Ads

Diana Aleesa Juara Dunia! Anak Cilik 8 Tahun Harumkan Nama Malaysia Di Itali

Tahun lalu, dia gagal melepasi pusingan awal pertandingan. Tahun ini pula, dia hanya berada di kedudukan ke-335 di Malaysia, malah tidak berjaya melayakkan diri secara terus ke peringkat akhir dunia.

Namun, siapa sangka kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ini akhirnya berjaya mencipta kejutan apabila dinobatkan sebagai juara dunia pertandingan HIPPO English Without Borders World Finals 2026 di Itali dengan markah luar biasa 99.19 peratus!

Itulah kisah penuh inspirasi Diana Aleesa, anak Malaysia yang membuktikan bahawa kegagalan pertama bukanlah penamat segala-galanya.

Daripada Malaysia ke Romania, sebelum meneruskan perjuangan ke Itali, perjalanan Diana bukan mudah. Ada kekecewaan, pengorbanan, latihan dan peluang kedua yang akhirnya mengubah segalanya.

Lebih istimewa, Diana yang dilahirkan pada 31 Ogos, bersempena Hari Kebangsaan, kini berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Diana Aleesa Bermula Di Tangga Ke-335 Selepas Gagal Pusingan Awal

Diana Aleesa Juara Dunia! Anak Cilik 8 Tahun Harumkan Nama Malaysia Di Itali

Menerusi perkongsian bapanya, Fareez Shahfiqar, perjalanan Diana dalam pertandingan bahasa Inggeris berprestij itu sebenarnya bermula dengan pelbagai cabaran.

Apa yang ramai tidak tahu, pada tahun sebelumnya, Diana langsung tidak berjaya melepasi pusingan awal pertandingan.

Namun, pengalaman tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba.

Apabila menyertai pertandingan tahun ini, Diana memulakan perjalanan dengan berada di kedudukan ke-335 dalam keputusan awal kategori Baby Hippo di Malaysia.

Ketika melangkah ke peringkat akhir kebangsaan, dia memperoleh 61 markah daripada keseluruhan 75 markah, sekali gus tidak layak secara terus ke World Finals.

Bagi sesetengah kanak-kanak, keputusan sebegitu mungkin membuatkan mereka kecewa dan hilang keyakinan.

Namun, ibu ayah Diana memilih untuk melihat kegagalan sebagai peluang memperbaiki diri.

Menurut bapanya, mereka memberi tumpuan kepada tiga perkara penting sepanjang perjalanan Diana, iaitu daya tahan menghadapi cabaran, keyakinan diri dan usaha memperbaiki kemampuan walaupun hanya satu peratus setiap hari.

Artikel Trending: Jerebu Sangat Berbahaya Kepada Bayi, KKM Beri Amaran Ibu Ayah Jangan Ambil Mudah!

Artikel Trending: Wanita Wajah Cantik Lebih Ramai Anak, Ini Fakta Kajian Saintis Yang Ramai Tak Tahu

Arttikel Trending: Bella & Syed Saddiq Kahwin, Ramai Nak Tahu Status Mahram & Aurat Anak Tiri, No. 7 Paling Ramai Tak Tahu!

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Ads

Ke Romania, Menang Dengan Kelebihan Satu Mata!

Selepas tidak berjaya mendapat tempat secara terus ke peringkat akhir dunia, Diana bersama keluarganya mengambil keputusan untuk meneruskan perjuangan ke Romania.

Di sana, Diana menyertai pusingan Play-Off yang menjadi peluang kedua untuknya merebut tiket ke World Finals.

Siapa sangka, usaha itu akhirnya membuahkan hasil apabila Diana berjaya meraih tempat pertama dengan kelebihan hanya SATU mata berbanding pesaing terdekatnya!

Kemenangan tipis tersebut cukup bermakna kerana membuka peluang buat Diana untuk meneruskan perjalanan ke Itali.

Bayangkan, daripada gagal melayakkan diri secara terus di Malaysia, akhirnya satu mata menjadi penentu yang membawa anak kecil ini selangkah lebih dekat kepada impian besarnya.

Di Itali, Diana Aleesa Dinobatkan Juara Dunia Dengan 99.19 Peratus!

Diana Aleesa Juara Dunia! Anak Cilik 8 Tahun Harumkan Nama Malaysia Di Itali

Perjalanan Diana mencapai kemuncaknya apabila dia menyertai HIPPO English Without Borders World Finals 2026 yang berlangsung di Spoleto, Itali.

Bersaing dengan peserta antarabangsa dalam kategori Baby Hippo, Diana akhirnya berjaya melakukan sesuatu yang cukup membanggakan.

Dia muncul juara dunia dengan pencapaian sebanyak 99.19 peratus!

Lebih membanggakan, menurut perkongsian bapanya, hanya dua peserta Malaysia berjaya meraih tempat pertama dalam keseluruhan kategori pertandingan tersebut dan Diana merupakan salah seorang daripadanya.

Daripada gagal di pusingan awal tahun lalu, berada di kedudukan ke-335 di Malaysia, menang tipis di Romania, akhirnya Diana berjaya menduduki tempat pertama dunia.

Kejayaan ini membuktikan bahawa seseorang anak tidak semestinya perlu menjadi yang terbaik sejak awal untuk mencapai kejayaan luar biasa.

Ads

Untuk makluman, Baby Hippo merupakan salah satu kategori dalam pertandingan antarabangsa HIPPO English Without Borders Olympiad yang dikhususkan kepada peserta sekolah rendah berusia muda.

Pertandingan ini menguji penguasaan bahasa Inggeris kanak-kanak, termasuk kemahiran membaca, mendengar serta pemahaman kosa kata dan tatabahasa. Peserta yang berjaya melepasi peringkat kelayakan berpeluang bersaing dengan wakil negara lain di pentas antarabangsa.

Lahir Pada Hari Merdeka, Kini Bawa Nama Malaysia Ke Pentas Dunia!

Diana Aleesa Juara Dunia! Anak Cilik 8 Tahun Harumkan Nama Malaysia Di Itali

Satu lagi perkara yang menjadikan kisah Diana cukup istimewa ialah tarikh kelahirannya pada 31 Ogos, bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.

Sejak kecil, Diana menjadi ‘Anak Merdeka’ kesayangan keluarganya.

Kini, anak kecil yang lahir pada hari bersejarah negara itu berjaya berdiri di pentas antarabangsa dan membawa pulang gelaran juara dunia untuk Malaysia.

Bagi bapanya, tiada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaan apabila menyaksikan sendiri anak perempuannya meraih kejayaan tersebut.

Di sebalik trofi dan markah yang cemerlang, beliau lebih berbangga dengan keberanian Diana untuk terus mencuba meskipun pernah gagal.

Sebagai ibu ayah, mereka menyaksikan sendiri usaha, rasa gementar, kesilapan serta kesungguhan Diana sepanjang perjalanan tersebut.

Cempaka Schools Turut Raikan Kejayaan Diana Aleesa

Kejayaan membanggakan itu turut diraikan oleh pihak Cempaka Schools, sekolah tempat Diana menimba ilmu.

Keluarganya merakamkan penghargaan kepada barisan guru dan komuniti sekolah yang sentiasa memberikan sokongan dalam perkembangan pembelajaran Diana.

Menurut mereka, di sebalik setiap pencapaian kanak-kanak, terdapat persekitaran yang membantu mereka belajar, meneroka, berkomunikasi dan paling penting, percaya kepada kebolehan diri sendiri.

Ads

Sokongan guru, keluarga serta individu sekeliling turut memainkan peranan besar dalam membentuk keyakinan Diana untuk berani bersaing di pentas antarabangsa.

Keluarganya berharap kejayaan Diana menjadi inspirasi kepada murid lain untuk terus belajar, mencuba dan tidak takut memasang impian besar.

Bapa Harap Kejayaan Anak Malaysia Diberi Perhatian

Dalam kegembiraan meraikan kejayaan tersebut, Fareez turut meluahkan harapan agar pencapaian kanak-kanak Malaysia di pentas antarabangsa mendapat perhatian sewajarnya.

Menurutnya, mereka telah menghubungi beberapa wakil kerajaan dan organisasi media untuk berkongsi kejayaan Diana, namun sebahagiannya masih belum memberikan maklum balas.

Beliau menegaskan bahawa usaha berkongsi kisah Diana bukan bertujuan menjadikan anaknya terkenal.

Sebaliknya, beliau mahu kanak-kanak lain yang pernah gagal mengetahui bahawa satu keputusan tidak menentukan masa depan mereka.

Pada masa sama, beliau turut menghargai sokongan serta pengiktirafan yang diterima daripada Kedutaan Malaysia di Rom dan pihak di Spoleto, Itali.

Tak Perlu Bermula Sebagai Nombor Satu Untuk Jadi Juara!

Kisah Diana sebenarnya membawa mesej yang cukup dekat dengan hati setiap ibu ayah.

Kadangkala, kita terlalu risau apabila anak tidak mendapat keputusan cemerlang, gagal dalam pertandingan atau dilihat ketinggalan berbanding rakan sebaya.

Namun, perjalanan Diana membuktikan setiap anak mempunyai masa dan peluang tersendiri untuk menyerlah.

Apa yang penting bukan sekadar keputusan akhir, tetapi bagaimana anak belajar menghadapi kegagalan, membina keyakinan dan terus memperbaiki diri.

Daripada gagal pusingan awal, berada di tangga ke-335, menang dengan kelebihan satu mata sehinggalah muncul juara dunia dengan markah 99.19 peratus, Diana membuktikan bahawa usaha berterusan mampu membawa perubahan besar.

Tidak perlu bermula sebagai nombor satu untuk akhirnya menjadi nombor satu.

Tahniah Diana Aleesa! Semoga kejayaan ‘Anak Merdeka’ ini menjadi inspirasi buat lebih ramai anak Malaysia untuk terus belajar, berani mencuba dan tidak mudah berputus asa.

Sumber: Fareez MF

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Masalah Pencernaan Ketika Hamil: 4 Gejala Yang Ibu Wajib Tahu!

Masalah pencernaan ketika hamil seperti loya, kembung, pedih ulu hati dan sembelit sering mengganggu ibu. Ketahui punca, cara mengatasi dan tanda bahaya.