Ya benar, isteri kita bekerja tidak pernah berhenti. Seharian dia di pejabat dan apabila balik ke rumah pula dia bergegas ke dapur menyiapkan makanan untuk suami dan anak-anak. Tak cukup dengan itu, rutin ibu bertambah bila anak masih tak mahu tidur. Pujuk sejam dua jam untuk tidur dan kemudiannya barulah si ibu dapat menarik nafas lega.

Bila anak dah tidur, ibu menyambung pula urusan rumah tangganya, mengemas rumah, menyiapkan kelengkapan untuk esok hari dan sebagainya. Tidurnya tidak pernah cukup, silih berganti. Emosinya disimpan rapat, kemas dan kuat demi untuk suami dan anak-anak. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Firdaus Shakirin. Banyak benar kenyataannya. Mujur isteri tidak gila dan terus kuat menjadi emosi dirinya.

“Dia Kerja Tak Berhenti”, Tak Perlu Emas Pun, Suami Jaga Hati & Emosi Isteri Dah Cukup!

 


Bersyukurlah isteri kita tu tak gila.

Dia pergi keje, dia berniaga, dia buat part-time, dia jual online, dia jadi ejen, dia cari rezeki, dia bantu ringankan beban, dia bayar hutang-hutang kita, dia tanggung bil utiliti, dia beli keperluan rumah dan belanja dapur.

Dia jaga anak-anak, uruskan anak-anak, dia jaga suami, uruskan suami…dia mengemas, dia menyapu, dia mop lantai, dia kutip mainan, dia lap air tumpah, dia kutip baju, dia basuh baju, dia sidai baju, dia lipat baju, dia memasak, dia buang sampah, dia basuh pinggan, dia kemas dapur, dia ajar anak keje sekolah…

Dia tidur 3,4 jam sehari!

IKLAN

“Dia Kerja Tak Berhenti”, Tak Perlu Emas Pun, Suami Jaga Hati & Emosi Isteri Dah Cukup!

 

Pastu kembali bangun untuk buat kerja-kerja dan perkara yang SAMA berulang-ulang setiap hari selagi masih memegang title ibu dan juga isteri.

Itu belum kira dengan dia terasa hati disebabkan perbuatan kita. Belum kira dia menangis sebab perangai kita. Itu belum kira dengan apa yang dia pendam, apa yang dia simpan, apa yang dia tak luahkan kepada kita.

Kena pulak berhadapan dengan mertua yang selalu membanding-bandingkan dia, yang selalu mencari salah dan silap dia. Kena pulak berhadapan dengan ipar duai biras yang suka perli-memerli, sindir-menyindir dan mengata belakang.

IKLAN

“Dia Kerja Tak Berhenti”, Tak Perlu Emas Pun, Suami Jaga Hati & Emosi Isteri Dah Cukup!

Maka, bersyukurlah sebab DIA TAK GILA lagi.

Dia masih lagi waras, dia masih lagi sihat…cumanya, sampai bila dia mampu mengekalkan kewarasan dia? sampai bila dia akan sihat untuk buat semua perkara tu… ?

Akan tiba hari dimana dia akan “meletup” disebabkan dia dah buat sesuatu yang diluar kemampuan dia dan dia dah tanggung sesuatu yang melebihi apa yang sepatutnya ditanggungnya.

Kalau tak nak isteri “MENGGILA”,maka…

IKLAN

“Dia Kerja Tak Berhenti”, Tak Perlu Emas Pun, Suami Jaga Hati & Emosi Isteri Dah Cukup!

Tolonglah dia, kerja dia banyak. Kalau kita kata kita dah keluar mencari rezeki, maka dia pun sama. Kalau kita nak rehat, maka dia juga nak rehat, tapi siapa yang nak buat kerja-kerja tu kalau dia rehat dan tak buat? Sama-sama la ambik sorang sikit, pikul dan bahagikan beban dan urusan rumahtangga kita tu.

Pastu tak perlu la buat masalah atau cari masalah dengan dia. Banyak lagi benda dia nak kena fikir. Jangan tambahkan benda yang dia perlu fikir dalam otak dia tu.

“Dia Kerja Tak Berhenti”, Tak Perlu Emas Pun, Suami Jaga Hati & Emosi Isteri Dah Cukup!

Jaga perbuatan, jaga pergaulan, jaga percakapan, jaga tingkah laku…JADI BAIK.

Kau jarang tolong buat kerja rumah pun tak apa asalkan kau tu bukan jenis yang buat masalah!

Jadi suami, belajarlah untuk ambil tahu hal isteri. Tanya apa yang tidak mencukupi, tanya apa masalah yang melandanya, ambil berat kisahnya dan paling penting elakkan buat masalah. Itu sudah memadai buat seorang isteri.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI