Danish kini lebih bersifat pelindung. Dia sering melindungi adiknya. “Syukur juga kerana Danish lebih rajin mengaji dan solat. Setiap kali hendak memulakan latihan antara adatnya perlu membaca surah Al Fatihah, Al-Ikhlas dan selawat kemudian memohon doa agar selamat sepanjang latihan dari kecederaan, gangguan dan memohon ilmu yang dipelajari diberkati. Jadi selalunya dia kan minta ummi untuk ajarkannya surah-surah tersebut dan alhamdulillah dia sudah mula menghafalnya,” kata Salehin mengakhiri temu ramah dengan Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan dan kanak-kanak perempuan dua tahun yang terperangkap dalam kenderaan berjaya diselamatkan bomba dalam dua kejadian berbeza di Johor Bahru, semalam.
Ketua Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Skudai, Pegawai Bomba Kanan, Mohd Riduan Akhyar berkata, kejadian pertama membabitkan bayi lelaki berusia sembilan bulan yang terperangkap di dalam kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger di Pejabat Harta Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan jam 8.17 pagi dan menggerakkan sebuah jentera FRT serta sebuah EMRS dengan kekuatan 11 anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan, Faisal Ismail.
“Difahamkan mangsa bersama tiga anggota keluarga termasuk ibu dan bapa hendak keluar dari kenderaan itu bagaimanapun pintu terkunci sendiri selepas abang mangsa turut keluar.
“Selepas 45 minit mencuba mereka gagal membuka pintu kenderaan itu dan mengambil keputusan untuk menghubungi pihak bomba.
“Bomba mengambil masa 10 minit membuka pintu dengan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa,” katanya.
Dalam kejadian kedua, BBP Larkin menerima panggilan jam 8.03 pagi berhubung kes kanak-kanak perempuan berumur dua tahun yang terperangkap dalam kereta Perodua Myvi di sebuah stesen minyak bersebelahan bangunan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sini.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan, Zulkarnain Arifin pihaknya menggerakkan sebuah EMRS dan dua unit Motosikal Bomba (RIM) bersama Lima anggota.
“Setibanya di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa terperangkap kerana bermain kunci kereta ketika ibunya keluar ke kedai berhampiran untuk membeli barang.
“Mangsa berjaya diselamatkan dengan menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada keluarganya,” katanya.
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu dan dilanjutkan sehingga 14 April ini, Malaysia berkemungkinan akan mengalami situasi pertambahan jumlah kelahiran bayi yang luar biasa pada Januari tahun depan.
Ketua Unit Kesihatan Reproduktif, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Hamizah Mohd Hassan, menjelaskan PKP mampu mempengaruhi kadar kelahiran penduduk negara menjelang awal tahun depan kerana majoriti pasangan berkahwin kini terpaksa berkurung sepanjang tempoh itu.
Beliau merujuk kepada kes kelahiran baharu secara luar biasa pernah berlaku di luar negara khususnya di Maine dan New Hampshire, Amerika Syarikat apabila bandar berkenaan ditutup beberapa minggu akibat cuaca ribut salji yang buruk pada tahun 1998.
“Saya memetik kenyataan dibuat Patrick Whittle (wartawan Associated Press) iaitu pada tahun 1998 terdapat ribut salji yang buruk di Maine dan New Hampshire. Bandar itu terpaksa ditutup dan penduduk terperangkap di rumah dalam jangka lama.
“Sembilan bulan kemudian terjadi ‘baby boom’ (kelahiran bayi luar biasa) di sana. Perkara yang sama juga dijangka boleh berlaku di Malaysia kerana rakyat terpaksa duduk di rumah melalui tempoh PKP ketika ini,” katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Kerajaan melaksanakan PKP fasa pertama antara 18 hingga 31 Mac lalu dan melanjutkannya pada fasa dua bermula 1 hingga 14 April ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di seluruh negara.
PKP menuntut seluruh rakyat duduk di rumah, penangguhan hampir seluruh operasi harian jabatan dan agensi kerajaan serta swasta kecuali bagi bidang penting yang dikhususkan kerajaan.
Elak tak bersedia hamil, amalkan ‘konsep merancang’
Dr Hamizah berkata, bagi menangani kemungkinan kehamilan susulan PKP, pasangan berkahwin digalakkan mengamalkan perancangan keluarga menerusi kaedah tertentu seperti pengambilan pil kontraseptif kecemasan (ECP) bagi mencegah kehamilan.
Katanya, kaedah lain termasuk menggunakan suntikan hormon pencegah kehamilan, memasang alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD), memasang implan atau menggunakan kaedah lazim iaitu kondom.
“Sekiranya bimbang berlaku kehamilan selepas melakukan hubungan kelamin, wanita boleh mengambil serta merta ECP pada kadar dua biji sekali makan disusuli sebiji pil selepas 12 jam.
“Pil ini boleh dimakan dalam tempoh 72 hingga 150 jam atau tiga hari maksimum tetapi keberkesanannya hanya 85 peratus saja.
“Begitu juga jika penggunaan IUCD atau impan sudah tamat tempoh, wanita boleh mengambil pil pencegah hamil atau kondom. Pil pencegah hamil boleh dibeli di farmasi atau klinik kerana ia ubat yang termasuk dalam kategori C iaitu boleh dibeli tanpa memerlukan preskripsi doktor,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pasangan suami isteri supaya bijak merancang kehamilan sepanjang tempoh PKP dan perlu bersedia untuk menerima kelahiran baharu seandainya terjadi kehamilan luar jangka.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.