Jika dahulu berdua dengan suami, penyanyi yang baru dinobatkan sebagai Vokal Terbaik di AIM baru-baru ini lebih gemar duduk di hotel sahaja, tapi demi anak kecilnya, penyanyi bersuara lantang ini sanggup berpenat demi anaknya.
Tidak hanya duduk terperuk di hotel sahaja, bahkan Ernie turut membawa anak kecilnya itu mengelilingi bandar Melaka.
Semuanya kerana kasihankan anaknya, Nur Khawla Soleha yang kini berusia tujuh bulan.
“Demi anak. Dia tak minta pun, kita je rasa sedih kalau dia duduk dalam hotel tak jalan jalan.
“Look Daddy, Eibu bawa anak jalan jalan,” tulisnya berkongsi.
Ads
Bahkan Ernie yang bercuti balik kampung ke Melaka itu turut sama membawa Khawla menaiki beca dan berjalan-jalan di sekitar bandar Melaka.
Malah kongsi Ernie lagi, dia mahu anak kecilnya itu melihat koleksi gambar mereka bercuti ketika besar kelak.
“Nama je kampung kat Melaka, tak pernah lahhhhh naik beca, digagahi jua demi anak.
Ads
“Dah besar nanti Eibu bagi la gambar ni biar dia tengok. Eibu kalau kerja, memang nak duduk hotel je tak nak keluar. Tak sangka best juga hihihi.
“Dah nama pun demi anak, Eibu yang beria ambil gambar depan Dinasour tu,” kongsi Ernie lagi.
Seronok melihat perkongsian beberapa keping gambar yang dimuatkan Ernie di Instagramnya.
Ads
Ernie dan keluarga turut sempat menaiki beca yang menjadi signiture orang Melaka.
Banyak kajian yang dilakukan membuktikan anak yang rapat dengan ayah akan membesar sebagai anak yang cerdik dan berkeyakinan bila dewasa nanti. Dalam perkembangan seorang anak, perlu diingat yang peranan ayah sama pentingnya seperti peranan ibu.
Walaupun kebanyakan anak memang rapat dengan ibu kerana ikatan telah terbina sejak dari dalam kandungan dan semasa proses menyusu tetapi tak semestinya ayah tak boleh rapat dengan anak.
Salah satu kajian yang dilakukan oleh Father Involvement mendapati ikatan yang erat antara anak dan ayah akan melahirkan anak yang cerdik dibandingkan dengan anak yang langsung tidak rapat dengan ayah atau hanya rapat dengan salah seorang daripada orang tuanya.
Walaupun sibuk dengan kerja, ayah janganlah balik ke rumah tanpa mampu melemparkan senyuman atau bertanya khabar pada si kecil. Mereka sangat menantikan kepulangan ayah dari kerja untuk bercerita banyak perkara yang berlaku pada hari tersebut.
TIP ERATKAN HUBUNGAN DENGAN ANAK
Kualiti masa lebih penting berbanding kuantiti. Itu jika anda seorang ayah yang sangat sibuk. Pastikan anda menyediakan waktu khusus untuk anak antara 20 hingga 30 minit sehari untuk bonding time. Masa ini anda buatlah apa aktiviti yang anak suka. Kegembiraan yang mereka alami dalam jangka masa yang singkat tapi berkualiti ini mampu memberikan kesan positif dalam diri mereka.
2. Tak perlu kos yang mahal atau perjalanan yang jauh
Untuk menghabiskan masa berkualiti bersama anak tak semestinya anda perlu merancang percutian ke tempat yang jauh dan pastinya memerlukan kos yang mahal dan perjalanan yang panjang. Kadang-kala aktiviti membasuh kereta di depan rumah pun dah boleh menjadikan anak gembira kerana dapat bersama ayah. Paling penting masa bersama si kecil.
3. Bermain dan bersiar-siar bersama adalah saat yang dinantikan oleh anak
Jadikan masa hujung minggu sebagai waktu untuk bermain dan bersiar-siar dengan anak. Mungkin anda boleh pilih waktu awal pagi untuk keluar beriadah di taman. Bermain bola sepak, main kejar-kejar, layan si kecil bermain di taman permainan sambil melihat keindahan alam semula jadi adalah waktu berharga yang sangat disukai oleh anak. Selain mengeratkan hubungan ayah dan anak, mereka juga boleh belajar mengenali pelbagai jenis haiwan dan tumbuh-tumbahan.
4. Sentiasa peluk anak
Anak yang sentiasa dipeluk lebih tenang, kurang degil, dengar cakap dan ceria, jadi ayah pastikan anda sentiasa peluk anak setiap hari. Pelukan dari seorang ayah akan merembeskan sejenis hormon oksitoksin di mana sel saraf pada badan akan memberi isyarat kepada otak untuk berada dalam keadaan tenang. Pelukan kepada anak lelaki akan membantu ia mengurangkan perlakuan agresif selain bagus untuk perkembangan IQ mereka.
5. Berbual dengan anak
Pernah tak ayah berbual dengan anak? Walaupun ayah sibuk tapi carilah masa untuk berbual-bual dengan anak. Ayah boleh bercerita hal-hal berkaitan pembentukan karektor diri anak. Daripada ayah, anak belajar tentang disiplin, keyakinan diri, skil kemahiran hidup dan bagaimana menjadi individu yang berani dengan cabaran hidup.
6. Dengar cerita anak
Anak-anak memang suka bercerita. Walaupun kadang-kala kita tak berapa faham dengan cerita si kecil tapi cubalah layan dan memberikan respon pada ceritanya. Ayah, tolong letak seketika handphone dan beri tumpuan pada cerita anak. Ia penting untuk membina keyakinan diri anak meluahkan perasaannya.
7. Sesekali keluar berdua dengan anak
Mungkin ramai ayah yang tak yakin untuk keluar berduaan dengan anak sahaja. Tapi tak salah cuba cara ini sebagai salah satu kaedah merapatkan hubungan. Sesekali cuba bawa anak anda keluar tanpa ibu mereka bersama. Selain anda dapat meluangkan masa bersama, cara ini juga membantu ayah menjadi lebih cekap menguruskan keperluan anak. Kalau tak confident, cuba keluar dengan anak dalam masa sekejap dan tempat yang tak jauh. Bila dah okay mungkin boleh keluar lebih lama dan ke lokasi yang jauh sedikit dari rumah.
8. Uruskan keperluan anak
Sebaiknya mulakan sejak anak masih bayi. Walaupun kekok sebab pertama kali bergelar ayah tapi berusahalah untuk belajar menguruskan keperluan si manja. Percayalah, seorang ayah punya cara dan kehebatan tersendiri menguruskan keperluan si manja walaupun mungkin kali pertama boleh jadi kelam-kabut.
Membina ikatan erat bukanlah satu perkara yang mudah dan cepat. Ia mengambil masa yang lama dan memerlukan kesabaran. Paling penting anda tidak mudah berputus asa untuk terus rapatkan diri dengan anak. Ingatlah, peranan ayah sangat penting dalam perkembangan karektor seorang anak.
Sama macam kita yang kepenatan di rumah, anak pun ada waktunya dia penat dan buntu. Walau dari luar kita nampak anak bertenaga dan aktif namun dia juga sama seperti kita, mindanya tetap kepenatan.
Menurut perkongsian En Mohd Fhais Salim, sesekali berilah anak ruang untuk dirinya sendiri dan inilah sebaiknya yang harus dilakukan pada anak kita.
Anak kita pun tahu penat. Ini hakikat, walau dari luaran anak kita ni nampak macam bertenaga unlimited, tapi hakikatnya ia sangat-sangat limited di dalamannya.
– Sekali sekala anak kita perlu di biarkan buat apa yang mereka suka. Itu la yang akan buat jiwanya rasa hidup.
– Sekali sekala anak kita perlu di beri pilihan untuk memilih. Baik dari segi makanan ataupun pakaian. Itu la yang akan buat anak kita rasa tidak terkongkong hidupnya.
– Sekali sekala bila nampak anak kita buat kesalahan, kita sabar dan terus peluk dia. Itu la yang akan buat anak faham bahawa kita sayang dia tanpa bersyarat.
– Sekali sekala kita kena biarkan anak kita jadi budak-budak. Hidup tanpa stress, aturan dan kekangan yang melampau. Itu yang akan buat dia lebih bahagia pada kehidupannya.
– Sekali sekala kita kena letak jauh jauh High Expectation pada anak kerana itu la punca kita cepat penat dengan anak, dan anak cepat penat dengan kita.
– Sekali sekala kena empati pada ketidaksempurnaan anak kita. Itu la bukti besar yang kita memahami anak kita sendiri.
– Sekali sekala kita kena percaya pada kemampuan anak kita lebih dari kita percaya pada kelemahannya. Itu la yang akan beri kita dorongan ( drive ) untuk lebih membantu anak jadi berjaya.
Bila anak rasa penat, kita la tempat dia berehat dan bersandar refresh tenaganya. Tanpa kita, longlai la mereka kelak.
Wallahu A’lam,
~ Mohd Fhais Salim ~
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjaga anak-anak memang tak mudah, anak lelaki atau anak perempuan keduanya mempunyai cabaran tersendiri yang perlu ayah dan ibu tempuhi. Malah setiap ibu bapa pastinya mempunyai pendekatan dan cara yang berbeza dalam mendidik anak-anak untuk menjadikan mereka insan yang baik pada masa hadapan.ja
Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif tentang rahsia sang gadis untuk si ayah ambil tahu ini boleh dijadikan panduan untuk membesarkan mereka. Nak besarkan anak-anak memang macam-macam ragam, yang penting sebagai ibu ayah kita pandai tacle dan faham dengan dunia mereka.
#1 Mereka tengok cara anda layan ibu mereka
Sesekali tu wajar juga untuk suami isteri berbalah di depan anak kita dengn syarat bertikam lidah dengan cara yang terbaik.
Tidak meninggi suara, berbincang dengan tenang dan gunakan bahasa yang sopan. Dari situ lah anak perempuan kita belajar tentang Conflict Resolution.
#2 Mereka nak rasa keberadaan ayahnya
Sosok ayah ni biasanya seorang yang workaholic dan sangat fokus pada kerja masing masing.
Sesekali tu, kena lah tinggalkan sebentar kerja kita. Layan anak kita sepenuhnya. Tak perlu lama. Cukup 15 minit untuk satu kali sesi pun dah memadai untuk penuhkan tangki emosi anak perempuan. Peluk cium je mereka dan pandang tepat ke anak mata mereka. Itu pun dah boleh membuatkan jiwa mereka terisi sepenuhnya!
” She cares about spending time with you. Playing with you. Being with you! ”
#3 Mereka nak kita faham dunia mereka
Lebih lebih lagi anak perempuan yang remaja, mereka nak ayahnya kenal dunia mereka.
Cuba sensitif dengan isu dan trend terkini, tak terlalu rigid dengan pendapat sendiri dan cuba fahami dunia daripada kacamata anak anak perempuan kita.
InsyaAllah anak perempuan kita akan rasa lebih difahami dan didengari. Barulah senang mereka nak dinasihati!
#4 Mereka nak kita lindung mereka
Walaupun anak perempuan kita mungkin tak suka dikongkong tetapi mereka masih perlukan seorang pelindung!
Pelindung yang mereka idamkan adalah pelindung yang boleh mendengar cerita mereka, memberi kata kata yang membangun jiwa dan menjadi orang yang pertama yang bersama ketika jatuh bangun mereka.
#5 Mereka nak ayahnya penjadi Pengkagum Nombor 1 mereka
Mereka akan makin bersemangat jika ayahnya ‘perasan’ dan acknowledge pencapaian mereka.
Mereka nak kita bagi pujian ikhlas daripada hati dan mereka nak kita rasa terharu dengan usaha dan penat lelah mereka berkorban untuk banggakan kita.
Menangislah dengan penuh bangga di depan anak perempuan di atas penat lelah mereka untuk membanggakan kita kerana tangisan kebanggaan seorang ayah adalah hadiah paling indah!
Terima kasih pada semua suami & ayah di seluruh dunia! You are awesome!
Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih. Penemuan mangsa membawa kelegaan kepada keluarga dan rakyat Malaysia yang mengikuti operasi pencarian sejak hari pertama.