Punya anak ramai bukan rasa seronok sahaja, tanggungjawab mendidik perlu lebih diberikan perhatian. Takut anak tersasar dari landasan. Tapi melihat cara Johan mendidik kesemua anak-anaknya memang patut dijadikan contoh pada semua.
Ada waktunya dia bergurau, mengusik anak tapi ada waktunya tetap beri nasihat dan tunjuk ajar agar anak-anak tidak tersasar. Sesi kuliah selepas solat maghrib yang dikongsikan di instagramnya ini mendapat respon dari netizen. Paling menarik bukan hanya sesi air mata sahaja bahkan bapa contoh ini pandai membeli jiwa anak-anaknya dengan membawa mereka berjalan. Superb!
Lepas maghrib, selalunya kalau boleh papa akan luangkan masa untuk sama-sama dengan anak-anak berbual, luah perasaan, nasihat.. dan pasti ending dia linangan air mata. Baik dari yang sulung sampailah yang no 4, yang bongsu tak faham pape lagi so dia selamat.
Papa lepas bagi ceramah mesti amik hati anak-anak balik.. haishhh dia pandai main jiwa n beli jiwa anak-anak. Sebab tulah anak-anak lebih rapat dengan dia.. aku?? Selalu jadi tukang bakor line, papa dorang tengah merah, kadang bila geram kita tambah minyak tanah, bagi api tu besor sikit.
Bila bebudak takut baru sikit.. sikit.. kita jirus air kat papa dorang. Tapi kadang papa dorang tengah membara tu cepat-cepat minum air, bukan apa risau mama dorang pulak yang telah minyak tanah!.
Dalam hidup ni kita kena flexible, tak boleh nak amuk anak je, ada masanya kita kena berbicara secara tenang, biar banyak kali terangkan, jangan rungut kalau anak masih sama atau kejap je berubah pastu buat balik. Normal weh. Nama pun budak. Kalau yang tua pun tak faham bahasa, so as a mother kena doakan yang baik-baik.
Ads
Mengamuk? Tak apa tapi kena ada had dan masanya. Kalau mak naik hantu, bapaknya kenalah tenang. Tengok kalau mak dah macam kena sampuk hantu tibai anak, pelan-pelan tarik mak ke tepi, tenangkan. Begitulah sebaliknya, jangan jadi perosak anak. Bila mak tengah marah, kat belakang bapak pulak cakap.. “haaa tak mau kawan mama yek, mama marah adik ye tadi”, Weh tu rosakkan anak!!!
Plsss ye..jangan buat macam tu, lepas marah atau tegur anak pastikan kita tenangkan balik keadaan yang tegang tadi. Bagitau anak-anak kenapa kita marah. Mulakan dengan kata-kata semangat, kata-kata yang penuh kasih sayang, tarik dan beli jiwa anak kembali dengan berkhemah.
Beri kata semangat pada anak, bukan spoilkan, so ending dia, papa belanja pergi main kat Wangsa Walk, Please jangan spoilkan anak-anak, sampai kesalahan dia buat tidak ditegur, sayang anak ditangan-tangankan, sayang isteri di kiss-kisskan.
Ads
“Terbaik Johan”
Netizen turut memuji cara kedua-dua selebriti ini mendidik anak mereka. Tak kurang juga rakan-rakan artis yang turut meninggalkan kata-kata positif. Semoga cara didikan ini akan menjadi contoh buat bapa-bapa muda lain. Cayalah Johan!
Ads
Kredit: @jozlynnhanania
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali musim cuti sekolah mulalah anak tidur lambat kerana tidak perlu ke sekolah. Sudahlah tidur lambat, bangun pula terlebih awal macam hendak ke sekolah.
Jangan dibiasakan rutin tidur yang semacam ini pada anak-anak kecil kita. Ada risikonya yang mak ayah perlu tahu.
Apa yang perlu mak ayah tahu, waktu tidur anak merupakan aspek penting dalam perkembangan mereka kerana ia boleh membantu tubuh dan minda mereka berkembang dengan sihat.
Jadual tidur yang konsisten bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, tetapi juga membantu meningkatkan mood, daya tumpuan, dan pembelajaran anak.
Menerusi perkongsian Mohd Fhais Salim di laman Facebooknya, tindakan anak tidur lambat tetapi bangun cepat adalah tidak bagus kerana ia boleh mengganggu otak.
“Tidur lambat tapi bangun cepat ini sebenarnya kurang baik untuk anak-anak.
“Jika tak cukup 7-8 jam sehari tidur yang berkualiti otak jadi lemau, memori lemah dan susah faham pelajaran nanti,” jelasnya.
Jadi, bagi memastikan waktu tidur anak mencukupi, terdapat tiga perkara yang ibu ayah di luar sana boleh lakukan. Antaranya adalah:
1. Waktu tidur paling ideal adalah 9 – 10pm. Hal ini kerana waktu tersebut senang untuk membuatkan diri anak memasuki fasa deep sleep atau tidur tena. Selewat-lewatnya adalah jam 11ppm, jangan terlajak!
2. Boleh latih anak bangun seawal 6-7am setiap hari. Ini waktu terbaik untuk mereka menunaikan solat dan bersiap ke sekolah.
3. Ajar anak juga jika ada masa atau peluang, tidur sekejap di tengah hari selama 30min – 1 jam agar minda kekal cerdas.
Bukan itu sahaja bahkan ibu ayah perlu memastikan anak di bawah usia 6 tahun ke bawah supaya mempunyai Waktu nap time sehari sekurangnya 30 minit. Jangan biarkan mereka leka dengan gajet atau mainan di rumah.
Waktu tidur anak yang mencukupi perlu diutamakan agar si kecil tidak ‘lemau’ sepanjang hari malah otaknya cergas dan sihat untuk berada lama di sekolah.
Tak lama lagi dah nak masuk tahun 2020, dah bersedia ke mak ayah dengan car seat yang diwajibkan untuk anak-anak berumur 12 tahun ke bawah. Dah Berjaya ke latih anak-anak untuk duduk dalam car seat?
Memang tak dinafikan jika tidak menjadi kebiasaan untuk anak-anak kecil berada dalam car seat ia pastinya agak sukar. Tapi demi untuk keselamatan mereka, mama papa kena berusaha lebih sedikit. Proses pengulangan kan biasanya berkesan kepada si kecil, jadi mama papa jangan mudah putus asa. Ingat ini semua untuk kebaikan mereka.
Melalui perkongsian yang dibuat oleh Uswatun Hasanah Mohd Habib di laman Facebook, beliau turut berkongsi pengalaman sendiri memandu ke tempat kerja dengan dua anak yang masih kecil.
.
Dalam perkongsian tersebut, Uswatun turut menyenaraikan lima tip untuk mama papa buat bagi membiasakan si kecil duduk dalam car seat sepanjang perjalanan.
Anak menangis, jadi apa masalahnya? Apa perlunya anda gabra dan susah hati dengan anak yang mengamuk kerana tak mahu duduk di car seat? Anak tak sakit, tak cedera dan bukan lapar, bukan? Dia hanya protes. Tak kira berapa kuat anak menjerit, mengalah BUKAN caranya. Letak di car seat berhentikan kenderaan untuk tenangkan anak bila dah tak terkawal letak semula anak di car seat dan teruskan perjalanan ULANG langkah ini walau 100x ia di perlukan. Ia boleh di lakukan. Saya dahulunya adalah ibu berkerja yang memandu 2 anak kecil bersendirian SETIAP HARI ke tempat kerja yang mengambil masa 35-40 minit jarak sehalanya. Maka SAYA TAHU PROSESNYA, SAYA TELAH LALUI DAN SAYA FAHAM. Situasi terburuk yang pernah saya hadapi? tersekat dalam kesesakan selama 3 jam akibat banjir kilat bersama 2 anak kecil hingga jam 10 malam.
Dalam bab car seat , TIADA ISTILAH KASIHAN DENGAN ANAK MENANGIS TAK KIRA BERAPA TERUK ATAU BERAPA LAMA ANAK NAK MENANGIS. INI SOAL NYAWA. TITIK. alasan. ber tapi, tapi.
1. ‘ Practice makes perfect ‘ Saya mengamalkan berlatih setiap hari memandu bersama anak sekitar 2 MINGGU SEBELUM saya perlu masuk kerja mengikut waktu saya patut sampai ke pejabat dan habis kerja. Percayalah, anak yang telah biasa duduk di car seat pun masih akan meminta untuk melepaskan diri sekali-sekala. Dalam isu ini, latihan demi latihan mungkin tidak akan menyempurnakan keadaan, tetapi akan amat-amat banyak memudahkan dari sudut ‘faham’ jalan. Peluang berlatih akan membuat anda faham jalan mana yang kurang berisiko dari segi kurang sesak,tidak banyak lampu isyarat dan lebih banyak tempat yang sesuai untuk memberhentikan kenderaan jika anda perlu menyusukan atau mententeramkan anak. Latihan juga memudahkan anda ‘membaca’ jika jalan yang anda pilih bakal sesak pada waktu-waktu tertentu seperti ketika murid sekolah tamat waktu persekolahan atau usai solat Jumaat. Latihan bukan sahaja membuat ibu/ayah lebih bersedia,malah anak lebih biasa dengan rutin menaiki kenderaan.
2. Rancang perjalanan anda Saya lebih suka keluar lebih awal diwaktu pagi ketika anak masih tidur. Maka, anak mungkin tidak terjaga langsung disepanjang perjalanan atau bangun ketika sudah hampir tiba ke destinasi. Buat anda yang asyik bergelut dengan anak yang pasti menangis setiap kali diletakkan didalam car seatnya, boleh mulakan dengan membawa anak menaiki kenderaan ketika dia sedang tidur. Oleh kerana tidur bukan koma,bermaksud anak masih boleh sedar dengan apa yang berlaku di sekeliling, maka perbuatan sengaja memasukkan anak ke dalam car seatnya semasa dia tidur akan membuka ruang untuk anak merasa kurang takut dengan car seatnya. Ini kerana bila anak terjaga dan masih mamai ketika didalam car seatnya, dia akan mula sedar car seatnya tidaklah seteruk yang dia sangkakan.
3. Pastikan anak selesa sebelum berjalan Susukan anak sebelum mula berjalan dan pastikan lampinnya tidak kotor. Anak yang telah kenyang dan selesa,lebih mudah untuk terlelap semasa di dalam kenderaan atau dapat kekal tenang lebih lama didalam perjalanan. Malah, ibu dapat memandu dengan lebih tenang bila menyedari kalaupun anak menangis, ia PASTI bukan kerana anak lapar atau tidak selesa dengan lampinnya. Pasang skrin penghadang cahaya untuk mengelakkan silau. Semasa berulang-alik dengan anak dahulu,kebetulan saya telah belajar ilmu mengenalpasti tangisan rutin bayi melalui kaedah Dunstan Baby Language. Ia lebih lagi menambah rasa yakin saya. Jika anak membuat bunyi tangisan lapar, ingin sendawa atau tak selesa, saya akan segera mencari tempat untuk memberhentikan kenderaan. Namun,jika anak membuat bunyi tangisan mengantuk/letih, saya hanya akan meneruskan perjalanan kerana anak pasti akan terlelap tak berapa lama kemudian.
4. Cipta suasana menarik didalam kenderaan Buat bayi di bawah 4 bulan, jika pergerakan kenderaan itu sendiri menyebabkan reflex MORO (tersentak-sentak) mereka jadi lebih teruk ketika di dalam car seat, maka bedunglah anak selepas anda kemaskan tali pinggangnya. Belajar teknik balutan bedung yang sesuai untuk tali pinggang car seat nya di kemaskan. Gantungkan permainan pada kerusi bayi. Mainan berbunyi lebih bagus. Boleh juga mainkan CD yang menarik minat anak anda. Lain anak lain kegemarannya. Bereksperimenlah. Contohnya, anak sulung saya amat gemarkankan Maher Zain. Dia pasti terdiam malah boleh langsung tertidur bila dipasangkan CD lagu Maher Zain semasa didalam kenderaan. Lain halnya dengan anak kedua saya. Suara saya paling mententeramkan. Maka, saya terpaksa bercakap-cakap dan menyanyi terus disepanjang perjalanan.
5. Usah cepat panik! Semua manusia takut, tak selesa dan perlu masa untuk terima pelajaran baru atau perubahan. Maka, SEMUA PELAJARAN BARU AKAN BUAT ANAK MENANGIS. Ini ibubapa tak boleh ubah. Sikap gelabah ibu/bapa serta cepat mengalah dengan amukan dan tangisan anak lalu menurut kehendak anak adalah HALANGAN kejayaan terbesar bagi anak. Ini ibubapa boleh ubah. Nak gabra atau tak, itu pilihan anda. Gelabah ibubapa hanya akan sampaikan mesej pengesahan kepada anak bahawa apa yang dia takuti itu adalah patut dan benar. Lalu anak akan terus mengamuk untuk membuat ibubapanya mengalah. Anak belajar dari pengalaman respon ibubapa terhadap tangisan dan kemahuannya. Ulang baca ayat ini 10x. Jika anak menangis cuba pujuk dahulu dengan kata-kata. Jika tangisan anak makin memuncak cari tempat selamat untuk berhenti angkat dan tenangkan anak. Bila sudah reda beritahu anak bahawa anda harus kembali meneruskan perjalanan dan teruskan pemanduan (untuk bayi besar-toddler. Jika bayi kecil, terus letak bila bayi kembali diam). Jika anak kembali menangis Ulang semula langkah mententeramkan anak yang sama hatta beratus kali.
Ya, ia memang akan mengambil masa. Namun faktanya, ulang dan ulang ajar itu memang SATU-SATUNYA cara anak kecil belajar. Pengulangan akan kuatkan laluan neural (memori pembelajaran) anak. As simple as that.
USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN & TIDUR BAYI
Dah diwajibkan untuk si kecil anda duduk dalam car seat tahun hadapan, jadi sekarang tugas mama papa pula nak biasakan diri anak-anak. Paling penting apa yang kita buat ini untuk keselamatan anak-anak!
Peritnya apabila diuji dengan suatu kehilangan terutamanya apabila menerima berita kematian membabitkan insan yang rapat dengan diri kita, lebih-lebih lagi melibatkan tonggak keluarga seperti suami yang telah berjanji untuk sehidup semati.
Selain itu, wanita yang kehilangan suami perlu tahu hukum-hakam tentang faraid agar dapat menuntut hak sebagai seorang isteri pada harta yang ditinggalkan suami atau bekas suami.
Peguam Syarie, Khairul Fahmi Ramli berkata, jika pasangan itu membeli rumah dalam tempoh perkahwinan sama ada dibeli oleh suami atau isteri, ia boleh dianggap sebagai harta sepencarian.
“Apabila suami beli rumah tersebut semasa tempoh perkahwinan dan suami meninggal, rumah itu dikategorikan sebagai harta pencarian dan isteri boleh membuat tuntutan berdasarkan tiga keadaan.
“Antara tiga keadaan yang membolehkan isteri menuntut rumah sebagai harta sepencarian adalah bila suaminya cerai hidup, suami disahkan berpoligami dan suami meninggal dunia (balu),” katanya dalam satu sesi siaran langsung di laman Facebook miliknya.
Tambah Khairul, jika isteri diceraikan dan berlaku kematian suami dalam tempoh iddah, wanita itu boleh membuat tuntutan terhadap harta sepencarian dan harta pusaka suami.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.