Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa pihaknya memantau produk konjak jeli yang didakwa berbahaya dan beri risiko kepada kanak-kanak.
Menurut KKM dalam satu kenyataan, isu itu telah menjadi perhatian sejak tahun 2001 selepas mendapat laporan berhubung penjualan konjak jeli mempunyai risiko tercekik terhadap golongan itu.
Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, Norrani Ehsan berkata KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan memantau produk jeli dipasaran tempatan secara berterusan. Berdasarkan data pemantauan dari tahun 2018 hingga kini, sebanyak 649 produk jeli telah disampel dan 352 daripadanya adalah produk konjak jeli.
“Enam sampel jeli telah dikesan tidak mematuhi peraturan makanan 139A dan telah dikenakan tindakan penarikan balik produk (recall) oleh KKM,” jelasnya.
Tambahnya, konjak merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi dengan serat yang dipanggil glukomannan atau disebut juga konnyaku, konjonac atau serbuk taro atau tepung keladi.
“Industri menggunakan bahan aditif makanan tersebut yang berfungsi sebagai bahan pemekat dalam penghasilan jeli. Penambahan konjak bagi jeli adalah dibenarkan di Malaysia berdasarkan pada saiz jeli yang dihasilkan,” katanya.
Ads
Gambar Hiasan
“Produk konjak jeli mempunyai tekstur yang kenyal, sukar larut, ketika berada di dalam mulut dan sukar untuk ditelan berbanding produk jeli yang lain,” katanya.
Susulan mengambil kira risiko yang wujud, KKM menetapkan kawalan ke atas produk ini dibuat dengan menetapkan saiz dan juga amaran pada label produk.
Maklum Norrani, di Malaysia, keperluan produk itu tertakluk di bawah garis peraturan seperti Peraturan 139 (Konfeksi Sajian ) iaitu jeli dengan diameter melebihi 45 miliiter dan ianya boleh mengandungi konjak manakala Peraturan 139 A (konfeksi jeli terkawal) iaitu jeli dengan diameter kurang atau sama dengan 45 milimeter dan ianya tidak boleh mengandungi konjak.
Ads
“Selain itu, label bagi kategori 139A ini hendaklah mengandungi pernyataan AMARAN: BOLEH MENYEBABKAN RISIKO TERCEKIK dan perkataan TIDAK SESUAI BAGI KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 3 TAHUN,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Gambar Hiasan
Sehubungan itu, KKM menasihatkan ibu bapa untuk sentiasa memantau pengambilan produk konjak jeli oleh anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
KKM juga menyeru orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penjualan konjak jeli ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang aduan awam KKM (http://moh.spab.gov.my) atau Facebook BKKM http://www.facebook.com/bkkmhq.
Indahnya alam rumah tangga bila suami atau isteri, sama-sama berusaha untuk cuba menghargai dan membahagiakan pasangan. Bukan isteri sahaja bahkan suami pun perlu berusaha lebih untuk bahagiakan isteri.
Inilah yang cuba dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew dalam hidup berumah tangga. Katanya kekayaan yang kita miliki bukanlah kerana banyak duit atau harta dunia tetapi kaya sebenarnya bila melalui hidup ini dengan cinta pada pasangan. Cinta kerana Allah.
Jadi hargailah suami atau isteri yang sentiasa setia dengan kita. Bersyukurlah kerana kita diberikan Allah rasa cinta pada pasangan. Hargai dan tunjukkan rasa cinta dan sayang pada mereka sebaiknya kerana Allah SWT.
Bestnya nikmat Allah. Terima kasih Allah. Terima kaseh @paramountcoffeehouse hadiahkan saya honeymoon dengan bidadari dan juga anak-anak di bilik cantik ini. Hari-hari pengantin baru. Honeymoon sepanjang tahun. Menangis happy bidadari saya.
“Abang nanti dalam syurga dapat lagi ke bilik macam ni sebab dalam dunia dah dapat macam-macam nikmat.”
Syurga juta-juta kali lebih cantik dari ini semua bidadariku sayang. Tiadalah kecantikan sebenar melainkan kecantikan akhirat.
Bidadari abang juta kali lagi cantik dan indah dari semua ini. Sekali-sekala dalam hidup ini dapat melayan bidadari jadi bidadari.
Penat sangat kerja seorang isteri. Seorang mak. Mereka perlu masa nak berehat. Waktu nak solat.
Kaya bukanlah memiliki duit banyak atau harta sebanyak dunia. Tetapi kaya sebenarnya bila melalui hidup ini dengam cinta. Cinta kerana Allah. Bukan sahaja satu rumah. Satu katil. Satu keluarga. Tapi satu hati. Satu jiwa dan saling menghargai satu sama lain kerana Allah. Alang-alang bercinta biar sampai syurga.
Dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri, Johor Bahru pada Sabtu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau pada Ahad.
Muhammad Zafran Muhammad Fikri, 3, dan Nurul Hawa Zafira Muhammad Fikri, 2, dikebumikan dalam satu liang lahad pada jam 5.30 petang (Ahad).
Terdahulu jenazah dua kanak-kanak itu tiba dengan dibawa van ke tanah perkuburan selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Dianggarkan lebih 50 orang termasuk ahli keluarga dan kenalan hadir memberikan penghormatan terakhir dalam suasana hiba.
Ibu mangsa Nurul Ain Najihah Zulkifli, 27, ketika ditemui berkata, dia hanya mampu meredai pemergian cahaya matanya itu.
“Saya tidak risau apa-apa sebab anak saya sudah jadi anak-anak syurga.
Kredit: Metro
“Cuma rasa sedih sebab saya lihat Zafran (di lokasi kejadian) peluk adik dia..saya orang pertama yang masuk ke rumah selepas kebakaran dipadamkan,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan.
Semalam, dua beradik itu ditemukan rentung dalam bilik tidur dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.40 tengah hari. – Bernama
Tunjukkan kasih sayang dan menghargai pasangan bukan hanya sesekali atau ketika dalam keadaan gembira saja namun ia perlu dilakukan setiap hari dan setiap masa. Begitu juga bagi seorang wanita bergelar isteri. Ada yang rasakan lebih bahagia apabila terima barang-barang mewah dan ada juga yang selesa bersederhana bersama keluarga tercinta.
Begitulah kisah pelakon, Fasha Sandha yang merasakan erti kebahagiaan baginya apabila dapat meluangkan masa bersama suami.
Menurut pelakon yang berusia 38 tahun itu, erti bahagia adalah berlainan bagi setiap wanita. Baginya, dia memiliki erti tersendiri dalam menilai perasaan bahagia tersebut.
Erti kebahagiaan untuk setiap wanita memang berbeza. Ada yang bahagia bila dapat emas, ada yang bahagia bila dapat beg mahal.
Bagi saya, ini adalah kebahagian saya (berada di samping suami).
Tambah pelakon Khilaf Asmara tersebut, dia tidak begitu gemar dengan barang kemas atau aksesori. Fasha menyatakan dirinya adalah seorang yang sederhana dalam kehidupan.
Perkara ini dikongsi sendiri oleh Fasha di ruangan Instagram story miliknya.
Hantaran tersebut juga memaparkan kemesraan pasangan suami isteri tersebut di mana Aidil sedang mengurut kaki isterinya.
Sekadar info, Fasha selamat diijabkabulkan bersama pasangannya iaitu juga seorang anak seni, Aidil Aziz pada Mac 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira. Fasha turut mempunyai 2 lagi orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.