Perkhabaran gembira dari penyanyi Elyana yang disahkan bebas kanser limfona tahap empat yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu menjadi kegembiraan tidak terucap buat anak penyanyi itu.
Anak perempuan Elyana, iaitu Cinta Sumayyah yang kini berusia 11 tahun, adalah insan paling gembira sebaik mendapat tahu ibunya pulih daripada penyakit itu.
Melalui satu petikan akhbar, Elyana berkongsi berita gembira itu kepada anak-anak sejak kelmarin selepas dimaklumkan doktor mengenai keadaan terkini kesihatannya. Selain Cinta, Elyana turut mempunyai seorang anak angkat iaitu Cahaya Ramadhani, 2 tahun.
“Alhamdulillah, anak-anak dah tahu sejak kelmarin lagi dan mereka sangat-sangat gembira, terutama Cinta sebab dia dah besar. Malah, dia juga tahu penyakit saya ini sejak masih kecil dan belum berusia setahun lagi,” kongsi Elyana.
Malah menurut kata Elyana, bukan hanya dia dan suami bahkan sejak kecil lagi, anaknya turut menerima tempias ‘struggle’ sepanjang dia menjalani rawatan 11 tahun yang lalu.
“Dia juga dah biasa kena tinggal di rumah orang iaitu rumah kawan-kawan saya yang menumpangkan dia ketika saya pergi ke hospital sejak dulu. Kadang-kadang kawan-kawan saya juga yang menghantar dan mengambilnya di sekolah. Dia turut merasa ‘struggle’ itu.
Ads
“Dia adalah insan paling gembira sehinggakan ketika saya pulang ke rumah, Cinta masih lagi bertanya betulkah bonda dah tak sakit, dah tak ada kanser lagi dalam badan bonda.
“Saya cakap pada dia, alhamdulillah dah tak ada (kanser). Ini semua sebab Cinta yang selalu solat dan doakan bonda. Jadi, saya lihat Cinta memang sangat seronok kerana dia rasa sudah mendapatkan bondanya semula macam orang lain,” katanya lagi.
Ibu kepada dua cahaya mata yang popular dengan lagu Kalis Rindu ini begitu tenang dan senang hati menjelaskan berkali-kali kepada anak kesayangannya itu bahawa dia kini semememangnya sudah pulih malah semakin sihat dan bebas dari kanser.
Nampak sihat tapi tak dapat temankan anak
Ads
Mengimbau kisahnya berjuang dengan penyakit itu selama 11 tahun, kata Elyana ada waktunya dia turut merasa sedih kerana tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak seperti ibu yang lain.
Walaupun ada ketikanya ketika bercuti, dia tidak dapat merasai nikmat bercuti bersama anak kecilnya di ketika itu.
“Dulu walaupun saya nampak sihat tapi selalunya saya tak dapat temankan dia jika ke hotel dan mandi di kolam renang.
“Saya tak dapat nak teman dia dan kadang-kadang hanya duduk di bilik kerana saya tak boleh duduk lama dan tak larat nak berjalan jauh.
“Kali ini mungkin dia mengharapkan bondanya ada perubahan. Boleh makan bersama-sama dengan dia. Kadang-kadang dia makan seorang diri di rumah sebab saya tak boleh makan dan tengok, rasa nak muntah,” katanya berkongsi.
Ads
Semoga kehidupan Elyana bersama dua cahaya matanya, Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani semakin bertambah bahagia.
Terdahulu, pada 2017, ketika menyertai program Gegar Vaganza musim keempat, Elyana membuat pendedahan mengejutkan bahawa dia menghidap kanser limfoma tahap empat.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doktor selebriti, Dr. Izzar Anwar berkongsi beberapa pesanan berkenaan penjagaan kesihatan buat semua masyarakat memandangkan sekarang ini merupakan musim hujan dan banjir.
Menurutnya, jangan bertangguh untuk mendapatkan rawatan jika terdapat sebarang gejala atau masalah kesihatan ketika musim banjir.
BANJIR & KESIHATAN
Mari doakan keselamatan dan kesihatan semua orang di Malaysia terutamanya yang sedang menghadapi musibah banjir sekarang. Banjir ni bukan sahaja merosakkan harta benda, tetapi ia juga memberi impak kepada kesihatan fizikal dan mental seseorang. Tambah-tambah lagi kita tengah menghadapi cabaran COVID-19 sekarang ni.
Buat masa sekarang, tiada bukti lagi C-19 dapat merebak melalui air termasuk air banjir. Tetapi, terdapat penyakit-penyakit yang merbahaya semasa banjir yang disebabkan oleh air tercemar seperti demam typhoid, cholera, salmonella, e. coli dan macam-macam lagi. Ini kerana air banjir ni telah dicemari oleh najis/ kotoran dari pembentungan, loji kumbahan, dll. Makanan/minuman pun boleh tercemar kalau tak bersihkan betul-betul.
Antara gejala-gejala dari penyakit makanan /air tercemar adalah cirit-birit, demam muntah, demam, dan sakit kepala.
Oleh itu:
❌ Jangan biarkan anak-anak bermain dengan air banjir
🟢 Lindungi/utamakan golongan tua, kanak-kanak, & ibu mengandung
🟢 Makan makanan yang baru dimasak semasa masih panas. Minum air yang telah dimasak/ air botol. Elak makan makanan mentah.
🟢 Jaga kebersihan diri & persekitaran.Cuci tangan sentiasa, buang sampah dengan betul.
🟢 Jumpa doktor jika bergejala demam, cirit, muntah, sakit perut etc
🟢 Jaga kesihatan fizikal & mental diri serta keluarga.
🟢 Teruskan mengambil ubat sedia ada seperti ubat kencing manis, darah tinggi, dll (jika ada). Simpan dokumen perubatan (buku ubat, buku mengandung, buku vaksinasi anak)
🟢 Patuhi SOP
Semoga kita semua tapat mengharungi dugaan banjir serta COVID-19 ini dengan selamat. Allah selamatkan kita semua. Aminn
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah ekzema yang dilalui bayi kita bukanlah perkara biasa. Tak sanggup rasanya bila melihat anak gatal-gatal dan tidak tidur malam malah menangis dan garu hingga berdarah. Ibu mana yang sanggup melihat kesengsaraan anak yang masih kecil. Jadi janganlah sapu saja ubat-ubat yang dibeli di farmasi, sebaliknya berjumpa doktor dan minta nasihat dan pendapat terbaik doktor dalam merawat masalah anak kita.
Perkongsian Dr Azie Jumaatul Adawiyah Nabir mengenai permasalahan anaknya yang berdepan masalah ekzema ini boleh ibu jadikan panduan kala berdepan masalah yang sama. Paling penting katanya, berjumpalah dengan doktor yang sepatutnya untuk merawat masalah anak kita. Jangan main sapu saja ubat yang tidak diketahui bahannya.
Saya seorang doktor, tapi saya juga faham prasaan ibu-ibu yang ada anak ekzema ni. Tiga dari 4 anak saya ada ekzema. Ada yang just on off onset, ada yang lama onset.
Tipulah kalau saya tak pernah stress handle anak-anak saya ini, saya pernah menangis bila tengok anak tak boleh tidur malam sebab gatal, garu sana sini sampai berdarah,dan tambah stress n depress bila ada sebilangan masyarakat yang memberi kerlingan dan tiba-tiba orang yang tak dikenali datang menegur saya dan berkata-kata seolah saya tak pandai jaga anak dan tak sapu ubat, bila saya bawak anak saya ni di tempat awam ie shopping mall or airport.
Anak saya yang bongsu juga tak lari dari dapat ekzema. Berdasarkan family history dari anak yang no 3, dan pengalaman-pengalaman pahit yang saya lalui masa anak saya tu kene acute eczema flare, saya cuba prevent baby boy saya dari dapat ekzema yang teruk.
So,breastfeeding exclusively dan seawal usia 2 hari saya dah mula apply pelembab pada dia siang dan malam, bila nampak kulit dia kering pakai sabun baby biasa, saya tukar pada sabun pelembab…
Cuba Semua Jenis Ubat
Hmm..tapi kuasa Allah tu lebih hebat kan…after 6weeks of life,semuanya bermula. Start dengan kulit kepala yang sangat flaky dan sedikit berbau or we call it as craddle cap, slowly kulit di muka became more dry dan on off start ada acute flare di bahagian pipi. So mulalah mencari better moisturizer. Disebabkn masih dalam pantang..semua ubat saya beli di farmasi sahaja, cetaphil, ezerra..rutin harian dia..then kulit ok..kepala, apalagi shave lah smpi botak…haha
Tapi lepas dah start keje jadi susah sikit nak jaga kulit dia sebab saya hantar dia ke nurseri..hmmm….slow-slow kulit dia jadi teruk balik, jadi makin kering, merah, berair, berbau…huhu involving the whole body dan kepala.
Sedih memang sedih sebab dah apply emmolient dan start pakai steroid cream pun jadi makin teruk sampai rasa macam failure mother…tapi alhamdulillah kawan-kawan banyak bagi support.
Rawat Sendiri
So tarik nafas dalam-dalam..saya decide amik cuti sehari dua to help him. Dari low class steroid to moderate class steroid cream/ointment semua tak jalan. At the end saya beli jugak high class steroid cream.
Mandikan dengan air suam plus bath oil for about 5-10minutes, lepas mandi..sapu antibiotic cream pada tmpt berair, after few minutes sapu steroid cream, then after few minutes sapu pelembab.
Steroid cream high n moderate class tu tak boleh pakai lama-lama..kene turunkan kepekatan lepas nampk kulit anak dah kurang tebal or merah. Alhamdulillah after 1-2 days..semuanya settle. Berbaloi amik cuti.now yang penting kene kekalkan kelembapan kulit..moisturizer n low class steroid cream once a week.
Pada ibu-ibu yang ada anak ekzema, jumpa doktor dan dapatkan pandangan doktor macamana nak rawat anak k. Kami bagi rawatan bukan sahaja based on knowledge tapi ada jugak yang bagi based on their own experience. Kalau senang amik cuti, amik lah cuti sehari dua masa tengah acute flare tu untuk tumpu pada kulit dia,sangat berbaloi…
Jangan takut dengan steroid.. Yang penting kita ikhtiar dengan bsungguh dan cara yang betul, selebihnya berserah pada Allah ok….
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Klip video berdurasi 16 saat itu menunjukkan seseorang menyuap vape kepada anak kecil tersebut sebanyak dua kali dan jelas kelihatan anak kecil tersebut seperti menahan keperitan dan mengelap mulutnya dengan cepat (rasa tidak selesa di bahagian mulut).
Video tersebut dimuatnaik di instagram ibunya dengan caption “Ada Bapak Jadi Bodoh”. Setelah mendapat kecaman Netizen, wanita tersebut menjelaskan bahawa dia memuatnaik video tersebut sekadar suka-suka.
“Kelam kabut masing-masing ya. Suka hati akulah nak post apa. Kalau rasa semak, jangan follow aku. Tak follow pun sebuk komen-komen dekat gambar aku. Anak aku, suka hati aku. Aku yang jaga dia, bodoh!”
“Stress aku. Cukup-cukuplah viralkan (video itu). Tak tahu pula boleh sampai jadi macam ni. Aku tahu aku silap di situ. Kalau aku nak bunuh anak aku, dari dia baby lagi aku dah buang. Tu saja buat video je. Harap maafkan aku. Dahlah viralkan video tu, aku stress!
“Salah satu, semua orang nampak sampai viral. Korang tak nampak ibu sendiri dia jaga macam mana. Video hanya saja-saja, tak tahu sampai viral dikecam macam ni sekali.
Rata-rata netizen berpendapat kesalahan sebegini tidak patut dibiarkan kerana perbuatan itu boleh memudaratkan anaknya. Meraih perhatian dengan menggunakan anak semata-mata untuk viral sangat tidak patut. Malah ada yang mencadangkan agar Jabatan Kebajikan Masyarakat ambil tindakan sewajarnya.
“Bukan nak pisahkan mak dengan anak, tetapi kalau dah macam ni cara gurau, harap Jabatan Kebajikan Masyarakat ambil tindakan sewajarnyalah,” kata Huda.
“Selamba je bagi anak hisap vape. Otak kau penuh asap tak apa, jangan anak sekecil itu yang tak tahu apa-apa kau sumbat mulut dia dengan vape. Buat bahan gurau? Fikir kesihatan anak, jangan fikir nak seronok-seronok saja.
“Selalu nampak video-video macam ni dari seberang, rupanya kat Malaysia. Terkedu aku! Aku paling geram orang guna budak-budak yang tak tahu apa-apa untuk dijadikan bahan lawak bodoh merepek-repek macam ni. Macam sempit sangat otak mak paknya,” – Nur Idayu.
“Kena report ni. Dia yang rakam, yang dia tak rakam? Mentang-mentang kat hospital bayar RM1, itu nilai nyawa anak dia eh?” – Syaidatul.
“Lain macam cara bergurau mak kau ni dik. Hari ini dia bergurau bagi anak hisap vape, pastu busted dekat orang baru pandai minta maaf. Esok lusa apa pula nak diguraukan. Itu pun kalau viral lagi, mungkin dia sedarlah sekejap.
Sumber video: Eykasweet
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.