Kehamilan

“Dia Akan Muntah, Tak Boleh Saya Rapat,” Hafiz Mahamad Kongsi Alahan Aina Hamil

Share

Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad berkongsi khabar gembira apabila isterinya Syafiqah Aina kini sedang hamil anak kedua mereka.

Lain sangat pembawakan ‘hero’

Menerusi perkongsian video di Instagram, Hafiz yang juga pengasas jenama Aaina Beauty dan Aaina Clinic berkata isterinya mengalami beberapa simptom hamil yang agak teruk bagi kehamilan kali ini.

Malah, Hafiz turut memaklumkan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi yang sudah diberi nama sebagai Rayqal.

“Lain sangat Pembawakan hero dalam perut tu. Sian mummy. Alhamdulilah hero yang kuat

“Lately ini, Kalau saya nak manja/duduk dengan Ainaa. Isteri saya akan muntah teruk, dia tak boleh tengok saya rapat dengan dia. Pening saya.” kongsi Hafiz.

Dari dulu, kalau isteri pregnant. Saya promise dekat dia, saya takkan pernah skip untuk teman dia pergi checkup.

Bawa semangat anak

Bagaimanapun, Hafiz terpaksa meninggalkan Aina buat seketika kerana terlibat komitmen kerjayanya dan bertemu dengan usahawan-usahawan di bawah syarikat mereka. Di kesempatan itu, usahawan ini turut berharap agar Aina akan terus kuat mengharungi fasa kehamilan.

“Harini saya bergerak tour 1 Malaysia jumpa & train usahawan Ainaa. Ini rutin setiap tahun & saya kena ada untuk mereka, ini tanggungjawab. Mungkin puasa nanti pun saya berada di Indonesia.

“Kalau terjumpa sahabat yang memerlukan, saya akan turun untuk bantuan juga. Saya bawa semangat anak saya.

“InsyaAllah, busy macam mana pun saya usaha untuk balik sekejap teman isteri checkup. Saya tahu, bukan senang mummy nak lalui fasa pregnant ini.

“InsyaAllah, isteri Abang kuat. Abang kerja dulu ya sayang 2-3 minggu ni. Raisya & Rayqal. Jaga mummy baik baik” katanya.

Untuk rekod, Hafiz dan Aina berkahwin pada 24 November 2017 dan hasil perkahwinan ketika ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Raisya Narisa, 4 tahun.

Kredit: IG Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina

ARTIKEL MENARIK [“Contraction 5 Minit Sekali” Kandungan Baru 30 Minggu, Yana Lee Panik Sesak Nafas!]

LAGI YANG MENARIK [“Dia Power! Berjaya Mahramkan Musa” Mizz Nina Kuat Semangat Nak Susukan Anak, Kaunselor Laktasi Kongsi Cerita]

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

IKLAN