“Saya bersyukur kerana suami dan keluarganya menerima saya seikhlas hati biarpun dengan status sebagai ibu tunggal kepada dua cahaya mata.
“Kami berkenalan tidak lama, sekitar enam bulan sebelum membuat keputusan bernikah. Sepanjang mengenalinya, saya lihat suami pandai melayan anak-anak dan menerima mereka seadanya.
“Itu memang menjadi kriteria yang saya cari daripada seorang lelaki,” kata Intan Liana Saleh, 35.
Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan, selamat bernikah dengan jejaka pilihan hati, Mohd Aizam Yahya, 25.
Dengan sekali lafaz, Intan sah bergelar isteri kepada Mohd Aizam yang juga penjawat awam di sebuah premis acara di Jalan Ampang. Pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Saleh Abu dengan disaksikan lebih 100 tetamu.
Bercerita lebih lanjut mengenai perkenalan dengan suaminya, Intan yang berasal dari Segamat, Johor berkata, dia mengenali Mohd Aizam melalui seorang rakan.
Tertarik sikap pemaaf suami
Ads
Intan berkata, sudah menjadi pendiriannya mahu mencari pasangan yang dapat menerima dirinya dan anak-anak.
“Alhamdulillah keluarga mentua juga menerima saya dalam hidup mereka. Selain terpikat dengan gelagatnya pandai melayan anak-anak, saya tertarik dengan sikap suami yang pemaaf.
“Sepanjang kami berkawan, setiap hari sebelum tidur, dia hubungi saya untuk meminta maaf,” katanya.
Pernah melalui episod kegagalan rumah tangga, Intan berkata, sikap pemaaf dan mudah mengalah suaminya menguatkan lagi keyakinan untuk memilih lelaki berkenaan sebagai teman hidup.
Ads
Anak-anak faham dan seronok
Ditanya mengenai resepsi perkahwinan, Intan berkata, mereka tidak bercadang menganjurkan sebarang majlis. Malah, mereka tidak memikirkan soal berbulan madu berikutan situasi semasa penularan pandemik COVID-19.
Mengenai penerimaan anak-anak iaitu Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4, Intan berkata, mereka seronok dengan kehadiran Mohd Aizam.
Ads
Intan Liana adalah bekas isteri pemuzik Ude atau nama sebenar, Muhammad Radzi Abdul Wahid, yang sebelum ini pernah menarik perhatian ramai dengan kisah pergolakan rumah tangga mereka pada 2017.
Intan yang bercerai dengan Ude pada 2018, sempat bermadu dengan pelakon, Izreen Azminda.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, pastinya kita sendiri mengalami situasi dimana anak-anak berkelakuan pelik atau buat sesuatu yang pelik. Memang comel tapi kadang kala kita sendiri buntu lebih-lebih lagi anak mula tantrum dan marah apabila berada dalam situasi tersebut.
Percayalah, bukan anda sahaja yang melaluinya. Selagi mana ibu bapa tersebut mempunyai anak kecil,pasti mereka akan mengalami perkara yang sama.
Seperti perkongsian daripada The Little Sensory Co Ltd yang berkongsi beberapa keping gambar kelakuan si kecil yang pelik tapi comel.
Kami Tak Benarkan Dia Mandi Laut, Dia Tak Boleh Berenang & Suhu 6 degrees
Saya tak dapat ‘tutup’ cahaya matahari jadi labu dia tak dapat bercahaya
Dia nak naik bas, bas dalam TV
Saya tak benarkan dia makan bateri untuk sarapan pagi
Muka bila mama tak bagi dia pegang najisnya sendiri
Saya tak benarkan dia makan makanan kucing
Larang anak campak buku dekat muka mama
Saya bagitahu dia tak boleh masuk dalam mesin basuh pinggan
Dia nak ravioli (pasta) untuk makan malam. Saya masak ravioli untuk makan malam. Dia tak nak ravioli untuk makan malam.
Hidup sangat sukar bila anda tak dapat ambil buku yang anda nak sebab anda duduk diatasnya.
Dia nak yellow cup, jadi saya bagi dia yellow cup. Sekarang hidupnya hancur
Saya tak benarkan dia makan sampah
Bila tengok situasi seperti ini kadang-kadang nak tergelak pun ada kan memikirkan perangai si kecil?
Bagi mereka, ini sesuatu yang baru dan perlu dicuba kerana sifat mereka sendiri yang suka meneroka. Lagi pelik, lagi dia nak tahu.
Jika perbuatan tersebut boleh mendatangkan bahaya, jangan biarkan dan jelaskan kepada mereka sebaik mungkin.
Siapa sangka di sebalik ujian yang Allah bagi pada anak kecil ini, nampaknya ada ganjaran menanti. Mungkin semua ini rezeki buat Nur Khairunnisa’ Fadhilah atas kesabarannya kerana mempunyai ibu bapa yang cacat penglihatan.
Walaupun kedua ibu bapanya tak pernah melihat kecomelan wajah anak kecil ini sejak lahir, memiliki anak yang sangat memahami dan baik anugerah paling bernilai.
Sejak kisahnya tular tular di media sosial pada hari orientasi Tahun 1 baru-baru ini ternyata menjentik hati semua yang melihatnya. Biarpun belum mengenali secara dekat rata-ratanya yakin Khairunnisa dapat menjadi anak solehah dan menjaga kedua ibu bapanya dengan baik.
Disebabkan penularan kisah Khairunnisa ini, Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah berjumpa dengan keluarga ini sambil menitipkan doa agar dapat terys berbakti pada orang tuanya.
“Tersentuh hati kecil ini…Sungguh matang..”
Perjumpaan bersama dengan adik Kahirunnisa’ telah dikongsikan sendiri oleh Mufti melalui posting di laman Facebook miliknya. Mufti juga dikatakan turut meluangkan masa, bersama kedua-dua ibu bapa murid berkenaan.
Sehebat maksud namanya
Jangan lupa bawa jumpa pak cik ya!
Sebelum ini ibu Khairunnisa, Nur Suhaida Norwi, 30 pernah berkata pada Harian Metro, Nisa adalah mata dan tongkat untuk mereka berdua pergi ke mana-mana.
Faham kami buta
Nur Suhaida berkata, anak tunggalnya itu sangat memahami ‘kekurangan’ mereka untuk bergerak ke mana-mana.
“Khairunnisa membaca papan tanda dan nombor kenderaan serta bertanya orang ramai dalam setiap urusan harian kami.
“Anak ini memang anugerah Allah, dia tahu dalam usia masih muda perlu berdikari dan berdiri sendiri untuk membantu kami yang buta,” katanya.
Sejak usia 4 tahun berdikari
Menurut bapanya, Mohammad Haizir sejak berusia empat tahun, dia dan isteri sudah mengajar Khairunnisa untuk rajin bertanya orang ramai sekiranya memerlukan bantuan ketika mencari jalan.
“Setiap hari dia dan isteri akan menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) Stesen Hang Tuah hingga Stesen Sultan Ismail untuk menghantar dan menjemput Khairunnisa daripada sekolah.
“Walaupun Khairunnisa nampak matang namun usianya tetap masih muda dan sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaganya,” katanya.
Tertidur dan terus tak sedar sampailah kekurangan oksigen pada otak. Ini antara kebanyakan kes yang berkaitan keracunan gas monoksida sehingga sudah beberapa kali terjadi dan telah meragut nyawa.
Ini kerana gas yang tidak berwarna itu selalunya berlaku disebabkan kebocoran di bahagian enjin kereta sehingga pemandu atau penumpang mengalami sesak nafas.
Terhidu gas karbon monoksida
Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nur Jalilah Leyla, dia telah berkongsi kejadian yang menimpa mereka sekeluarga sehingga nyaris maut disebabkan terhidu gas monoksida di dalam kereta.
Dalam perkongsian tersebut, ibu ini memaklumkan yang tubuh anaknya tiba-tiba sahaja lembik dan mulai tidak sedarkan diri sebelum dia mengejarkannya ke hospital.
Dalam posting itu, pada awalnya dia ingatkan anak kepenatan dan tak sangka lain sebabnya. Ketika menghantar gambar pada suami untuk beritahu sedang dalam perjalanan, suami tegur nampak pucat wajah anak ketika tidur.
Badan anak lembik dan tak sedarkan diri
Kemudian anaknya mulai terjaga dan merengek namun tidak membuka mata. Tiba-tiba sahaja tubuhnya mulai lembik dan tidak menunjukkan sebarang respon sehingga mereka panik.
Ketika memberhentikan kereta dan mendapatkan bantuan, dua orang anaknya turut tidak sedarkan diri. Mujurlah mereka mulai sedar tak lama selepas itu dalam keadaan terkejut dan menangis.
Mereka dibantu oleh satu keluarga dan meminta mereka membawa kereta ke hospital dengan segera sambil mengikutinya dari belakang.
Syak ada kebocoran gas di bahagian ekzos
Dari awal individu yang membantu mereka sekeluarga mengesyaki bahawa ada kebocoran gas kerana melihat keadaan anak-anak Jalilah tiba-tiba lemah.
Alhamdulillah tindakan pantas itu menyelamatkan nyawa mereka sekeluarga dan pihak hospital mengesahkan mengalami keracunan gas karbon monoksida serta kesemua ahli keluarga dalam pemantauan doktor.
Ibarat mimpi ngeri
Jelasnya, kejadian tersebut seperti satu mimpi negeri buat mereka dan reda dengan ujian Allah.
Mujurlah mereka menyedari dari awal apa yang berlaku dan dapat menyelamatkan nyawa masing-masing terutamanya ibu dan bapa mertuanya yang memandu kenderaan.
Di akhir perkongsian tersebut, ibu ini juga mengingatkan orang ramai supaya memeriksa dahulu kenderaan sebelum memulakan perjalanan jauh kerana sebarang kejadian tidak diingini boleh berlaku andai kita cuai atau lalai.
Kebocoran yang berlaku pada ekzos selepas diperiksa.
Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Mr Richard iaitu individu yang membantu mereka ketika dalam situasi panik ini sehingga semuanya mendapat rawatan di hospital.
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.