Pemergian seorang suami dan bapa kepada tiga anak yang maut ketika menyaksikan perlumbaan kereta di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah, Sabtu lalu memberi kesan mendalam kepada anak-anak arwah.
Lebih memilukan, nahas yang meragut nyawa Muhammad Amir Mohd Yusoff, 32, itu sebenarnya berlaku di hadapan anak lelakinya yang berusia tiga tahun.
Isteri mangsa, Noor Idayu Yunus, 29, berkata, anak keduanya, Yusuff Mikhail, 3, menceritakan keadaan ayahnya ketika dilanggar kereta.
“Dia beritahu ‘mama, abi banyak darah’. Ketika kejadian, dia ada berhampiran. Saya rasa sebak kerana tahu anak-anak termasuk yang sulung, Damia Intishar, 6, dan Damia Inara berusia setahun amat rapat dengan ayah mereka.
“Setiap hari mereka tanya arwah, saya berterus terang memberitahu ayah mereka sudah tiada dan tidak akan kembali lagi. Walaupun masih belum memahami, saya tidak jemu untuk faham mereka akan keadaan sebenar,” katanya.
Noor Idayu ditemui selepas menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Perak, Zainal Ismail di rumahnya di Taman Saujana Permai, Kamunting di sini pada Khamis.
Ads
Media melaporkan mangsa dirempuh kereta jenis Proton Satria ketika menyaksikan acara permotoran melibatkan 12 kenderaan bagi kategori 1800cc.
Mangsa yang menerima rawatan di wad kecemasan, Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan, Parit disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan di kepala dan pendarahan di bahagian paru-paru.
Isteri hamil empat bulan
Tambah Noor Idayu yang kini hamil empat bulan, anak-anak akan memeluk baju arwah sebelum tidur bagi mengubatkan rasa rindu mereka.
Ads
“Arwah banyak mengajar anak-anak hinggakan mereka tahu apa itu sedekah dengan memberi sama ada makanan atau apa sahaja yang ada. Tidak hairanlah rakan-rakan hadir menceritakan sikap arwah yang pemurah.
“Mengenai bengkel kereta arwah, saya akan teruskan kerana ia hasil titik peluhnya yang berusaha bermula dari garaj rumah hingga memiliki kedai sendiri sejak enam tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, Zainal memaklumkan waris layak menerima FPM berjumlah RM2,000 dan pencen bulanan sebanyak RM1,375 ekoran arwah pernah bekerja dengan tiga majikan sebelum ini.
Beliau turut menasihatkan wanita untuk mencarum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang diperkenalkan Perkeso sebagai satu perlindungan ketika melakukan urusan rumah tangga.
Ads
Zainal (tiga dari kanan) menyerahkan cek FPM kepada Noor Idayu selepas suaminya terbabit dalam kemalangan ketika menonton perlumbaan di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah, baru-baru ini.
“Banyak faedah yang boleh diperolehi dengan membuat bayaran caruman RM120 setahun bagi mereka yang layak.
“Ambillah peluang ini kerana kita di Perkeso akan jaga mereka tidak kisah suri rumah sepenuh masa atau bekerja sekiranya berlaku kemalangan,” katanya.
Rezeki dapat anak kembar. Seorang ibu meluahkan rasa bahagia dan syukurnya kerana dianugerahkan tiga anak kembar perempuan yang kini semakin membesar.
Kongsinya menerusi media social, dia amat merindukan kehadiran seorang lagi anak dalam rumah mereka namun tidak menyangka dikurniakan anak kembar tiga.
Tambahnya lagi dia dan suami sebelum ini tidak mempunyai keturunan kembar namun amat bersyukur atas kurniaan tidak terhingga itu dalam keluarga mereka.
“Sapa kat sini ada anak kembar, tapi tak ada keturunan kembar 🙋🏻♀️ kita geng,” tulisnya.
Tambahnya lagi kandungan anak kembarnya itu merupakan anak keempatnya dan telah mempunyai tiga orang cahaya mata sebelum ini yang sudah pun semakin membesar.
Menerusi perkongsiannya, kehidupan mereka di rumah bertambah meriah dengan kehadiran kembar tiga itu bersama anak-anak lain.
“Kak Mas ada triplet girl, yang ni anak ke 4, kandungan yang ke 4, atas-atas semua dah besar.
“Ingatkan nak baby sorang, sebab rindu baby… haha tiba-tiba Allah bagi 3. Habis huru hara satu rumah 🤣🤣,” tambahnya lagi.
Sepasang suami isteri di Singapura mendera anak lelaki mereka yang berusia 5 tahun dengan mengurungnya dalam sangkar kucing pada 22 Oktober 2016 sebelum menyimbahnya dengan air menggelegak semata-mata tidak mahu mandi, sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu.
Ibu bapa mangsa, Azlin Arujunah dan suaminya Ridzuan Mega Abdul Rahman, kedua-duanya berusia 27 tahun, tidak membawanya ke hospital, sebaliknya menunggu enam jam sebelum mendapatkan rawatan.
Malangnya, mangsa meninggal dunia sehari kemudian dan pasangan itu ditahan.
Hospital memberitahu mangsa mengalami lecuran tahap tiga yang meliputi 75 peratus badannya, kecederaan buah pinggang akut, penyahhidratan, patah hidung, luka pada wajahnya selain lambat bertutur.
Lebih memilukan, kanak-kanak itu turut dilapor tempang sedikit kerana tempurung lututnya senget akibat sering didera.
Mangsa juga pernah dilecurkan dengan air panas sekurang-kurangnya empat kali sebelum kematiannya.Azlin dan Ridzuan menghadapi hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup bagi tuduhan bunuh.
Mahkamah diberitahu, mangsa diserahkan sebagai anak angkat selepas kelahirannya pada 2011 tetapi kembali bersama ibu bapa kandungnya pada 2015 dan mula didera kira-kira setahun selepas itu.
**Bayangkan bukan main lama ditahan untuk siasatan dari tahun 2016 (ketika itu suspek berusia 24 tahun) tetapi tahun ini (13 November 2019) baru dibicarakan di mahkamah.
Isteri mana tak sedih lihat suami yang dinikahi kini terlantar koma tanpa sebarang tindak balas positif. Tambah pula dalam keadaan diri yang baru saja melahirkan anak. Tanpa insan tersayang di sisi terpaksa kuatkan diri berjuang di bilik bersalin sehingga lahirlah seorang anak perempuan yang ditunggu selama ini.
Lagi sedih apabila suami terlantar koma asbab daripada demam sahaja. Bukanlah sebab sakit kronik atau pun kemalangan. Kini hanya doa yang tak putus agar ada keajaiban dari Allah SWT.
Menerusi catatan yang ditulis oleh Puan Natipah Abu, NGO yang banyak membantu pihak kurang berkemampuan, dia berkongsi keadaan bapa kepada dua anak ini. Lagi sedih anak perempuan ini masih belum diberi nama kerana si isteri ingin menunggu kepulangan suami.
Amirul .. hari ni, kalau awak sihat .. mesti awak gembira sgt dik. Sbb hari ni awak dpt anak ke dua .. baby gurl tau dik.
Awak kan dah ada anak lelaki .. Mesti awak suka dpt anak perempuan ni
Amirul .. Lama sgt dah awak tidur, dik. Bangunlah dik .. kesian Midah. Tiga bulan lebih dah dia tunggu awak, dik. Bangunlah cepat dik … kesian sungguh pada Midah, dik .. dia tunggu awak dlm linangan air mata tau dik .. Sedihnya hati dia dik, awak tak dpt nak qamatkan baby awak tu dik … luluh hati dia tatap wajah anak tu tanpa awak di sisi dik ..
Amirul .. Awak tahu tak .. mak awak pun dah tak ada tau. Kakak awak, Intan tu … tak sampai hati nak bagi tau awak, dik. Mak awak dah pergi .. setelah genap seminggu dia jaga awak kat wad dulu . Kakak awak takut awak sedih kalau tau semua tu, dik. Awak tu bukan hanya kesayangan mak awak .. tapi awak juga kesayangan kakak awak.
Amirul .. Awak tahu tak .. sejak awak kat wad .. hari-hari kakak awak pergi tengok awak tau , dik. Sbb awaklah satu-satunya adik dia .. kesian dia tau. Dia trauma sgt tau .. Dia takut nanti awak pun tinggalkan dia juga ..
Amirul .. Awak bangunlah ya dik .. baby gurl awak belum ada nama .. Midah kata .. dia tunggu awak balik utk letak nama kat anak dara awak tu. Kami dah beli semua keperluan baby gurl awak tu dik .. cantik tau dik …
Amirul .. Awak lelaki yg baik dik .. susah nak jumpa lelaki mcm awak dik. Dalam usia muda .. awak korbankan masa muda awak .. kawin dgn Midah yg dah janda anak dua tu .. Awak baik tau dik .. kami sgt kagum dgn awak, dik ..
Amirul .. Kuatlah dik ya .. bangunlah dik yaa .. kami mendoakan kepulanganmu ke pangkuan keluargamu .. cepatlah sembuh ya dik …
Semoga Allah permudahkan segala urusan ke atas Mohd Hisham Ammrirul Rahim dan sembuhlah dia seperti sedikala hendaknya …
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.