“Dialah Pekin Sebenar.” Mona Allen Pilih Nama Petra Pekin Untuk Anak Lelakinya

Share

Pelakon dan pengarah, Mohd Iznan Ibrahim atau Pekin mengakui bahawa dirinya berasa sangat gembira apabila isteri tercintanya, Mona Allen selamat melahirkan anak lelaki pertama pada sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-65 pada 31 Ogos 2022.

“Tapi, pada waktu yang sama saya kasihan melihat Mona waktu melahirkan anak kami. Saya berada bersama sepanjang proses itu.

“Dari awal keluar, saya melihat proses itu. Doktor juga bagi kebenaran untuk saya memotong tali pusat bayi, cucikan bayi serta azankan dia di telinga,” katanya.

Menurut Pekin, Mona Allen selamat melahirkan Petra Pekin di Hospital Andorra, sekitar jam 2.39 pagi. Bayi seberat 2.7kilogram itu, dilahirkan secara normal.

“Alhamdulillah, baik Mona mahu pun bayi kami, kedua-duanya berada di dalam keadaan sihat,” katanya.

Jelas Pekin lagi, dia sebenarnya tidak menyangka Mona akan melahirkan bayi mereka itu dengan cepat sekali.

“Paling tidak disangka bila bayi kami dilahirkan pada Hari Merdeka. Rasa macam tidak percaya pula ia baby merdeka.

“Kalau hendak diikutkan tempoh bersalin Mona lambat lagi. Tapi, malam sebelum baby keluar,  sekitar jam 9.00, saya terpaksa hantar dia ke hospital.

“Kemudiaan doktor memberitahu bahawa dah sampai masanya untuk Mona bersalin. Padahal sebelum, tak nampak pun sebarang tanda-tanda dia akan beranak. Dia (Mona) siap boleh sembang-sembang dan gelak-gelak.

“Agaknya baby tu tak sabar nak keluar kot, sebab nak laungkan merdeka,” katanya.

Terdahulu, Mona telah memuat naik posting Instagram Story bahawa dia telah selamat melahirkan bayi sulungnya itu.

“Alhamdulillah, terima kasih atas doa anda. Mummy dan baby selamat. Baby Merdeka lahir pada pukul 2.39 pagi tadi,” tulis Mona menerusi pautan IG story.

“Dialah PEKIN sebenar..”

Sementara itu, Mona Allen juga turut berkongsi nama anak lelakinya itu Petra Pekin bin Mohd Iznan.

“Welcome home anakku..PETRA PEKIN BIN MOHD IZNAN. Daddy & Mummy love you”

Kredit: Getaran & IG Mona Allen

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

IKLAN