Ibu ayah jangan didik anak jadi penakut pada hantu tau. Patutnya didiklah anak dengan cara yang positif. Setiap ibu ayah mesti ada cara tersendiri mendidik anak. Tapi tak salah kalau kita belajar cara orang lain didik anak juga. Mana tahu ada cara yang kita terlepas pandang selama ini, jadi bolehlah kita praktiskan pada anak kita.
Apa pun kaedah mendidik anak, masing-masing ibu ayah mesti mempunyai misi yang sama iaitu nak anak jadi orang yang berguna kepada keluarga, bangsa dan agama dan yang pastinya mestilah jadi anak yang berakhlak dan sudah tentu membahagiakan ibu ayah dunia dan akhirat.
Maka sama-samalah kita muhasabah diri dan memperbaiki apa yang tak betul selama kita mendidik anak. Jom kita sama-sama baca perkongsian pengalaman yang dikongsi oleh seorang ibu, Icha Abd Razak. Walaupun pengalamannya baru 3 tahun bergelar ibu kepada seorang anak tapi apa salahnya kita sama-sama berkongsi ilmu kan.
Tips ni dikutip dari pengalaman menjadi ummi selama 3 tahun.
Jangan makan maggi depan anak.
2. Jangan bagi kenal YouTube. Download je biar dia nengok video yang ada dalam galeri je. Kalau tak bagi handphone langsung nanti anak ketinggalan pulak. Sekat apa yang boleh sekat.
Ads
3. Letak pen, pensil, krayon tempat tinggi. Jangan sepah-sepah. Lepas habis sesi melukis colour kemas.
4. Seminggu sekali je dapat makan ice-cream, coklat, sumi/puding. Gula-gula jangan bagi langsung. Jangan tak tau, penyebab anak tantrum pun ya jugak gula ni.
5. Nak mandi ke, nak solat ke, or nak pergi kerja or mana-mana kena bagi tau dia. Kalau kecik lagi ajarkan cakap “Babai, ummi nak mandi jap. Tunggu kejap ok” Walau dia kecik dia paham. Dia nangis tu biasa. Lama-lama biasala tu.
Ads
6. Ajarkan kemas mainan sebelum nak tidur or sebelum ajak jalan.
Saya tak jual ni tau. Yang ni beli kat MR DIY bahagian children safety kalau tak silap.
7. Segala rak yang simpan pisau, barang kaca, peti ais, rak baju kalau boleh kunci. Beli macam dalam gambar tu kat MR DIY ada jual. Sis tak jual yang ni okay. Ramai sangat wasap sis nak beli ni. So sis edit dah. Sis tak jual lock peti ais ni.
8. TV kalau boleh gantung kat dinding. Letak atas kabinet TV tu boleh jatuh pecah. TV i pernah pecah si anak memanjat kabinet tu. (Taip ni dalam keadaan redha jeee)
9. Anak bangun tidur bagi salam kat dia, peluk dia. Tanya-tanya tadi tidur mimpi apa (borak-borak walau macam cakap sorang-sorang). Kawan sis sampai besar anak dia bangun tidur je akan bagi salam kat mak ayah dia. Baguskan?
10. Jangan ajar anak takut kan apa-apa. Jangan sebut pun perkataan momok, hantu, kucing gigit dan sebagainya. Takut Allah dengan takut bila ummi bertukar jadi hulk itu xpe. Hehe
Pembelajaran bahasa merupakan satu proses yang kompleks. Ia berlaku secara berperingkat dan memakan masa yang panjang. Kanak-kanak mula belajar bercakap selepas dilahirkan dan menjadi mahir apabila berumur 5-6 tahun.
Walaupun begitu terdapat variasi pada tempoh pemerolehan bahasa kanak-kanak. Ada kanak-kanak yang petah bercakap ketika berumur 3 tahun tetapi ada juga yang baru mula bercakap pada umur tersebut. Hal ini kerap merunsingkan ibu-bapa mahupun penjaga. Proses penguasaan bahasa sebenarnya banyak bergantung kepada faktor–faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasa.
Asas Pembelajaran Bahasa
Kemahiran mendengar, memahami dan bertutur adalah kemahiran asas yang diperlukan untuk mempelajari bahasa. Semua kemahiran ini saling berkaitan di mana kemahiran mendengar dan memahami adalah proses pemerolehan maklumat. Manakala kemahiran bertutur pula merupakan proses penghasilan maklumat.
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar merupakan titik permulaan pembelajaran bahasa bagi kanak-kanak. Kemahiran ini merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum mereka mengeluarkan bunyi awal.
Di awal kelahiran, bayi mula mendengar dan memberi respon pada ritma pertuturan orang disekeliling mereka. Respon yang diberi biasanya dalam bentuk senyuman, ketawa dan juga tangisan. Bayi mula mengenalpasti suara individu yang kerap berinteraksi dengan mereka. Ketika berumur 6 bulan kemahiran mendengar meningkat dan ketika ini bayi sudah mula membezakan bunyi pertuturan dan bunyi persekitaran. Proses mendengar menjadi semakin kompleks dan ketika berumur satu tahun, mereka mula mendengar dengan lebih baik dan memahami maklumat yang diperolehi.
Kemahiran memahami maklumat
Kanak-kanak mula mengaitkan objek dan perkataan ketika berumur satu tahun. Pada ketika ini mereka mula mengenali objek yang selalu dilihat dan arahan mudah. Kanak-kanak memahami lebih banyak objek, arahan dan gambar apabila berumur 2 tahun. Ketika kanak-kanak berumur 2 hingga 3 tahun, mereka akan mula menggunakan memori dan belajar memahami arahan 2 langkah.
Kanak-kanak menjadi semakin mahir dalam memahami maklumat ketika berumur 3 hingga 4 tahun di mana mereka dapat memahami hampir 1500 perkataan. Mereka mula memahami arahan panjang (3 langkah) dan soalan mudah seperti, apa dan mana. Ketika ini, mereka telah memahami lebih banyak perkara berkaitan konsep seperti preposisi, warna dan jantina.
Kemahiran pemahaman ini akan meningkat sehingga kanak-kanak berumur 7 tahun di mana mereka dapat memahami petikan yang panjang dan lebih sukar. Kefahaman menjadi semakin kompleks di mana mereka juga mula memahami maklumat abstrak seperti sindiran dan gurauan.
Kemahiran bertutur
Semasa bertutur seseorang akan menggerakkan alat pertuturan untuk menghasilkan bunyi yang bermakna. Proses bertutur tidak hanya terhad kepada penghasilan bunyi sahaja tetapi juga melibatkan penggunaan nada dan intonasi yang bersesuaian.
Seawal umur 4 bulan bayi mula menghasilkan bunyi vokal atau juga dikenali sebagai vokalisasi. Kebiasaannya bayi akan menghasilkan bunyi vokal secara berulang seperti bunyi aaa, iii.
Ketika bayi berumur 6 bulan, mereka mula menghasilkan bunyi ‘bebelan’ (babling) dan bunyi cooing. Penghasilan bunyi bebelan berkait rapat dengan penghasilan suara (fonasi) serta pergerakan pembukaan dan penutupan rahang mulut. Pada tahap awal bebelan, bayi biasanya menghasilkan kombinasi bunyi konsonan dan vokal secara berulang seperti (baba atau mama).
Kombinasi bebelan menjadi semakin sukar apabila bayi berumur 8-9 bulan. Ketika ini mereka menghasilkan kombinasi bunyi yang melibatkan penghasilan lebih bunyi konsonan seperti (babadebo).
Seterusnya apabila berumur 9 -10 bulan, bayi mula meniru struktur percakapan orang dewasa. Pada tahap ini mereka mula menghasilkan bunyi ‘jargon’. Bunyi jargon adalah vokalisasi bunyi yang menghampiri pertuturan orang dewasa dari segi intonasi dan tekanan. Walaubagaimanapun bunyi yang dihasilkan tidak mempunyai sebarang maksud.
Kanak-kanak mula menghasilkan perkataan pertama apabila mereka berumur lebih kurang satu tahun. Ketika ini mereka mempelajari bahawa satu perkataan mempunyai makna yang tersendiri. Mereka akan cuba meniru perkataan yang di sebut oleh orang dewasa. Perbendaharaan kata kanak-kanak akan meningkat dengan pesat setelah melepasi umur satu tahun. Kebolehan kanak-kanak membina ayat akan meningkat dari masa ke semasa dan mereka boleh menggunakan struktur ayat orang dewasa ketika berumur 5-6 tahun.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasa
Kesihatan: Tahap kesihatan memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran bahasa. Sekiranya kanak-kanak mempunyai masalah kesihatan yang turut memberi kesan pada perkembangan kognitif seperti Sindrom Down, Autisma, Palsi Cerebral dan lain-lain, pemerolehan bahasa akan menjadi lebih perlahan berbanding kanak-kanak normal yang seusia mereka.
Kognitif: Kebolehan kognitif merujuk kepada kebolehan kanak-kanak untuk berfikir. Sekiranya kanak-kanak mempunyai kebolehan kognitif yang rendah, proses penerimaan dan pembelajaran akan menjadi lebih perlahan berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya.
Fizikal: Terdapat banyak organ yang membantu dalam menghasilkan bunyi pertuturan. Organ seperti telinga, peti suara, lidah, mulut, gigi dan lelangit membantu dalam penghasilan bunyi bahasa yang normal. Sekiranya kanak-kanak mempunyai ketidaknormalan pada organ pertuturan, kejelasan bunyi pertuturan akan terjejas. Contoh; Klef pada lelangit mulut boleh menyebabkan bunyi pertuturan menjadi sengau dan sukar untuk difahami oleh orang yang mendengarnya.
Persekitaran: Faktor persekitaran merujuk kepada individu yang berada di sekeliling kanak-kanak termasuklah keluarga, penjaga, guru serta rakan-rakan. Kepentingan individu ini adalah untuk memberikan rangsangan bahasa pada kanak-kanak. Mereka merupakan sumber rujukan awal pembelajaran bahasa kanak-kanak. Walaupun begitu, terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi pembelajaran bahasa kanak-kanak seperti tahap pendidikan, sosioekonomi penjaga dan budaya keluarga.
Perkembangan neurologi: Perkembangan neurologi berlaku dengan pesat sehingga kanak-kanak mencapai umur 7 tahun. Perubahan yang berlaku pada saiz, berat dan pertumbuhan otak meningkatkan kebolehan berfikir kanak-kanak. Oleh itu rangsangan bahasa pada ketika ini amat penting. Kanak-kanak lebih mudah memahami dan mempelajari stimulasi yang diterima daripada persekitaran dalam tempoh kritikal ini.
Rujukan
Owen Robert E. (1995). Language Development: An Introduction. Allyn & Bacon
Carol Bainbridge (2011). How Do Children Learn Language?. Retreived January 13, 2014 from http://giftedkids.about.com/od/gifted101/a/language-learning.htm
Nicole mahony. Learning Language. Retreived January 13, 2014 from www.nsf.gov/news/special-reports/linguistucs/learn jsp
Jill Mc Cain (2000). Language Acquisition and Affective Variables. Retreived January 13, 2014 from serendip-brynmawr.edu/biology/b103/f00/web3/mccain3-html
Muhd Ruslee (2010). Modul BMM 3104 Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis. Retreived February 2, 2014 from http://www.scribd.com/doc/28428335/MODUL-BMM-MENENGAR-BERTUTUR-MEMBACA-MENULIS
Cara tegur salah & suka menyindir sebab anak hilang hormat? Suka buat kesalahan yang sama berulang kali. Tak berkesankah apa yang mama papa dah cakap sebelum ni?
Menurut Siti Farhana Md. Yasin, Pensyarah Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan dan Kemanusiaan, UNITAR bagi mendapatkan penyelesaian yang jelas bagi menangani isu ini.
Menegur anak adalah untuk mendidiknya. Namun, jika salah teknik ia boleh jadi kurang berkesan. Jangan sampai anda memukulnya secara berlebihan untuk memperbetulkan keadaan. Walaupun kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun itu masih kecil, dia perlu ditegur secara berhemah dan berhikmah supaya emosi dan tingkah lakunya dapat dibina secara positif.
KENAL PASTI PERSONALITI ANAK Secara psikologinya, defensive mode atau butang pertahanan seseorang akan ‘menyala’ jika ditegur secara melulu, kasar atau bernada tinggi kerana dia merasakan dirinya terancam.
Bagi mengelakkan si kecil rasa terancam, perkara utama yang perlu dipertimbangkan sebelum menegur, agar teguran yang diberikan berkesan ialah mengenal pasti personaliti anak anda terlebih dahulu. Setiap anak mempunyai personaliti unik dan tersendiri.
Jadi, cara menegur juga perlu berbeza supaya ia berkesan dan bermakna secara positif kepada anak. Jika anak anda seorang yang sensitif, cara teguran anda perlu lebih lembut dan tenang agar mudah teguran tersebut sampai ke hati.
Manakala bagi anak yang mempunyai personaliti bersahaja, teguran perlu bersifat tegas tetapi tidak perlu meninggi suara supaya anak tahu anda sedang menegur kesilapannya dan perkara itu serius.
PASTIKAN TEGURAN JELAS, TEPAT DAN TIADA SINDIRAN
Setelah personaliti anak dikenalpasti, pastikan teguran jelas, bebas unsur sindiran dan tepat pada perkara yang ditegur sahaja. Jelas yang dimaksudkan ialah perlu disebut tingkah laku atau respon yang anda kurang gemari dan beri cadangan bagaimana untuk mengubahnya.
Sebagai contoh, jika anak menyepahkan rumah yang baru dikemas, anda boleh menegur seperti ini, “Abang, ibu tak suka kalau abang sepahkan rumah macam ni. Berselerak barang dan kalau terpijak permainan abang, kaki kita semua sakit. Kalau abang nak main, main dalam bilik, lepas tu kita kemas sama- sama.”
Tidak semua kanak-kanak memahami bahasa kiasan, sindiran atau perlian. Tidak wajar anda menggunakannya kerana anak masih sukar memahami maksud di sebalik teguran tersebut. Jika sindiran digunakan berterusan, ia akhirnya menyebabkan si kecil ini membesar dalam ketidakpastian dan berteka-teki mengenai tingkah laku mana yang betul atau sebaliknya.
Ia juga boleh menyebabkan si anak cenderung untuk salah tafsir. Hal ini akan menyebabkan anda bertambah emosi kerana anak tidak faham dan terus mengulangi kesalahan yang sama.
MAMA PAPA ELAK KITARAN EMOSI AGRESIF
Apabila keadaan marah, anda cenderung untuk menjadi agresif menerusi percakapan atau tindakan. Anda mahu yang terbaik untuk anak-anak. Namun, kadang-kala, apabila anak tidak mendengar kata, sedikit nakal atau suka melawan, anda mudah berasa marah dan jika tidak dapat mengatasi rasa tersebut, ia boleh membawa kepada tindakan memukul anak.
Marah dan pukul perlu dalam mendidik anak-anak, namun ia menjadi isu sensitif apabila kedua-dua tindakan ini dilakukan secara berlebihan dan keterlaluan sehingga mencederakan anak secara fizikal dan emosi.
Bukan anda sahaja boleh menjadi agresif jika tidak mengawalnya, malah sikap ini boleh dipindahkan kepada anak melalui peniruan. Si kecil akan beranggapan apabila marah, memukul itu perlu dan tidak salah. Kitaran ini seterusnya menjadi budaya yang kurang sihat dalam sesebuah keluarga jika tidak dilakukan secara sederhana dan berpatutan.
JELASKAN DULU SEBAB SEBELUM DENDA
Denda atau hukuman tidak semestinya merupakan cara terbaik namun boleh menjadi salah satu daripada cara untuk anak belajar daripada kesilapan. Perlu diingatkan, denda yang dikenakan kepada anak mempunyai syarat-syarat tertentu supaya tujuan asal anda untuk membetulkan kesalahan anak tercapai.
Sebelum mendenda, anak perlu dijelaskan terlebih dahulu kesalahan yang telah dilakukan. Tindakan mendenda atau menghukum anak tanpa dia mengetahui sebabnya, boleh menimbulkan kesedihan, ketidakpuasan hati dan cenderung untuk mengulanginya kerana kesedaran itu tidak wujud.
Apabila anak sudah tahu kesalahan yang dimaksudkan, dia perlu ‘bersetuju’ dengan denda yang diberikan walaupun tanpa rela. Tiada sesiapa pun yang sukakan denda namun dengan memberitahu anak jenis kesalahan dan mengapa dia perlu didenda, lebih mudah untuk dia mempelajari sesuatu daripada kesalahan yang dilakukannya.
Terdapat pelbagai jenis denda yang boleh anda laksanakan tetapi elakkan yang boleh mencalarkan emosi anak sehingga mengalami trauma.
3 TIP IBU BAPA KAWAL EMOSI
CIPTA SUASANA GEMBIRA DAN SELAMAT
Saya berpendapat, kanak-kanak perlu dibesarkan dalam suasana yang gembira dan selamat. Dia perlu melalui fasa melakukan kesilapan kerana dia belajar melaluinya. Teguran dan dendaan perlu bersesuaian dengan umur anak, kebolehannya untuk memahami dan keperluan dirinya untuk mengubah tingkah laku atau mengelak kesalahan yang sama berlaku lagi.
Mama papa perlu kurangkan marah dan emosi melampau terhadap anak kerana anda pasti tidak mahu dia membesar dan hidup dalam ketakutan, tidak puas hati dan berdendam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak solat sebab takut kena rotan. Anak pakai tudung sebab nanti mak ayah marah. Anak tingkatan 4 tak mahu puasa kalau tak dapat hadiah?Ya, beri hadiah atau hukuman memang salah satu teknik yang berkesan untuk mengajar rutin dan tabiat pada anak.
Tetapi persoalannya sampai bila?
Sampai bila anak perlu bergantung harap pada “extrinsic motivation” ataupun motivasi luaran?
BIARKAN ANAK YANG MAHU
Tahukah mak ayah, dalam kita menerapkan sesuatu rutin, tabiat atau perbuatan baik pada anak. Semuanya bergantung kepada motivasi anak melakukan sesuatu.
Motivasi untuk solat.
Motivasi untuk berbuat baik.
Motivasi untuk belajar.
Motivasi untuk menutup aurat.
Motivasi untuk berkelakuan baik.
Kalau tak ada motivasi, memang susah untuk kita buat dengan sendiri. Motivasi pula ada 2 jenis;
1. Motivasi luaran – Hadiah atau elak dari dapat hukuman. 🎁
2. Motivasi dalaman – Datang dari diri sendiri. 😍
Ada kajian yang menunjukkan apabila kita terlampau beri motivasi luaran seperti beri hukuman atau hadiah, ia boleh mengurangkan motivasi dalaman.
Dalam kajian itu terbukti kanak-kanak yang selalu diberi ganjaran untuk bermain sesuatu mainan yang mereka memang minat menjadi kurang minat untuk main mainan tersebut setelah mainan itu diberi sebagai ganjaran.
Contohnya kita selalu beri hadiah pada anak untuk main Lego jika berkelakuan baik, kesannya anak akan jadi kurang minat untuk main Lego.
Dalam kes yang lebih ekstrim, jika kita selalu sangat beri hadiah kepada anak yang memang suka membaca buku selepas anak membaca buku. Anak akan jadi kurang minat membaca buku. ⚠️
Sebab itu bagi saya sistem hukuman atau hadiah sangat bahaya kalau terlalu berlebihan atau salahguna. Boleh guna untuk sesuatu perkara yang anak memang tak suka lakukan cuma perlu rangsang motivasi dalaman anak bersama-sama.
Dalam kes solat, puasa atau menutup aurat, pendapat saya seeloknya mak ayah rangsang motivasi dalaman dahulu sebab itu adalah kewajipan sebagai orang Islam.
Buat anak mahu buat dahulu dengan cara:
1. Jadi “role model” pada anak. 👩🏫
2. Cerita tentang kenapa kita solat, puasa dan menutup aurat.
3. Tunggu anak yang minta nak solat dan puasa bersama-sama semasa anak 7 tahun kebawah. Kebiasaannya anak umur 1 tahun sudah mula meniru perbuatan mak ayah. Itu yang bila kita solat, dimana tempat sujud disitulah anak mahu duduk. 😅
4. Dalam Islam juga kita tidak boleh merotan anak semasa anak 7 tahun kebawah. Dedahkan dan ajak anak boleh cuma belum wajib lagi.
5. Rangsang motivasi dalaman anak dahulu sebelum kita beri hadiah atau hukuman.
6. Umur 7 tahun barulah terapkan disiplin dan tanggungjawab.
7. Tekankan kewajipan anak dan hadiah hanya sampingan.
8. Umur 10 tahun baru boleh hukum jika tinggal solat.
Memang normal kita sebagai mak ayah kalau boleh mahu anak kita cepat dari semua aspek. Tetapi apa guna cepat tetapi tidak tahan lama?
Kita tak mahu jadi punca anak solat dan puasa hanya didepan mak ayah. 😔
Dalam parenting, kita perlu fikir jangka masa panjang. 12 tahun sahaja kita ada masa untuk bentuk anak. Anak dah masuk sekolah menengah, mereka sudah masuk alam separuh dewasa.
Sebab itu dalam didikan agama, saya dan suami ambil pendekatan untuk tidak terburu-buru dan ikut didik ikut cara Nabi Muhammad kerana kami juga dibesarkan dengan cara ini.
Kami mahu anak gembira setiap kali waktu solat atau puasa semasa umur 7 tahun dibawah. Jadikan perkara tersebut sebagai perkara yang seronok dan ceria bukannya sebagai sesuatu yang stress.
Percayalah, pasti anak yang mahu lakukannya sendiri.
Sepanjang saya membesar, seingat saya, masa darjah 3 barulah ayah saya rotan bila tinggal solat. Tiap kali lepas maghrib, ayah saya akan soal setiap waktu solat sembahyang atau tidak. Kalau 3 waktu tidak solat, alamatnya dapatlah 3 kali rotan. 😂
Tapi tak lama pun, masa awal-awal sahaja. Lepas itu sendiri dah biasa.
Dalam kes menutup aurat pula, bila dah umur 7 tahun memang dah tak ada pakai skirt ataupun seluar pendek tak kiralah anak lelaki atau perempuan. Pakai baju “princess” tetapi berseluar panjang. Belilah baju fesyen apa-apa yang penting sopan.
Tudung pula tidak pernah mak ayah paksa pakai, cuma sentiasa diingatkan yang nanti dah baligh kena tanggung dosa sendiri. Pakai tudung untuk diri sendiri, tak mahu tanggung dosa bukan sebab takut mak ayah marah.
Saya pasti apabila berbicara tentang ini memang semua ada pendapat dan hujah masing-masing. Poin penting saya adalah, gunalah apa-apa cara tetapi yang penting kita mak ayah rangsang motivasi dalaman bukannya mengharap motivasi luaran semata-mata.
Dunia parenting penuh dengan seni. Lagi-lagi dalam keadaan dunia semakin mencabar, seperti menarik rambut dalam tepung. Kena faham dan banyak belajar tentang psikologi anak. Setiap personaliti dan umur anak pendekatannya berbeza.
Cuba kongsikan cara kalian dididik puasa atau solat dahulu? 🤔
Semoga semua mak ayah dipermudahkan dalam mendidik anak. Semoga bermanfaat. ❤
Kredit: Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.