Sudah seminggu dia dibenarkan pulang ke rumah dan alhamdulillah keadaannya semakin pulih,” kata Rohaya Hassan, ibu kepada kanak-kanak lelaki yang kritikal baru-baru ini kerana terdapat kandungan dadah dalam badan.

ARTIKEL BERKAITAN [“Mangsa Minum Air Ada Dadah.” Bapa Sepupu Kanak-Kanak Kritikal Dadad Dijel]

Dah mampu bergerak dan makan seperti biasa

Rohaya, 36, berkata, anaknya yang berusia empat tahun itu sudah mampu bergerak seperti biasa namun masih belum dapat berjalan dengan normal memandangkan kanak-kanak itu juga berstatus orang kurang upaya (OKU).

“Sebaik tiub untuk bekalkan susu di hidungnya boleh ditanggalkan kerana dia mampu makan seperti biasa, anak saya dibenarkan pulang ke rumah.

“Dia Dah Mampu Bergerak, Boleh Makan..” Kanak-Kanak Kritikal Dadah Makin Pulih

“Hanya Allah tahu betapa leganya saya kerana selain keadaan anak semakin pulih, kami juga dapat menyambut Aidiladha di rumah.

IKLAN

“Dia juga sudah dapat makan minum seperti biasa tapi pergerakannya dilihat masih perlahan tambahan pula dia memang baru dapat berjalan kerana masalah kesihatan sejak lahir,” katanya.

Masih belum dapat lupakan kejadian itu

Ketika ditanya sama ada sudah memaafkan saudaranya yang kini menjalani hukuman di penjara, Rohaya enggan menjawab sebaliknya memberitahu dia masih belum dapat melupakan kejadian yang menimpa anaknya.

Dalam kejadian 18 Jun lalu, kanak-kanak itu kritikal dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana dikesan terdapat methampethamine dalam badannya ketika di bawah jagaan seorang saudaranya.

IKLAN

“Dia Dah Mampu Bergerak, Boleh Makan..” Kanak-Kanak Kritikal Dadah Makin Pulih

Sepanjang hampir tiga minggu menerima rawatan di hospital, Rohaya yang menghidap kanser payu dara tahap akhir berkata, dia menguruskan mangsa berseorangan walaupun diri sendiri menanggung kesakitan.

“Saya kini semakin kerap berasa sakit di bahagian dada dan terpaksa bergantung kepada ubat yang perlu diambil setiap hari.

“Apapun, saya perlu menguruskan dia dan kami juga menumpang orang tua yang sudah uzur dan hanya menyara hidup dengan menoreh getah,” katanya.

IKLAN

Kredit: Berita Harian

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

“Dia Dah Mampu Bergerak, Boleh Makan..” Kanak-Kanak Kritikal Dadah Makin Pulih

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI