Ads

Masalah Pencernaan Ketika Hamil: 4 Gejala Yang Ibu Wajib Tahu!

Baru nak menikmati sarapan, tiba-tiba tekak rasa loya. Lepas makan tengah hari, perut pula terasa penuh dan berangin. Bila malam, dada mula rasa panas sampai susah hendak tidur dengan selesa.

Bagi sesetengah ibu hamil, situasi ini bukan perkara asing. Walaupun teruja menantikan kelahiran si kecil, perubahan yang berlaku pada tubuh sepanjang kehamilan kadangkala membuatkan ibu kurang selesa, terutama apabila melibatkan masalah pencernaan ketika hamil.

Loya, muntah, perut kembung, pedih ulu hati dan sembelit antara masalah yang kerap dialami wanita hamil. Ada yang mengalaminya pada awal kehamilan, manakala sebahagian lagi mula berdepan ketidakselesaan apabila kandungan semakin membesar.

Sebenarnya, perubahan hormon ketika hamil boleh memperlahankan pergerakan makanan dalam sistem pencernaan. Rahim yang semakin membesar juga boleh memberi tekanan kepada perut sehingga menyebabkan beberapa gejala menjadi lebih ketara.

Walaupun kebanyakan masalah ini boleh dikurangkan dengan perubahan pemakanan dan rutin harian, ibu tetap perlu tahu cara menguruskannya supaya tidak mengganggu kesihatan serta aktiviti seharian.

4 Masalah Pencernaan Ketika Hamil Yang Ibu Perlu Tahu

Masalah Pencernaan Ketika Hamil: 4 Gejala Yang Ibu Wajib Tahu!

1. Loya Dan Muntah, Bukan Waktu Pagi Sahaja!

Ramai ibu menganggap alahan ketika hamil hanya berlaku pada waktu pagi. Hakikatnya, rasa loya dan muntah atau morning sickness boleh menyerang pada bila-bila masa, termasuk waktu malam.

Keadaan ini biasanya bermula pada awal kehamilan dan bagi kebanyakan wanita, gejalanya beransur pulih menjelang minggu ke-16 hingga ke-20.

Perubahan hormon kehamilan dipercayai memainkan peranan penting dalam menyebabkan rasa mual. Malah, ada ibu yang tidak tahan menghidu bau makanan tertentu walaupun sebelum ini makanan tersebut menjadi kegemarannya.

Cara mengurangkan rasa loya:

Cuba makan dalam kuantiti kecil tetapi lebih kerap. Ibu juga boleh mengambil biskut tawar atau roti bakar sebelum bangun daripada katil pada waktu pagi.

Elakkan makanan terlalu berminyak atau makanan yang baunya mencetuskan rasa mual. Pastikan ibu minum air dengan kerap dalam kuantiti sedikit demi sedikit bagi mengelakkan dehidrasi.

Jika muntah terlalu kerap sehingga sukar makan atau minum, jangan anggap ia sekadar alahan biasa. Ibu perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.

Artikel Trending: Jerebu Sangat Berbahaya Kepada Bayi, KKM Beri Amaran Ibu Ayah Jangan Ambil Mudah!

Artikel Trending: Wanita Wajah Cantik Lebih Ramai Anak, Ini Fakta Kajian Saintis Yang Ramai Tak Tahu

Arttikel Trending: Bella & Syed Saddiq Kahwin, Ramai Nak Tahu Status Mahram & Aurat Anak Tiri, No. 7 Paling Ramai Tak Tahu!

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Ads

2. Perut Kembung, Makan Sedikit Pun Rasa Penuh

Pernah tak ibu rasa perut terlalu penuh walaupun baru makan beberapa suap? Ada masanya perut terasa tegang, banyak sendawa atau kerap membuang angin.

Masalah kembung perut boleh berlaku kerana perubahan hormon progesteron yang menyebabkan pergerakan sistem pencernaan menjadi lebih perlahan.

Apabila makanan bergerak lebih perlahan melalui usus, gas juga boleh terkumpul dan menyebabkan perut terasa kurang selesa.

Tabiat makan terlalu cepat atau minum minuman berkarbonat juga boleh memburukkan keadaan.

Cara mengurangkan perut kembung:

Biasakan makan secara perlahan dan kunyah makanan sehingga lumat. Daripada mengambil hidangan yang terlalu banyak sekali gus, lebih baik bahagikan kepada beberapa hidangan kecil.

Ibu juga boleh mengenal pasti makanan yang menyebabkan perut mudah berangin. Tidak semestinya perlu mengelakkan semua jenis makanan tertentu kerana kesannya berbeza bagi setiap individu.

Jika keadaan kehamilan mengizinkan, aktiviti ringan seperti berjalan kaki juga boleh membantu melancarkan sistem pencernaan.

3. Pedih Hulu Hati, Rasa Panas Sampai Ke Dada

Satu lagi masalah yang sering mengganggu ibu hamil ialah pedih ulu hati atau heartburn.

Keadaan ini menyebabkan rasa panas atau terbakar pada bahagian dada, terutama selepas makan. Ada juga ibu yang mengalami rasa masam di dalam mulut apabila asid perut naik semula ke saluran makanan.

Ketika hamil, hormon progesteron boleh menyebabkan otot yang mengawal laluan antara perut dan esofagus menjadi lebih relaks.

Ads

Dalam masa sama, rahim yang semakin membesar turut memberi tekanan kepada perut. Gabungan kedua-dua keadaan ini menjadikan asid lebih mudah naik semula ke esofagus.

Cara mengurangkan pedih ulu hati:

Elakkan makan terlalu banyak dalam satu masa, terutama sebelum tidur. Sebaiknya, beri jarak kira-kira tiga jam antara waktu makan terakhir dengan waktu tidur.

Kurangkan makanan pedas, berlemak atau minuman berkafein jika ia mencetuskan gejala. Ibu juga digalakkan duduk tegak ketika makan dan tidak terus berbaring selepas selesai makan.

Jika pedih ulu hati terlalu mengganggu, dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi tentang ubat yang sesuai digunakan ketika hamil.

4. Sembelit, Dah Lama Dalam Tandas Tapi Masih Susah Buang Air Besar

Masalah sembelit juga boleh membuatkan ibu hamil berasa tidak selesa, terutama apabila terpaksa meneran setiap kali membuang air besar.

Ketika hamil, perubahan hormon boleh memperlahankan pergerakan usus, menyebabkan najis menjadi lebih keras dan sukar dikeluarkan.

Pengambilan suplemen zat besi juga boleh menyebabkan sesetengah ibu mengalami sembelit.

Jika masalah ini berlarutan dan ibu kerap meneran, risiko mengalami buasir turut meningkat.

Cara mengatasi sembelit:

Pastikan ibu mengambil makanan tinggi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, oat dan bijirin penuh.

Ads

Dalam masa sama, banyakkan minum air kosong kerana pengambilan serat perlu disertai cecair yang mencukupi untuk membantu melembutkan najis.

Aktiviti fizikal ringan seperti berjalan kaki juga dapat membantu pergerakan usus. Jangan biasakan diri menahan keinginan untuk membuang air besar.

Sekiranya sembelit masih berterusan, berbincang dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Jangan hentikan suplemen zat besi yang dipreskripsikan tanpa nasihat doktor.

Masalah Pencernaan Ketika Hamil: Bila Perlu Jumpa Doktor?

Walaupun masalah pencernaan biasa berlaku sepanjang kehamilan, ada beberapa keadaan yang tidak boleh dipandang ringan.

Ibu perlu mendapatkan pemeriksaan segera sekiranya muntah berterusan sehingga tidak mampu mengekalkan makanan atau minuman, air kencing menjadi terlalu gelap, kurang membuang air kecil atau mengalami pening dan lemah yang ketara.

Begitu juga jika sakit perut terlalu kuat, tidak reda selepas berehat atau disertai pendarahan faraj.

Lebih penting, sakit yang teruk pada bahagian atas perut, terutama di bawah tulang rusuk, bersama sakit kepala yang kuat atau gangguan penglihatan boleh menjadi tanda masalah serius seperti praeklampsia. Keadaan ini memerlukan penilaian perubatan segera.

Artikel Trending: STR 2027: Bantuan Hingga RM150 Sebulan, Keluarga Anda Layak Terima Berapa? Ini Syarat & Tarikh Penting Permohonan

Artikel Trending: KKM Dedah Penyakit Berkaitan Jerebu Meningkat, Amaran Bahaya Untuk Kanak-Kanak & Warga Emas

Artikel Trending: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Ingat, bukan semua ketidakselesaan ketika hamil boleh dianggap sebagai perubahan hormon semata-mata.

Setiap ibu mempunyai pengalaman kehamilan yang berbeza. Apa yang berkesan untuk seorang ibu mungkin tidak memberikan kesan yang sama kepada ibu lain.

Jadi, jangan paksa diri menahan kesakitan atau ketidakselesaan yang berpanjangan. Pemakanan seimbang, rehat mencukupi dan pemeriksaan antenatal secara berkala penting untuk membantu ibu melalui kehamilan dengan lebih selesa.

 

Sumber: NHS1 NHS2

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Nu Ideaktiv Kini Dikenali Sebagai seeNI, Buka Lebih Banyak Peluang Kerjasama Baharu!

Nu Ideaktiv Kini Dikenali Sebagai seeNI, Buka Lebih Banyak Peluang Kerjasama...

seeNI tampil sebagai identiti baharu Nu Ideaktiv, membuka peluang kerjasama media, kandungan digital, bakat kreatif dan komersial menjelang 2027.