Sejak anak kecil lagilah kita perlu mendidik mereka agar lebih senang mereka menerimanya berbanding mendidik ketika anak sudah mula punya keinginan dan pendapat sendiri.

Maka ketika awal usia dua tahun dan ke atas, terutamanya anak lelaki didiklah mereka agar menjaga pandangan. Apa mak ayah perlu buat?

Tip mudah dan cara yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Pn Wan Nur Syakira ini mak ayah boleh praktikkan.

Didik Anak Lelaki Tundukkan Pandangan, Ulang Selalu, Biar Anak Tahu Batas!


Kena didik dari kecil menundukkan pandangan khususnya anak lelaki. Salah satu caranya, ingatkan on the spot sekiranya ada situasi yang perlu tundukkan pandangan.

Jadi, selalu pesan pada anak-anak. Ini antara situasi yang berlaku pada saya dan anak-anak.

👉 Jogging dengan anak.
” Adik, abang , ada kakak kat depan tu , dia pakai tak tutup aurat , jadi kita sama-sama tak tengok ya.

👉 Video atau cerita
” Adik ,abang, video ni ada kartun mermaid , dia tak pakai baju elok, jangan tengok ya , kita tak boleh tengok “.

Didik Anak Lelaki Tundukkan Pandangan, Ulang Selalu, Biar Anak Tahu Batas!

IKLAN

👉 Situasi orang mandi kolam
” Adam , Yusuf , ada abang tak pakai baju di kolam. Adam , Yusuf tak payah tengok ya, malu “.

” Bila Adam , Yusuf nampak je orang tak pakai baju, terus je tengok kat lain ya “.

” Okay, Adam tengok pokok ya, ” jawab Adam. 😊

Dan tunjukkan juga perbuatan kita yang alihkan pandangan pada anak.

👉” Adam , Yusuf, ummi pandang sebelah sini sebab ada abang tak berbaju kat kolam “.
Supaya apa? Supaya anak aware ibunya juga buat yang sama. Yelah, anak cepat belajar bila lihat perkara itu secara visual.

Didik Anak Lelaki Tundukkan Pandangan, Ulang Selalu, Biar Anak Tahu Batas!

IKLAN

Bukan cakap saja. Selalu ulang ,
” Allah sayangkan orang yang jaga mata “, bukan saja jaga kaki, tangan dan lidah sahaja.
” Kita tak boleh tengok orang tak pakai baju , malu kan! “.

Dialog macam ni nampak biasa kan. Tapi perkataan ini powerful. Bila diulang, disemai seperti baja. Akan buahkan akhlak yang baik, InsyaAllah.

Selain disuruh didik anak tentang aurat dan anggota badan yang perlu ditutup, didik juga mereka tentang menjaga pandangan. Kena akui, realitinya, kita tak boleh nak kawal orang pakai apa,

Tapi kita boleh ingatkan dan biasakan diri dan anak kita tundukkan pandangan. Menjaga mata, menjaga apa yang dilihat.

Bila mata terjaga, InsyaAllah hati dan fikiran juga terjaga. Surprisingly, anak-anak yang memang ada absorbent mind , ingat apa yang kita cakap dan tunjukkan. Mereka boleh ingatkan saya pula.

Didik Anak Lelaki Tundukkan Pandangan, Ulang Selalu, Biar Anak Tahu Batas!

IKLAN

” Ummi ,jangan tengok kat pondok sane, ada orang tak pakai baju. Malu. “,
” Okay, ummi tak tengok”.
” Ummi jangan tengok kat kolam, ada orang tak pakai baju “.
” Okay terima kasih Adam. Kita sama-sama jangan tengok ya “.

Malam tadi, mereka berdua terlihat non muslim berpakaian skirt pendek. Abang ingat adik, jangan tengok ,tengok kat lain. Lepas tu, lapor pada ummi yang mereka jaga mata.

Itu signal yang baik. Dia faham apa yang kita nasihatkan. Begitulah.

Mata ini perlu dijaga, banyak mana perkara buruk berlaku kerana tak jaga mata. Boleh jadi hati jadi keras kalau selalu lihat benda yang tak elok.

Menjadi tanggungjawab kita selaku ibu bapa, selain didik mereka akan sifat malu dan menutup aurat.

Didik Anak Lelaki Tundukkan Pandangan, Ulang Selalu, Biar Anak Tahu Batas!

Didik juga mereka menjaga pandangan.

✅Sentiasa jaga apa yang dilihat.
Ketika di luar, di alam realiti, dalam kehidupan seharian mereka. Tekankan tentang private part y
ang perlu ditutup. Tak boleh lihat private part orang lain dan tunjukkan pada orang lain private part sendiri.

✅ Sentiasa jaga apa yang ditonton
Ketika menonton televisyen atau apa -apa yang berbentuk visual. Kartun pun terlalu banyak yang tak sesuai ditonton . Platform seperti YouTubeKids terlalu terbuka untuk anak-anak, tersilap taip pun terus datang apa jua video.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI