Sesungguhnya anak adalah anugerah dari Allah SWT. Kehadirannya sangat dinanti-nantikan. Untuk ibu yang pertama kali, pasti ini memberikan pengalaman baru kepada mereka. Banyak perkara yang perlu dipelajari. Memandangkan masih tidak berpengalaman, kadang-kadang ibu muda begini akan mengikut saranan orang di sekeliling jika ada sebarang masalah.

Namun, kisah yang diceritakan wanita ini sangat menyayat hati kerana bayinya yang berusia dua minggu meninggal dunia kerana ibu mertuanya memberikan si kecil itu makan pisang lenyek kerana merasakan bayi tersebut tidak kenyang susu badan.

Assalamualaikum semua. Nama saya Intan. Saya ada seorang anak tetapi malangnya umur dia tak panjang. Sekiranya admin siarkan luahan perasaan saya ini, jadikanlah ia sebagai pengajaran untuk kita semua.

Waktu mengandung, banyakkan belajar tentang ilmu parenting. Cara menyusukan bayi paling penting. Join grup sokongan yang ada supaya korang tahu apa yang boleh atau tak boleh ketika susukan bayi.

Pengakuan Lain: [“Kita Lupa, Mereka Ada Perasaan.” Ibu Ini Kongsi Kadang-Kadang Kita Abai Emosi Anak Sulung]

Salah saya, sebab waktu mengandung saya tak ambil tahu sangat hal sebegitu. Pada saya, bila bayi lahir nanti automatik susu badan akan keluar. Dan kita akan dapat susukan anak dengan mudah.

Saya tak sangka journey nak susukan bayi tu susah. Mencabar. Bukan lahir-lahir je anak, susu keluar bagaikan air paip. Itulah silapnya saya. Nak bf anak, tapi tak belajar. Tak gali ilmu penyusuan.

Saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki awal tahun ini, saya ingat lagi saat-saat itu memang membahagiakan. Kebetulan ada rezeki suami temankan ketika bersalin, memang inilah anugerah terindah dari Allah SWT untuk kami berdua. Kami tunggu hampir tiga tahun sebelum disahkan hamil.

IKLAN

Saya dah berazam, bila anak dah lahir saya nak susukan secara ekslusif. Saya tak mahu campurkan dengan susu formula. Suami pun support, dia selalu bagi kata-kata semangat pada saya.

Selepas beberapa hari berpantang di rumah sendiri, suami bawa ibunya datang ke rumah kami. Saya anak yatim, ibu dah tak ada. jadi ibu mertua yang tolong jagakan saya. Rasa macam ratu, memang tip top ibu mertua jaga saya.

Alhamdulillah selepas seminggu lebih, badan saya dah agak fresh. Baby setakat ni masih bf, tak ada campur susu formula. Tapi dia kerap menangis, sikit-sikit menangis. Jadi ibu mertua kata, mungkin dia masih lapar.

Saya buntu, sebab saya dah menyusukan anak dua jam sekali. Kalau dia tengah tidur pun saya akan kejutkan dia. Tapi masih anak meragam. Bila check perut, tak ada pula masalah kembung. Jadi saya teruskan menyusu walaupun iu mertua ada cadangkan untuk saya tambah susu formula.

IKLAN

Suatu hari tu, anak saya menangis tak berhenti-henti. Sepanjang malam dia menangis sampaikan saya dan suami tak tidur. Saya dah susukan, suami pun tolong dodoikan tapi tetap dia menangis. Saya menangis sebab buntu, tak tahu nak buat apa.

Akhirnya selepas disusukan, anak pun tidur. Alhamdulillah. Dapatlah saya dan suami berehat sekejap. Esoknya, suami saya ke pejabat macam biasa. Memandangkan bayi masih tidur, saya pun ambil peluang untuk berehat. Saya pun nak tidur sekejap, sementara anak tak terjaga lagi.

Saya tak sedar berapa lama saya tertidur, tahu-tahu ibu mertua kejutkan. Waktu bangun tu, saya tengok tubuh anak dan kebiru-biruan. Saya tanyakan pada ibu mertua saya, apa yang dah jadi. Saya ingatkan anak saya jatuh katil. Tapi mustahil sebab suami dah pasang penghadang.

Pengakuan Lain: [“Allah Bagi Nikmat, Tapi Aku ‘Lupa’ Dia.” Suami Kongsi Kehilangan 2 Insan Tersayang Serentak]

Ibu mertua saya cuma diam dan menangis. Dia tak kata apa-apa. Saya terus call suami dan minta dia balik. Kami bawa anak ke hospital. Tapi itulah, Allah SWT lebih sayangkan dia. Saya hanya diberikan dua minggu waktu pinjaman untuk menjaga amanah itu.

IKLAN

Sewaktu doktor beritahu punca kematian anak kami, terkejut besar saya. Doktor kata ada pisang dalam perutnya. Setahu saya, dia tidur waktu saya pun berehat tu.

Ibu mertua terus minta maaf, katanya dia berikan anak pisang lenyek sebab anak menangis lapar. Dia nak kejutkan saya tak sampai hati, susu pula tak ada untuk dibancuh. Jadi dia lenyekkan pisang dan beri pada bayi saya.

Anak senyap dan terlena selepas diberikan pisang. Bila ibu mertua tengok balik, tak lama lepas tu, dia dah kebiru-biruan. Ya Allah, rupanya ibu mertua saya bagi anak saya makan pisang!

Meraung saya di situ. Tak sangka iu mertua sanggup buat macam tu. Tapi saya tak mahu salahkan dia, macam mana pun dia umpama emak saya. Lebih kurang sebulan juga saya hampir meroyan kerana kehilangan anak tersayang. Ibu mertua tak henti-henti minta maaf tapi bagi saya semuanya dah terjadi.

Tak perlulah saya beritahu apa yang berlaku pada ibu mertua saya, sebab niat saya bukan nak burukkan dia. Cuma nak ingatkan kepada semua ibu terutamanya yang seperti saya, first time mom. Tolonglah belajar tentang ilmu penyusuan dan sebagainya semasa anda menunggu kelahiran bayi anda.

Semoga kisah saya ini boleh jadi iktibar untuk kita semua. Dan saya minta sangat kalau korang boleh doakan arwah anak saya. Doakan saya tabah menghadapi ujian ini dan sekiranya saya ada rezeki lain untuk hamil semula. Terima kasih semua.

Sekiranya anda ada sebarang cerita atau pengalaman yang ingin dikongsikan, sila klik KONGSI CERITA

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI