Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul begitulah nasib seorang Ibu dan anak-anak kecil yang terpaksa tidur dalam kereta setelah diceraikan suami dan diusir pula oleh tuan rumah kerana sewa tertunggak. Kisah ini tular melalui perkongsian dari facebook Uncle Kentang dan juga laman rasmi Lembaga Zakat Selangor.
Menurut perkongsian daripada laman rasmi Lembaga Zakat Selangor, ibu muda tersebut berusia 30 tahun tinggal di dalam kereta bersama 6 orang anak berumur 14, 10, 8, 3, 2 dan 5 bulan di stesen minyak Rasa, Hulu Selangor dan menumpang mandi di tandas stesen tersebut.
Dalam Proses Penceraian
Dia sedang dalam proses penceraian kerana kes ditangguhkan kerana PKP. Suami tidak pulang ke rumah lebih 4 bulan sejak penghujung bulan Februari 2020.
Diberhentikan Majikan Sejak Mac 2020 Kerana PKP
Ketika ini, dia tidak mempunyai pekerjaan setelah diberhentikan oleh majikan sejak Mac 2020 kerana PKP. Sepanjang PKP dia pulang ke kampung di Temerloh, Pahang.
Ads
Tuan Rumah Meminta Keluar Dari Rumah Sewa
Ibarat jatuh ditimpa tangga. Dia pulang dari kampung, tuan rumah pula meminta beliau keluar dari rumah sewanya. Sewa rumah tertunggak, tidak dibayar oleh ketua keluarga.
Disahkan Hidap Kanser Payudara
Ujian demi ujian menimpa. Dia pula disyaki menghidapi kanser payudara tetapi belum menerima rawatan susulan lagi.
Ads
Anak-Anak Hidap Jantung & Kanser
Manakala anak yang berumur 2 tahun mempunyai masalah jantung berlubang dan masih menerima rawatan susulan di Hospital Serdang 2 kali setahun.
Anak yang berumur 5 bulan pula menghidapi ketumbuhan di leher namun belum dapat dikenalpasti. Rawatan susulan di Hospital Selayang.
Ads
Buat Masa Ini Ditempatkan Di Hotel Sekitar Bukit Beruntung
Terkini dia dan anak-anak ditempatkan di sebuah hotel di Bukit Beruntung yang dibiayai oleh NGO Darul Jariyah.
Zakat Selangor menyalurkan sumbangan kecemasan RM500 bagi menampung keperluan pemohon dan anak-anak sementara menunggu bantuan susulan dalam masa terdekat.
Hasil bancian mendapati, dia layak didaftarkan sebagai asnaf fakir.
Antara bantuan yang akan disalurkan:
1. Deposit dan sewa bulanan rumah
2. Bantuan Kewangan Bulanan
3. Bantuan Makanan Bulanan
4. Bantuan Perubatan (rawatan bulanan)
Kredit: Ustaz Muhammad Haziq, LZS Cawangan Hulu Selangor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kita sibuk bergembira meraikan hari raya dengan baju baru, rumah cantik, perhiasan rumah baru masih ada lagi yang tetap bersyukur meraikan hari raya walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Menurut perkongsian daripada pengguna Facebook, Tuan Abd Ghani Haron dia berkongsi sebuah cerita dimana sepasang suami isteri yang serba kekurangan sedang memilih baju terpakai buat anaknya kerana mereka tidak mampu.
Sebuah kisah akhir Ramadhan buat renungan
Pasangan suami isteri itu berpakaian lusuh Mengendong Anak Tak Berbaju
Petang menjelang 1 syawal yang lalu, kami menerima kunjungan sebuah keluarga kecil yang datang untuk memilih pakaian terpakai yang digantung di bawah bumbung di luar pagar. Pasangan suami isteri itu tampak berpakaian lusuh, si suami mengendong anak lelaki yang tidak berbaju, manakala si isteri memegang tangan anak perempuan lingkungan usia 8 tahun.
Membelek helaian baju yang digantung
Mereka begitu tekun membelek helaian baju yang digantung. Sekejap-sekejap kedengaran tawa riang anak perempuan kecil itu bila ibunya mengacu baju ke badannya..barangkali gembira beroleh pakaian baru yang sesuai. Saya dan isteri kebetulan berada di luar rumah selepas melawat ibu kami. Isteri saya menegur mereka dan bertanya dari mana mereka datang. Nyata mereka datang dari sebuah kawasan perumahan flat di sungai petani yang jaraknya hampir 20km dari rumah kami.
Tak Mampu Beli Pakaian Baru Untuk Anak-Anak
Bila ditanya kenapa datang begitu jauh, jawapan si ayah membuat saya bungkam. “Kak, saya tak mampu nak beli pakaian baru untuk anak-anak sempena hari raya ini. Cukuplah saya dapatkan pakaian terpakai ni untuk gembirakan hati anak kami, lagipun baju-baju di sini nampak masih elok untuk dipakai”.
Kita Lupa Mensyukuri Nikmat Sedangkan Ada Lagi Manusia Serba Kekurangan
Kata- kata ini membuat saya merenung betapa seringkali kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan, meminta-minta untuk mendapatkan yang lebih, sedang ada manusia yang serba kekurangan memanjatkan syukur yang amat pada rezeki yang tidak seberapa di mata kita. Sedang kita asyik mendongak memandang ke langit, cemburu melihat apa yang tidak mampu dicapai, kita lupa menunduk ke bawah merenung apa yang di bumi, mensyukuri apa yang telah dikecapi.
Kita Merungut Tak Boleh Beraya Sakan, Tapi Keluarga Ini Bahagia Memilih Pakaian Terpakai
Ketika kita merungut tidak boleh beraya dan bergaya sakan dengan baju raya tahun ini dek kerana pkp, keluarga ini cukup bahagia memilih gantungan pakaian terpakai untuk menyambut hari raya. Seolah tiada gundah di hati mereka pada riak wajah yang gembira melayan anak-anak memilih baju terpakai. Demikianlah rasa cukup apa yang ada yang melahirkan ketenangan pada jiwa-jiwa yang bersyukur.
Allah berfirman dalam Surat Ibrahim ayat 7 berikut:
Ertinya: Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhan kalian memaklumkan, “Sesungguhnya jika kalian bersyukur (atas nikmat-Ku), pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian; dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.”
Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pandanglah orang yang berada dibawah kalian, jangan memandang yang ada di atas kalian, itu lebih baik membuat kalian tidak mengkufuri nikmat Allah” (HR. Muslim)
Kekayaan Hakiki Adalah Hati Yang Sentiasa Berasa Cukup
Ingatlah pesan Rasulullah SAW kepada umatnya: “Kekayaan (yang hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yang hakiki) adalah hati yang sentiasa berasa cukup.” ( hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Muhasabah Diri
Ayuh kita muhasabah diri, sudahkah kita melafazkan syukur hari ini kepada Allah, atas nikmat nafas yang dihela, nikmat mata yang boleh melihat, nikmat tangan yang boleh memegang, nikmat kaki yang boleh berjalan, nikmat pakaian yang menyamankan, nikmat kereta yang memudahkan pergerakan, nikmat rumah untuk perlindungan. Berhentilah merungut pada perkara yang tidak dimiliki, mulalah menghitung nikmat yang lupa untuk disyukuri.
Untuk makluman, Projek sedekah pakaian terpakai ini telah berlangsung hampir 9 tahun. Ia telah menjadi saksi beribu-ribu pakaian bertukar tangan. Beribu-ribu hati yang gembira dan berbunga menyarung pakaian hasil sumbangan anda para dermawan. Sehingga kini, kami masih menerima sumbangan pakaian terpakai untuk disedekahkan. Malah ada juga yang menyumbangkan periuk, pinggan mangkuk, kasut, buku cerita dan kelengkapan bayi seperti stroller dan child car seat. Sumbangan boleh disampaikan dengan datang sendiri ke rumah Cikgu Ghani ( sebelum jam 6petang) di Tikam Batu atau poskan ke alamat 318B, Kg Masjid, 08600, Tikam Batu, Kedah. Semoga sumbangan kecil kita ini terus dapat menggembirakan hati mereka yang memerlukan. InsyaAllah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alex Upton menghadapi dilema yang biasa dihadapi oleh mana-mana ibu bapa apabila dia tidak dapat memikirkan mengapa bayinya tidak berhenti menangis pada pagi minggu lepas.
Ibu Britain ini akhirnya menemui puncanya yang dikatakan hampir menyebabkan anaknya, Ezra dibuang jari kaki akibat sehelai rambut.
Rambut yang membelit jari kaki kiri bayi 10 minggu itu telah menyekat peredaran darah selama kira-kira 12 hingga 14 jam dan meninggalkan kesan merah serta bengkak.
“Mulai sekarang, Saya akan periksa segala-galanya dari hujung rambut hingga ke kaki,” kata Upton kepada wartawan dan Britain’s Kennedy News. “Saya rasa sangat teruk. Saya tak percaya bidan atau doktor tidak memberi amaran kepada kita tentang risiko apabila anda mempunyai bayi. ”
Upton, 26, ketika itu ingin membersihkan Ezra dan ternampak sehelai rambut cokelatnya terlilit dengan sangat kuat di sekeliling jari kaki anaknya, keadaan ini boleh menyebabkan terpotong kedalam kulit dan berpotensi memotong peredaran cecair penting.
“Saya risau Ezra mungkin kehilangan beberapa jari kaki (untuk mengeluarkannya) jika saya lambat ternampak rambut di jari kakinya yang terbelit,” katanya.
Rambut Tourniquets /keadaan rambut yang terikat kemas di sekeliling jari, lengan sering berlaku apabila ibu bapa mempunyai rambut panjang dan bayi mula menarik rambut tersebut, atau keguguran rambut yang melekat pada bayi seperti dalam lampin pakai buang, stoking dan tanpa disedari oleh ibu bapa. Keadaan ini sangat merbahaya.
Upton mengeluarkan rambut dari tiga jari kaki Ezra dengan mudah tetapi dia memerlukan 15 minit sebelum dia dapat mengeluarkan rambut pada satu kaki yang dibalut dengan ketat. Dia dan suaminya, Ben, 29, terus membawa bayi mereka ke hospital. Doktor memberi mereka beberapa krim anti-bakteria dan sejak itu Ezra telah pulih sepenuhnya.
Upton berharap dengan kisah anaknya, ibu bapa lain tahu tentang bahayanya sisa helaian rambut gugur.
“Nasihat saya kepada mana-mana ibu bapa lain, PERIKSA dahulu keadaan anak anda apabila anda menukar lampin bayi, membersihkan bayi, memakaikan stokin atau sejurus selepas memandikan bayi takut ada sisa helaian rambut gugur yang boleh membahayakan nyawa si kecil.”
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.