
“Bila besar nanti, awak nak jadi apa?”
Nampak seperti soalan biasa, tetapi jawapan anak sebenarnya boleh membuka ruang kepada ibu bapa untuk mengenali minat, personaliti dan kecenderungan mereka sejak kecil. Ada anak yang mahu menjadi angkasawan kerana tertarik dengan pengembaraan. Ada yang bercita-cita menjadi doktor kerana suka membantu orang. Tidak kurang juga yang mahu menjadi guru, pemain bola sepak, penyanyi atau pereka fesyen.
Malah, jangan terkejut jika cita-cita mereka sering berubah. Hari ini mahu menjadi juruterbang, esok pula mahu membuka restoran sendiri. Pada usia kecil, dunia anak-anak masih luas dan dipenuhi pelbagai kemungkinan untuk diterokai.
Menerusi Didi & Friends Musim Ke-9: Dream Jobs, kanak-kanak bukan sahaja diperkenalkan kepada pelbagai jenis pekerjaan dengan cara yang menyeronokkan, malah turut belajar bahawa setiap kerjaya memerlukan usaha, tanggungjawab, keberanian dan kerjasama.
Teroka Dunia Kerjaya Melalui Imaginasi
Dalam musim baharu ini, Didi dan rakan-rakannya menggunakan Kad Cita-Cita Impian ciptaan Prof Gogo yang membawa mereka mengembara ke pelbagai dunia pekerjaan.
Setiap pengembaraan memberi peluang kepada mereka untuk mencuba peranan yang berbeza, menghadapi cabaran, membuat keputusan dan bekerjasama bagi menyelesaikan masalah.
Melalui konsep ini, dunia pekerjaan yang mungkin kelihatan sukar untuk difahami oleh kanak-kanak disampaikan dalam bentuk cerita yang lebih dekat dengan imaginasi dan kehidupan mereka.
Antara kerjaya yang diperkenalkan termasuk:
Pendedahan kepada pelbagai profesion ini membantu anak membayangkan diri mereka dalam peranan yang berbeza. Pada masa sama, mereka dapat memahami bahawa setiap pekerjaan mempunyai tanggungjawab, kemahiran dan cabarannya yang tersendiri.
Bukan Sekadar Cerita Tentang Cita-Cita
Musim kali ini membawa Didi dan rakan-rakannya meneroka kerjaya yang sering menjadi impian kanak-kanak seperti angkasawan, guru, pemain bola sepak dan pengurus restoran. Namun, jalan cerita yang dipaparkan bukan sekadar menunjukkan keseronokan bekerja dalam sesuatu bidang. Setiap episod turut mengetengahkan cabaran yang perlu dihadapi oleh watak-wataknya. Ada situasi yang memerlukan mereka bekerja dalam pasukan, berani mencuba, menerima teguran, mengawal emosi dan belajar daripada kesilapan.
Melalui pengalaman ini, anak dapat memahami bahawa kejayaan bukan datang dengan mudah. Setiap impian memerlukan latihan, kesungguhan, disiplin dan kesediaan untuk terus belajar.
Nilai seperti ini penting kerana anak bukan sahaja mengenali pekerjaan, malah belajar tentang kemahiran hidup yang boleh digunakan dalam kehidupan harian.
Minat Anak Boleh Bermula Daripada Perkara Kecil
Setiap anak mempunyai minat dan kecenderungan yang berbeza. Ada yang tertarik kepada pekerjaan penuh pengembaraan seperti angkasawan atau juruterbang. Ada yang gemar membantu orang lalu menunjukkan minat terhadap bidang kesihatan dan pendidikan. Anak yang suka menyanyi, melukis, mereka bentuk atau mencipta sesuatu pula mungkin lebih tertarik kepada bidang seni dan kreatif.
Walaupun minat ketika kecil tidak semestinya menentukan kerjaya mereka pada masa hadapan, ia tetap wajar diraikan. Sokongan ibu bapa dapat membantu anak mengenali kekuatan diri, membina keyakinan dan berani meneroka sesuatu yang baharu tanpa rasa takut untuk melakukan kesilapan.
Kenali Minat Anak Melalui Cara Mereka Bermain
Ibu bapa boleh melihat petunjuk awal tentang minat anak melalui cara mereka bermain, berkomunikasi dan melakukan aktiviti harian.
Sebagai contoh:
Namun, ibu bapa tidak perlu terlalu cepat melabel atau menentukan kerjaya anak. Apa yang lebih penting ialah memberi ruang kepada mereka untuk mencuba pelbagai aktiviti, bertanya soalan dan meneroka minat tanpa tekanan.
Jadikan Masa Bersama Sebagai Ruang Berbual
Selepas mengikuti sesuatu episod, ibu bapa boleh mengambil peluang untuk berbual dengan anak tentang watak dan pekerjaan yang menarik perhatian mereka.
Cuba ajukan soalan mudah seperti:
Soalan terbuka seperti ini dapat membantu anak meluahkan idea, menjelaskan sebab mereka menyukai sesuatu dan membina keyakinan untuk bercakap tentang impian sendiri. Ibu bapa juga berpeluang mengenali cara anak berfikir, perkara yang menarik perhatian mereka dan nilai yang penting bagi diri mereka.
Kadangkala, cita-cita yang besar bermula daripada satu cerita yang menyeronokkan, satu soalan kecil dan ibu bapa yang sudi mendengar.
Baru 4 Episod Dah Best Tau!
Episod 1: Impian Kita… Angkasawan!
Dalam episod pertama, Didi dan kawan-kawannya meneroka dunia angkasa lepas.
Didi menjadi juruterbang angkasawan, Jojo sebagai mekanik angkasawan, Nana menjadi pegawai perubatan angkasawan, manakala Aera pula menjadi pelombong angkasawan.
Sepanjang misi, mereka berdepan dengan pelbagai cabaran yang memerlukan keberanian, keazaman dan kerjasama. Anak-anak dapat melihat bahawa setiap ahli pasukan mempunyai peranan penting untuk menjayakan sesuatu misi.
Episod 2: Impian Kita… Cikgu!
Dalam episod ini, Didi dan kawan-kawannya merasai pengalaman menjadi guru.
Didi menjadi guru sukan, Jojo guru sains, Nana guru kaunseling dan Aera guru muzik.
Nana kemudian menyedari bahawa tugas seorang guru bukan sekadar mengajar, tetapi juga membantu murid yang berada dalam kesusahan. Episod ini memperkenalkan nilai empati, keprihatinan dan tanggungjawab.
Episod 3: Impian Kita… Pemain Bola!
Didi dan kawan-kawannya bermain sebagai sebuah pasukan bola sepak untuk menentang pasukan yang lebih hebat. Didi menjadi penyerang, Jojo pemain tengah, Nana penjaga gol dan Aera pemain pertahanan.
Namun, apabila rakan-rakannya masih belum mahir, Didi mula mahu mengendalikan semuanya sendiri. Situasi ini mengajar anak bahawa kejayaan pasukan bukan bergantung pada seorang pemain sahaja, sebaliknya memerlukan kepercayaan, kesabaran dan semangat berpasukan.
Episod 4: Impian Kita… Pengurus Restoran!
Didi dan kawan-kawannya menerima misi untuk membuka sebuah restoran baharu. Didi menjadi cef, Jojo bertugas sebagai pelayan dan khidmat pelanggan, Nana menjadi barista, manakala Aera pula menjadi pengurus restoran.
Sebagai pengurus, Aera bimbang untuk berterus terang dengan rakan-rakannya kerana takut melukakan perasaan mereka. Episod ini membantu anak memahami bahawa teguran boleh disampaikan dengan baik, sopan dan penuh empati.
Ikuti Didi & Friends Musim Ke-9: Dream Jobs setiap Jumaat, jam 11.00 pagi di Astro Ceria, Saluran 601. Siri ini juga boleh distrim menerusi pek Astro X3 dan aplikasi Sooka.
Tengok teaser ni!