Anak istimewa sememangnya berbeza dengan anak normal lain. Mak ayah perlu lebih mendalami perasaan anak kecil ini, begitu juga dengan orang-orang disekelilingnya. Janganlah merasa tidak peka dan tidak ambil peduli. Belajarlah mengenal insan istimewa ini.

Doktor selebriti, Dr Say Shazril yang mempunyai anak autisme turut terkesan dengan kes viral baru-baru ini. Malah selebriti media sosial yang satu ini turut meminta keprihatinan masyarakat kepada anak-anak istimewa. Belajar fahami mereka.

Menerusi Instagramnya, bapa kepada dua anak ini berkongsi cerita kisah anaknya, Ace yang pernah menunjukkan sifat tantrumnya di khalayak ramai.

“Dulu sebelum saya ada anak, bila saya pergi restoran & ada budak-budak bising, lari-lari, main makanan kat situ hati saya terdetik “bisingnya budak-budak ni, nak makan pun tak aman” tapi bila dah ada anak & tengok ibu bapa struggling handle anak masing-masing hati saya terdetik “i feel u mommy & daddy” sambil angguk senyum kepada mereka memahami ke-struggle-an mereka.

“Dia Suka Buka Baju, Seluar Tiba-Tiba” Dr Say Mohon Fahami Anak-Anak Istimewa!

“Saya rasa mesti ada je yang fikir macam ni kan. Pabila saya diuji mempunyai anak istimewa saya yang berumur 3 tahun didiagnose autism with speech delay, saya juga mahukan orang sekeliling saya faham keadaan anak saya ni.

“Ada kalanya dia suka bukak baju & seluar dia secara tiba-tiba, ada kalanya dia ambil mainan budak lain secara tiba-tiba & ada kalanya dia gigit orang lain secara tiba-tiba,” katanya berkongsi.

“Dia Suka Buka Baju, Seluar Tiba-Tiba” Dr Say Mohon Fahami Anak-Anak Istimewa!

IKLAN

Minta masyarakat fahami dan peka

Malah bapa kepada dua cahaya mata lelaki, Ace dan Sefrail ini turut meminta semua untuk lebih prihatin dan peka dengan anak-anak istimewa malah cuba memahami mereka.

“Jadi bila saya baca artikel di atas bila mana seorang bapa memarahi seorang anak OKU kerana anak OKU ni mencekik anaknya akibat berebut botol air, saya cukup faham apa yang ibu kepada anak OKU ni rasai.

“Kalau saya ditempat ibu itu, saya faham kenapa bapa itu memarahi anak saya kerana tak ramai orang tahu bagaimana untuk mengesan & bagaimana tingkah laku anak OKU ini.

“Mesti bapa tu berfikir “this is bad parenting & i need to teach some lesson to this boy”.

IKLAN

“This is the reason why i have been advocating on children with special needs ni. Bukan sahaja menggalakkan parents untuk check anak masing-masing sebab macam anak saya awal-awal dulu, ramai ingat dia normal only to find that he is autistic DI SAMPING TU JUGA supaya masyarakat faham how anak istimewa ni behave.

“Dia Suka Buka Baju, Seluar Tiba-Tiba” Dr Say Mohon Fahami Anak-Anak Istimewa!

“Bila kesedaran ada pada masyarakat mengenai anak istimewa ni, mereka boleh ajar anak mereka yang normal supaya turut memahami tingkah-laku kanak-kanak istimewa ni.

“Supaya tak adalah pembulian berlaku kepada kanak-kanak istimewa ni dan kanak-kanak istimewa juga mampu memperoleh ilmu di sekolah yang sama dengan kanak-kanak normal.

“Dia Suka Buka Baju, Seluar Tiba-Tiba” Dr Say Mohon Fahami Anak-Anak Istimewa!

IKLAN

“Itu sahaja niat saya kepada anak saya agar dia dapat bersekolah dengan kanak-kanak normal yang lain tanpa dibuli atau disisihkan,” kongsinya.

 

Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan

“Dia Suka Buka Baju, Seluar Tiba-Tiba” Dr Say Mohon Fahami Anak-Anak Istimewa!

Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI